EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Wednesday, December 7, 2016

MUTU EMAS BARANG KEMAS ANDA




1. Emas 999.9/999/24K
Emas tulen sepenuhnya. Turut dipanggil emas 10 atau emas kertas.
2. Emas 965
Emas tulen dari Thailand. Di dalamnha ada bahan bukan emas sebanyak 3.5%.
3. Emas 950/23K
Emas tulen yang ada 5% bahan bukan emas.
4. Emas 916/23K
Digunakan secara meluas di Malaysia, Singapura, dan Brunei.
Ada bahan bukan emas sebanyak 8.4%.
5. Emas 875/21K
Digunakan di hampir semua negara Timur Tengah. Mengandungi
12.5 % bahan bukan emas.
6. Emas 835/20K
Emas yang mengandungi sebanyak 16.5% ini lebih keras daripada emas 916 dan digunakan secara komersial untuk barang kemas
berbatu permata.
7. Emas 790 hingga 810
Masing-masing mengandungi 21% dan 19% bahan bukan emas.
Bahan bukan emasnya ialah tembaga merah. Biasanya dipanggil emas paun. Hanya ada di Malaysia. Walau bagaimanapun, sudah 20 tahun tidak dihasilkan.
8. Emas 750/18K
Ada 25% bahan bukan emas.Terkenal di seluruh dunia. Hampir semua barang kemas di Itali menggunakan emas ini. Di negara kita, emas ini menjadi pilihan untuk barang kemas berbatu permata.
9. Emas 625/15K
Ada 75% bahan bukan emas. Tidak dihasilkan di Malaysia.
10. Emas 585/14K
41.5% bahan bukan emas ada di dalamnya. Sangat popular di Malaysia sekitar tahun1995 hingga 2003 untuk membuat rantai kristal. Emas tersebut pada masa kini hanya dihasilkan jika ada
permintaan khas untuk membuat barangan permata.
11. Emas 500/12K
Terdiri daripada 50% emas dan 50% bahan bukan emas. Dihasilkan di Malaysia suatu masa dahulu. Kini sudah tidak dihasilkan lagi.
12. Emas 375/9K
Lebih banyak bahan bukan emas di dalamnya, iaitu 62.5%. Dipanggil suasa. Digunakan untuk membuat barangan yang dipakai oleh kaum lelaki.



Tuesday, December 6, 2016

AURA EMAS

15 AURA EMAS
1. Emas tetap bernilai, nilai wang semakin menyusut
2. Perlaburan emas selamat
3. Aset mudah dicairkan berbanding tanah atau bangunan.
4. Emas sebagai aset mudah dikumpul.
5. Emas sukar dimanipulasikan
6. Pelindung kekayaan
7. Portfolio simpanan dan sumber pendapatan
8. Perlindungan dan keselamatan.
9. Pelaburan menguntungkan dan berisiko rendah
10. Mudah alih atau mudah dibawa
11. Aset sukar dimusnahkan oleh bencana alam.
12. Emas menjadi hak peribadi dari segi kerahsiaan.
13. Emas sebagai perhiasan
14. Senang dan mampu dimiliki
15. Emas membangunkan diri, keluarga, ummah dan negara




Monday, December 5, 2016

EMAS PENYELAMAT MASA DEPAN

Ada orang menjuehkan mulutnya apabila disuruh simpan
emas secara konsisten tiap-tiap bulan 1 gram selama 5 tahun.
Dia tidak taukah anggaran harga emas 1 gram pada tahun
2020 ?
Harga emas dijangka berada pada tahap RM500/gram pada
tahun 2020.
1 gram/bulan x 12 bulan = 12 gram
12 gram/tahun x 5 tahun = 60 gram
RM500/gram x 60 gram = RM30,000.00
Bolehkah kita simpan wang fiat sebanyak itu untuk tempoh
yang sama?
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini,
duit yang disimpan itu akan habis sedikit demi sedikit.
Mungkin berakhir dengan kosong.
Emas seberat 60 gram sudah boleh dijadikan sandaran
untuk menghadapi apa-apa juga situasi pada masa depan.
Tidak kira berapa kali masuk keluar pajak gadai, 60 gram
tetap milik kita selagi tidak dijual. Itulah modal pusingan
yang paling mujarab untuk menghalang kemiskinan kerana
harga dan nilainya akan terus meningkat.
Walaupun harga emas 999.9 hari ini RM220/gram, anda
boleh membelinya sekitar RM183.00 hingga RM187/gram.




Sunday, December 4, 2016

EMAS PENGHIAS KAUM WANITA

CINCIN EMAS
Si cincin emas,
Mengingat perkara yang lepas,
Yang telah berlaku,
Tak berapa lama dahulu.
Cincin mas keberi padanya,
Dengan harapan yang gembira,
Agar dia kepunyaan hamba,
Tapi sia-sia belaka.
Pemberianku tak diterima,
Kutanya mengapa,
Dengan perlahan dia berkata,
Dia sudah ada yang punya.
Cincin mas dikembalikan,
Diletak di tapak tangan,
Kupakai di jariku,
Untuk kenanganku.
Nyanyian: A. Rahman Onn
Kugiran: The Strangers
Ada apa dengan lirik lagu pop yeah yeah tahun 60-an tu ?
Emasnya kah ?
Kata-katanya kah ?
Atau apa ?
Fakta yang hendak dikemukakan di sini adalah mengenai
hukum-hakam Islam.
Apa yang tak kena ?
Lagu itu "tidak patuh syariah".
Agama Islam mengharamkan lelaki pakai emas.
Allah yang menjadikan dan memuliakan emas. Emas penghias kaum wanita. Emas pemelihara kekayaan. Beli dan simpanlah emas sebanyak-banyaknya mengikut kemampuan demi kesenangan anda pada hari muka.




Saturday, December 3, 2016

PATERN EMAS

SHARING UNTUK HARI INI
Ada 3 (tiga) patern barangan emas, iaitu:
1) Padu
2) Stamping
3) Kosong
PADU
Beratnya lebih daripada 2 gram. Barangan itu nampaknya
kecil dan halus, tetapi mampat. Seluruh bahagian barangan
itu terdiri daripada emas. Barang kemas yang padu lebih tahan lasak.
STAMPING
Kelihatan besar dan lebar tetapi ringan. Bahagian belakangnya
kosong atau berlurah. Barang kemas stamping mudah kemek dan tidak tahan lasak.
KOSONG
Dalam bahasa Inggerisnya "hollow". Kelihatan besar tetapi ringan sebab di dalamnya kosong. Ketahanannya bergantung kepada
reka bentuk dan si pemakainya.
Biar apa pun paternnya, emas tetap emas - bernilai - kalis
inflasi - harganya pasti meningkat dalam jangka masa panjang.
Sandarkan masa depan anda kepada emas.
>>>TIADA ORANG YANG MISKIN KERANA BELI EMAS<<<






KEDAI EMAS RUHAN: THE MOST TRUSTED GOLD SELLER

Friday, December 2, 2016

SIAPA YANG PATUT BELI DAN SIMPAN EMAS ?

Suka Berbelanja
Golongan ini perlu beli emas supaya nafsu suka berbelanjanya
dapat dikawal.
Untung Niaga Tak Tahu Ke Mana Perginya
Peniaga seperti ini wajib beli emas supaya untung dapat
diselamatkan dan emas terkumpul boleh dijadikan modal
pusingan apabila diperlukan.
Wang Simpanan Selalu Bocor
Niat nak menyimpan selalu sahaja tak kesampaian. Lebih baik
tukar kaedah dengan membeli emas dan simpan. Semua orang
sayang nak jual emas yang dimilikinya.
Simpanan Jangka Panjang
Jikalau ada hasrat nak simpan untuk jangka masa panjang,
jangan simpan duit, simpanlah emas. Duit merosot nilainya
untuk jangka masa panjang. Emas semakin lama semakin
tinggi nilai dan harganya.
Tiada Aset Lain
Jika tidak mampu beli tanah atau rumah, jangan susah hati.
Beli emas dahulu secara berdikit-dikit. Emas yang banyak boleh
digunakan untuk membeli rumah atau tanah atau kedua-duanya
suatu hari nanti.




Thursday, December 1, 2016

KEHEBATAN EMAS

Apa yang best sangat simpan emas ni?
Ramai sangat orang di luar sana bercerita simpan emas
untung. Macam mana tu?
Ada orang sanggup keluarkan simpanan di bank untuk beli
dan simpan emas fizikal. Apa kelebihannya?
EMAS IALAH PELABURAN TERBAIK
Ini bermakna, semakin lambat kita bermula, kita akan semakin
rugi. Harga emas semakin lama semakin naik.
Semalam saya berjumpa seorang Mak Cik di pajak gadai. Dia
nak gadaikan rantai tangan emas 916 seberat 16.3 gram yang dibelinya pada 11 Jun 2004. Dia masih simpan resit beliannya.
Rantai tangan itu berharga RM866.02 + upah RM56.98 = RM923.00. Oleh sebab itu, harganya RM53.13/gram.
Hari ini harga emas 916 ialah RM215.00/gram. Dalam masa
12 tahun, harga rantai tangan itu sudah meningkat sebanyak
RM161.87/gram. Satu tahun naik RM13.49/gram !
Harga rantai tangan Mak Cik hari ini sudah naik RM215.00 x
16.3 gram = RM3,504.50. Dalam tempoh itu, dia sudah untung sebanyak RM3,504.50 - RM923.00 = RM2,581.50 (bersamaan dengan RM215.125/tahun.
Nak tau jumlah pinjaman yang pajak gadai bagi dia?
Nilai marhun rantai tangan itu dikira berdasarkan RM173/gram x 16.3 gram = RM2819.90.
Dari nilai marhun itu dia diberi pinjaman sebanyak 69.86%. Mak Cik tu dapat RM1,970.00. Lebih RM1,047.00 daripada harga beliannya.
Itulah penangan menyimpan emas. Mak Cik tu masih menjadi
pemilik emas itu. Dia bukan sahaja boleh menebus kembali rantai tangan itu malahan juga menggadainya berkali-kali selagi dia tidak menjualnya.
>>>PEMILIK SAMA HEBAT DENGAN EMAS MILIKANNYA<<<
Anda mampu mengikut jejak Mak Cik tu ...