KAKAK...SAYA NAK SEGELAS AIR KOSONG...BOLEH ?
Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.
“Kakak, saya nak segelas air kosong...boleh?"
Direnungkan wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.
“Tunggu sebentar ya,” Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.
“Berapa ya saya berhutang dengan kakak?” katanya sambil menyeluk saku poketnya.
“Tak perlu bayar.”
“Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran.”
“Kalau begitu bayarlah dengan ucapan
"ALHAMDULILAH" dan terima kasih.”
“Okey, ALHAMDULILAH. Terima kasih kakak”
Budak itu terus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang.
Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.
Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit yang serius. Dia telah dirawat di sebuah hospital di bandar tersebut, dengan dibawah pengawasan oleh seorang doktor pakar.
Rupa-rupanya doktor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doktor masih mengenali wajah wanita itu, walaupun dia sudah berusia.
Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis.
“Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan Terima kasih – Dr Muhammad.”
MORAL OF THE STORY...
Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan ALLAH SWT sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang berada berdekatan kita.
#Orang yang menangis, tidak selamanya dia akan menangis. Akan ada waktu, tangisannya itu Allah ganti dengan bahagia. Sabarlah Duhai Hati...
Mari lah kita bersedekah pada hari yang mulia ini
ALHAMDULILLAH....
No comments:
Post a Comment