Ramai yang tertanya-tanya
bagaimana pelaburan emas dilakukan, bagaimana emas dapat menguntungkan pelabur
dan juga bagaimana untuk mengoptimumkan keuntungan melalui pelaburan emas.
Pelaburan emas sebenar-benarnya bermaksud “menyimpan” emas untuk suatu tempoh
masa yang sederhana dan panjang, hanya kadang-kadang, emas dapat memberikan
keuntungan dalam jangka masa pendek, tetapi sebaik-baiknya simpanlah emas untuk
jangka masa yang panjang bagi mendapatkan pulangan yang berganda.
Sejak berjuta tahun dahulu,
sejarah manusia menyaksikan bermacam ritual, perang, dan perkelahian untuk
merebut logam berharga ini, dari konflik kecil sehingga besar, emas dan harta
benda berterusan bertukar hak milik, mereka yang memiliki kekuatan yang lebih
besar akan merampas emas permata dari pihak yang lebih lemah. Mereka yang
berkuasa ini akan terus-menerus mengumpul emas dan harta dari pihak lain untuk
menggandakan lagi jajahan dan kekayaan mereka.
Sebut sahaja kemewahan
tamadun Aryan di India, Macedonia, Greece, Yunani, dan Rom, mereka menguasai
kekayaan setiap jajahan mereka dan memaksa negeri-negeri lain tunduk kepada
mereka. Setiap ekspedisi ketenteraan memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan
pastinya bukan dari poket mereka, tetapi dirampas daripada mangsa serangan
tersebut.
Jika dilihat sejarah Tamadun
Mongol, Barbarik, dan Kaum Utara, mereka telah banyak kali menyerang, merampas,
mengguling kerajaan-kerajaan di atas. Bahkan hampir semua tamadun manusia
dihancurkan gog dan magog ini. Tetapi bagaimana bangsa mereka hari ini? Daif?
Tiada dana kewangan? Tidak maju berbanding bangsa lain. Sebab pertama,
semestinya kurang ilmu pengetahuan yang diturunkan kepada.generasi baru. Kedua,
cara kehidupan nomad ibarat kais pagi makan pagi, bermaksud mereka tiada
keperluan menyimpan, sebanyak mana rampasan mereka, itu yang akan
dibelanjakan..
Dari sudut sejarah emas,
kita perlu faham bahawa melabur bermaksud menyimpan. Pelaburan emas tidak
menjanjikan pulangan sekelip mata (kecuali skim-skim penipuan). Pelaburan emas
membolehkan pelabur mendapat pulangan yang selamat, steady dan berterusan.
Cara pelaburan emas yang
biasa adalah dengan cara membeli emas dan simpan. Contohnya jika pelabur
memiliki RM5000, dengan harga hari ini, pelabur mungkin dapat membeli sekitar
23gram emas 999, sekiranya harga emas naik RM10/gram, pelabur akan untung
sekitar RM230 (10 x 23 gram). Yang penting, kenaikan harga emas setiap tahun
hampir 40% mengatasi ASB, Unit Trust, TABUNG HAJI, dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment