Pelaburan Emas PASTI MENGUNTUNGKAN Di dalam Jangka Masa
Panjang!
Graf berikut menunjukkan harga emas sejak 10 tahun yang
lalu, bermula dari 2001 hinggalah 2011:
Graf harga emas untuk 10 tahun diambil daripada laman web
www.kitco.com
Graf di atas diambil daripada laman web Kitco.com iaitu
sebuah laman web rujukan utama dunia bagi harga pasaran emas.
Berdasarkan graf di atas, dapat kita simpulkan bahawa sejak
10 tahun yang lalu harga emas telah meningkat naik daripada USD271.50/Oz kepada
USD1900.30/Oz.
Ini merupakan kenaikan 600% bersamaan dengan purata 60%
setahun!
Saya tanya anda, ada ke pelaburan di muka bumi ini yang
boleh memberi pulangan keuntungan sebanyak 60% setahun dan dijamin selamat?
Memang tiada.
Tapi emas sangat berpotensi memberi pulangan keuntungan
kepada anda sebanyak itu untuk jangka masa panjang.
Berdasarkan hasil kajian dan pembacaan saya, untuk menilai
sesuatu pelaburan itu, kita perlu melihat ‘track-record’ trend pada tahun-tahun
sebelumnya. Dalam dunia pelaburan, trend tidak akan sesekali ‘menipu’ anda. Kewujudannya akan berulang.
Untuk pengetahuan anda juga, orang dulu-dulu pun telah mula
menghargai nilai emas yang boleh membina dan menjamin kekayaan sebenar mereka.
Berikut saya kongsikan bersama anda 1 Kajian kes yang telah
membuktikan hal ini …
Kajian Kes: Emas Mampu Membantu Manusia Membina Kehidupan
Baru .
Gambar di atas menunjukkan pelarian Vietnam yang melarikan
diri menaiki bot ketika Perang Vietnam 1955-1975
Imej di atas menunjukkan Emas Kim-Thanh yang dibawa oleh
pelarian Vietnam tersebut sebagai harta mereka untuk membina hidup baru di
negara-negara lain serata dunia.
OK, kisahnya begini …
Ketika perang Vietnam sekitar tahun 1970an, beribu-ribu
rakyat Vietnam telah melarikan diri akibat daripada peperangan yang melanda
negara mereka.
Mereka telah meninggalkan kampung halaman mereka dengan
menjual seluruh harta benda mereka seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan
mereka. Kesemuanya telah ditukarkan kepada bentuk emas (Contohnya Emas
Kim-Thanh (seperti dalam gambar di atas)).
Mereka sedar emas diterima di seluruh dunia sebagai benda
berharga. Tidak seperti wang kertas
Vietnam. Sudah tentunya wang kertas Vietnam tidak diterima di luar
negara Vietnam.
Dengan menyimpan emas, pelarian Vietnam ini boleh memulakan
hidup baru mereka dengan mudah di negara-negara persinggahan mereka. Mereka
boleh menukar emas ini kepada mata wang tempatan dan makanan.
Anda nampak tak? Betapa bijaknya pelarian Vietnam ini.
Tiada sebab mengapa anda pun tidak berfikiran seperti mereka
ini.
Ok, selesai tentang kajian kes ini.
No comments:
Post a Comment