6 Sebab Perubahan Harga
Pasaran Emas Semasa
Mengapa harga emas berubah
setiap hari? Tahukah anda apa yang mempengaruhi harga emas? Secara jelas
terdapat beberapa perkara yang mempengaruhi harga pasaran emas setiap hari.
Terdapat 6 perkara yang mempengaruhi
harga pasaran emas dunia setiap hari.
Emas atau logam berharga
merupakan salah satu bentuk pelaburan yang boleh dicairkan dan tidak mudah
terjejas akibat inflasi, disebabkan ini emas menjadi salah satu alternatif
untuk pelaburan, tetapi pernahkah anda terfikir mengapa harga pasaran emas
berubah setiap hari? perubahan harga emas bukan sahaja pada emas bar tetapi
juga memberi impak pada barang kemas.
Sebagai pelabur emas,
anda harus menjangka naik atau turun
harga emas setiap hari. Sebenarnya naik atau turun harga emas setiap hari boleh
dijangka melalui pemantauan beberapa faktor dan penyebabnya..
Yang menjadi persoalan
setiap pelabur emas adalah, "Apakah faktor utama yang menyebabkan
perubahan harga emas setiap hari?"
ENAM PERKARA YANG MEMPENGARUHI
HARGA PASARAN EMAS SETIAP HARI.
1# NILAI TUKAR USD
Secara umumnya terdapat hubung
kait antara nilai tukar mat wang dolar (USD) dengan harga emas pasaran. Jika nilai tukaran mata wang dollar (USD)
turun/lemah, harga emas akan naik begitu juga sebaliknya berlaku jika tukaran
mata wang dollar (USD) naik maka harga emas akan turun.
Oleh yang demikian, pelabur
logam emas disarankan untuk memantau nilai tukaran mata wang dollar (USD) untuk
menjangka naik/turun harga emas. Dengan cara ini anda dapat mengelak dari
perkara-perkara yang tidak diinginkan, misalnya jika terjadi kemelesetan
ekonomi dunia, adalah lebih baik untuk menyimpan emas.
2# PENAWARAN DAN PERMINTAAN
Penawaran adalah kesanggupan
pengeluar untuk mengeluarkan sesuatu barang pada tingkat harga dalam jangka
masa tertentu. Semakin tinggi tingkat harga, semakin banyak barang yang sanggup
dikeluarkan oleh pengeluar. Ini dikenali sebagai ‘Hukum Penawaran’.
Permintaan boleh
didefinisikan sebagai keinginan dan kesanggupan seseorang pengguna untuk
mendapat sesuatu barang pada suatu tingkat harga dalam suatu jangka masa
tertentu.
Kesanggupan pengguna untuk
mendapatkan sesuatu barang bergantung kepada tingkat harga barang tersebut.
Jika harga barang mahal, pengguna sanggup membeli dengan kuantiti yang sedikit
dan sebaliknya jika harga murah, pengguna sanggup membeli dengan kuantiti yang
banyak. Ini dinamakan hukum permintaan.
Konsep ini juga digunakan
dalam aktiviti jual beli emas.
3# PERMINTAAN BAHAN MENTAH
EMAS YANG TINGGI OLEH INDUSTRI
Berdasarkan petikan daripada
World Gold dan The London Bullion Market Association, 54% permintaan emas
adalah dari industri perhiasan di dunia manakala Amerika Syarikat pula sebanyak
12% pada sektor peralatan kesihatan dan elektronik.
Jika jumlah permintaan bahan
mentah oleh industri terlalu tinggi,
secara tidak langsung akan membuatkan harga emas naik disebabkan pemintaan yang
tinggi dari indsutri.
4# MONOPOLI EMAS DUNIA
Contoh terbaik yang berlaku
di Malaysia adalah gula, di mana pada waktu-waktu perayaan terdapat segelintir
peniaga menyimpan stok gula yang banyak dengan alasan kehabisan stok.
Disebabkan ini berlakunya penawaran gula yang rendah tetapi permintaan yang
tinggi. Apabila ini terjadi, harga gula secara tidak langsung akan meningkat
dan peniaga akan mula mengeluarkan stok gula yang lama dengan harga baru yang
tinggi. Ini adalah teknik dan strategi yang diguna pakai sejak dahulu lagi.
Beberapa bank sentral dunia
terbukti telah mengguna sistem monopoli dalam pembelian emas dengan membuat
timbunan stok emas lebih awal. Antara bank sentral yang mengunakan kaedah
seperti ni ialah The Federal Reserve System (Amerika Serikat), Bundesbank
(Jerman), dan European Central Bank (ECB). Bank-bank ini mempunyai simpanan
emas yang sangat banyak.
5# ISU GLOBAL: POLITIK,
KRISIS, RESESI, ATAU PERANG
Isu global ialah benda yang
sangat menarik untuk diperkatakan. Apabila
terjadi sesebuah isu seperti politik, krisis, resesi atau perang, keadaan ekonomi menjadi huru-hara. Mengapa
disebabkan isu global harga emas berubah? Emas seringkali dinilai sebagai
penyelamat pada waktu kecemasan baik untuk individu mahupun sebuah negara.
Sehingga saat ini apabila terjadi sesuatu krisis atau perang harga emas akan
meningkat naik dengan mendadak.
6# INFLASI
Dalam ekonomi, inflasi
bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan
dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa. Dengan peningkatan tingkat harga
umum, setiap unit mata wang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam
jumlah yang kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan
penurunan dalam kuasa beli wang iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam
medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.
Apabila inflasi terjadi, nilai
mata wang akan turun dan jadi tidak berharga. Oleh sebab itu, masyarakat akan
mencari medium lain yang lebih berharga untuk menggantikan nilai mata wang yang
semakin turun. Oleh yang demikian, secara tidak langsung akan menyebabkan harga
emas menjadi tinggi disebabkan penambahan permintaan terhadap emas.
No comments:
Post a Comment