EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Friday, March 9, 2018

NASIHAT WARREN BUFFET



Siapa yang tak kenal dengan Warren Buffet kan? Ikon yang tersohor ini sangat berjaya dalam dunia pelaburan dan merupakan antara orang terkaya di dunia (ranking ke-2 tahun 2016). Kita beruntung kerana beliau selalu berkongsi kata-kata hikmah yang berupa mutiara daripada mulut beliau.

Sekiranya anda juga ingin berjaya dalam dunia pelaburan, maka mana yang baik tu ambil jadikan pedoman.

1) Dua Peraturan Dalam Pelaburan

“Peraturan #1: Jangan hilang wang (rugi). Peraturan #2: Jangan lupa peraturan #1.”

2) Pasaran Barangkali Meletakkan Harga Yang Salah

“Harga adalah apa yang anda bayar. Nilai adalah apa yang anda dapat.”

3) Pulangan Tinggi Dengan Risiko Rendah Adalah Kuncinya

“Risiko datang daripada tidak mengetahui apa yang anda lakukan.”

4) Bergaul Dengan Orang Yang Betul

“Kita adalah siapa kawan-kawan kita. Pilih kawan yang mempunyai perangai lebih baik, dan anda akan mengikut jejak langkah mereka.”

5) Lebih Mudah Untuk Merenung Masa Lampau Daripada Lihat Masa Hadapan

“Dalam dunia perniagaan, lebih jelas untuk melihat ke belakang daripada meramal masa depan.”

6) Beli Syarikat-Syarikat Hebat

“Lebih baik untuk beli syarikat hebat pada harga berpatutan, daripada syarikat berpatutan pada harga hebat.”

7) Imej Dan Reputasi

“Kita mengambil masa 20 tahun untuk menaikkan reputasi, dan hanya 5 minit untuk memusnahkannya. Jika anda berfikir sedemikian, anda akan melakukan perkara dengan cara yang berbeza.”

8) OK Untuk Bermimpi Besar

“Saya sentiasa tahu yang saya akan jadi kaya. Saya tidak pernah meraguinya walaupun seminit.”

9) Melabur Untuk Jangka Masa Panjang

“Beli sesuatu saham syarikat yang anda akan gembira untuk memegangnya, walaupun pasaran saham ditutup selama 10 tahun.”

10) Beli Seolah-Olah Anda Akan Memegangnya Sampai Bila-bila

“Tempoh pegangan saham syarikat yang paling kami gemari adalah untuk selama-lamanya.”

11) Tidak Buat Sesuatu Selalunya Perkara Yang Betul Untuk Dilakukan

“Kita hanya buat sesuatu bila dapat peluang. Ada tempoh masa dalam hidup saya di mana banyak idea datang, dan ada juga masa-masanya tiada langsung idea. Jika saya mendapat idea minggu depan, saya akan buat sesuatu. Jika tidak, saya tidak akan buat apa-apa pun.”

12) Melihat Kejujuran Pada Orang Lain

“Kejujuran ialah hadiah yang sangat bernilai. Jangan sangka boleh dapatkannya daripada orang yang ‘murah’.”

13) Hargai Dari Mana Anda Datang

“Anda dapat berteduh hari ini kerana seseorang telah menanam pokok suatu masa dahulu.”

14) Menyumbang Balik Kepada Masyarakat

“Jika anda antara 1% yang bernasib baik, anda berhutang untuk memikirkan nasib lagi 99%.”

15) Jangan Jadikan Pelaburan Itu Susah

“Ada sifat manusia yang ingin jadikan sesuatu yang mudah itu menjadi susah.”

16) Buat Ramalan Anda Sendiri

“Ramalan boleh menceritakan banyak perkara tentang peramal tersebut, tetapi tetap tidak menceritakan apa-apa mengenai masa hadapan.”

17) Berkata “Tidak” Lebih Baik

“Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang sangat berjaya adalah orang yang sangat berjaya berkata ‘tidak’ kepada hampir segala-galanya.”

18) Buat Apa Yang Anda Suka

“Dalam dunia perniagaan, orang yang sangat berjaya itu ialah mereka yang melakukan apa yang mereka suka.”

19) Tindakan vs. Hasil

“Tahu tak… kalau anda terus-menerus buat perkara yang sama, maka anda akan terus mendapat hasil yang sama.”

20) Hanya Melabur Dalam Syarikat Yang Anda Kenal Dan Percaya

“Seorang pelabur seharusnya bertindak seolah-olah beliau membuat keputusan sukar setiap kali ingin melabur.”

21) Urus Masa Lebih Bijak

Anda perlu mengawal masa, dan anda tidak boleh lakukannya melainkan anda berkata tidak. Jangan biarkan orang lain menetapkan agenda kehidupan anda.

22) Pelabur Hebat Tidak Mempelbagaikan Pelaburan

“Mempelbagaikan portfolio pelaburan adalah perlindungan kepada kebodohan sendiri. Ini tidak masuk akal sekiranya anda tahu apa yang anda lakukan.”

23) Rebut Peluang Hebat dan Buat Bersungguh-Sungguh

“Bukan selalu peluang tu datang. Bila hujan emas, tadah menggunakan baldi, dan bukannya cawan.”

24) Sejarah Tidak Menentukan Masa Hadapan

“Jika sejarah lampau merupakan segala-galanya untuk berjaya dalam dunia kewangan, orang yang terkaya sudah pasti menjadi pustakawan.”

Bonus & Yang Paling Penting Sekali:

25) Luangkan Masa Untuk Pandaikan Diri Sendiri

“Pelaburan paling penting adalah melabur kepada diri sendiri.”


Thursday, March 8, 2018

FAKTOR PENYEBAB HARGA EMAS BERUBAH


6 Sebab Perubahan Harga Pasaran Emas Semasa

Mengapa harga emas berubah setiap hari? Tahukah anda apa yang mempengaruhi harga emas? Secara jelas terdapat beberapa perkara yang mempengaruhi harga pasaran emas setiap hari.

Terdapat 6 perkara yang mempengaruhi harga pasaran emas dunia setiap hari.

Emas atau logam berharga merupakan salah satu bentuk pelaburan yang boleh dicairkan dan tidak mudah terjejas akibat inflasi, disebabkan ini emas menjadi salah satu alternatif untuk pelaburan, tetapi pernahkah anda terfikir mengapa harga pasaran emas berubah setiap hari? perubahan harga emas bukan sahaja pada emas bar tetapi juga memberi impak pada barang kemas.

Sebagai pelabur emas, anda  harus menjangka naik atau turun harga emas setiap hari. Sebenarnya naik atau turun harga emas setiap hari boleh dijangka melalui pemantauan beberapa faktor dan penyebabnya..

Yang menjadi persoalan setiap pelabur emas adalah, "Apakah faktor utama yang menyebabkan perubahan harga emas setiap hari?"

ENAM PERKARA YANG MEMPENGARUHI HARGA PASARAN EMAS SETIAP HARI.

1# NILAI TUKAR USD

Secara umumnya terdapat hubung kait antara nilai tukar mat wang dolar (USD) dengan harga emas pasaran.  Jika nilai tukaran mata wang dollar (USD) turun/lemah, harga emas akan naik begitu juga sebaliknya berlaku jika tukaran mata wang dollar (USD) naik maka harga emas akan turun.
Oleh yang demikian, pelabur logam emas disarankan untuk memantau nilai tukaran mata wang dollar (USD) untuk menjangka naik/turun harga emas. Dengan cara ini anda dapat mengelak dari perkara-perkara yang tidak diinginkan, misalnya jika terjadi kemelesetan ekonomi dunia, adalah lebih baik untuk menyimpan emas.

2# PENAWARAN DAN PERMINTAAN

Penawaran adalah kesanggupan pengeluar untuk mengeluarkan sesuatu barang pada tingkat harga dalam jangka masa tertentu. Semakin tinggi tingkat harga, semakin banyak barang yang sanggup dikeluarkan oleh pengeluar. Ini dikenali sebagai ‘Hukum Penawaran’.

Permintaan boleh didefinisikan sebagai keinginan dan kesanggupan seseorang pengguna untuk mendapat sesuatu barang pada suatu tingkat harga dalam suatu jangka masa tertentu.

Kesanggupan pengguna untuk mendapatkan sesuatu barang bergantung kepada tingkat harga barang tersebut. Jika harga barang mahal, pengguna sanggup membeli dengan kuantiti yang sedikit dan sebaliknya jika harga murah, pengguna sanggup membeli dengan kuantiti yang banyak. Ini dinamakan hukum permintaan.

Konsep ini juga digunakan dalam aktiviti jual beli emas.

3# PERMINTAAN BAHAN MENTAH EMAS YANG TINGGI OLEH INDUSTRI

Berdasarkan petikan daripada World Gold dan The London Bullion Market Association, 54% permintaan emas adalah dari industri perhiasan di dunia manakala Amerika Syarikat pula sebanyak 12% pada sektor peralatan kesihatan dan elektronik.

Jika jumlah permintaan bahan mentah oleh industri  terlalu tinggi, secara tidak langsung akan membuatkan harga emas naik disebabkan pemintaan yang tinggi dari indsutri.

4# MONOPOLI EMAS DUNIA

Contoh terbaik yang berlaku di Malaysia adalah gula, di mana pada waktu-waktu perayaan terdapat segelintir peniaga menyimpan stok gula yang banyak dengan alasan kehabisan stok. Disebabkan ini berlakunya penawaran gula yang rendah tetapi permintaan yang tinggi. Apabila ini terjadi, harga gula secara tidak langsung akan meningkat dan peniaga akan mula mengeluarkan stok gula yang lama dengan harga baru yang tinggi. Ini adalah teknik dan strategi yang diguna pakai sejak dahulu lagi.

Beberapa bank sentral dunia terbukti telah mengguna sistem monopoli dalam pembelian emas dengan membuat timbunan stok emas lebih awal. Antara bank sentral yang mengunakan kaedah seperti ni ialah The Federal Reserve System (Amerika Serikat), Bundesbank (Jerman), dan European Central Bank (ECB). Bank-bank ini mempunyai simpanan emas yang sangat banyak.

5# ISU GLOBAL: POLITIK, KRISIS, RESESI, ATAU PERANG

Isu global ialah benda yang sangat menarik untuk diperkatakan.  Apabila terjadi sesebuah isu seperti politik, krisis, resesi atau perang,  keadaan ekonomi menjadi huru-hara. Mengapa disebabkan isu global harga emas berubah? Emas seringkali dinilai sebagai penyelamat pada waktu kecemasan baik untuk individu mahupun sebuah negara. Sehingga saat ini apabila terjadi sesuatu krisis atau perang harga emas akan meningkat naik dengan mendadak.

6# INFLASI

Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa. Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit mata wang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.

Apabila inflasi terjadi, nilai mata wang akan turun dan jadi tidak berharga. Oleh sebab itu, masyarakat akan mencari medium lain yang lebih berharga untuk menggantikan nilai mata wang yang semakin turun. Oleh yang demikian, secara tidak langsung akan menyebabkan harga emas menjadi tinggi disebabkan penambahan permintaan terhadap emas.

Wednesday, March 7, 2018

SIMPAN EMAS NI UNTUNGNYA KAT MANA ?



Ada orang tanya saya soalan ini. Ok saya ringkaskan..

Keuntungan utama simpan emas adalah  mengelakkan kita kebocoran wang.

Emas menyebabkan kekayaan “melekat” pada kita. Kenapa?

Cuba andaikan jika kita ada duit ca$h RM1000.
❔Berapa lama duit ini akan "melekat" dalam dompet kita?
❔Berapa banyak kita fikirkan untuk disimpan?
❔Berapa banyak barang yang kita fikirkan nak beli?
❔Pasti ada rasa macam-macam nak beli - beli kasut, beli baju, beli handbag, beli makeup, beli hp baru, belanja keluarga, belanja awek, beli spot rim, beli jam, dan macam-macam lagi yang difikirkan..

KESIMPULANNYA..

- Bila ada duit ca$h, maka sangat SENANG kita nak habiskan..
- Dari kecil kita telah terbiasa berbelanja bila ada duit kannn?
- Pendek kata, asal dapat duit, ada sahaja cara nak habiskan atau terpaksa dihabiskan!
- Kita takde pun buat simpanan..

Maka, JALAN PENYELESAINYA...

kita TUKAR DUIT ca$h tadi kepada EMAS.
Sebab fitrah manusia dengan emas adalah nak SIMPAN.
apabila dah tukar kepada emas, maka keinginan kita untuk beli itu, beli ini dan beli macam-macam tu.. akan terbantut atau hilang terus!

Jadi, ilmu paling basic "kenapa nak simpan emas" adalah:

👍EMAS ialah UBAT kepada KEBOCORAN WANG
👍EMAS menyebabkan KEKAYAAN MELEKAT pada kita
👍Orang yang tahu ilmu emas nie, InsyaAllah kewangan dia adalah lebih baik. Simpanan akan bertambah.

Jangan percaya apa yang saya cakap. Cuba buat experimen ini pada diri sendiri.
Jom tukar duit ca$h RM1000 kepada emas 5g.
Lepas tu letak dalam dompet. Kita tengok berapa lama ianya "melekat" dalam dompet kita :-)

Agak-agak hujung tahun ni, emas 5g ni ada lagi tak?

Sumber:  Aida Akma