KESAN INFLASI PADA WANG SIMPANAN DAN CARA MENGATASINYA
Harga barangan dan perkhidmatan akan sentiasa meningkat disebabkan oleh inflasi. Jadi amat penting untuk kita memahami bagaimana inflasi ini berfungsi dan kesan-kesanya terhadap simpanan kita.
Dua faktor utama yang memberi kesan terhadap perubahan inflasi iaitu Inflasi Tarikan Permintaan (Demand-pull inflation) dan Inflasi Tolakan Harga (Cost-push inflation).
# Apakah kesan inflasi terhadap SIMPANAN anda?
Apabila kita menyebut tentang kuasa membeli, keupayaan ini akan sentiasa berubah mengikut kadar inflasi semasa.
Sebagai contoh, jika anda menyimpan RM100 dalam akaun bank yang membayar kadar faedah sebanyak 1%, dan harga ini juga sama dengan harga sepasang kasut. Selepas setahun, simpanan anda bertambah menjadi RM101.
Jika tiada perubahan pada inflasi, anda bukan sahaja dapat membeli sepasang kasut, tetapi anda juga dapat menyimpan lebihan RM1.
Apakah yang akan berlaku sekiranya inflasi meningkat 2% pada tahun itu? Harga sepasang kasut berubah menjadi RM102 ,dan anda perlu meminjam RM1 untuk membelinya, jadi kuasa membeli anda telah susut 1%.
Berdasarkan rekod semasa, purata kadar faedah bagi akaun simpanan bank di Malaysia berada di sekitar 0.1hingga 0.3% manakala purata kadar inflasi beberapa tahun yang lepas pula meningkat sehingga 3.64% (kini sudah pun mencecah 5%).
Apakah tindakan anda?
Jika melihat pada angka di atas, jumlah wang yang anda simpan tidak akan pernah berjaya menangkis kadar inflasi.
Jom ikuti, 5 cara yang anda boleh gunakan supaya jumlah simpanan anda kekal di paras optimum mengikuti kenaikan inflasi semasa.
1) Simpanan Tetap (Fixed Deposit)
Kadar pulangan tahunan simpanan tetap kebiasaannya 3 peratus dan ke atas berbeza mengikut institusi kewangan dan lebih banyak daripada simpanan akaun biasa. Tempoh matang untuk simpanan tetap bermula dari 1 bulan sehingga 5 tahun, juga berbeza mengikut terma dan syarat yang disediakan.
2) Pelaburan (Unit Trust)
Melaburkan simpanan anda ke dalam unit trust juga mampu menjana simpanan anda melebihi kadar inflasi. Bentuk pelaburan adalah seperti saham, bon dan hartanah. Setiap pelaburan ada risiko kerugian, namun mempelbagaikan portfolio pelaburan dapat mengurangkannya.
3) Pendapatan
Untuk mengekalkan kuasa membeli anda, kenaikan gaji tahunan perlulah sama atau melebih kadar inflasi. Mohon majikan anda untuk menilai semula pendapatan jika kenaikan terlalu rendah berbanding dengan kadar inflasi.
4) Perniagaan
Gunakan simpanan anda untuk mulakan perniagaan. Usaha dan masa diperlukan, dan kebiasaanya hasil pulangan daripada perniagaan lebih banyak daripada hasil pelaburan.
5) EPF dan PRS
Bagi mereka yang bekerja pasti sudah biasa mendengar tentang dana persaraan Employee Provident Fund (EPF) dan Private Retirement Scheme (PRS). Sumbangan bulanan tetap kepada skim ini, serta urusan pelaburan yang baik dapat menghasilkan pulangan yang melebihi kadar inflasi.
6) Simpanan Emas
Untuk jangka masa panjang, harga emas sentiasa meningkat. Sehingga kini, harga emas telah pun meningkat sebanyak 500% semenjak wang tunai tidak lagi disandarkan kepada emas. Dan harga emas akan terus sahaja meningkat kerana logam itu ialah safe haven asset. Apabila berlaku ketidaktentuan ekonomi mahupun peperangan, para pelabur akan cepat-cepat mengumpul emas sebagai pelindung kewangan dan kekayaan masing-masing.
Kesimpulan
Anda boleh menggabungkan dua atau tiga kaedah di atas bagi melindungi nilai simpanan anda daripada susut disebabkan oleh kenaikan inflasi.
Salah satu cara untuk kita berdisplin dalam menyimpan adalah dengan menjadikan syiling emas sebagai salah satu potfolio simpanan. Telah ramai dari kita yang gagal menyimpan dalam bentuk wang tunai. Sebagai contoh, jika hari ini kita mula menyimpan RM200 dalam poket atau dalam bank, kebarangkalian besar nilai RM200 tersebut akan berbaki RM2 sahaja pada penghujung bulan.
Salah satu faktornya adalah kerana terdapat pelbagai kemudahan yang boleh digunakan untuk kita berbelanja wang tunai tersebut seperti transaksi online (m2u, cimbcliks,etc), mesin ATM di serata tempat dan sebagainya. Jadi, emas adalah penyelesai masalah tersebut.
Jika hari ini kita menyimpan 1g emas, insyaAllah pada penghujung bulan kita masih lagi memiliki emas dengan berat 1g tersebut. Bayangkan jika kita mula menyimpan dari hari ini setiap bulan. Makanya setiap tahun paling minima kita sudah mempunyai emas dengan jumlah berat 12g.
Oleh itu, bertindak sekarang!
.
No comments:
Post a Comment