Perniagaan Emas Menggunakan Konsep Ar-Rahnu.
Anda sebenarnya boleh menjalankan perniagaan Emas secara
berseorangan tanpa mencari pelanggan tetapi tetap menguntungkan.Di sini saya
akan tunjukkan anda cara bagaimana dengan menggunakan konsep gadaian ar-rahnu
(agrobank) boleh menambahkan keuntungan anda.
Andai kata anda membeli 1 Dinar Emas sebanyak 10 keping
dengan nilai semasa (RM640 bagi setiap keping @ RM6400)
Maklumat tentang pajakan ar-rahnu AgroBank
- Nilai pajakan = maksimum 70%
- Kadar upah simpan = 75 sen bagi setiap nilai simpanan
- Tempoh masa = 6 bulan + 6 bulan
Langkah 1
Gadai 10 Dinar Emas @ Gadaian 1
Nilai Emas semasa = RM6400
Pinjaman maksimum @ 70% = 6400 X 70/100 = RM4480 (dapat
duit dari ar-rahnu)
Langkah 2
Dengan jumlah wang yang diperolehi RM4480 boleh beli 7
Dinar lagi dengan harga RM640 1 Dinar maka anda beli lagi 7 Dinar
Gadai 7 Dinar Emas @ Gadaian 2
Nilai Emas Semasa = RM4480
Pinjaman maksimum @ 70% = 4480 X 70/100 = RM3136 (dapat
duit dari ar-rahnu)
Langkah 3
Dengan jumlah wang yang diperolehi RM3136 (anda tambah
RM64) boleh beli 5 Dinar lagi dengan
harga RM640 maka anda beli lagi 5 Dinar
p/s : Jangan gadai 5 Dinar ini ( simpan sendiri)
Jumlah Dinar yang telah dibeli = 22 Dinar
Kiraan kadar upah simpan
Gadaian 1
Nilai gadaian pertama ialah RM6400, kadar upah simpan
ialah RM6400 X 0.75/100 = RM48 sebulan @ RM288 – 6 bulan
Gadaian 2
Nilai gadaian kedua ialah RM4480, kadar upah simpan ialah
RM4480 X 0.75/100 = RM33.60 sebulan @ RM201.60 – 6 bulan
Jumlah upah simpan selama 1 tahun bagi kedua-dua gadaian
= (RM48 X 12) + (RM33.60 X 12) = RM576 + RM403.20 @ RM979.20* Bayaran upah
simpan perlu dibayar setiap 6 bulan proses penebusan semula Dinar setelah 1
tahun pajakan sebagaimana yang kita ketahui nilai kenaikkan emas setiap tahun minimum =
28%
Maka, harga emas bagi 1 Dinar setelah 1 tahun – RM640 X
28% = RM819.20- Jual kesemua 5 Dinar di tangan
anda – 5 x RM819.20 @ RM4096
- Gunakan wang hasil jualan 5 dinar untuk bayaran
penebusan gadaian anda, dengan nilai di atas anda dapat menebus sebanyak 6
dinar.
Baki hutang pinjaman anda ialah RM7616 – RM4096 = RM3520
- Bagi menyelesaikan baki pinjaman RM3520 anda jual lagi 5 dinar daripada 6 yang telah
ditebus.
- 5 x RM819.20 @ RM4096 – RM3520 = RM576 ( baki di tangan anda setelah bayar
kepada ar-rahnu)
Sekarang anda telah membayar kesemua nilai pinjaman anda
cuba kita kira nilai Dinar Emas yang ada
di tangan anda;
Jumlah Dinar Emas yang tinggal = 11 Dinar x RM819.20
@ RM9011
Berapa untung anda ?Nilai Dinar semasa – Modal anda ( modal
beli 10 dinar + upah simpan + topup RM56 semasa beli 5 dinar terakhir).
RM9011 – RM6400 -RM979.20 – RM64 = RM1567.80 + ( RM576 -
baki dari jualan 5 dinar yang ke 2)
Untung Bersih = RM2143.80
Perbandingan dengan ASB
Dengan jumlah wang yang sama RM6400 sekiranya anda simpan
di ASB (dividen dan bonus ) 8% setahun.
RM6400 X 8/100 = RM512
No comments:
Post a Comment