EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Tuesday, August 29, 2017

HEBATNYA PENANGAN EMAS

Untuk kesekian kalinya, harga emas dunia naik ke USD1317.10/oz.

Harga hari ini dI Malaysia ialah RM180.77/gram.

Oleh hal yang demikian, harga kilang emas 24K naik ke paras tertinggi, iaitu RM195.00/gram.

Anda kiralah keuntungan bagi setiap gram mereka yang membelinya pada bulan Mei 2015 hanya berdasarkan harga kilang hari ini tanpa mengambil kira harga runcitnya yang sudah dicampur dengan upah, premium, dan sebagainya tu.

BETAPA HEBATNYA PENANGAN EMAS DALAM KEHIDUPAN KITA ...

Masih nak jadi penontonkah ?



Monday, August 28, 2017

KUASA EMAS


Selalulah ingatkan diri sendiri agar memegang sekurang-kurangnya 10 % - 15 % pelaburan dalam bentuk emas fizikal, sama ada dalam bentuk Jongkong (Gold Bar), Syiling, atau barang kemas. Kemerosotan nilai wang kertas (inflasi) yang berlaku di serata dunia pada hari ini seharusnya menjadi iktibar dan pedoman untuk menyimpan dan menambah simpanan emas kita. Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan. Peningkatan nilai yang berlaku setiap tahun itu menjadikan emas pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit Trust (ASB n the geng).
Sebagai contoh:
- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco
>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!
>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!
Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!
Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!
Berbaloi kan???

Thursday, August 24, 2017

PANDUAN HIDUP

7 PANDUAN KEWANGAN UNTUK ANAK MUDA YANG BAHARU BEKERJA
Jika kau tak pandai menguruskan kewangan dengan bijak, kau mungkin akan terjerumus dengan beban hutang. Memang tak nampak sekarang, tapi kesannya lagi 5-10 tahun akan datang.
Bila kau dah berkeluarga, ada anak-anak nanti barulah kau rasa duit laju je keluar. Masa tu hutang dah keliling pinggang. Mula la pening kepala nak bayar hutang sana sini.
Kau tak boleh salahkan orang lain. Kau tu yang kena berubah. Jangan nanti kemain duk update gambar dekat IG pergi Maldives, Hawaii, Bali, Lombok bagai. Tapi hutang bersepah. Kawan minta bayar hutang pun kau buat-buat lupa.
Yang dah lama bekerja boleh baca juga. Semak balik mana yang kurang okey. Antaranya;
1. Analisa Kewangan Sendiri
Analisa dan kaji selidik dulu berapa simpanan kau mampu buat tiap bulan. Apa? Tak tahu duit hilang ke mana? Kadang dapat simpan RM100, kadang dapat simpan RM200? Cian. Itu sebab kau perlukan bantuan ‘force saving’. Buatlah potongan tetap ke Tabung Haji daripada akaun gaji korang ataupun buat ASB Financing.
2. Pastikan Buat Tiga Komponen Utama
i. Tabung kecemasan: 3-6 bulan pendapatan. Lagi banyak lagi bagus.
ii. Takaful: Pastikan ada medical card untuk lindungi kau dan tampung kos perubatan.
iii. Pelaburan: Melabur di tempat yang dijamin selamat oleh kerajaan. Jauhi sebarang skim cepat kaya dan MLM.
3. Kehendak VS Keperluan
Masih ramai lagi yang tak tahu bezakan antara keperluan dan kehendak. Secara ringkasnya kita perlukan makan dan minum. Tapi tiap minggu kau makan tempat hipster tu dah kenapa? Perut kau perut orang Itali ke? Dah la makan mahal, tak kenyang pulak tu. Kau tak pe la kenyang dengan Likes je dah okey. Kau kena tahu perbezaan belanja untuk sara hidup dengan gaya hidup. Jangan kau sengsara nanti sebab gaya hidup.
4. Jangan Buat Kesilapan Ini
i. Hutang kad kredit
ii. Hutang kereta
iii. Hutang pembiayaan peribadi
Anak muda yang dilaporkan muflis disebabkan tiga perkara di atas. Jadi, fikir masak-masak kalau kau nak buat tiga perkara tersebut. Hutang tersebut kalau kau tak mampu kawal, kau akan merana.
Kalau pandai manipulasikan kad kredit untuk bayaran bil utiliti, petrol, membeli barang keperluan boleh saja. Belilah kereta biar padan dengan gaji. Tak perlu buat pembiayaan peribadi untuk beli barang mengikut kehendak kau yang menggunung tu.
5. Buat Bajet
Hari cuti atau hari minggu cuba kau kira berapa komitmen kau dan peruntukan belanja tiap bulan. Buat bajet sendiri. Pastikan kau boleh ikut dan realistik sikit. Senang kau urus dan tahu ke mana kau nak belanjakan.
6. Tutup Kebocoran Wang
Biasanya, kau tak sedar kebocoran wang kau berlaku. Sarapan sampai habis RM30. Padahal bawa bekal ke pejabat lagi jimat kan. Kau dah ada bajet RM200 untuk hiburan. Jangan biarkan bajet tersebut lebih daripada RM200. Jika lebih, ganti balik bulan depan. Duduk je rumah bila terlebih belanja. Ingat! Simpanan emas boleh mengawal kebocoran.
7. Analisa, Kawal Dan Monitor
Jika kau sudah analisa, mengawal, kau juga perlu monitor kewangan kau. Sebab perbelanjaan tiap bulan selalu berubah. Yelah, kau kan ada makwe high maintenance. Kereta import mewah pun nak tukar sport rim dan hisap vape pulak tu. Jadi, kau kena monitor lah kau boleh ikut ke tak dengan bajet yang kau buat tu.
Kau pun tahu, tapi nak laksana tu memang susah kalau kau tak berdisiplin. Kau kena pandai kawal kewangan kau yang ciput tu dulu baru kau boleh kawal kewangan yang beribu-ribu satu hari nanti.
Ingat sifir mudah pengurusan kewangan, dapat gaji, simpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji dan barulah berbelanja. Cuba kumpul duit untuk beli kemahuan. Jangan kacau duit simpanan.
Kau masa muda ni orang nasihatkan tak nak dengar. Pergi beli kereta mahal-mahal. Makan kat tempat hipster untuk update IG bagai. Pergi travel guna pembiayaan peribadi. Lepastu mula la nak menyesal. Kah!
Pssstt.. SHARE lah jika manfaat. Dijamin tiada caj GST dan caj ikat tepi. Kakakaka.
Artikel ini ditulis oleh Encik Amir Syahir.

Wednesday, August 23, 2017

SAYA TUNGGU REAKSI ANDA

Harga kilang emas 24K pada hari ini ialah RM192/gram.
Dengan RM100.00, anda boleh memiliki emas 24K seberat
0.5208 gram.
Jika 1 bulan anda menggunakan wang sebanyak RM200.00 untuk beli emas, anda dapat 0.5208 gram x 2 = 1.0416 gram emas 24K.
Jika anda terus berbuat demikian dalam tempoh 1 tahun; anda sudah ada 1.0416 gram x 12 = 12.4992 gram.
Andai kata pada masa itu harga emas 24K melonjak ke RM240/gram; anda akan ada 12.4992 gram x RM240.00 = RM2,999.808 dalam tangan.
5 tahun selepas itu, secara konsisten anda ada 12.4992 gram x 5 = 62.496 gram @ 62.496 x RM240.00 = RM14,999.04.
Saya pasti anda akan ada lebih daripada RM14,999.04 kerana pada masa itu harga emas 24K pasti melebihi RM240/gram.
Tanpa ambil kira penambahan berat yang anda buat dari masa ke masa; dari sudut yang lain, emas seberat 62.496 ialah modal pusingan yang lumayan untuk pelbagai keperluan.
Misalnya untuk membiaya pendidikan anak anda di kolej atau universiti. Tak perlu lagi dibebani hutang PTPTN atau pun pinjaman bank.
Untuk makluman anda, saya sedang menggunakan teknik ini untuk membiayai pendidikan anak bungsu saya di Open University Malaysia.
Anda perlu ingat bahawa pinjaman di Ar-Rahnu jauh lebih rendah upah simpannya jika dibandingkan dengan meminjam dari bank atau institusi kewangan yang lain.
Sesiapa pun boleh berbuat demikian jika dia mahu. Sudah beberapa kali saya menyatakan hasrat nak bantu anda merealisasikan pembelian emas 24K dengan wang RM100.00 tetapi tiada siapa yang menyambutnya. Adakah anda masih menganggapnya sebagai dongeng, mitos, dan entah apa-apa lagi?
KALI INI SAYA MENUNGGU REAKSI ANDA ...

Tuesday, August 22, 2017

RENUNG-RENUNGKANLAH ...

KESAN INFLASI PADA WANG SIMPANAN DAN CARA MENGATASINYA

Harga barangan dan perkhidmatan akan sentiasa meningkat disebabkan oleh inflasi. Jadi amat penting untuk kita memahami bagaimana inflasi ini berfungsi dan kesan-kesanya terhadap simpanan kita.

Dua faktor utama yang memberi kesan terhadap perubahan inflasi iaitu Inflasi Tarikan Permintaan (Demand-pull inflation) dan Inflasi Tolakan Harga (Cost-push inflation).

# Apakah kesan inflasi terhadap SIMPANAN anda?

Apabila kita menyebut tentang kuasa membeli, keupayaan ini akan sentiasa berubah mengikut kadar inflasi semasa.
Sebagai contoh, jika anda menyimpan RM100 dalam akaun bank yang membayar kadar faedah sebanyak 1%, dan harga ini juga sama dengan harga sepasang kasut. Selepas setahun, simpanan anda bertambah menjadi RM101.

Jika tiada perubahan pada inflasi, anda bukan sahaja dapat membeli sepasang kasut, tetapi anda juga dapat menyimpan lebihan RM1.

Apakah yang akan berlaku sekiranya inflasi meningkat 2% pada tahun itu? Harga sepasang kasut berubah menjadi RM102 ,dan anda perlu meminjam RM1 untuk membelinya, jadi kuasa membeli anda telah susut 1%.

Berdasarkan rekod semasa, purata kadar faedah bagi akaun simpanan bank di Malaysia berada di sekitar 0.1hingga 0.3% manakala purata kadar inflasi beberapa tahun yang lepas pula meningkat sehingga 3.64% (kini sudah pun mencecah 5%).

Apakah tindakan anda?

Jika melihat pada angka di atas, jumlah wang yang anda simpan tidak akan pernah berjaya menangkis kadar inflasi.

Jom ikuti, 5 cara yang anda boleh gunakan supaya jumlah simpanan anda kekal di paras optimum mengikuti kenaikan inflasi semasa.

1) Simpanan Tetap (Fixed Deposit)

Kadar pulangan tahunan simpanan tetap kebiasaannya 3 peratus dan ke atas berbeza mengikut institusi kewangan dan lebih banyak daripada simpanan akaun biasa. Tempoh matang untuk simpanan tetap bermula dari 1 bulan sehingga 5 tahun, juga berbeza mengikut terma dan syarat yang disediakan.

2) Pelaburan (Unit Trust)

Melaburkan simpanan anda ke dalam unit trust juga mampu menjana simpanan anda melebihi kadar inflasi. Bentuk pelaburan adalah seperti saham, bon dan hartanah. Setiap pelaburan ada risiko kerugian, namun mempelbagaikan portfolio pelaburan dapat mengurangkannya.

3) Pendapatan

Untuk mengekalkan kuasa membeli anda, kenaikan gaji tahunan perlulah sama atau melebih kadar inflasi. Mohon majikan anda untuk menilai semula pendapatan jika kenaikan terlalu rendah berbanding dengan kadar inflasi.

4) Perniagaan

Gunakan simpanan anda untuk mulakan perniagaan. Usaha dan masa diperlukan, dan kebiasaanya hasil pulangan daripada perniagaan lebih banyak daripada hasil pelaburan.

5) EPF dan PRS

Bagi mereka yang bekerja pasti sudah biasa mendengar tentang dana persaraan Employee Provident Fund (EPF) dan Private Retirement Scheme (PRS). Sumbangan bulanan tetap kepada skim ini, serta urusan pelaburan yang baik dapat menghasilkan pulangan yang melebihi kadar inflasi.

6) Simpanan Emas

Untuk jangka masa panjang, harga emas sentiasa meningkat. Sehingga kini, harga emas telah pun meningkat sebanyak 500% semenjak wang tunai tidak lagi disandarkan kepada emas. Dan harga emas akan terus sahaja meningkat kerana logam itu ialah safe haven asset. Apabila berlaku ketidaktentuan ekonomi mahupun peperangan, para pelabur akan cepat-cepat mengumpul emas sebagai pelindung kewangan dan kekayaan masing-masing.

Kesimpulan

Anda boleh menggabungkan dua atau tiga kaedah di atas bagi melindungi nilai simpanan anda daripada susut disebabkan oleh kenaikan inflasi.

Salah satu cara untuk kita berdisplin dalam menyimpan adalah dengan menjadikan syiling emas sebagai salah satu potfolio simpanan. Telah ramai dari kita yang gagal menyimpan dalam bentuk wang tunai. Sebagai contoh, jika hari ini kita mula menyimpan RM200 dalam poket atau dalam bank, kebarangkalian besar nilai RM200 tersebut akan berbaki RM2 sahaja pada penghujung bulan.

Salah satu faktornya adalah kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan untuk kita berbelanja wang tunai tersebut seperti transaksi online (m2u, cimbcliks,etc), mesin ATM di serata tempat dan sebagainya. Jadi, emas adalah penyelesai masalah tersebut.

Jika hari ini kita menyimpan 1g emas, insyaAllah pada penghujung bulan kita masih lagi memiliki emas dengan berat 1g tersebut. Bayangkan jika kita mula menyimpan dari hari ini setiap bulan. Makanya setiap tahun paling minima kita sudah mempunyai emas dengan jumlah berat 12g.

Oleh itu, bertindak sekarang!
.

Monday, August 21, 2017

USAH TERUS-TERUSAN MENJADI PEMERHATI

Walaupun harga emas yang dicatat oleh spot gold di www.kitco.com dan harga emas yang dicatat oleh goldprice.org turun, namun harga runcit emas 24K naik RM1 ke RM192/gram pada hari ini.
Situasi ini berlaku dan akan terus berlaku dari masa ke masa tanpa henti.
Persoalan pokoknya ialah harga runcit emas sudah berada pada paras melebihi RM200/gram sejak tahun 2016 dan tidak pernah lagi berkurang sehingga ke paras di bawah RM200/gram sejak masa itu.
Hal ini membuktikan bahawa harga emas akan terus naik dari tahun ke tahun.
Hal ini juga membuktikan bahawa hanya emas sahaja yang MAMPU melindungi aset dan kekayaan anda.
MENGAPA ANDA MEMILIH UNTUK TIDAK MEMILIKINYA
DAN TERUS-TERUSAN MENJADI PEMERHATI ?

Thursday, August 17, 2017

NAIK BALIK

SEMALAM SEMUA TURUN

HARI INI SEMUA NAIK BALIK






Wednesday, August 16, 2017

TURUN !!!

HARI INI SEMUA TURUN

Harga kilang emas 24K  =  RM190/Gram

Graf www.kico.com menunjukkan penurunan harga emas.

Graf goldprice.org pun menunjukkan penurunan harga emas.








Monday, August 14, 2017

NAK BELI EMAS ?

Harga spot gold yang dilaporkan oleh www.kitco.com hari ini menurun sedikit sahaja, iaitu, dari USD1288.70/oz. ke USD1288.40/oz.
Namun demikian, goldprice.org melaporkan harga emas naik dari RM177.57/Gram ke RM177.99/Gram hari ini.
Oleh sebab itu, harga kilang untuk emas 24K tidak berubah, iaitu RM193/Gram.
Anda sepatutnya tidak risau dengan kenaikan atau penurunan tersebut kerana masih boleh membeli emas seberat +0.5 gram emas 24K pada harga RM100.00.
Jika anda betul-betul berminat mengeluarkan wang sebanyak RM100.00 untuk mula membeli emas 24K seberat +0.5 gram itu, sila komen "saya berminat".
Saya akan ambil tindakan selanjutnya.

Saturday, August 12, 2017

JADILAH PEMBERI

Sudah banyak hari anda melihat graf dan carta tentang naik turun harga emas di pasaran dunia.
Kesemuanya realiti, bukan fantasi, bukan imaginasi, bukan ilusi seperti yang anda temui dalam drama, filem, atau novel.
Kenyataan yang diakui oleh semua orang ialah emas pasti membawa keuntungan kepada pemiliknya.
Namun, kepastian itu tidak menjadi daya penarik kepada setiap orang kerana golongan itu tidak pernah ambil pusing atau ada hasrat untuk berubah.
Mereka sengaja melupakan konsep hidup dan kehidupan yang di dalamnya terkandung aspek sandar-menyandar.
Akan wujudkah pembelaan dalam masyarakat yang diselubungi kedaifan ?
Sayugia diingatkan bahawa pemberi tetap lebih baik daripada penerima.
Hanya keberadaan yang boleh mewujudkan pemberi. Golongan inilah yang mampu menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Tidakkah infak dan sedekah itu besar ganjarannya ?
DENGAN EMAS KITA BISA JADI PEMBERI

Friday, August 11, 2017

WOW, SEMAKIN GANAS

KENAIKAN HARGA EMAS DUNIA SEMAKIN GANAS !!!

Harganya sudah mendaki sebanyak USD 9.10/oz.

Harga hari ini di Malaysia sudah RM177.57/Gram.

Harga kilang di Malaysia pun naik ke RM193/Gram.

Anda kiralah sendiri berapa kerugian yang anda tanggung
kerana tidak membelinya pada harga RM180/Gram hanya
beberapa bulan yang lalu.

ITULAH KEAJAIBAN EMAS ...







Thursday, August 10, 2017

ANDA TERKESAN DENGAN KENAIKAN HARGA PETROL?

HARGA PETROL NAIK.

HARGA EMAS PUN NAIK.

Ini bermakna, jika anda ada emas, anda tidak akan terkesan sangat dengan kenaikan harga petrol yang berterusan dan pelbagai kesan sampingannya itu.

Anda boleh bergantung harap kepada EMAS yang menjadi aset untuk jangka masa panjang itu.

Persoalannya, anda adakah simpanan emas?

FIKIR-FIKIRKANLAH ...







Wednesday, August 9, 2017

INFORMASI EMAS TERKINI


Harga emas dunia pada hari ini naik sebanyak RM1.01/Gram.

Semalam harganya RM173.54/Gram.

Hari ini harganya RM174.55/Gram.

Anehnya, harga kilang emas 24K di Malaysia turun dari RM189/Gram ke RM188/Gram.



Tuesday, August 8, 2017

Monday, August 7, 2017

GOLD INFORMATION FOR YOU


Nampaknya harga emas dunia menunjukkan trend menurun.

Harganya hari ini ialah RM173.01/Gram.

Walaupun turun sebanyak RM0.17, harga kilang emas 24K masih tidak memberangsangkan, RM189/Gram.

Kos pembuatan dan premium terus menjadi pengekang kepada penurunan harga yang lebih besar ...



Friday, August 4, 2017

INFO EMAS

INFO EMAS UNTUK ANDA
Harga Emas Naik Kembali ...
Walaupun harganya turun semalam, hari ini naik balik.
Semalam harganya RM174.11/Gram.
Hari ini harganya RM174.65/Gram.
SITUASI NAIK TURUN INI AKAN TERUS BERLANJUTAN
Anda tak perlu bimbang. Belilah masa harga turun.
Ambil untung masa harga melambung tinggi ...



Wednesday, August 2, 2017

MULAKAN MENYIMPAN EMAS

SEJARAH HARGA EMAS YANG TIDAK PERNAH MURAH

RM38 segram ( tahun 1999 ) dikata mahal…
RM44 segram ( tahun 2005) pun mahal...
RM104 segram ( tahun 2009) mahal jugak...
RM145 segram ( tahun 2013 ) mahalnya...
RM129 segram (tahun 2014) mahal lagi tu...boleh turun lagi kut…
RM161 segram ( 2015 ) naik balik pulak dah...
RM180  segram (Feb 2016) apa citer ?
RM200+ + segram ( sejak awal 2017 ) !!!
RM 500 segram dijangka pada tahun 2020 nanti...

SUDAHKAH ANDA ADA MENYIMPAN EMAS?

Renungan pagi ini...

·                    Mulakanlah menyimpan *EMAS* walau harganya *MAHAL* sekalipun, kerana pada masa depan, EMAS akan lagi MAHAL dan EMAS kekal relevan walaupun tidak diterima lagi sebagai *WANG* pada masa sekarang.....

·                    Sekiranya anda tidak nampak fungsinya buat anda, setidak-tidaknya *generasi* yang bakal mewarisi *EMAS* anda kelak mempunyai peluang untuk keluar dari belenggu ~HUTANG BANK~ dan menggunakan *Ar-Rahnu* bagi mendapatkan kemudahan kewangan yang mereka perlukan.

·                    Wariskan EMAS* kepada generasi kita yang akan datang...untuk *Masa Depan* mereka…
Celik dan pandanglah dari sudut yang lebih *positif*...

Tambah ilmu, tambah kefahaman

1gram 1 bulan 1 keluarga


Sudah Cukup Terbaik

Tuesday, August 1, 2017

GOLONGAN WAJIB SIMPAN EMAS


Kategori orang yang wajib simpan emas seperti di bawah:

1. Tak Boleh Kawal Nafsu Belanja

Orang yang macam ni wajib beli emas supaya nafsu suka belanja dapat dikawal. Apa kata nafsu belanja barang tak berfaedah tukar kepada nafsu beli emas .

2. Untung Niaga Lesap Tanpa Sedar

Untuk elak untung berniaga lesap tak tahu di mana dibelanjakan, selamatkannya dengan beli emas. Emas boleh digunakan semula sebagai pusingan modal perniagaan kelak.

3. Simpanan Di bank Selalu Bocor

Niat asal nak menyimpan, tapi sukar nak lupakan simpanan. Tukar kaedah simpanan dengan simpan emas. Emas elak duit dari bocor. Awal bulan dah asingkan RM200 untuk simpanan. Tak sampai setengah bulan dah tinggal RM20. Sadis kan?

4. Simpanan Jangka Panjang

Simpanan jangka panjang lebih baik simpan emas. Duit dalam jangka panjang menyusut nilai, tapi emas tetap kekal bernilai. Sekurang-kurangnya boleh tambat mata wang kita tu. Ingat Tun Mahathir je boleh tambat mata wang. Kita pun boleh kan. Nak best lagi tambat selama 20 tahun.

5. Tiada Aset Lain

Tak mampu nak beli aset yang besar seperti rumah dan tanah. Simpan emas dulu, kemudian tukar jadi aset yang lebih besar. Emas boleh dibeli serendah 0.5 gram saja tak perlu modal yang besar.