EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Saturday, December 30, 2017

JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA

Jangan Tunggu!!!! Simpanlah Emas Sekarang!!!!
Pelaburan emas mampu memberikan pulangan yang lumayan jika anda semua mamahami konsep dan teknik yang akan dikongsikan ini. Diharap anda dapat membaca post ini dengan hati yang terbuka dan dapat mengambil sedikit sebanyak input tentang pelaburan emas ini. Kita perlu siapkan minda kita dahulu, bila minda dah bersedia, semuanya lebih mudah untuk dilaksanakan...
Pertama sekali, sebagai pelabur emas, anda perlu memahami perkara-perkara di bawah ini:
1. Pelaburan emas merupakan pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Walaupun tempoh pelaburan agak lama, tetapi mampu memberikan keuntungan kepada pelabur. Pelaburan emas disarankan untuk tempoh sekurang-kurangnya 1 tahun dan ke atas. Kesabaran pelabur adalah penting dalam menunggu harga emas naik dan turun.
2. Dalam pelaburan emas, konsep yang perlu digunakan adalah"Beli Emas Sekarang, Kemudian Tunggu" (buy first, then wait). Namun begitu, kebanyakan individu yang saya jumpa, menggunakan konsep, "Tunggu Dulu, Baru Beli". Dalam tempoh menunggu, sudah pasti harga emas semakin menaik sedikit demi sedikit, dan akhirnya menjadi semakin mahal. Bila dah mahal tu, baru nak beli... Sepatutnya jika dibeli dari awal dan tunggu, pembeli sudah dapat menikmati keuntungan dari kenaikan harga emas tersebut.
3. Emas adalah komoditi, harganya sentiasa naik dan turun. Tetapi, dalam jangka masa panjang, harganya akan meningkat naik.
4. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan yang tetap setiap bulan. Jika ada yang ingin menjana pendapatan, pelaburan emas bukan jawapannya... Mereka harus melakukan perniagaan emas.
5. Yup!! Betul tu... Jika anda fikirkan ini, (melabur emas sambil berniaga), anda memang BIJAK!!! Sambil melabur, sambil berniaga emas, sekurang-kurangnya, dapat juga pendapatan sampingan hasil penjualan emas tersebut.
6. Semakin banyak ilmu yang anda peroleh, anda akan lebih mudah menjana pendapatan dengan perniagaan emas. Oleh itu, anda perlulah rajin membaca laman web yang mempunyai kaitan dengan emas.
Kempen 1gram 1bulan 1keluarga.....
Berminat ????
JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA UNTUK BERMULA

Tuesday, December 26, 2017

MULAKANLAH MENGUMPUL EMAS

Setelah 17 hari tidak muncul di sini kerana menyelesaikan bertimbun beban kerja yang perlu dibereskan, hari ini saya muncul kembali.
Pertanyaan saya:
Sudah berapa gram emas yang berada dalam tangan anda ?
Saya tak perlukan jawapan anda. Tetapi ingin saya tegaskan di sini bahawa anda tergolong dalam kumpulan orang amat rugi sekiranya tidak mengumpul emas.
Baharu saja 2 minggu yang lalu harga emas 24K turun ke tahap terendah, iaitu RM178/gram.
Hari ini, harganya telah naik ke RM184/gram.
Jika anda membeli ketika harganya RM178, hari ini anda telah dapat RM6 keuntungan per gram.
MUDAH BENAR UNTUK MEMILIKI KEKAYAAN MELALUI
PENYIMPANAN EMAS
Mulakanlah mengumpul emas ...

Saturday, December 9, 2017

MANIPULASI KEWANGAN

INI SAMBUNGAN YANG SEMALAM
Barangkali ramai yang tertanya-tanya, "Macam mana nak beli emas kalau banyak hutang ?"
Adakah orang awam yang sanggup berhutang sampai tak boleh bayar ? Itu kes gantung diri namanya.
Apa-apa pun, prioriti kita sepatutnya menyelamat dan menambah kekayaan. EMAS IALAH PENYELAMAT KEKAYAAN.
Lalu, kita perlu beli emas dulu, kemudian bayar hutang. Jika tak buat begitu, sampai bila-bila pun tak akan ada emas.
Dalam kisah semalam saya ada sebanyak RM1430 setelah membeli 10 gram emas 24K pada harga RM1820, bayar premium RM15, dan menggadaikan emas 24K seberat 10 gram itu.
Jika saya ada hutang berjumlah RM1000, saya gunakan RM1430 untuk menjelaskannya dan ada baki lagi RM430.
Saya dapat emas 24K seberat 10 gram, dah langsai hutang sebanyak RM1000, dan berbaki lagi RM430.
Inilah yang dinamakan manipulasi kewangan.
Proses ini boleh dilaksanakan secara berulang-ulang dengan mengambil kira persediaan setiap bulan untuk menebus kembali emas yang digadai itu tepat pada masanya, dan menanti peluang terbaik lonjakan harganya dalam tempoh 2 atau 3 tahun untuk menikmati keuntungan dari hasil jualannya.

Friday, December 8, 2017

MUDAHNYA MEMILIKI EMAS


Bolehkah anda memiliki 10 gram emas 24K dengan hanya RM405.00 ?
Jawapannya: BOLEHHHHH
Semalam saya memesan 10 gram emas 24K dengan Public Gold kerana sudah memiliki akaun Gold Accumulation Program.
Harga 1 gram ialah RM182.00. Saya bayar RM1820.00 untuk pembelian tersebut.
Sesudah transaksi selesai, hari ini saya ke Cawangan Public Gold Ampang di Taman Dagang. Keluarkan sekeping gold bar 10 gram 24K setelah membayar premium sebanyak RM15.00.
Saya kembali ke tempat mengajar di sebuah kolej swasta yang terletak di Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju.
Di hadapan kolej ada Ar-Rahnu milik Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad. Saya gadaikan gold bar 10 gram 24K tadi.
Nilai marhunnya RM1910.00. Pinjaman diberi sebanyak 74.87% (ini untuk pelanggan tetap sahaja, jangan bagi tau orang lain tauuu). Dapatlah pinjaman sebanyak RM1430.00.
Saya keluarkan (RM1820 + RM15 = RM1835)
Dapat balik RM1430.00
Saya hanya bayar RM1835 - RM1430 = RM405 sahaja untuk gold bar 10 gram 24K tu.
Saya sudah ada emas 24K seberat 10 gram dan bebas berbuat apa-apa saja dengan wang pinjaman sebanyak
RM1430.00 tu.

MUDAH SUNGGUH MEMILIKI EMAS ......
ENAKNYA ADA DUIT BANYAK ZAMAN MINYAK MAHAL NI
Tak nak tiru saya ke ?

Thursday, December 7, 2017

DINAR EMAS 24K

Cincin bertunang kami sediakan,
       Cincin kahwin kami sarungkan,
Emas Dinar kami hantarkan,
       Sebagai Mas Kahwin empunya badan.
Musim perkahwinan sudah tiba, jadikan Dinar sebagai Mas Kahwin untuk orang yang tersayang.
Dapatkan di KEDAI EMAS RUHAN sekarang.
RM850.00/KEPING
TIADA CAJ SELAINNYA …….
Prosedur Pembelian:
Sila bank-in duit ke salah SATU akaun di bawah.
Maybank Hana Toyyibah Resources 5648 1050 9624
CIMB Harun Jaafar 760 308 7542
HSBC Harun Jaafar 027 001767 108



Monday, December 4, 2017

SIMPAN EMAS DENGAN SELAMAT

6 Cara Simpan Emas Dengan Selamat

Perkara pertama yang sahabat perlu tahu, Ar-Rahnu bukanlah tempat simpan emas. Itu tempat untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas. Jadi, menyimpan emas di Ar-Rahnu sangat merugikan kalau tidak tahu manfaatkan duit pinjaman tu untuk menggandakan keuntungan.

Keduanya, simpan emas ni senang sahaja, cuma bagi orang baru, dia akan rasa takut sebab dia rasa nilai emas itu tinggi. Padahal, simpan kereta, simpan handphone, simpan laptop dan barang berharga lain tu lagi berisiko besar berbanding simpan emas. Emas saiznya kecil sahaja. Senang disorokkan. Bagi saya, risiko hilang kereta lagi besar daripada hilang emas. Kita rasa risau simpan emas sebab ‘mindset’ kita jer. Kalau dah lama-lama nanti, rasa ‘slumber’ jer, insyaAllah. Jadi, sebagai panduan asas, ini 6 tips penting untuk pastikan emas tu disimpan dengan selamat:

#1 – Jangan bagi tahu sesiapa

Ini paling penting. Kalau beli emas, jangan bagi tahu sesiapa kecuali isteri ataupun suami jer. Tak perlu tunjuk pada kawan-kawan koleksi emas yang kita ada. Duduk diam-diam sudah… (“,) Kecuali anda memang berniaga emas.
Untuk makluman sahabat, saya tak pernah bagi tahu pada jiran-jiran yang saya adalah dealer emas dan saya memang tak cerita pada sesiapa di kawasan kediaman kecuali sahabat rapat yang follow blog saya. Itu jer. Bukan tak nak promosi, tapi sebab faktor keselamatan. Nanti orang lain fikir rumah saya penuh emas, padahal habuk pun tak ada…

#2 – Simpan di rumah, syaratnya…

Syiling 1 gram harimau mint gold saiznya lagi kecil dari duit 5 sen. Jadi, nak simpan 1 gram sebenarnya lagi senang dari simpan duit dan barang berharga lain. Tempat paling selamat simpan emas kat rumah ialah tempat yang orang biasanya tak terfikir. Mungkin dalam soket dinding, pam tandas, tin biskut, peti ais, dalam lampu, belakang jam, bawah almari, dalam pasir akuarium, dalam pasu, dalam tanah belakang rumah dsb. Asalkan jangan simpan dalam almari ataupun belakang oven dahlah sebab itu biasanya akan jadi sasaran perompak.

Nasihat saya, kalau simpan di rumah, simpan di beberapa tempat. Contohnya, anda ada 30 keping syiling 1 gram. Mungkin boleh pecahkan kepada 3 tempat. Setiap tempat simpan 10 keping. Ini penting untuk meminimumkan kerugian kalau rumah anda kena pecah masuk. Kes ini memang benar-benar berlaku kepada seorang kawan saya dan kerugian dia dapat diminimumkan, alhamdulillah…

Dan yang juga penting, khaskan hanya beberapa tempat untuk simpan emas. Jangan bertukar-tukar tempat, dan jangan letak di terlalu banyak tempat sebab beberapa kes yang saya jumpa, emas tu hilang sebab TERLUPA simpan di mana! Kita suka simpan ditempat orang lain tak terfikir, kononnya nak selamat, hinggakan kita sendiri tak terfikir di mana kita simpan emas-emas tu!

#3 – Simpan di pejabat, tapi…

Ramai orang tak perasan, pejabat mungkin boleh jadi tempat percuma dan agak selamat untuk simpan barang berharga. Tapi ia hanya sesuai kalau pejabat yang ada Sistem kawalan keselamatan yang ketat. Nak masuk kena register di pos kawalan, bilik pun cuma “authorised personnel” jer yang boleh masuk, ada CCTV, dan laci workstation anda pun boleh dikunci.

Kawan-kawan sepejabat yang boleh dipercayai dan amanah.Cuma yang perlu ambik perhatian ialah cleaner yang keluar masuk bersihkan office. Itu jer.

#4 – Beli Safe Deposit Box dan simpan di rumah

Ini kosnya agak tinggi dan taklah selamat sangat especially kalau masa kita ada kat rumah. Kalau perompak masuk rumah, itulah yang pertama dia nak bukak.

Safe deposit box kat rumah ni lebih kepada simpan daripada anak-anak ataupun pembantu rumah jer. Bagi orang biasa macam saya, cara ni agak mahal dan kurang praktikal.

#5 – Sewa Safe Deposit Box di bank atau syarikat swasta

Bagi saya, simpan di Safe Deposit Box berbayar paling selamat dan paling nyenyak tidur malam. Kosnya pun murah jer. Paling murah sekitar RM100 untuk box paling kecik – boleh muat emas bernilai lebih RM100,000. Saya simpan kesemua emas saya di sana.

Persoalannya, berapa banyak emas yang berbaloi untuk sewa safe deposit box? Jawapannya terpulang. Kalau anda simpan emas di rumah dalam jumlah yang boleh mengganggu tidur malam yang lena, dan tak selesa tinggalkan rumah untuk balik kampung, lebih baik sewa safe box jer. Keluarkan duit sikit tak apa, asalkan kita peace of mind.

Royal Safe Deposit Box, Sunway.
Di Bank atau Syarikat Swasta?

Untuk orang kebanyakan, saya syorkan sewa di bank sebab kosnya paling murah. Kekurangannya ialah cover insurannya cuma RM10,000 jer. Kalau nak cover lebih, kena runding dengan bank untuk naikkan cover insuran. Keduanya, waktu dia tertakluk waktu bank (pejabat) jer.

Sebagai dealer emas yang banyak urusan keluar masuk emas, saya lebih suka syarikat swasta sebab (1) cover insurannya tinggi, (2) waktunya lebih fleksible – 9.00 pagi hingga 11.00 mlm setiap hari termasuk Ahad dan cuti umum. Tapi ia bergantung syarikat swasta yang anda pilih. Saya sewa di Royal Safe Deposit Box, betul-betul bawah office Public Gold Sunway.

#6 – Tinggalkan pesanan kepada waris!

Emas ada aset tunai yang tiada dalam sistem kewangan. Tak siapa tahu berapa banyak emas yang kita ada, dan di mana emas-emas tu kita simpan. Hatta bank dan kerajaan pun tak tahu. Ia berbeza dengan aset-aset kewangan yang lain macam akaun simpanan, unit trust, saham dsb. Semua data-data tu kerajaan boleh trace melalui institusi-institusi kewangan. Kalau kita mati, maka tak siapa tahu di mana-mana kita simpan emas tu kalau kita tak pesan kepada ahli waris.

Jadi tips paling penting, bagi tahu kepada pasangan anda (atau ahli waris yang amanah) di mana anda simpan emas-emas tu. Takut terlupa ataupun anda ‘pergi’ dulu. Ada satu kes benar-benar berlaku kepada salah seorang pembeli emas. Dia beli emas nilainya hampir RM2 juta. Tapi bila dia meninggal dunia akibat serangan jantung, isteri dan anak-anaknya tak tahu pun dia simpan emas tu di mana! Emas-emas si mati tak dapat diwariskan oleh keluarga!

Jalan Terakhir

Dan satu kes lagi, isteri simpan emas bernilai RM70,000 dalam air-cond tanpa bagi tahu suaminya. Masa air-cond rosak, suaminya panggil technician dan technician tu angkut air-cond tu ke kedai dia. Dan emas tu lesap macam tu je. Jadi pastikan pesan kepada pasangan atau ahli waris.

Jom simpan sebulan 1gram secara disiplin

12bulan = 12gram


10 tahun = 120gram dalam anda tidak sedar !!!

Sunday, December 3, 2017

CARA MUDAH PELABURAN EMAS


Ramai yang tertanya-tanya bagaimana pelaburan emas dilakukan, bagaimana emas dapat menguntungkan pelabur dan juga bagaimana untuk mengoptimumkan keuntungan melalui pelaburan emas. Pelaburan emas sebenar-benarnya bermaksud “menyimpan” emas untuk suatu tempoh masa yang sederhana dan panjang, hanya kadang-kadang, emas dapat memberikan keuntungan dalam jangka masa pendek, tetapi sebaik-baiknya simpanlah emas untuk jangka masa yang panjang bagi mendapatkan pulangan yang berganda.

Sejak berjuta tahun dahulu, sejarah manusia menyaksikan bermacam ritual, perang, dan perkelahian untuk merebut logam berharga ini, dari konflik kecil sehingga besar, emas dan harta benda berterusan bertukar hak milik, mereka yang memiliki kekuatan yang lebih besar akan merampas emas permata dari pihak yang lebih lemah. Mereka yang berkuasa ini akan terus-menerus mengumpul emas dan harta dari pihak lain untuk menggandakan lagi jajahan dan kekayaan mereka.
Sebut sahaja kemewahan tamadun Aryan di India, Macedonia, Greece, Yunani, dan Rom, mereka menguasai kekayaan setiap jajahan mereka dan memaksa negeri-negeri lain tunduk kepada mereka. Setiap ekspedisi ketenteraan memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan pastinya bukan dari poket mereka, tetapi dirampas daripada mangsa serangan tersebut.

Jika dilihat sejarah Tamadun Mongol, Barbarik, dan Kaum Utara, mereka telah banyak kali menyerang, merampas, mengguling kerajaan-kerajaan di atas. Bahkan hampir semua tamadun manusia dihancurkan gog dan magog ini. Tetapi bagaimana bangsa mereka hari ini? Daif? Tiada dana kewangan? Tidak maju berbanding bangsa lain. Sebab pertama, semestinya kurang ilmu pengetahuan yang diturunkan kepada.generasi baru. Kedua, cara kehidupan nomad ibarat kais pagi makan pagi, bermaksud mereka tiada keperluan menyimpan, sebanyak mana rampasan mereka, itu yang akan dibelanjakan..

Dari sudut sejarah emas, kita perlu faham bahawa melabur bermaksud menyimpan. Pelaburan emas tidak menjanjikan pulangan sekelip mata (kecuali skim-skim penipuan). Pelaburan emas membolehkan pelabur mendapat pulangan yang selamat, steady dan berterusan.


Cara pelaburan emas yang biasa adalah dengan cara membeli emas dan simpan. Contohnya jika pelabur memiliki RM5000, dengan harga hari ini, pelabur mungkin dapat membeli sekitar 23gram emas 999, sekiranya harga emas naik RM10/gram, pelabur akan untung sekitar RM230 (10 x 23 gram). Yang penting, kenaikan harga emas setiap tahun hampir 40% mengatasi ASB, Unit Trust, TABUNG HAJI, dan sebagainya.

Wednesday, November 29, 2017

JOM JADI KAYAAAAA

CARA MEMILIKI EMAS MELALUI WANG GAJI

Katakan anda telah membuka akaun Gold Accumulation Program (GAP) dengan Public gold dan telah membeli 1 gram emas 24K. Apabila sudah ada akaun itu, anda boleh menambah dan mengeluarkan emas anda pada bila-bila masa dengan syarat meninggalkan baki dalam akaun itu sebanyak 1 gram emas.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MENAMBAH PEMILIKAN EMAS 24K DENGAN WANG GAJI ANDA SIAP LANGSAIKAN SEMUA HUTANG DAN TANGGUNGAN ?

Anda bergaji RM3000.00 sebulan. RM270.00 telah dipotong untuk KWSP. Bakinya ada RM2730.00 sahaja.

Andaikan senarai di bawah ialah tanggungan anda:

Ansuran kereta                      RM  400.00
Ansuran rumah                      RM  500.00
Perbelanjaan harian             RM1200.00
Lain-lain                                 RM  630.00
JUMLAH BESAR                  RM2730.00

Harga emas 24K Public Gold pada hari ini ialah RM188.00/gram.

Anda ambil sebanyak RM940.00 untuk beli 5 gram emas 24K.

Di tangan anda ada RM2730.00 -  RM940.00  =  RM1790.00

Anda pergi ke Kedai Public Gold terdekat untuk keluarkan 5 gram emas 24K itu dan gadaikan di Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang (dalam kedai itu juga).

Kiraannya ialah:  5 gram emas 24K  x RM253.00 =  RM1265.00 (Nilai Marhun)

Anda dapat 60% daripada RM1265.00 =  RM759.00

Di tangan anda sekarang ada RM1790.00 +  RM759.00 =  RM2549.00

Selesaikan semua tanggungan anda:

RM500.00 + RM400.00 + RM1200.00  =  RM2100.00

Sesudah selesaikan semua itu, di tangan anda ada:

RM2549.00 – RM2100.00 =  RM449.00

INGAT !!!

Di tangan anda ada RM449.00 lagi. Di pajak gadai anda ada 5 gram emas 24K. Semua tanggungan anda selesai. Nak apa lagi ?  Ulang saja proses ini bersilih ganti dengan tebus balik gadaian tu…

TIDAKKAH INI CARA YANG TERBAIK UNTUK SELESAIKAN SEMUA TANGGUNGAN DAN SEKALI GUS MEMILIKI EMAS 24K DENGAN WANG GAJI ANDA ?


Sememangnya berbaloi-baloi … Jom jadi kayaaaaaa …

Tuesday, November 28, 2017

ANDA MAMPU MEMILIKI EMAS

Emas (dan perak) ialah aset fizikal mampu milik. Kalau tanah dan hartanah, kita perlukan modal yang besar untuk beli. Tanah tak boleh dibeli mengikut kaki persegi. Berbeza dengan emas, kita boleh beli dengan bajet serendah 1 gram, bahkan item 0.5 gram pun sudah ada sekarang. Ada duit lebih sahaja boleh terus beli dan kumpul sedikit demi sedikit. Bahkan golongan pelajar pun sudah boleh menyimpan emas.

Dengan adanya kaedah pembelian seperti Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) yang ditawarkan oleh Public Gold, kini setiap orang boleh membeli dan menyimpan emas dengan mudah dan murah.

Now, everyone can buy gold! InsyaAllah.

Wallahu a’lam.





Monday, November 27, 2017

LAMA DAN BAHARU

UNIT BERAT LAMA KEPADA UNIT DALAM GRAM

Emas Se Amas = 2.551 gram
Emas Se Rial =2.70 gram
Emas Se Kupang = 0.64 gram
Emas 2 Kupang = 1.28 gram
Emas 6 Suku (1½ mayam) = 5.06 gram
Emas 5 Busak (½ Mayam ) = 1.69 gram
Emas 1 Mayam = 3.37 gram

Friday, November 24, 2017

BANDING BEZA HARGA EMAS

MENGAPA HARGA EMAS & PERAK BERBEZA ANTARA JENAMA/PENGELUAR ?

Sebenarnya harga emas dan perak fizikal tidak mempunyai harga siling, tiada penetapan harga maksimum, tetapi mempunyai harga lantai atau harga minimum. Kebiasaannya, harga minimum ini boleh dirujuk kepada Spot Price ataupun Indeks harga yang sentiasa berubah-rubah. Laman web yang menjadi kebiasaan untuk rujukan harga spot ialah laman web “kitco.com”. Harga ini hanyalah angka/indeks yang didagangkan sebagai penanda aras kepada kenaikan dan penurunan harga emas di pasaran dunia sahaja.

Dalam penentuan harga emas dan perak fizikal beberapa faktor diambil kira oleh syarikat pengeluaran emas. Antara faktor yang perlu diambil kira adalah beberapa kos tambahan yang terlibat seperti kos Minting, Kos Buruh, Kos untuk memastikan keselamatan dan lain-lain kos yang terlibat dalam proses pengeluaran emas/perak fizikal tersebut di samping % kadar keuntungan. Bagi syarikat pengeluar yang mempunyai kepakaran dan modal yang besar, mereka akan mengenakan kos tambahan yang amat rendah untuk meminimumkan kos bagi memastikan emas fizikal keluaran mereka dapat dijual pada harga yang kompetitif.


Manakala bagi pengeluar yang tidak mempunyai kepakaran tersebut dan terpaksa mengupah pihak ketiga yang berkepakaran akan menanggung kos tambahan yang lebih tinggi dan menjadikan harga emas fizikal keluaran mereka juga dijual pada harga yang lebih tinggi. Faktor-faktor inilah yang akan menentukan harga emas di pasaran.

Thursday, November 23, 2017

TEKNIK MANIPULASI EMAS


Perniagaan Emas Menggunakan Konsep Ar-Rahnu.

Anda sebenarnya boleh menjalankan perniagaan Emas secara berseorangan tanpa mencari pelanggan tetapi tetap menguntungkan.Di sini saya akan tunjukkan anda cara bagaimana dengan menggunakan konsep gadaian ar-rahnu (agrobank) boleh menambahkan keuntungan anda.

Andai kata anda membeli 1 Dinar Emas sebanyak 10 keping dengan nilai semasa (RM640 bagi setiap keping @ RM6400)

Maklumat tentang pajakan ar-rahnu AgroBank

- Nilai pajakan = maksimum 70%
- Kadar upah simpan = 75 sen bagi setiap nilai simpanan
- Tempoh masa = 6 bulan + 6 bulan

Langkah 1

Gadai 10 Dinar Emas @ Gadaian 1
Nilai Emas semasa = RM6400
Pinjaman maksimum @ 70% = 6400 X 70/100 = RM4480 (dapat duit dari ar-rahnu)

Langkah 2

Dengan jumlah wang yang diperolehi RM4480 boleh beli 7 Dinar lagi dengan harga RM640 1 Dinar maka anda beli lagi 7 Dinar
Gadai 7 Dinar Emas @ Gadaian 2
Nilai Emas Semasa = RM4480
Pinjaman maksimum @ 70% = 4480 X 70/100 = RM3136 (dapat duit dari ar-rahnu)

Langkah 3

Dengan jumlah wang yang diperolehi RM3136 (anda tambah RM64)  boleh beli 5 Dinar lagi dengan harga RM640  maka anda beli lagi 5 Dinar

p/s : Jangan gadai 5 Dinar ini ( simpan sendiri)

Jumlah Dinar yang telah dibeli = 22 Dinar

Kiraan kadar upah simpan

Gadaian 1

Nilai gadaian pertama ialah RM6400, kadar upah simpan ialah RM6400 X 0.75/100 = RM48 sebulan @ RM288 – 6 bulan

Gadaian 2

Nilai gadaian kedua ialah RM4480, kadar upah simpan ialah RM4480 X 0.75/100 = RM33.60 sebulan @ RM201.60 – 6 bulan
Jumlah upah simpan selama 1 tahun bagi kedua-dua gadaian = (RM48 X 12) + (RM33.60 X 12) = RM576 + RM403.20 @ RM979.20* Bayaran upah simpan perlu dibayar setiap 6 bulan proses penebusan semula Dinar setelah 1 tahun pajakan sebagaimana yang kita ketahui nilai kenaikkan emas setiap tahun  minimum =  28%

Maka, harga emas bagi 1 Dinar setelah 1 tahun – RM640 X 28% = RM819.20- Jual kesemua  5 Dinar di tangan anda – 5 x RM819.20 @ RM4096

- Gunakan wang hasil jualan 5 dinar untuk bayaran penebusan gadaian anda, dengan nilai di atas anda dapat menebus sebanyak 6 dinar.

Baki hutang pinjaman anda ialah RM7616 – RM4096 = RM3520
- Bagi menyelesaikan baki pinjaman RM3520 anda  jual lagi 5 dinar daripada 6 yang telah ditebus.

- 5 x RM819.20 @ RM4096 – RM3520 =  RM576 ( baki di tangan anda setelah bayar kepada ar-rahnu)

Sekarang anda telah membayar kesemua nilai pinjaman anda cuba kita kira nilai  Dinar Emas yang ada di tangan anda;

Jumlah Dinar Emas yang tinggal = 11 Dinar x RM819.20 @  RM9011
Berapa untung anda ?Nilai Dinar semasa – Modal anda ( modal beli 10 dinar + upah simpan + topup RM56 semasa beli 5 dinar terakhir).
RM9011 – RM6400 -RM979.20 – RM64 = RM1567.80 + ( RM576 - baki dari jualan 5 dinar yang ke 2)

Untung Bersih = RM2143.80

Perbandingan dengan ASB

Dengan jumlah wang yang sama RM6400 sekiranya anda simpan di ASB (dividen dan bonus ) 8% setahun.

RM6400 X 8/100 = RM512

Wednesday, November 22, 2017

APA DAN BAGAIMANA ?

SABAN TAHUN HARGA BARANG MENINGKAT, BERMAKNA JATUHNYA NILAI MATA WANG KITA

APA YANG PERLU KITA LAKUKAN?

1. Nilai wang kertas yang US tipu pada tahun 1971 itu sendiri saban tahun nilainya JATUH. Lebih teruk lagi harga barang sentiasa MENINGKAT. Pakar ekonomi bagitahu bahasa mudahnya adalah INFLASI.

2. Idea MENYIMPAN wang kertas di dalam bank mahupun di bawah bantal adalah LAPUK. Idea BARU adalah “HEDGING” atau PELINDUNG NILAI. Dalam jenis apa? Minyak? Emas? Perak? Masih keliru? Google je graph.

● Jika anda sekarang mempunyai duit RM1,000,000 dalam bank, 10 tahun lagi, nilai RM1 juta itu akan turun setaraf dengan nilai RM100,000.

● Lihat sendiri perbelanjaan setiap tahun masa pergi pasar ramadhan. Jika tahun sebelum ini dengan RM20 boleh beli macam-macam tapi sekarang, nilai barang yang dulu RM20, nak dapat kena belanja dalam RM40.

● Mengapa simpan duit tak bijak sekarang, setiap tahun nilai duit kita jatuh dan inflasi meningkat. Inilah masanya orang kaya bertambah kaya sebab orang kaya jual barang meningkat inflasi.

● Contohnya jika seorang tauke station minyak naik harga sebab inflasi, bermakna dia bertambah kaya sebaliknya kita bertambah miskin sebab nak kena bayar tauke minyak beli minyak.

● Cadangan terbaik untuk tidak menyebabkan nilai duit anda tak jatuh ialah JANGAN SIMPAN DUIT sebaliknya BELI EMAS untuk kekalkan nilai duit.

● Contoh paling terbaik ialah beli emas untuk anak. Bayangkan anak yang berumur setahun belikan emas untuk dia 100 gram yang kalau sekarang ni harganya RM18,000. Nanti bila dia dah umur 20 tahun mana tahu dah jadi RM100,000….WalLahualam.

==============================================
BAGAIMANA DAN APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?
==============================================

1. Tarik cepat-cepat wang untuk simpanan emas anda setiap bulan, baki, barulah bayar bil.
● 1gram 1bulan. kalau mampu boleh lebihkan. 1tahun dah ada 12gram. 10 tahun dah ada 120g. pejam celik je.

2. Kongsi maklumat ini kepada orang ramai.


Kami hanya menyampaikan. Selebihnya terpulang kepada diri masing-masing.

Monday, November 20, 2017

UNTUK TATAPAN ANDA


Nabi Sulaiman pernah bertanya seekor semut. "Wahai semut, berapa banyakkah makanan yang kamu perlukan untuk hidup selama setahun?

Maka semut itu menjawab "wahai Nabi Allah Sulaiman, aku hanya perlukan makanan sebesar sebutir gula untuk hidup selama setahun.”

Maka Nabi Sulaiman mengurung semut tersebut  dalam sebiji botol dan diletakkan sebutir gula untuk makanan semut itu.

Selepas setahun Nabi Sulaiman membuka tudung botol itu dan mendapati hanya separuh sahaja gula yang dimakan oleh semut itu.
Lalu Nabi Sulaiman bertanya kepada semut tadi, "Wahai semut, mengapa hanya separuh sahaja gula yang kamu makan dalam setahun?

Maka semut itu menjawab, " Jika di luar botol ini aku yakin Allah akan bagi rezeki yang cukup kepada aku untuk hidup, namun setelah kamu mengurung aku dalam botol ini, aku tidak yakin manusia akan berikan aku rezeki yang cukup..Aku takut kamu terlupa untuk membuka tudung botol ini setelah setahun..Oleh itu aku terpaksa berjimat cermat.”

Begitulah kisah seekor semut yang cukup yakin dengan Rezeki Allah kepadanya..Manusia macam kita kalau tidak yakin dengan rezeki Allah tentulah lebih teruk daripada semut …


Yakinlah rezeki milik Allah, bukan milik Perdana Menteri, bukan milik kerajaan, bukan milik syarikat..bukan time ngundi je digula-gulakan. Rezeki itu milik Allah secara mutlak …

Saturday, November 18, 2017

EMAS UNTUK KEBEBASAN KEWANGAN



Apa yang dimaksudkan dengan kebebasan kewangan?  Bila seseorang itu dikategorikan sebagai bebas kewangan?

Ada situasi yang jelas untuk menentukan kedua-dua tahap dalam kehidupan manusia itu.  Seseorang akan mencapai kebebasan kewangan apabila pendapatannya melebihi perbelanjaan.  Ini bermaksud, selagi perbelanjaan seseorang itu melebihi pendapatannya; dia pasti tidak cukup wang untuk meneruskan hidup. Dia akan dibelit hutang untuk mencukupkan pendapatannya.

Ramai orang sedang menghadapi situasi berkenaan sekarang ini.  Ekonomi yang tidakmenentu, kenaikan kos sara hidup, dan inflasi menjadi penyebab utamanya.  Akibatnya mereka hidup dalam kesengsaraan…

Lupakan saja persoalan takdir yang sering dijadikan alasan. Manusia diberi akal untukmembuat keputusan dan menyelesaikan masalah.  Dua hal itu mesti diajar oleh guru-guru di sekolah bagi mematuhi aspek KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kreatif). Kini dicanggihkan lagi dengan KBAT (Kemahiran Berfikit Aras Tinggi).

Allah menyediakan kita pelbagai alat untuk mencari penghidupan.  Gunakanlah alat itu sebaik-baiknya.  Dua benda yang sudah teruji dapat mengeluarkan manusia daripada kemiskinan ialah emas dan perak.  Logam-logam ini disebut berkali-kali dalam Kitab Suci Al-Quran. 

Emas bebas inflasi.  Nilainya tetap utuh selagi dunia belum kiamat. Kenaikan harganya berlaku setiap tahun.  Anda sudah dipasakkan dengan statement sebegini entah untuk kali yang keberapa.

Terimalah hakikat. Pergilah ke mana-mana pun untuk dapatkan emas anda secara santai. Jangan paksa diri. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.            


Friday, November 17, 2017

EMAS MILIK PERIBADI


Pada hakikatnya, tiada siapa yang tahu sekiranya anda menyimpan emas dan tiada siapa yang tahu berapa banyak emas yang anda ada.

Jika anda menyimpan duit di bank, mereka akan tahu berapa jumlah duit yang anda miliki.

Jika anda membeli saham, mereka akan tahu berapa banyak share yang anda ada.

Bukankah situasi itu memberi maksud simpanan emas anda amat peribadi dan simpanan konvensional terdedah kepada pencerobohan?

Jika ada sesiapa yang mempunyai niat jahat ingin menggunakan maklumat anda senang-senang saja mereka dapat.

Lembaga Hasil Dalam Negeri  sangat suka jika anda mempunyai banyak simpanan wang dan saham dalam bentuk tunai  atau buku... cepat-cepat mereka datang.

Lepas itu, anda disiasat dan dihukum sekiranya tidak membayar cukai.

Sebaliknya jika anda simpan emas hanya anda dan Allah sahaja yang tahu.  Kalau anda tak bayar zakat sesudah sampai haulnya pun hanya anda dan Allah sahaja yang tahu.  Tanggunglah dosa besar tu.

HANYA ALLAH DAN ANDA SAHAJA YANG TAHU BERAPA BANYAK EMAS YANG ANDA ADA.


MOHLAH SIMPAN EMAS BANYAK-BANYAK …

Thursday, November 16, 2017

RM VS EMAS


Beza tabungan emas dan RM ialah:

Kita menabung emas bukan untuk kaya, tetapi untuk selamatkan nilai simpanan ...

RM confirm susut tiap-tiap tahun... Pasti susut...

Ya, emas ada turun. Tapi mampu melantun semula...

RM?? Tak mungkin …

Kita beli emas masa harga rendah. Jika ada yang kita beli masa harga tinggi, kita simpan dan beli lagi emas pada harga rendah.

Tujuannya? Bila harga naik, kita boleh jual emas yang kita dah beli tu. Itu cara menyimpan emas.

Emas 50 gram yang kita beli pada harga market tengah tinggi, simpan dulu. Jika nak jual hari ini, maybe tak dapat harga tu. Tapi kita masih dapat jual dengan harga ribuan ringgit kerana EMAS tetap bernilai.

Simpan saja emas ni buat macam hobi. Sikit-sikit pun jadilah. Jangan fikir nak beli sekali banyak atau yang besar-besar. Sama macam orang menabung duit. Mereka tak pernah fikir pun apa nak jadi dengan duit tu. Duit yang tiap tahun inflasi tak pernah pulak orang ambil kisah !!! Manusia memang pelik …


Antara tujuan tukar sikit duit pada emas adalah untuk mempertahankan nilainya dari terus jatuh. Simpanan aset bernilai ini boleh buat anda jadi kaya tanpa sedar !!! Barulah sebut kaya …

Wednesday, November 15, 2017

EMAS PUNYA HAL


Betapa untungnya siapa yang ada beli dan simpan emas.

Pagi ni nak share satu cerita yang real.

Ada seorang mak cik ni datang ofis nak tolak BARANG KEMAS 999 dia.
Mak cik ni cakap, masa dia beli dulu 1gram emas 24K tu RM31/Gram.

Jom kita kira..

Dulu dia beli RM31 × berat 351.48gram
TOTAL : RM10895.88

Harga hari ni

Harga Emas 999 Terpakai : RM181.25

So RM181.25 × 351.48 gram

TOTAL : RM63705.75

UNTUNG KE TAK??

RM63,705.75  -  RM10,895.88  =  RM52,809.87

Beratus kali ganda dia untung …

So saya memang tak faham kalau masih ada yang duk terfikir-fikir nak beli dan simpan emas sedangkan diri sendiri yang akan untung.

Kalau tak dapat beli yang bergram-gram,

Beli yang 1gram emas 999 pun ok dah.

Asalkan SIMPAN EMAS.

Jangan bagi alasan tak beli emas sedangkan semua itu untuk masa depan sendiri dan keluarga.

Kalau hari-hari DISIPLIN simpan RM5 masuk tabung, confirm hujung bulan dah boleh beli 1gram.


JOM SAVING EMAS