EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Monday, December 12, 2016

JAWAPAN KEPADA PERSOALAN ANDA

Berbaloi tak buat pinjaman untuk beli emas ?

Saya tak galakkan beli emas dengan duit pinjaman sebab harga emas ada turun naik. Emas lebih sesuai dibeli dengan duit simpanan. Kalau masih ada hutang negatif seperti kad kredit, fokus langsaikan hutang dulu. Tak berbaloi beli emas sebab caj kad kredit (interest 18% setahun) lebih mahal dari potensi keuntungan kenaikan harga emas.

Sesuai tak beli barang kemas untuk pelaburan?

Barang kemas kurang ngam untuk menjadi medium pelaburan kerana direka bentuk supaya sesuai untuk perhiasan. Kalau untuk pelaburan, paling baik ialah gold bar atau syiling dinar sahaja.Barang kemas rugi bila nak jual balik sebab pekedai emas akan tolak susut nilainya sekitar 25% hingga 30% daripada harga semasa. Harganya juga lebih mahal sekitar RM15 hingga RM20 per gram berbanding gold bar dan dinar. Itu belum kira kos upah yang boleh dimanipulasi pekedai emas.




No comments:

Post a Comment