EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Wednesday, February 22, 2017

EMAS UNTUK KEBEBASAN KEWANGAN


Apa yang dimaksudkan dengan kebebasan kewangan?  Bila seseorang itu dikategorikan sebagai bebas kewangan?

Ada situasi yang jelas untuk menentukan kedua-dua tahap dalam kehidupan manusia Itu.  Seseorang akan mencapai kebebasan kewangan apabila pendapatannya melebihi perbelanjaan.  Ini bermaksud, selagi perbelanjaan seseorang itu melebihi pendapatannya; dia pasti tidak cukup wang untuk meneruskan hidup. Dia akan dibelit hutang untuk mencukupkan pendapatannya.

Ramai orang sedang menghadapi situasi berkenaan sekarang ini.  Ekonomi yang tidakmenentu, kenaikan kos sara hidup, dan inflasi menjadi penyebab utamanya.  Akibatnya mereka hidup dalam kesengsaraan…

Lupakan saja persoalan takdir yang sering dijadikan alasan. Manusia diberi akal untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.  Dua hal itu mesti diajar oleh guru-guru di sekolah bagi mematuhi aspek KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kreatif). Kini dicanggihkan lagi dengan KBAT.

Allah menyediakan kita pelbagai alat untuk mencari penghidupan.  Gunakanlah alat itu sebaik-baiknya.  Dua benda yang sudah teruji dapat mengeluarkan manusia daripada kemiskinan ialah emas dan perak.  Logam-logam ini disebut berkali-kali dalam kitab suci Al-Quran. 

Emas bebas inflasi.  Nilainya tetap utuh selagi dunia belum kiamat. Kenaikan harganya berlaku setiap tahun.  Anda sudah dipasakkan dengan statement sebegini entah untuk kali yang keberapa.

Terimalah hakikat. Pergilah ke mana-mana pun untuk dapatkan emas anda secara santai. Jangan paksa diri. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.            




Tuesday, February 21, 2017

BIAR SEDIKIT DARIPADA TIADA LANGSUNG !!!

Tak perlu berhabis duit untuk buat simpanan emas ni …
Cukup sekadar konsisten setiap bulan sekurang-kurangnya 0.5 gram
atau 1 gram. Itu tandanya masih ada duit untuk meneruskan hidup seperti biasa.

Simpanan emas boleh dibuat dengan tenang.  Tak perlu tergopoh-gapah.
Tak perlu sampai ikat perut.

Dapat buat kedua-duanya secara serentak. Kumpul emas dan hiduplah dengan selesa.
Hargai masa sekarang dan beringat untuk masa hadapan.

Jom mulakan sekarang. Saya tak rugi. Anda tak untung. Yang untung ialah
sesiapa yang menyimpan banyak emas!!!

1 Bulan  1 Gram  1 Keluarga


CERAH MASA DEPAN  



Monday, February 20, 2017

MAKSIMUMKAN KEUNTUNGAN ANDA !!!

Anda boleh berbuat demikian dengan cara membeli emas di tempat yang menawarkan "spread" paling rendah.

Spread ialah margin susut nilai emas. Harus diingat bahawa

spread bagi emas berupa barang kemas lebih tinggi daripada
gold bar. Itu sebab lambat dapat untung kalau simpan barang kemas.

Gold bar dibuat khas untuk pelaburan emas.

Dah berapa gram gold bar yang anda beli ?

Kalau belum segeralah berbuat demikian.

Anda boleh beli 1 Dinar 24K hari ini pada harga RM807/keping
walaupun harga runcit emas 24K terkini RM220/gram ...

KIRA SENDIRI KEUNTUNGANNYA !!!

IKUT PROSEDUR INI KALAU NAK BELI:

Prosedur Pembelian:

Sila bank-in duit ke salah SATU akaun di bawah.

Maybank Hana Toyyibah Resources 5648 1050 9624
CIMB Harun Jaafar 760 308 7542
HSBC Harun Jaafar 027 001767 108
RHB Harun Jaafar 1 12457 6004394 0

SMS nama penuh, alamat lengkap, dan nombor handphone anda ke 019 323 4287 selepas duit dibank-inkan.

SELAMAT MENYIMPAN EMAS UNTUK MASA DEPAN






Sunday, February 19, 2017

TEKNIK MANIPULASI EMAS

Perniagaan Emas Menggunakan Konsep Ar-Rahnu.
Anda sebenarnya boleh menjalanjan pernaigaan Emas secara berseorangan tanpa mencari pelanggan, namun tetap menguntungkan.Di sini saya akan tunjukkan anda cara bagaimana dengan menggunakan konsep gadaian ar-rahnu (agrobank) boleh menambahkan keuntungan anda.
Andai kata anda membeli 1 Dinar Emas sebanyak 10 keping dengan nilai semasa (RM640 bagi setiap keping @ RM6400)
Maklumat tentang pajakan ar-rahnu AgroBank
- Nilai pajakan = maksimum 70%
- Kadar upah simpan = 75 sen bagi setiap nilai simpanan
- Tempoh masa = 6 bulan + 6 bulan
Langkah 1
Gadai 10 Dinar Emas @ Gadaian 1
Nilai Emas semasa = RM6400
Pinjaman maksimum @ 70% = 6400 X 70/100 = RM4480 (dapat duit dari ar-rahnu)
Langkah 2
Dengan jumlah wang yang diperolehi RM4480 boleh beli 7 Dinar lagi dengan harga RM640 1 Dinar maka anda beli lagi 7 Dinar
Gadai 7 Dimar Emas @ Gadaian 2
Nilai Emas Semasa = RM4480
Pinjaman maksimum @ 70% = 4480 X 70/100 = RM3136 (dapat duit dari ar-rahnu)
Langkah 3
Dengan jumlah wang yang diperolehi RM3136 (anda tambah RM64) boleh beli 5 Dinar lagi dengan harga RM640 maka anda beli lagi 5 Dinar
p/s : Jangan gadai 5 Dinar ini ( simpan sendiri)
Jumlah Dinar yang telah dibeli = 22 Dinar
Kiraan kadar upah simpan
Gadaian 1
Nilai gadaian pertama ialah RM6400, kadar upah simpan ialah RM6400 X 0.75/100 = RM48 sebulan @ RM288 – 6 bulan
Gadaian 2
Nilai gadaian kedua ialah RM4480, kadar upah simpan ialah RM4480 X 0.75/100 = RM33.60 sebulan @ RM201.60 – 6 bulan
Jumlah upah simpan selama 1 tahun bagi kedua-dua gadaian = (RM48 X 12) + (RM33.60 X 12) = RM576 @ RM979.20* Bayaran upah simpan perlu dibayar setiap 6 bulanProses Penebusan Semula Dinar Setelah 1 Tahun PajakanSebagaimana yang kita ketahui nilai kenaikkan emas setiap tahun minimum = 28%
Maka, harga emas bagi 1 Dinar setelah 1 tahun – RM640 X 28% = RM819.20- Jual kesemua 5 Dinar di tangan anda – 5 x RM819.20 @ RM4096
- Gunakan wang hasil jualan 5 dinar untuk bayaran penebusan gadaian anda, dengan nilai di atas anda dapat menebus sebanyak 6 dinar.
Baki hutang pinjaman anda ialah RM7616 – RM4096 = RM3520
- Bagi menyelesaikan baki pinjaman RM3520 anda jual lagi 5 dinar daripada 6 yang telah ditebus.
- 5 x RM819.20 @ RM4096 – RM3520 = RM576 ( baki di tangan anda setelah bayar kepada ar-rahnu)
Sekarang anda telah membayar kesemua nilai pinjaman anda cuba kita kira nilai Dinar Emas yang ada di tangan anda;
Jumlah Dinar Emas yang tinggal = 11 Dinar x RM819.20 @ RM9011
Berapa untung anda ?Nilai Dinar semasa – Modal anda ( modal beli 10 dinar + upah simpan + topup RM56 semasa beli 5 dinar terakhir)
RM9011 – RM6400 -RM979.20 – RM64 = RM1567.80 + ( RM576 - baki dari jualan 5 dinar yang ke 2)
Untung Bersih = RM2143.80
Perbandingan dengan ASB
Dengan jumlah wang yang sama RM6400 sekiranya anda simpan di ASB (dividen dan bonus ) 8% setahun
RM6400 X 8/100 = RM512

Friday, February 17, 2017

EMAS DALAM AL-QURAN

Ayat-ayat Al-Quranul Karim yang menyebut tentang EMAS. Fikir-fikirkan:

Al-Kahfi , 31: "Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, ... “

Faatir , 33: “(Balasan mereka ialah) syurga - syurga "Adn", yang mereka akan memasukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera."

Az-Zukhruf , 71: "Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan dalam syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta dipandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): ""Kamu adalah tetap kekal di dalamnya.”

Al-Hajj , 23: “Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.”

A-li 'Imraan , 14: "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; … “

At-Taubah , 35: "(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu."

At-Taubah , 34: “Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

Az-Zukhruf , 53: “(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)? “

Al-Israa' , 93: "Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya … “

Al-A'raaf , 148: "Dan kaum Nabi Musa, sesudah ia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara … “

Renung dan Fikirkanlah:

Allah Subhanahu wa Ta’ala menggambarkan emas sangat-sangat berharga dan tinggi nilainya tidak kira timelinenya di mana. Apabila Allah cerita sejarah silam (zaman nabi-nabi berpuluh/ratus ribu tahun dulu), emas sangat berharga. Apabila Allah ceritakan tentang Syurga, iaitu keadaan akan datang (future), juga emas tetap sangat berharga dan amat tinggi nilainya. Timeline dari dulu-dulu sampai akan datang di Syurga nanti, emas sangat berharga. Fikir-fikirkan lah...

Kesimpulannya:

Past = present = future (syurga) ---> Emas sentiasa berharga dan nilainya tinggi.





Thursday, February 16, 2017

SIFU SAYA KATA ...

10 Cara Untuk Menggunakan Masa dengan Baik
Allah berfirman;
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran” (Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
Kita sering merasa terburu-buru mengejar masa kerana perlukan masa yang banyak bagi melakukan aktiviti harian. Ini akan menyebabkan kerja yang kita lakukan menjadi kelam kabut. Tahukah anda, kekayaan masa iaitu mempunyai masa yang cukup untuk melakukan apa yang kita suka adalah satu nikmat yang tak terhingga?
Kami bantu anda dengan memberikan 10 tips pengurusan masa dengan baik.
1. Rancang jadual harian
Rancang jadual aktiviti harian adalah penting kerana kehidupan kita menuntut kita meluangkan masa untuk bersama diri sendiri, keluarga dan juga untuk Allah Swt. Pengurusan masa adalah pengurusan kehidupan harian kita. Berjaya mengurus masa bermakna kita berjaya menguruskan hidup kita.
Anda boleh mulakan hari anda dengan melakukan kerja-kerja yang paling penting di awal pagi. Anda juga boleh rancang jadual anda pada hari atau minggu sebelumnya.
2. Tetapkan had masa untuk setiap tugas
Jangan lakukan sesuatu tugas lain sebelum menyelesaikan tugas yang kita sedang lakukan. Sentiasa periksa jadual sebelum memulakan tugas yang baru. Sentiasa tanya diri sendiri, bilakah tugas yang sedang dilakukan itu boleh selesai? Bilakah ianya perlu diselesaikan. Adalah lebih bagus untuk menyiapkan tugasan lebih awal supaya anda ada lebih masa untuk memeriksa tugasan anda. Ini akan memastikan tugas yang sedang dibuat akan mencapai matlamat yang berkualiti. Ini juga akan membantu kita untuk lebih fokus dalam menyiapkan tugasan yang kita perlu lakukan.
3. Tahu deadline anda
Bukan mudah bagi kita untuk merancang kerja yang perlu dilakukan. Set tarikh akhir (deadline) untuk menyelesaikan kerja kerana ini akan mengurangkan rasa risau kerana merasa tidak mencukupi masa. Melakukan tugasan tanpa tahu tarikh akhirnya seperti anda tidak tahu arah tuju atau kesudahan tugasan tersebut. Ini menyebabkan anda akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.
4. Belajar untuk berkata “TIDAK”
Daripada semua tips penggunaan masa dengan baik, barangkali yang paling efektif ialah selalu menggunakan perkataan tidak. Belajarlah menolak dengan menggunakan kebijaksanaan tetapi tegas terhadap setiap permintaan yang tidak menunjang pencapaian sasaran anda. Kadang-kadang, bila kita berani mengatakan tidak kepada ajakkan kawan-kawan, atau kepada perkara-perkara yang tidak memberikan kesan besar kepada kita, kita boleh gunakan masa tersebut untuk perkara yang lebih memberikan kebaikan kepada kita.
5. Teknik 15 minit lebih awal
Dalam zaman sekarang, sangat mudah untuk kita mengawal masa. Kita boleh gunakan telefon bimbit sebagai penjaga masa kita. Dalam telefon bimbit, kita boleh setkan ‘reminder’ untuk memberi peringatan kepada kita tentang jadual dan waktu yang tepat. Ada orang menggunakan kaedah menetapkan waktu jam 15 minit lebih awal dari waktu sebenarnya supaya kita lebih berdisiplin dan mengelakkan dari terlambat.
6. Fokus
Kita akan memberi lebih tumpuan dalam melakukan kerja sekiranya kita fokus kepada sesuatu kerja. Buat sesuatu kerja dengan memastikan kerja tersebut merupakan perkara yang utama perlu diselesaikan. Untuk membantu anda fokus, anda boleh kurangkan gangguan di sekitar anda. Anda boleh ‘silent’ kan telefon bimbit, matikan notifikasi media sosial anda, jauhkan diri dari televisyen, YouTube dan lain-lain yang boleh mengalih perhatian anda dari terus fokus.
7. Jejaki masa yang dihabiskan
Lihat kembali pencapaian masa yang telah kita gunakan dalam sesuatu kerja. Gunakan teknik ini dengan memperkembangkan lagi fokus dalam matlamat yang perlu kita capai. Ramai antara kita tak pernah “keep track” berapa banyak masa yang kita gunakan untuk selesaikan sesuatu perkara. Sebagai contoh, cuba jejaki berapa banyak masa untuk anda siapkan satu tugasan yang biasa anda lakukan dan cuba lakukannya lebih cepat keesokkan hari. Anda akan mula perasan anda ada lebihan masa nanti.
8. Tidak kecoh dengan perkara-perkara tidak penting
Ramai antara kita selalu menyalahgunakan masa dengan kecoh dengan perkara-perkara yang tak ada kena mengena dengan kita. Contoh jelas, jika berlaku kemalangan di lebuh raya, ramai pemandu akan berhenti semata-mata untuk tengok. Ini akan menyebabkan anda lambat sampai ke lokasi dan juga melambatkan orang lain. Jangan kecoh dan kepoh dengan perkara-perakara yang tidak membawa kebaikan.
9. Jangan lupa untuk berehat
Bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat bukanlah penggunaan waktu yang efektif. Tenaga makin menurun, kebosanan makin mempengaruhi serta ketegangan fizikal dan mental makin terkumpul. Oleh itu, anda memerlukan masa rehat yang secukupnya kerana hanya berehat sahaja merupakan cara yang paling baik. Tidur sebentar juga boleh membantu kita menjadi lebih efektif, Rasulullah juga mengamalkannya. Tapi jangan jadikan ini sebagai alasan untuk lari dari tugasan!
10. Jangan mudah terpedaya
Masa bergerak sangat pantas. Kadang-kadang tanpa kita sedar, hari dah menjelang petang sedangkan banyak lagi perkara yang kita tak lakukan. Ramai orang mudah terpedaya dengan masa dan mula menggunakan masa sebagai alasan. “Releks la, baru pukul 9 pagi.” “Kenapa nak cepat-cepat, ini kan waktu rehat”. Dengan asyik melengah-lengahkan masa dan membiarkan diri terpedaya dengan masa yang ada, kita akan kehilangan masa tersebut.
Orang berjaya dalam hidup sangat menghargai masa. Tujuan mereka kaya dan berjaya ialah supaya mereka ada lebih banyak masa untuk diluangkan dengan Allah swt, dengan diri sendiri dan keluarga. Anda bagaimana?
Salam Kejayaan.



Wednesday, February 15, 2017

EMASLAH YANG TERBAIK

Renungan pagi ini...

•        Mulakanlah menyimpan *EMAS* walau harganya *MAHAL* sekalipun, kerana pada masa depan, EMAS akan lagi MAHAL dan EMAS kekal relevan walaupun tidak diterima lagi sebagai *WANG* pada masa sekarang.....

•        Sekiranya anda tidak nampak fungsinya buat anda, setidak-tidaknya *generasi* yang bakal mewarisi *EMAS* anda kelak mempunyai peluang untuk keluar dari belenggu ~HUTANG BANK~ dan menggunakan *Ar-Rahnu* bagi mendapatkan kemudahan kewangan yang mereka perlukan.

•        Wariskan EMAS* kepada generasi kita yang akan datang...untuk *Masa Depan* mereka…

Celik dan pandanglah dari sudut yang lebih *positif*...

Tambah ilmu, tambah kefahaman

1gram 1 bulan 1 keluarga


>>>Sudah Cukup Terbaik<<<