Jarang-jarang benar emas menjadi barang mampu milik. Pada harga kilang Emas 24K sekarang ini yang berada antara RM179.00/gram hingga RM183/gram, logam berharga itu sudah memasuki zon mampu milik. Dengan iltizam yang kuat, sesiapa pun boleh memilikinya, meskipun sekadar 0.5 gram.
Harus diingat bahawa naik turun harga emas itu tiada kaitan langsung dengan Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya atau Akta Antiberita Tidak Benar.
Situasi politik dan perdagangan dunia ketika ini membawa keuntungan kepada seluruh warganya. Perkara yang tidak diingini oleh Amerika Syarikat sudah pun berlaku. China berusaha keras mempertahankan nilai USD demi kelangsungannya sebagai gergasi perdagangan semesta.
Sebenci mana pun Trump terhadap China, Amerika tidak mampu menentukan kenaikan atau penurunan nilai USD.
Sebenci mana pun Trump terhadap China, Amerika tidak mampu menentukan kenaikan atau penurunan nilai USD.
Sehubungan itu, USD bukan lagi segagah dahulu. Nilainya semakin lemah. Kelemahan itu memberi tempias kepada harga emas. Inilah masa yang paling sesuai untuk mengumpul emas sebanyak-banyaknya. Kalau boleh, beli setiap hari ...
BELI SAHAJA ... JANGAN BANYAK SONGE ...