EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Friday, March 9, 2018

NASIHAT WARREN BUFFET



Siapa yang tak kenal dengan Warren Buffet kan? Ikon yang tersohor ini sangat berjaya dalam dunia pelaburan dan merupakan antara orang terkaya di dunia (ranking ke-2 tahun 2016). Kita beruntung kerana beliau selalu berkongsi kata-kata hikmah yang berupa mutiara daripada mulut beliau.

Sekiranya anda juga ingin berjaya dalam dunia pelaburan, maka mana yang baik tu ambil jadikan pedoman.

1) Dua Peraturan Dalam Pelaburan

“Peraturan #1: Jangan hilang wang (rugi). Peraturan #2: Jangan lupa peraturan #1.”

2) Pasaran Barangkali Meletakkan Harga Yang Salah

“Harga adalah apa yang anda bayar. Nilai adalah apa yang anda dapat.”

3) Pulangan Tinggi Dengan Risiko Rendah Adalah Kuncinya

“Risiko datang daripada tidak mengetahui apa yang anda lakukan.”

4) Bergaul Dengan Orang Yang Betul

“Kita adalah siapa kawan-kawan kita. Pilih kawan yang mempunyai perangai lebih baik, dan anda akan mengikut jejak langkah mereka.”

5) Lebih Mudah Untuk Merenung Masa Lampau Daripada Lihat Masa Hadapan

“Dalam dunia perniagaan, lebih jelas untuk melihat ke belakang daripada meramal masa depan.”

6) Beli Syarikat-Syarikat Hebat

“Lebih baik untuk beli syarikat hebat pada harga berpatutan, daripada syarikat berpatutan pada harga hebat.”

7) Imej Dan Reputasi

“Kita mengambil masa 20 tahun untuk menaikkan reputasi, dan hanya 5 minit untuk memusnahkannya. Jika anda berfikir sedemikian, anda akan melakukan perkara dengan cara yang berbeza.”

8) OK Untuk Bermimpi Besar

“Saya sentiasa tahu yang saya akan jadi kaya. Saya tidak pernah meraguinya walaupun seminit.”

9) Melabur Untuk Jangka Masa Panjang

“Beli sesuatu saham syarikat yang anda akan gembira untuk memegangnya, walaupun pasaran saham ditutup selama 10 tahun.”

10) Beli Seolah-Olah Anda Akan Memegangnya Sampai Bila-bila

“Tempoh pegangan saham syarikat yang paling kami gemari adalah untuk selama-lamanya.”

11) Tidak Buat Sesuatu Selalunya Perkara Yang Betul Untuk Dilakukan

“Kita hanya buat sesuatu bila dapat peluang. Ada tempoh masa dalam hidup saya di mana banyak idea datang, dan ada juga masa-masanya tiada langsung idea. Jika saya mendapat idea minggu depan, saya akan buat sesuatu. Jika tidak, saya tidak akan buat apa-apa pun.”

12) Melihat Kejujuran Pada Orang Lain

“Kejujuran ialah hadiah yang sangat bernilai. Jangan sangka boleh dapatkannya daripada orang yang ‘murah’.”

13) Hargai Dari Mana Anda Datang

“Anda dapat berteduh hari ini kerana seseorang telah menanam pokok suatu masa dahulu.”

14) Menyumbang Balik Kepada Masyarakat

“Jika anda antara 1% yang bernasib baik, anda berhutang untuk memikirkan nasib lagi 99%.”

15) Jangan Jadikan Pelaburan Itu Susah

“Ada sifat manusia yang ingin jadikan sesuatu yang mudah itu menjadi susah.”

16) Buat Ramalan Anda Sendiri

“Ramalan boleh menceritakan banyak perkara tentang peramal tersebut, tetapi tetap tidak menceritakan apa-apa mengenai masa hadapan.”

17) Berkata “Tidak” Lebih Baik

“Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang sangat berjaya adalah orang yang sangat berjaya berkata ‘tidak’ kepada hampir segala-galanya.”

18) Buat Apa Yang Anda Suka

“Dalam dunia perniagaan, orang yang sangat berjaya itu ialah mereka yang melakukan apa yang mereka suka.”

19) Tindakan vs. Hasil

“Tahu tak… kalau anda terus-menerus buat perkara yang sama, maka anda akan terus mendapat hasil yang sama.”

20) Hanya Melabur Dalam Syarikat Yang Anda Kenal Dan Percaya

“Seorang pelabur seharusnya bertindak seolah-olah beliau membuat keputusan sukar setiap kali ingin melabur.”

21) Urus Masa Lebih Bijak

Anda perlu mengawal masa, dan anda tidak boleh lakukannya melainkan anda berkata tidak. Jangan biarkan orang lain menetapkan agenda kehidupan anda.

22) Pelabur Hebat Tidak Mempelbagaikan Pelaburan

“Mempelbagaikan portfolio pelaburan adalah perlindungan kepada kebodohan sendiri. Ini tidak masuk akal sekiranya anda tahu apa yang anda lakukan.”

23) Rebut Peluang Hebat dan Buat Bersungguh-Sungguh

“Bukan selalu peluang tu datang. Bila hujan emas, tadah menggunakan baldi, dan bukannya cawan.”

24) Sejarah Tidak Menentukan Masa Hadapan

“Jika sejarah lampau merupakan segala-galanya untuk berjaya dalam dunia kewangan, orang yang terkaya sudah pasti menjadi pustakawan.”

Bonus & Yang Paling Penting Sekali:

25) Luangkan Masa Untuk Pandaikan Diri Sendiri

“Pelaburan paling penting adalah melabur kepada diri sendiri.”


No comments:

Post a Comment