KUASA BELI EMAS KEKAL UNTUK JANGKA MASA PANJANG
Pernyataan di atas bermaksud, apa-apa yang boleh dibeli oleh emas bukan sahaja ratusan tahun yang lalu malahan juga ribuan tahun dahulu tetap boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada hari ini.
Perkara tersebut dijelaskan dalam buku “The Golden Constant – The English and American Experience 1560 – 2007” oleh Profesor Roy W. Jastram dari Sekolah Pengurusan Perniagaan, University of California.
Harus diingat bahawa dalam buku itu Jastram cuba merongkaikan satu persoalan, iaitu “Adakah nilai duit pada masa lampau lebih tinggi berbanding sekarang?” Duit di sini bermaksud emas. Sehubungan itu, data indeks harga barangan di England dan Amerika serta harga emas semasa dikumpul.
Dalam hasil kajiannya terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi itu, Jastram merumuskan bahawa kuasa beli emas pada pertengahan abad ke-20 hampir sama dengan kuasa belinya pada pertengahan abad ke-17.
Tidakkah hasil analisis data 447 tahun itu menunjukkan anda akan mengaut keuntungan sekiranya menyimpan emas DALAM JANGKA MASA PANJANG ?
Hakikatnya, kuasa membeli emas sangat stabil. Apa-apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetap boleh dibeli bukan sahaja beberapa ratus tahun malahan juga ribuan tahun dari sekarang. Demikianlah kehebatan emas yang tiada tandingannya dengan wang fiat (wang kertas) yang sentiasa terdedah kepada manipulasi dan inflasi.
SIMPANLAH EMAS DENGAN SEGERA KERANA SIFATNYA ANTI-INFLASI
No comments:
Post a Comment