YAKJUJ DAN MAKJUJ

Saturday, March 31, 2012

INI MEREKA YANG BUAT APABILA BERKUASA

Akhbar Singapura dedahkan Keluarga Sharizat punya empat Syarikat di Singapura dengan modal RM8.85 Juta..



Scandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkankeluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari UMNO/APCO, iaitu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil nampaknya kini turut mendapat perhatian pihak Media dari Singapura.


Akhbar harian Singapura, iaitu The Straits Times beberapa hari lalu telah menyenaraikan empat syarikat yang dimiliki oleh Keluarga Menteri dari UMNO/APCO itu di Singapura, yang melibatkan restoran, makanan dan bahan api, firma pelaburan dan  pasar raya.

Salah satu daripada empat syarikat yang disenaraikan itu ialah firma pelaburan Icube Investments Pte Ltd yang mempunyai modal berbayar sebanyak S$1 juta atau bersamaan dengan RM2.4 juta.

Menurut The Straits Times, profil syarikat yang mereka peroleh dari ‘Singaporean Accounting and Corporate Regulatory Authority (ACRA)’, Pengarah Urusan dan pemegang saham ialah suami Sharizat, iaitu Mohamad Salleh Ismail dan anak lelaki mereka, Wan Shahinur Izran.

Sebelum ini pihak PKR melalui Pengarah Strategiknya Rafizi Ramli telah mendedahkan tiga syarikat yang dimiliki oleh keluarga Sharizat di Singapura iaitu Global Biofuture Pte Ltd, Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Farmhouse Supermarkets Pte Ltd.

Di samping Salleh dan Izran, anak perempuan Sharizat Wan Izzana Fatimah Zabedah dan seorang lagi anak lelakinya, Wan Shahinur Izmir juga ialah Pengarah dalam Syarikat-syarikat ini.

Modal berbayar bagi keseluruhan syarikat-syarikat di Singapura ini mencecah S$3.65 juta, atau RM8.85 juta.

Menurut harian dari Singapura itu lagi, kesemua syarikat tersebut mempunyai alamat yang sama iaitu di Clifford Centre, Raffles Place. Bagaimanapun, alamat tersebut ialah alamat pejabat sebuah Firma Guaman iaitu Wong Alliance.

Here are the reports from Malaysiakini.

Shahrizat's kin also owns investment firm in Singapore

The National Feedlot Corporation (NFC) scandal involving the family of Women, Family and Community Development Shahrizat Minister Abdul Jalil has caught the attention of Singapore media.

Singaporean daily The Straits Times on Thursday listed all four companies owned by Shahrizat’s family members in the island republic involving restaurants, food and fuel trading, investment holding and the supermarket business.

NONEAmong them is an investment holding company, Icube Investments Pte Ltd, with a paid-up capital of S$1 million (RM2.4 million).

According to the company profile obtained from the Singaporean Accounting and Corporate Regulatory Authority (ACRA), the directors and shareholders are Shahrizat’s husband Mohamad Salleh Ismail and their son, Wan Shahinur Izran.

The other three companies were earlier exposed by the opposition - Global Biofuture Pte Ltd, Meatworks (Singapore) Pte Ltd and Farmhouse Supermarkets Pte Ltd.

Daughter, two sons also directors

Besides Salleh and Izran, Shahrizat’s daughter Wan Izzana Fatimah Zabedah and another son, Wan Shahinur Izmir, are also directors of these companies.

The opposition has raised suspicion that the RM250 million government soft loan given to NFC to develop the National Feedlot Center project had been illegally transferred to other companies under their personal names.

The paid-up capital for all these four companies in Singapore is S$3.65 million, or RM8.85 million.

According to the daily, all of the companies share the same address in Clifford Centre in Raffles Place. However, it is the registered address and office of legal firm, Wong Alliance.

Friday, March 30, 2012

JOMLAH BUAT DOSA

ORANG RAMAI DATANG KE CERAMAH UMNO/APCO KERANA NAK TENGOK NI. NAIK BAS FREE. MAKAN-MINUM FREE. YANG LAIN-LAIN TOLAK TEPI.

Inilah parti MELAYU kuu...inilah wajah pembela bangsaKuu..inilah cara Melayukuu..1MALAYSIA,rakyat didahulukan pencapaian diutamakan..I love u UMNO...geng-geng IBRAHIM ALI cukup suka ni...
BUAT MAKSIATLAH DENGAN UMNO/APCO.

UMNO/APCO BAHAM TANAH RIZAB MELAYU

  • Tanah Simpanan Melayu (TSM) berjumlah 3 juta hektar pada tahun 1957 kini berkurangan kepada 1.7 hektar (1995).
  • 22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjong, Perak.
  • 9,000 hektar TSM di Selangor ditukar status kepada bukan TSM. Hanya satu pertiga sahaja (3,000 hektar) di ganti.
  • 200 ekar menjadi tapak kilang simen Perak Hanjoong di Padang Rengas, Perak. Semuanya TSM.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang, Langkawi di atas TSM dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar TSM Kampung Mambau, Negeri Sembilan diambil alih untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal di situ.
  • 26,000 hektar TSM di Tanjung Langsat, Tanjung Pia, Johor diambil untuk New Town Ship.
  • 300 ekar TSM di Pulau Redang, Terengganu diserah kepada Vincent Tan untuk projek pelancongan.
  • Pada tahun 1993, 1,000 ekar TSM di Kerpan, Kedah (tapak sawah) diambil untuk projek pemeliharaan udang.
  • Kampung Chu Badak, Sentul, Kuala Lumpur - sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi diambil alih dan kira-kira 160 keluarga dihalau keluar.
  • 217 hektar tanah KTM di Singapura diserah kepada Singapura.
  • Menghalau 290 keluarga di Kampung Plentong Tengah, Pasir Gudang, Johor. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun.   

Thursday, March 29, 2012

MELAYU LAYU DI BAWAH UMNO/APCO





Sejak merdeka isu Melayu berkumandang, Melayu tidak ke mana juga...




Isu Melayu tetap menjadi bahan kempen UMNO/APCO-BN semasa kita sedang menanti tarikh muktamad pilihan raya yang akan datang. PRU boleh jadi hampir atau mungkin lambat lagi. Mungkin Najib menangguhkan PRU ke-13 ini sampai akhir penggal pada bulan Mac 2013. Terpulang kepada beliau untuk menentukannya.





Yang saya hendak sebut hanya tentang isu yang dimainkan oleh UMNO/APCO-BN sekarang ini dan isu yang paling jelas ialah isu keselamatan dan masa depan orang Melayu. Isu ini digunakan setiap kali pilihan raya diadakan. Tujuannya semata-mata untuk menakutkan orang Melayu untuk meninggalkan UMNO/APCO dan memberikan sokongan ke pihak lain. Situasi tersebut menunjukkan kegagalan UMNO/APCO untuk memberikan penyelesaian terhadap isu Melayu ini.





Sejak mencapai kemerdekaan ini sahajalah isu yang dimainkan. Isu itu merupakan lagu lama yang sudah jarang didengar. Lagu ini kita dengar bermusim sahaja, iaitu semasa pilihan raya diadakan. Dendangan itu adalah seperti lagu lama nyanyian Momok Latif dan anak muda sekarang ini sudah tidak suka mendengarnya lagi.





BN sudah kehilangan isu dalam keadaan ‘defensive’ yang sedang mereka alami sekarang ini. Sejak berpuluh tahun dahulu kita mendengar isu ini tetapi Melayu tetap dalam keadaan ketinggalan. Pemimpin-pemimpin besar negara adalah orang Melayu, Ketua Setiausaha Kementerian-kementerian orang Melayu, KSN orang Melayu, Ketua Polis Negara orang Melayu, Ketua Turus Angkatan Tentera orang Melayu, pegawai-pegawai Daerah orang Melayu.




Apa lagi? Wakil-wakil rakyat dan penggubal dasar majoritinya orang Melayu. Tetapi kenapa Melayu masih layu..????


 
Maukah lagi kita berpaut pada dahan yang reput ini? Hentikanlah!!!

MEMANG BANGANG PUN!!!

Shafie Afdhal yang BANGANG!!!




Presiden PAS tak sebut pun boleh kerjasama dengan Israel sebuah negara yang memegang ideologi Zionis. Tapi Shafie Afdhal yang bangang wal bengong tuduh PAS 'sokong Israel'. Inilah UMNO/APCO kalau tak bohong dan putagbelit bukan UMNO/APCO namanya.

Presiden PAS sebut boleh berniaga dengan Yahudi, maksudnya orang Yahudi (tak sebut langsung sokong Yahudi). Rasulullah SAW dulupun pernah berurus niaga dengan Yahudi takkan Rasulullah SAW tak betoi wahai Pie yang bangang wal bengong.

Yang tak boleh kerjasama dengan Zionis dan Israel itu adalah negara Zionis wahai Pie yang bengong wal bangang woi!!!


(Mai baca laporan sebenar)

Berniaga dengan Yahudi Israel, sekongkol Zionis

Harakahdaily,
18 Mac 2012

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Bersependapat dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Mohamad Sabu mengingatkan bahawa berniaga dengan Yahudi biasa adalah berbeza dengan Yahudi dari negara haram Israel, kerana rakyat negara tersebut berfahaman Zionis.


“Muamalah dengan orang Yahudi tak ada masalah. Rakyat di negara haram Israel berfahaman Zionis, maka berniaga dengan Yahudi dari Israel bererti bersekongkol dengan Zionis. Orang Yahudi bukan rakyat negara Israel boleh bermuamalah,” kata Mohamad Sabu pada satu smsnya kepada Harakahdaily.


Dua malam lalu, ketika satu majlis makan malam bersama pemimpin anjuran Dewan Muslimat PAS Pusat, Abdul Hadi menerangkan bahawa Yahudi terbahagi kepada dua, satu Yahudi dan satu Zionis.


“Satu bangsa dan satu lagi kefahaman. Walaupun boleh berniaga dengan Yahudi, tetapi Pas tetap menentang sekeras-kerasnya (aktiviti) berniaga dengan Zionis,” kata Abdul Hadi.

Abdul Hadi berkata sedemikian sebagai menjawab soalan yang diajukan kepada beliau berhubung proses perhubungan antara kerajaan Pas ataupun pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti.


Abdul Hadi berkata ia dibolehkan kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah, namun ia hanya terhad kepada kepada kaum Yahudi sahaja dan bukannya dengan mereka yang berfahaman Zionis.

Dalam konflik Israel-Palestine, Abdul Hadi bersama Mohamad dan juga Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat terdahulu telah sebulat suara menolak formula penyelesaian dua negara dan sebarang pengiktirafan kepada Israel, yang mendapat tanahnya secara kejam dan pembunuhan dan mengusir rakyat Palestine keluar daripada negara mereka.


"Kalau dua negara ini perang tidak akan selesai, kita mahukan negara Palestin yang orang Islam, Yahudi dan Kristian hidup bersama harmoni seperti negara Islam Madinah dahulu," tegas Abdul Hadi.

Sumber asal: Kedah La

SEMUA RAKYAT PERLU SINGKIRKAN UMNO/APCO

Kita perlu tolak UMNO/APCO!!



Bersatulah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa, dan agama untuk menyingkirkan UMNO/APCO-BN dalam PRU Ke-13 nanti.  Cukup sudah peluang yang diberi kepada puak-puak ini. Mereka hanya akan membankrapkan negara kita.

Wednesday, March 28, 2012

SIAPA YANG HINA SEKARANG?

UMNO/APCO YANG TERHINA!!!!
 
Lembu dihina dan dipijak......oleh penyokong UMNO/APCO dulu kini dan selamanya....... Sekarang turn LEMBU tu pijak UMNO/APCO ! padan muka!!

MACAM MANA RASANYA HASAN JATI?

Azmin Sifatkan Hasan Ejen Penyubur Fitnah

Post Pic 
 
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menganggap desakan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali agar beliau menjawab lima isu yang dibangkitkan, hanya sebagai skrip fitnah lama yang diulang tayang sejak lebih satu dekad.

Katanya, sebagai seorang yang sering mendabik dada mengatakan beliau ada pengalaman luas dan berpendidikan tinggi, adalah amat malang apabila Hasan kini dilihat sanggup melutut dan mengutip tohmahan yang berupa fitnah yang begitu kejam dan keji untuk menyerangnya.
 
"Sekiranya Hasan seorang pemimpin yang berjiwa Islam dan mempunyai nilai-nilai kemelayuan, beliau sewajarnya menasihati mana-mana pihak yang membuat fitnah dan tohmahan supaya hentikan budaya fitnah ini.
 
"Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hasan sendiri yang mengutip fitnah ini sebagai hujah balas terhadap saya.
 
"Ini adalah satu taktik politik untuk alihkan pandangan masyarakat daripada isu yang saya kemukakan secara berfakta dan berdokumen pada sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini," katanya lapor Sinar Harian.

Azmin turut menegaskan, beliau tidak pernah memilih untuk menyerang peribadi Hasan atau mengeluarkan fitnah, tetapi apa yang dibangkitkan adalah berasaskan angka dan dokumen dalam simpanan Kerajaan Negeri.

"Hasan yang selama ini melaung dan memperjuangkan Islam kini bergelumang dengan fitnah-fitnah keji yang ditaja Umno dan dijaja oleh individu yang menjadi agen fitnah," katanya.
Mengulas mengenai isu keluarga termasuk DNA anaknya, Azmin berkata, pendiriannya sangat jelas dalam isu berkenaan.

"Saya memilih untuk membersihkan nama dan maruah keluarga saya melalui tindakan undang-undang di mahkamah dan kaedah perubatan. Mahkamah telah buat keputusan dalam kes berkenaan dan saya percaya Hasan tahu keputusan itu. Jadi, mengapa beliau masih meneruskan fitnah ini sedangkan mahkamah telah membersihkan nama saya, isteri dan anak saya.

"Saya tegaskan agenda beliau atas nama Melayu dan Islam adalah satu pembohongan kerana jelas Hasan kini diperkuda Umno dan Barisan Nasional. Dan amat malang apabila beliau gagal menjawab dakwaan-dakwaan saya secara khusus tetapi memilih nada-nada yang sama seperti dimainkan oleh Umno dalam jawapannya," katanya.
 
Azmin berkata, sebagai contoh apabila isu Hasan membelanjakan wang yang banyak untuk mengubah suai pejabatnya, Hasan menjawab: "Ada orang yang belanja lebih besar dari saya".
Bagi Azmin, jawapan itu adalah jawapan retorik yang selalu digunakan Umno dalam kes-kes yang membabitkan pemimpin mereka.
 
Ditanya mengenai dakwaan adiknya, Ummi Halfida seperti didakwa Hasan, Azmin berkata, beliau memilih cara Islam untuk menyelesaikannya.
 
"Isu keluarga bukan untuk dipamer atau dijaja kepada umum. Apa juga perkara yang berbangkit dalam keluarga mesti diselesaikan cara Islam. Saya tidak memilih untuk mengaibkan keluarga di khalayak kerana ia ditegah Islam.
 
"Sebagai seorang motivator yang sering muncul menasihati umum dalam hal-hal kekeluargaan, Hasan sepatutnya tahu perkara ini dan jika benar perjuangan beliau masih berteraskan Islam, beliau perlu menasihatkan pembuat fitnah ini supaya menghentikannya dan bukannya menjadi ejen untuk menyuburkan fitnah Umno ini," katanya.

Tuesday, March 27, 2012

NAJIB BAPA HIPOKRIT




Najib: Telunjuk lurus kelingking berkait

Harakahdaily,
Tuduhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor menipu rakyat kerana gagal menunaikan janji pilihan raya dibuat tanpa kajian, penuh emosi dan berniat jahat.

"Berdasarkan kajian kita lakukan, rakyat tidak terlalu menekankan pada janji berupa habuan wang ringgit tetapi lebih kepada tuntutan untuk sebuah pentadbiran yang telus, efisien, bertanggungjawab dan melaksanakan amanah rakyat dengan jujur," kata Faekah Husin (gambar) , Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.

Bagi beliau, Perdana Menteri usah buat-buat lupa pada pilihan raya umum 2008, UMNO-Barisan Nasional juga banyak menabur janji kepada rakyat yang sehingga kini belum dilaksana malah belum ada tanda-tanda janji-janji ini akan dilaksanakan.
Program transformasi yang dijanjikan beliau kini jauh dari mencapai sasaran, tambahnya.

"Perbuatan Najib ini seumpama telunjuk lurus kelingking berkait-hipokrit dan penuh kepura-puraan," dakwa Faekah dalam kenyataannya.

Rakyat di Negara ini, katanya, terutama negeri maju seperti Selangor memahami bukan semua janji berupa imbuhan seperti penurunan cukai pintu dapat dilaksanakan dengan serta merta.

Rakyat faham semuanya bergantung kepada hasil negeri dan kutipan cukai.

Namun apa yang dituntut rakyat tanpa kompromi ialah sebuah kerajaan negeri yang ditadbir dengan baik dengan pemimpin yang tidak merompak harta rakyat untuk kesenangan diri dan kroni.

Manakala sebuah kerajaan yang menipu rakyat ialah apabila pemimpin-pemimpinnya tidak jujur.

Menyeru rakyat berjimat namun mereka sendiri bermewah dan berparti ratusan ringgit tanpa rasa belas terhadap rakyat yang terpaksa berhempas pulas untuk meneruskan hidup.

Bagi Faekah, sebuah kerajaan yang menipu ialah apabila pemimpinnya salah guna wang rakyat seperti dana Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) sebanyak RM250 juta.

Menipu wang rakyat ialah apabila pemimpin mendapat komisen lebih RM500 juta hasil pembelian kapal selam scorpene.

Menipu wang rakyat ialah apabila pemimpin memutuskan untuk melupuskan hutang kroni terhadap kerajaan, mengutamakan keuntungan kroni berbanding kebajikan rakyat dalam pemberian kontrak kepada Puncak Niaga.

Menipu rakyat juga ialah apabila pemimpin berpura-pura menjaga harta Bumiputera tetapi secara senyap, sanggup menjual tanah kuota Bumiputera kepada bukan Bumiputera, tegas beliau.

Katanya, rakyat Selangor ingin mengingatkan Najib, pemimpin-pemimpin beginilah yang sebenarnya menipu rakyat.

Justeru, katanya, rakyat Selangor tidak lagi percaya dengan Najib dan pemimpin UMNO-BN sebab pada sepanjang pemerintahan mereka di Selangor, watak-watak pemimpin hipokrit sebegitulah yang berjaya dipamerkan oleh mereka.

NAJIB JERAT DIRI SENDIRI

Najib mendakwa pembangkang akan menyebarkan banyak auta apabila pilihan raya semakin dekat. Tanpa segan silu dia mengatakan bahawa kerajaan pimpinannya bercakap tentang isu-isu yang berfakta. Secara mudahnya pembangkang sebar auta, UMNO/APCO-BN sebar fakta. Tidak mengapalah, asalkan dia rasa bahagia.

Najib yang bukan sahaja terkenal dengan imej penipu malahan juga pakar u-turn dan flip-flop itu sebenarnya menjerat dirinya sendiri melalui pengucapan yang dibuat tanpa berfikir panjang itu. Kenyataan yang dikeluarkannya tidak selari dengan satu lagi kenyataannya, iaitu rakyat Malaysia pada masa ini bertambah cerdik. 

Kita akan menggunakan kecerdikan dan kebijaksanaan untuk menafikan bahawa kritikan yang dihambur terhadap kerajaan merupakan fakta, bukan auta.  Pertama, dia sendiri telah mengakui bahawa sebanyak RM52 bilion daripada RM54 bilion Saham Khas Bumiputera telah lesap begitu saja. Kita berpegang kepada fakta yang dia sendiri terima. 

Mengapa hal itu berlaku? Sebabnya ialah penerima agihan saham itu terdiri daripada kroni UMNO/APCO yang mahu untung atas angin telah menjualnya kepada pihak lain. Ramailah jutawan segera Bumiputera yang tumbuh. Duit yang senang diperoleh, senang pulalah lesap. Dek kerana enjoy yang berlebihan, gajah yang gemuk akhirnya kurus juga. Itu sebablah tak tercapai juga sasaran 30% pemilikan ekuiti Bumiputera yang kononnya diperjuangkan oleh Melayu  dalam UMNO/APCO. Apa yang boleh dibuat dengan RM2 bilion yang tinggal itu?

Kita pergi ke satu lagi fakta. Pada tahun 2010, terdapat sejumlah RM1.5 bilion Saham Khas Bumiputera telah diperuntukkan. Hasilnya ekuiti Bumiputera naik dari 18% ke 22 % pada tahun 2011.  Harus diingat bahawa kenaikan 4% itu dicapai setelah 21 tahun berlalu; iaitu sejak 1990 apabila sasaran 30% ekuiti Bumiputera gagal dicapai melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Kini rakyat mulai curiga. Mengapa? Mereka tertanya-tanya siapa yang dapat agihan saham bernilai RM1.5 bilion itu ? Kerajaan melalui Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Mustapha Mohamed perlu memberi butiran lengkap tentang hal ini. Tidak mustahil pisang berbuah dua kali.

Rakyat juga tertanya-tanya mengapa kerajaan terlalu mengejar sasaran 30% ekuiti itu sedangkan tahap pencapaiannya begitu mengecewakan. Bukankah lebih baik fokus diberikan kepada peningkatan pendapatan isi rumah keluarga Bumiputera? Terdapat kira-kira 11 juta rakyat termiskin di negara ini yang berpendapatan RM1,500 sebulan. 75% daripadanya ialah Bumiputera.  

Oleh sebab itu, pihak yang bertanggungjawab bukan sahaja perlu mengumumkan senarai penerima malahan juga mekanisme dan penambahbaikan sistem agihan serta pemantauan Saham Khas Bumiputera agar kehilangan RM52 bilion sebelum ini tidak berulang.

Rakyat Malaysia sentiasa memerhati kes ini dengan penuh kewaspadaan. UMNO/APCO menggali kubur sendiri jika peruntukan demi peruntukan gagal mengubah taraf hidup orang Melayu dan Bumiputera. Kesalahan akan sepenuhnya terletak di bahu mereka kerana merekalah yang diberi tanggungjawab melaksanakannya.   

JANGAN BERI MUKA KEPADA UMNO/APCO-BN




Ternow...ceramah sedang berlangsung. Cukup ramai kehadiran...SAYONARA BN Selangor..lepas PRU pun korang stil jadi pembangkang di Selangor..wakaka!!

Apa UMNO/APCO buat semasa memerintah Selangor? Pemimpin-pemimpin mereka bina istana. Pemimpin mereka bawa wang tunai berjuta-juta ke Australia. Pemimpin mereka jual 74 ekar Tanah Simpanan Melayu di Gombak kepada Syarikat Triump City Development Sdn. Bhd. tanpa sebarang gantian. Ini adalah sebahagiannya. Jangan beri muka kepada UMNO/APCO-BN.

APA SAMSENG UMNO/APCO BUAT DI KUALA SELANGOR?



Program Rapat Rakyat di Kuala Selangor malam tadi yang dihadiri oleh Pemimpin Tertinggi PR seperti DSAI , DSWA , TGHHA , LKS dan MB Selangor serta barisan EXCOnya...Program tersebut bertujuan mengenang jasa rakyat yang telah memberi mandat kepada PR selama 4 tahun mentadbir negeri tetapi program tersebut dicemari oleh... PENCACAI UMNO yang membuat kekecohan...tetapi dasar pencacai tiada apa yang menggentarkan Anak Muda Pakatan Rakyat yang diberi amanah menjaga keselamatan pimpinan serta orang awam yang hadir...Natijahnya mereka berjaya dipatahkan , ada yang bertempiaran lari bagaikan dikejar serigala , ada yang tertangkap ada yang meninggalkan apa saja demi menlamatkan nyawa termasuk motosikal...Tahniah pada penganjur kerana Program semalam BerJAYA...
 

Monday, March 26, 2012

EH EH EH, PERASAN BAGUSSSS!!!

Tu dia....Muka xleh belah!!konon nyanyi best la...hahahaa!!!



Jika dia masuk realiti TV mentor,siapakah yang mahu mengambilnya? Ella? Faizal Tahir? Ramlah Ram?? Adakah para pencacai akan votenya? Saje je tanye..jgn mare..hihihi!!! 


By: Pendebat Ilmiah Pejuang Islam


TEGURLAH KALAU BERANI

ralat / pembetulan ... sapa sapa boleh sampaikan??


Ada berani ke ?


By: King Jason

Sunday, March 25, 2012

LEHER UMNO/APCO-BN SUDAH TERJERAT

NFC dipinjamkan sebanyak RM250 juta oleh kerajaan pada tahun 2008 untuk pelihara lembu dan bekalkan daging yang cukup untuk keperluan negara. Mereka pelihara lembu sedikit sahaja. Tidak capai matlamat. Itu rungutan Ketua Audit Negara. 

Yang mereka pentingkan hanyalah membeli kondo mewah di Kuala Lumpur, Singapura, dan Kazakhstan, termasuk berbelanja sakan dan lain-lain lagi yang tiada kaitan dengan pemeliharaan lembu dan pengeluaran daging lembu. Salah siapa?

Mereka patut bayar balik pinjaman mudah tu mulai Januari 2012. Satu sen pun belum bayar. Apa sebab tak bayar? Kerajaan UMNO/APCO-BN tangguh bina pusat penyembelihan bertaraf antarabangsa. Mereka pun tangguhlah pembayaran balik. Bagi NFC, kerajaan yang keluarkan pinjaman mudah tu aniaya merekalah. Yang mereka tak pelihara lembu secukupnya tu tak aniaya kerajaan dan rakyatkah? 

Rakyat pun nak tahu juga sebab-musabab kerajaan tak bina pusat penyembelihan bertaraf antarabangsa tu? Cakap tak mau kalah. Tak ada duitkah? Bukankah bajet peruntuk banyak duit kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi menjayakan konsep "Pertanian ialah Perniagaan"? Pergi ke mana semua wang tu? Habis kerana buat projek tak ketahuan hala macam jeti perikanan tanpa kelulusan sesiapa tu ke? 

Kerajaan UMNO/APCO-BN takkan mampu menjawab semua persoalan yang semakin berbelit-belit ini. Leher UMNO/APCO telah dijerat oleh NFC yang celaka ni. Bolehkah mereka mengharapkan rakyat memaafkan mereka atas perbuatan yang terkutuk ini?

Najib kata rakyat bertambah cerdik sekarang ini. Adakah orang cerdik akan sokong perbuatan terkutuk itu? Najib kata kekayaan negara perlu dikongsi bersama rakyat. Bukankah prinsip ini dipegang oleh Pakatan Rakyat (PR) sejak awal lagi? Jika demikian, Najib sokong prinsip PR. Rakyat yang cerdik akan kata, "Buat apa pilih peniru idea orang lain, pilihlah kumpulan yang mengeluarkan idea bernas tu." Bye Bye UMNO/APCO-BN.

UMNO/APCO AJAK RAKYAT MAKAN DUIT HARAM


Tidak menghairankan sekiranya Umno mengajak rakyat makan ‘duit haram’ kerana parti itu sendiri merupakan ‘parti haram’, kata perwakilan Perlis, Wan Khazim Wan Din.


“Bila badan haram, dia tak segan untuk melakukan kerja-kerja haram. Bila badan haram, dia ajak rakyat sama makan duit haram macam dia.

“Rasuah kain pelikat, beri duit dan buat jalan raya bila dekat hari mengundi, semua itu rasuah,” katanya dalam perbahasan usul ucapan Presiden KEADILAN.

Beliau yang merupakan bekas anggota Angkatan Pemuda Insaf (API) lebih mesra dikenali sebagai Pak Wan Khazim, 81 sebelum ini pernah menggegarkan pentas Kongres KEADILAN.

“Saya nak tanya siapa di antara kita yang sanggup balik dan beritahu kepada orang kampung yang Umno ini adalah pertubuhan haram?’ kata Pak Wan sambil disambut perwakilan dengan berkata – ‘Sanggup!

“Mereka inilah menyusahkan semua rakyat, dari dulu sampai sekarang,” katanya.

-keadilandaily-

ULASAN

Pernyataan di atas sudah lama berlalu. Namun, jika kita perhatikan tindak-tanduk UMNO/APCO-BN sekarang ini, rasanya terus berlarutan.  Apatah lagi PRU Ke-13 sudah semakin hampir. Najib sedang teruja dengan "sambutan" rakyat terhadap barang jualannya berupa RM100, RM200, dan RM500 itu. Dia memang gemar membeli undi dengan duit. Oleh sebab itu, rakyat perlu tunjukkan sokongan yang lebih lagi kepada Najib untuk dapat duit lagi, lagi, dan lagi. Tak payah bimbang. Sokonglah habis-habisan. Tak ada peluang lain lagi untuk dapat duit. Duit itu duit rakyat, bukan duit kerajaan. Apabila dia buat begitu, tahulah kita bahawa UMNO/APCO-BN hanya ingat kepada rakyat apabila mereka memerlukan sokongan rakyat dalam pilihan raya. Mereka sangat-sangat tidak ikhlas. 

Ketidakikhlasan itu perlu dihentikan supaya rakyat tidak terus diperkotak-katikkan. Kita bina hidup baru dengan adil dan saksama bersama Pakatan Rakyat. Ayuh! Kita ubah kerajaan.

MEMANG SEWEL PUN DIA TU

Najib contohi Rasulullah? Mashitah memang sewel


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Baru je aku nak menarik nafas lega dan merehatkan jari setelah bertungkus lumus menyanggah taburan fitnah puak UMNO ke atas Cikgu Ishak Surin, aku tak boleh lari dari berasa teruja untuk mengulas mengenai lawak terbaru dari "ustazah artis" kita, Dr Mashitah Ibrahim. Posting aku terdahulu mengenai ustazah nan sorg ni mengundang 400++ "like". Besar tau impak ustazah sorg ni.

Terbaru, dia buat lawak lagi dengan menyatakan bahawa "Najib mengikut model wasatiyyah (ditulisnya sebagai kemoderatan. Takut kena kutuk kot) Rasulullah s.a.w". Aku tak tahu sama ada nak menangis atau nak gelak besar bila baca tajuk ni.

Kalau kita baca artikel tu, hanya 2 perenggan setengah sahaja menyentuh tentang "bagaimana Najib dikatakan meniru Rasulullah" dan selebihnya hanyalah sirah Nabi yang aku rasa tak de kena mengena pun dengan Najib. Jom kita ambik satu demi satu point Mashitah mengenai "Najib tiru Rasulullah" (aku akan taip secara harfiah ikut teks artikel agar orang tak kata aku ikut sedap hati je memfitnah) dan aku akan sanggah satu demi satu.

1) Sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuktikan dirinya sebagai seorang pemimpin moderat.

*** moderat tu maksudnya sederhana. Sederhanakah Najib jika sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, beliau begitu boros berbelanja hingga mencecah jutaan ringgit? Belanja pertunangan anaknya sahaja dah RM409,000. Birthday beliau menelan kos hampir RM80,000. Perbelanjaan lawatan PM luar negeri meningkat hampir 200% pada tahun ini sahaja berbanding tahun-tahun lepas. Bil api dan air di Kediaman Rasmi PM mencecah RM10 juta setahun. Belum dikisahkan tentang First Lady of Malaysia yang berbelanja sakan tak ingat dunia sampai disindir oleh ruangan pojok Sydney Herald! Sederhanakah itu?

2) Dalam melaksanakan tugasnya, beliau tidak bertindak melampau atau ultra.

*** Apakah mereka ini imsonia? Hilang ingatan? Apa terjadi masa BERSIH 2.0 sampai ada seorang mati dan beribu lagi ditahan lantaran kebaculan Najib menggunakan kekerasan polis sebagai tempat berlindung? Sebetulnya Najib tidak bertindak melampau atau ultra - beliau tak bertindak sama sekali sebab semua tindakannya sama ada dibayangi oleh timbalannya, atau dibayangi isterinya.

3) Garis pemisah antara pemimpin nombor satu kerajaan dan presiden parti adalah jelas dan tidak bersilang.

*** part ini membuatkan aku nak muntah. Berapa kalikah Najib menggunakan jentera awam dan kerajaan sebagai bahan kempen UMNO dan BN? BR1M yang jelas-jelas tertera gambar "undilah BN" tu apa? BR1M ialah program kerajaan Malaysia tetapi diselitkan kempen undi BN. Apa ni? Itu cuma satu daripada beratus-ratus lagi penyalahgunaan jentera dan hak awam oleh Najib. Malah, untuk order dan billing bagi majlis tunang anaknya pun, Najib guna "Pejabat Perdana Menteri"! Banyak la hang punya garis pemisah.

4) Sebagai pemimpin kepada semua warganegara Malaysia, beliau bersikap adil, bertolak ansur dan inklusif.

*** adil konon. Kalau adil, kenapa royalti minyak Kelantan sampai sekarang tidak diberi? BERSIH 2.0 menjadi bukti betapa Najib boleh "bertolak ansur". Adil stail Najib adalah "you help me, I help you" seperti yang disebutnya masa Pilihan Raya Negeri Sarawak tak lama dulu. Adil stail Najib ialah memberikan rakyat RM500 secara suapan sedangkan dia berbelanja hampir setengah juta ringgit dengan mudah sahaja. Adil stail Najib yang meneruskan legasi kebaculan pimpiann terdahulu ialah penggunaan media-media perdana, jentera-jentera awam dan badan-badan kerajaan sebagai alat kempen BN dan UMNO.

5) Sikap begini adalah selaras dengan teladan yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w sesuai dengan tuntutan semasa dan serasi dengan manusia sejagat. Bersikap moderat bukanlah bermaksud mengambil mudah akan sesuatu perkara dan hanya berserah kepada takdir dan nasib. Sebaliknya,  lahir daripada ilmu dan prinsip yang hakiki, tahu beza yang mana benar dan batil serta bersikap toleran dan munasabah.

*** inilah lawak terbesar dalam artikel ni. Sikap yang Mashitah kata "selaras dengan teladan Nabi s.a.w" itu sebenarnya LANGSUNG TIDAK DIAMALKAN DAN DIPRAKTIKKAN OLEH NAJIB. Bersikap moderat juga bukanlah bermakna boleh tutup aurat separuh-separuh, ambil agama suku politik suku, anjurkan musabaqah dan hub hiburan dalam masa yang sama dan pelbagai lagi kebejatan.

Ilmu apa yang dia ada? Prinsip apa yang dia pegang? Segala gagasan dan tekad Najib semuanya hangat-hangat taik ayam dan bersifat separuh masak seperti SBPA. Skim Insentif Guru dan kini, 1Care akan menyusul. Najib bukan sahaja tidak membezakan mana yang hak dan batil, tetapi dia mencampuradukkannya lagi. Dan ulama-ulama kerajaan semua boleh bersetuju pulak tu? Allahu Rabbi...

Toleran Najib seperti yang aku sebutkan tadi adalah toleran "you help me, i help you" dan munasabahnya Najib  seperti mengelak dari menjawab soalan berkenaan SBPA yang separuh masak itu di parlimen, memberi komisen 500 juta euro untuk kapal selam, dan pelbagai lagi pembaziran, kebejatan dan kemungkaran yang berlaku secara jelas dan nyata sepanjang pemerintahan Najib.

Tolonglah Mashitah. Berhenti dari membuat lawak. Menyatakan Najib mencontohi Rasulullah adalah satu penghinaan yang amat besar terhadap Nabi Muhammad s.a.w, kesyamailan Baginda dan kehebatan Baginda. Cuba kita bayangkan, budak-budak yang baru nak belajar mengenal Nabi atau non muslim yang baru nak tahu kisah Rasulullah dan mencari-cari bahan bacaan untuk mengetahui tentang Rasulullah, dan depa semua terbaca artikel ni. Lalu depa pun membayangkan Najib dengan isteri yang tak tutup auratnya, isteri yang cium laki lain, perilaku yang membazir dan menyeleweng duit rakyat dan jentera kerajaan, hub hiburan malam, memegang share kat casino Genting dan pelbagai lagi kebejatan - na'uzubillah, depa yang masih dangkal ilmu ini terus menyatakan Rasulullah juga BUAT SEPERTIMANA NAJIB BUAT LANTARAN NAJIB DIKATAKAN MENCONTOHI RASULULLAH. Na'uzubillah...na'uzubillah...

Sekali lagi Mashitah, berhenti dari membuat lawak. 

Saturday, March 24, 2012

SPR SEMEMANGNYA PRO-UMNO/APCO-BN

Lepas kes zarina yang jadi superwomen boleh terbang dari Johor ke Pekan Pahang untuk undi Najib,masing-masing jumpa status "dalam proses" ..eh dalam proses mender? dalam proses menangkan BN ek?
 

PERANG LEMBU: UMNO/APCO DAH TERBERAK-BERAK


Sejak akhir-akhir ini lembu muncul sebagai satu entiti penting dalam sejarah politik Malaysia. Kesemuanya bermula dengan laporan negatif Ketua Audit Negara terhadap National Feedlot Corporation (NFC). Maka bermulalah perdebatan, cemuhan, dakwaan, dan penistaan terhadap pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam hal ini.

Seperti biasa UMNO/APCO tidak begitu ambil berat tentang isu ini pada mulanya. Namun, bagi PKR isu ini telah melampaui kepentingan negara. NFC akhirnya didapati tidak berfungsi seperti yang dikehendaki. Jumlah lembu yang dipelihara terlalu jauh daripada yang dihasratkan, iaitu membekalkan daging lembu yang mencukupi untuk keperluan negara. Maka diberilah alasan bahawa satu pihak lagi yang asalnya terlibat dalam projek ini telah cabut lari. Itu fasal ada kawasan yang tak berlembu dan semak-samun. Semua orang terima alasan itu. Yang semua orang tak boleh terima adalah ketidakmampuan NFC menjalankan tanggungjawab yang diserahkan kepada mereka. Maka berkumandanglah cercaan yang mengatakan mereka tiada langsung pengalaman dalam pemeliharaan lembu. Oleh sebab itu, kerajaan pun dipersalahkan kerana beri projek kepada salah orang. 

Timbul pula soal duit pinjaman sebanyak RM250 juta. Korek punya korek tahulah kita bahawa pihak yang kata belum habis bagi itu tak betul. Rupa-rupanya mereka ini dapat semua duit tu kemudian baru tandatangan perjanjian. Sekali lagi kerajaan dipersalahkan kerana tidak mengikut prosedur. 

Dah dua kali UMNO/APCO-BN kena lanyak.   Tup-tup muncul pula kes beli kondo di Kuala Lumpur. Tuduhan ni betul. NFC yang terkantoi kata pembelian itu satu pelaburan. Rakyat pun menyalak, orang suruh pelihara lembu, buat apa beli kondo pulak. Terkedu semua pemimpin UMNO/APCO. Kata DAP, perbuatan ini melanggar perjanjian.

NFC beli pula kondo dan ada restoran mewah di Singapura. Tuduhan ini pun betul. Maka riuh-rendah rakyat Malaysia mengutuk NFC. UMNO/APCO pun tak senang duduk. Shahrizat yang suaminya jadi bos NFC diminta letak jawatan. Permintaan itu bukan sahaja datang dari pihak pembangkang tetapi juga dari pemimpin UMNO/APCO sendiri. Berang dengan permintaan itu, ada penyokong Shahrizat yang menyerang pejabat Ketua UMNO/APCO Cheras. 

Carigali kes ini diteruskan lagi. Jumpa pula NFC berbelanja sakan. Melancong. Umrah. Bayar pinjaman kad kredit. Di samping itu, ada penemuan yang lebih memeranjatkan. Pengarah-pengarah NFC yang terdiri daripada suami Shahrizat anak-beranak bergaji besar kesemuanya. Ini sudah lebih. 

Di celah-celah peristiwa itu, polis pun hendak menyiasat. Muncul pula seorang yang bertitle datuk didakwa disuruh suami Shahrizat sogok polis. Kecoh satu Malaysia dengan peristiwa itu. Barah NFC semakin merebak. Mereka ada kondo di Kazakhstan. Wah, apa-apaan nih!

Polis buat siasatan. Hantar kertas siasatan kepada Peguam Negara. Dipulangkan. Dewan Rakyat sudah mahu bersidang. Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk mendebatkan isu ini di dewan itu. Kertas siasatan tak tau ke mana. Lengkap tak lengkap pun tak tau. Tup-tup Salleh dibawa ke mahkamah dan didakwa. Terlepaslah peluang Pakatan untuk membawa isu ini ke Dewan Rakyat. Itulah taktik lama UMNO/APCO-BN.

UMNO/APCO tak mampu lagi berdalih. Shahrizat pun menyatakan hasratnya nak letak jawatan pada 8 April 2012. Najib kata tindakan Shahrizat itu tepat. Yang lain-lain pun apa tunggu lagi. Pujilah melambung-lambung. Sanggup berkorbanlah. Pengorbanan yang tak ternilailah. Tapi ada pulak yang kata itu cuma drama dari Mak Cik Bollywood!!! Musuh ketatnya pula hentam habis-habisan. Letak jawatan taik kucing. Yang lain pula kata tak ada maknanya. Dia bukan letak jawatan. Tempohnya jadi Senator dah habis!!! Terkulat-kulat semua pemimpin UMNO/APCO.

PAC pula sibuk panggil NFC. Pegawainya hanya diam membatu. Mengapa pula begitu? Tak mau pecah lubanglah tu. Pandikar pula tak bagi PAC siasat NFC. Ini satu lagi cara nak tutup tembelang. Ada-ada saja UMNO/APCO ni.

Sekarang semua orang tengah sibuk fasal PRU Ke-13. Di mana-mana pun tengah rancak dengan ceramah. Berduyun-duyun orang serbu ceramah Pakatan. UMNO/APCO yang rasa tergugat hantar samseng untuk ganggu ceramah tu atau sengaja buat ceramah bersebelahan dengan  ceramah Pakatan. Najib dan Muhyiddin pun sibuk turun padang. Berbas-bas disewa untuk angkut orang datang. Kalau tak angkut, tak bagi makan-minum, dan duit kocek, tak ada orang yang kebulur nak pergi. 

Wanita UMNO/APCO pun sudah mula sibuk. Mereka turun ke akar umbi. Kamalia kata dia malu digelar lembu oleh akar umbi. Oleh sebab itu, dia suruh Shahrizat letak jawatan sebagai Metua Wanita UMNO/APCO merangkap Ketua Wanita BN. Najib pula suruh semua wanita sokong Shahrizat. Wanita sudah ada dua kem. Mereka sudah mula berpecah. Tidak lama lagi akan berperang. UMNO/APCO akan terberak-berak. Taiknya akan berterabur merata-rata. Rakyat akan terus melembukan wanita UMNO/APCO di mana-mana juga sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Di mana mereka mahu letak muka?   

Ueeee nangis konon wat ape kao nangis di sini.... pergilah nangis kat kandang lembu kao tu... dah melantak berjuta-juta tak cukup-cukup lagi ker... apa punya oranglah kao ni?







Kak Ijat tak salah ! Laki Kak Ijat tak salah ! Anak pinak kak ijat ta...k salah ! Menteri Pertanian lagi le tak salah ! Lembu pun tak salah ! Yang salah hanyalah tahi lembu,,tahi lembu yang BERSALAH !!!


  

Friday, March 23, 2012

UMNO/APCOLAH YANG HINA SULTAN



Nik Aziz: Rakyat pelik, siapa hina raja Melayu?


"Ada orang tulis dalam surat khabar. Ada orang kata 'natang' kepada raja-raja Melayu tapi tak ada apa-apa tindakan pun (dari Mac 2008 sampai sekarang !!!).

Rakyat jadi pelik, apa dah jadi ni?" soal Nik Aziz.

ULASAN:

Perkara ini tidak pelik kerana UMNO/APCO boleh buat apa-apa sahaja. Maklumlah, kuasa berada dalam tangan mereka.  Kalau orang itu berada di luar UMNO/APCO, apa-apa sahaja tidak boleh, semuanya salah. Mereka akan hentam anda semahu-mahunya dengan menggunakan apa-apa sahaja yang mereka ada. Surat khabar. Blog. Tv. Radio. Adakah UMNO/APCO anggap semua orang yang tidak bersama mereka itu kucing kurap?  

Dengan tidak semena-mena ada pula orang yang tubuh NGO, JATI namanya. Tujuannya adalah untuk mempertahankan Islam, Melayu, dan Raja. Rasis sungguh dia. Dia tak sedarkah, ketiga-tiga unsur itu telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia? Tak ada sesiapa pun yang boleh kacau. 


Rakyat perlu tahu Jalur Tiga nilah yang ubahsuai pejabat EXCOnya sebanyak RM300,000; anjur Persidangan Badan Warisan dan Adat Istiadat Melayu Selangor sampai RM500,000, dan bagi sub-kontrak penyelenggaraan jalan tanpa tender terbuka. Membazir dia ni. Memang patut pun dia dipecat. Sekarang dia melalak ke sana sini. Dia ambil duit dari mana?

Hancurkan UMNO/APCO bersekali dengan Pak Hasan Jati jika tidak mahu jadi kucing kurap. Mudah kan?

UMNO/APCO-BN = BURUNG UNTA SOROK KEPALA


DAP menempelak sikap hiprokrasi dan dwi standard kerajaan BN kerana menolak kajian Indeks Persepsi RasuahTransparency International (TI) yang menunjukkan kedudukan negara yang merudum, tetapi pada awal tahun ini menyambut baik Indeks Daya Saing Global (GCI).

“Kerajaan Persekutuan BN jelas mengamalkan ‘double-standards’ dengan menolak laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dihasilkan oleh Transparency International (TI) sebagai subjektif kerana ia memberi pandangan yang negatif tetapi menerima Indeks Daya Saing Global (GCI) oleh World Economic Forum sebagai objektif kerana gambaran lebih positif yang diberikan,” kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk kenyataan menteri kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, semalam yang berkata bahawa kedudukan CPI Malaysia yang menurun adalah “subjektif” dan “boleh dipersoal”.

Ahmad Husni juga berkata bahawa kaji selidik yang berdasarkan persepsi tidak seharusnya digunakan sebagai kaedah penilaian.

“Kenapa GCI tidak dikatakan sebagai satu kaedah penilaian yang subjektif? Kenapa kaedah penilaiannya tidak dipersoal?

“Adakah begitu kerana laporannya memberi gambaran yang lebih positif?” soal Lim yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menurut beliau, sikap tidak sedar diri ini amat jelas apabila “kerajaan BN memuji diri”  kerana kedudukan Malaysia telah meningkat lima tangga dari 26 kepada 21 dalam Indeks Daya Saing Global (GCI) World Economic Forum pada tahun ini.

Menurutnya, kerajaan masih cuba menafikan amalan rasuah yang berleluasa di negara ini meskipun menghadapi skandal seperti isu projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

“Ini adalah satu contoh penafian oleh kerajaan persekutuan BN yang tidak ingin mengaku bahawa keadaan rasuah semakin teruk walaupun perdana menteri telah menjalankan pelbagai program seperti Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan.

“Kerajaan BN tidak seharusnya bersikap seperti burung unta yang membenamkan kepala dalam tanah tetapi mengaku bahawa negara kita sedang mengalami masalah rasuah yang serius,” katanya.

Menurut Lim, keengganan seorang “pakar ekonomi yang terpelajar” seperti Ahmad Husni untuk menghadapi hakikat menunjukkan bahawa tidak ada harapan untuk membasmi rasuah selagi negara berada di bawah pemerintahan Umno dan BN yang sanggup menggadaikan prinsip untuk kepentingan politik.

Dalam laporan TI,  CPI Malaysia bagi tahun 2011 menurun untuk tahun ketiga berturut-turut kepada 4.3 mata dan kedudukan Malaysia jatuh ke tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding dengan tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Lebih teruk, laporan yang mengkaji selidik seramai 1,000 responden itu juga mengenal pasti bahawa pihak polis dan parti-parti politik merupakan institusi-institusi yang dilihat sebagai paling korup di negara ini.

Thursday, March 22, 2012

BERANI KE TAKUTTT???

2 lawan 1 ada berani???

Anwar mahu debat Najib & RPK sekali gus

Hope ini boleh mematikan hujah2 umno yang mengatakan dsai pengecut.. sekarang dengan RPK dan Najib, dsai sudi berdebat.

Apa tunggu lagi jib?

Anwar mahu debat Najib & RPK sekali gus


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibraim hari ini berkata, beliau bersetuju untuk berdebat dengan penulis blog Raja Petra Kamaruddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Katanya, pengasas Wikileaks - laman pembocor maklumat - Julian Assange bersetuju menganjurkannya dan beliau sudah pun memberikan jawapan "ya".


Bercakap dalam sidang media di lobi parlimen, Anwar berkata, Assange sebelum ini menghubunginya melalui pesanan di Twitter.


Raja Petra bagaimanapun mencelah dan akhirnya Assenge bersetuju dengan perdebatan tiga penjuru. Najib dan Raja Petra setakat ini belum mengesahkan menerima cadangan terbaru itu.


SEKARANG SIAPA PENGECUT DAN SIAPA BERANI....KWAH KWAH KWAH... NAJIB SUDAH TERPERANGKAP SEKARANG....
 
By: Bumiputera Berjaya

LAGI KERJA JAHANAM OLEH UMNO/APCO-BN

Tidak lama dulu .....




PANAS : SINDIKET MEMBERI KAD PENGENALAN KEPADA WARGA ASING 

Disyaki satu operasi sindiket memberi kad pengenalan kepada warga asing sedang berlaku di pusat latihan KIWA berhampiran tepi lebuh raya menuju Lapangan Terbang Antarabangsa [KLIA] daripada IPD Sepang. Orang ramai telah berkumpul di pusat latihan tersebut manakala laporan polis telah dibuat dan sedang menunggu tindakan lanjut daripada pihak polis. Saksi di tempat kejadian bersama anggota peronda polis yang berada di tempat kejadian melihat beberapa orang yang disyaki warga asing telah dipindahkan daripada bilik latihan tersebut. Pihak polis telah sampai ke tempat kejadian dan telah menahan 5 orang suspek yang cuba melarikan diri. Kesemua suspek berjaya ditahan dan telah dibawa ke balai polis IPD Sepang. Didapati agen yang menguruskan kejadian ini adalah orang yang sama terlibat di dalam kes sindiket yang berlaku di Astana Dugang Desa Putra berhampiran Putra Jaya tempoh hari. Wakil daripada Dewan Pemuda PAS Malaysia, Saudara Adram masih menunggu makluman lanjut dari pihak polis. Kita telah sama-sama saksikan sidang media di Parlimen Malaysia tentang hal ini pada bulan November 2011 yang lalu.






Insya-Allah...Mat Bangla Biomatrix akan mengundi kita di PRU KE-13 ini....apa UMNO/APCO-BN tak percaya???.....Takbir3x....hehehehehe....heheehehee.


 

Kepada Pengundi-Pengundi Yang Bijaksana
  
ANDAI PAS ITU BENAR PERJUANGKAN ISLAM
MAKA LEBIH RAMAI AKAN MENGUATKANNYA.

YANG INI UMNO/APCO-BN MEMANG HEBAT!!!

Ketua Audit: Hutang negara pada paras tertinggi
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.
Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau dalam laporan tahunan terbaru yang di bentangkan di Parlimen hari ini.
Hutang RM362.39 bilion ringgit yang disebut dalam laporan audit itu juga jauh lebih tinggi daripada RM233.92 billion yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Jun lalu. Ketika itu Najib juga mendakwa hutang itu hanya mencakupi 34.3 peratus KDNK.
Dalam laporannya hari ini, Ketua Audit Negara menjelaskan hutang kerajaan meningkat dengan mendadak kerana hutang dalam negara yang semakin membesar.
Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan
Dari sini, dapat  dilihat  Perdana  Menteri kita tidak bersifat jujur dalam menutur apa yang      sebenarnya berlaku. Rakyat berhak tahu dalam perkara ini. Hutang sebenar Malaysia iaitu RM 362.39 bilion itu adalah mencakupi lebih dari 50% KDNK, iaitu pada 53.7 peratus. Bermakna Malaysia telah berada dalam keberhutangan yang agak serius buat pertama kali dalam sejarahnya sendiri.

Soal kami di sini, mengapa perlu berdolak-dalih untuk mengatakan perkara yang benar? Kalau hutang negara RM 362.39, cakap betul-betul. Tak perlulah nak menipu dalam ucapan Bajet 2011 tempoh hari dengan mengatakan hutang Malaysia berjumlah RM 233.92 Bilion.

ULASAN

Kerajaan kata jumlah itu sudah menjadi 53%. Rakyat tak payah bimbang kerana yang dihadkan oleh Perlembagaan ialah 55%. Yang menjadi persoalan di sini adalah kerajaan hanya mampu mengurangkan 0.7% daripada yang dinyatakan oleh Ketua Audit Negara sehingga kini. Berdasarkan keadaan ekonomi yang meruncing sekarang ini dan kecenderungan kerajaan untuk berbelanja besar sememangnya ada sebab untuk rakyat bimbang. Bagaimanakah kerajaan boleh berasa selesa dengan senggang 2% itu? Mereka sekadar berhasrat untuk mententeramkan rakyat. Hakikatnya negara kita telah menghampiri situasi kritikal memandangkan pengalaman yang telah dilalui selama ini. Rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, dan ketirisan masih terus berlanjutan. Tiada apa-apa penanda aras yang meyakinkan tentang penurunan kadar perlakuan negatif ini. Satu-satunya jalan yang masih boleh dijadikan pergantungan adalah menukar kerajaan yang tidak mampu mentadbir urus negara dengan baik ini. Semua rakyat Malaysia yang boleh mengundi dalam PRU Ke-13 nanti perlu menyingkirkan kerajaan UMNO/APCO-BN. Kalau negara sudah bankrap, tukar pun dah tak berguna lagi!  
  UMNO/APCO banyak AUTA!!!!!!