Nabi Sulaiman pernah
bertanya seekor semut. "Wahai semut, berapa banyakkah makanan yang kamu
perlukan untuk hidup selama setahun?
Maka semut itu menjawab
"wahai Nabi Allah Sulaiman, aku hanya perlukan makanan sebesar sebutir
gula untuk hidup selama setahun.”
Maka Nabi Sulaiman mengurung
semut tersebut dalam sebiji botol dan
diletakkan sebutir gula untuk makanan semut itu.
Selepas setahun Nabi
Sulaiman membuka tudung botol itu dan mendapati hanya separuh sahaja gula yang
dimakan oleh semut itu.
Lalu Nabi Sulaiman bertanya
kepada semut tadi, "Wahai semut, mengapa hanya separuh sahaja gula yang
kamu makan dalam setahun?
Maka semut itu menjawab,
" Jika di luar botol ini aku yakin Allah akan bagi rezeki yang cukup kepada
aku untuk hidup, namun setelah kamu mengurung aku dalam botol ini, aku tidak
yakin manusia akan berikan aku rezeki yang cukup..Aku takut kamu terlupa untuk
membuka tudung botol ini setelah setahun..Oleh itu aku terpaksa berjimat
cermat.”
Begitulah kisah seekor semut
yang cukup yakin dengan Rezeki Allah kepadanya..Manusia macam kita kalau tidak
yakin dengan rezeki Allah tentulah lebih teruk daripada semut …
Yakinlah rezeki milik Allah,
bukan milik Perdana Menteri, bukan milik kerajaan, bukan milik syarikat..bukan
time ngundi je digula-gulakan. Rezeki itu milik Allah secara mutlak …
No comments:
Post a Comment