EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Tuesday, December 27, 2016

EMAS DALAM SEJARAH

Sebenarnya, wang bersandarkan ukuran atau simpanan emas (gold standard) pernah dipakai oleh dunia sehingga tahun 1971 berdasarkan Perjanjian Bretton Woods 1944. Presiden Nixon telah memansuhkan sandaran wang dolar AS kepada emas kerana ekonomi AS yang teruk akibat defisit dan kos Perang Vietnam. Selepas itu, semua negara telah memakai sistem kewangan terapung (floating exchange). Menurut system ini,  setiap negara boleh mencetak wang, membuat kredit atau hutang negara, serta membuat dasar kewangannya sendiri tetapi nilainya ditentukan oleh pasaran bebas.

Semua ini berdasarkan penerimaan dunia kepada beberapa jenis alat (instruments) kertas yang berupa wang tambahan (derivatif) yang mungkin wujud atas akaun komputer atau akaun bank sahaja atau akaun saham sahaja. Kesemua itu bukan wang sebenar seperti wang emas dan perak.

Kita menyaksikan dunia Barat mengalami beberapa krisis dan keruntuhan ekonomi yang merudum iaitu The Great Depression 1929, The Black October 1987 dan Krisis Asia 1997/98. Dalam semua krisis ini, pihak yang untung adalah bank-bank mega antarabangsa dan dana Kewangan Antarabangsa (IMF) yang memberi bantuan pakej kredit dan hutang kepada negara-negara mangsa dengan syarat ekonomi mereka dibuka kepada kapitalis antarabangsa dan sistem kewangan negara-negara mangsa boleh ditembusi oleh modal kapitalis antarabangsa.

Kewujudan situasi sedemikian boleh dianggap sebagai penjajahan bentuk baru. Lebih teruk lagi, para pemodal mempunyai agenda menggulingkan pemimpin-pemimpin yang mereka tidak sukai dengan tohmahan ekonomi negara-negara mangsa disalah-urus.


Bersambung …..

No comments:

Post a Comment