Hari ini saya akan ceritakan kisah pengumpulan emas 24K oleh seorang daripada ejen saya, Puan Hashimah.
Dia bermula pada 6 Mei 2015. Walau bagaimanapun, tempoh yang akan saya sentuh ini berakhir pada 13 Mei 2015 kerana ada bukti sahih yang boleh diketengahkan kepada anda.
Ini ialah senarai pembelian beliau:
6/5/2015 - RM150 X 20 gram = RM 3000.00
7/8/2015 - RM156 X 30 gram = RM 4680.00
7/1.2016 - RM178 X 30 gram = RM 5340.00
13/5/2016 - RM186 X 20 gram = RM 3720.00
JUMLAH BESAR 100 gram = RM16740.00
PURATA HARGA : RM 16740 / 100 = RM 167.40/ GRAM
HARGA KINI (7/1/2018) : RM215 x 100 = RM 21500.00
PERBEZAAN: RM 21500 - RM16740 = RM4760.00
So, apa sebenarnya ?
Saya hendak anda tahu bahawa setelah berbelanja untuk memiliki emas dalam tempoh setahun sahaja dan setelah 19 bulan kemudian, dia menjadi RM4760 lebih kaya. Tempoh untuk merealisasikannya sangat pendek.
Cuba anda bayangkan, dengan 100 gram itu, berapa jumlah kekayaan yang akan dimiliki oleh Puan Hashimah menjelang tahun 2020.
Itu belum termasuk jumlah berat emas 24K yang ditambah oleh Puan Hashimah dari 14/5/2016 hingga ke hari ini 7/1/2018 ...
Saya tidak berminat untuk tahu kerana ...
"EMAS SEMEMANGNYA PELINDUNG KEKAYAAN KITA"
Kedua, tahukah anda berapa banyak wang yang akan diperoleh Puan Hashimah dengan 100 gram emas 24K itu jika digadai di Ar-Rahnu untuk membiaya anak lelakinya yang akan menyambung pelajaran di Open University Malaysia tak lama lagi ?
RM147 X 100 = RM14700.00
Jika Puan Hashimah kena bayar RM1800/semester dan anaknya belajar selama 8 semester, dia hanya perlu berbelanja sebanyak RM1800 X 8 = RM14400 sahaja.
Nampak ? Semua tanggungannya beres dan berbaki.
Emas Puan Hashimah tidak luak sedikit pun. Dengan perancangan yang bijak, dia boleh menebus kembali emasnya apabila sampai waktunya.
Emas membolehkan Puan Hashimah berdikari. Dia tak perlu MENGEMIS bantuan PTPTN untuk menghantar anaknya ke universiti. Dia tak perlu simpan wang fiatnya di SSPN-i atau SSPN-i Plus. Paling best ialah anaknya dapat ijazah tanpa warisan hutang yang perlu dilunaskan dengan wang gajinya nanti selama bertahun-tahun.
APA PERSEDIAAN YANG DIBUAT UNTUK ANAK ANDA ?
No comments:
Post a Comment