EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Wednesday, November 1, 2017

FAKTOR-FAKTOR TENTANG EMAS


Faktor-faktor yang perlu diberi perhatian sebelum membeli emas.

Faktor-1 ialah "Spread" @ Susut Nilai.

Apa maksud "Spread" @ Susut Nilai?
"Spread" @ Susut Nilai ialah "Perbezaan antara harga BELIAN dan JUALAN".  Susut nilai boleh dikira dalam 2 cara iaitu:

a) Ringgit Malaysia (RM)
b) Peratusan (%)

Formula pengiraan ialah:

a) RM = Harga Jualan - Harga Belian
b) % = {(Harga Jualan - Harga Belian)/Harga Jualan} X 100%

Kesimpulan:

Untuk memaksimumkan keuntungan, kita perlu memilih produk yang mempunyai "spread" yang terendah.

Carilah syarikat yang menawarkan "spread" yang rendah.

Faktor ke-2: Harga Emas Per Gram

Harga emas per gram bermaksud harga keseluruhan modal yang anda perlu bayar bagi mendapatkan 1gram emas.

Contoh 1:

Jongkong Emas 999.9 10g Wah Chan
Harga per gram: RM165 (ketika artikel ditulis)
Kos upah: RM240.00
JUMLAH: RM1650  +  RM240 = RM1890
Oleh itu, kos per gram jongkong emas Wah Chan ialah RM189.00

Contoh 2:

Jongkong Emas 999.9 10g PAMP Suisse Habib Jewel
Harga per gram: RM165 (ketika artikel ditulis)
Kos upah: RM110.00
JUMLAH: RM1650 +  RM110 = RM1760
Oleh itu, kos per gram PAMP Suisse Habib Jewel ialah RM176.00

Contoh 3:

Jongkong Emas 999.9 10g Public Gold
Harga untuk 10 gram: RM1397.00 (ketika artikel ditulis)
Kos upah: Tiada tapi diganti dengan  kos premium sebanyak RM20.00
JUMLAH: RM1397.00   RM20.00 = RM1417.00
Oleh itu, kos per gram jongkong emas Public Gold ialah RM141.70

Daripada analisis harga tadi, apa yang anda boleh simpulkan? Mana lebih murah? mana lebih menguntungkan?

Sebagai pengguna bijak anda perlu membuat sendiri tinjauan harga pasaran semasa.
Diharap dengan sedikit perkongsian ini anda telah mendapat gambaran yang lebih jelas bagaimana memaksimumkan keuntungan dalam pelaburan emas.

Faktor Ketiga:  Kesediaan Stok

Maksud kesediaan stok ialah kita boleh membeli emas yang diingini mengikut harga semasa pada bila-bila masa dan dalam masa yang sama penjual mempunyai stok emas yang kita kehendaki.

Pada saya, faktor ini memainkan peranan yang tidak kurang penting berbanding faktor yang telah saya kongsikan sebelum ini.  Ini kerana tidak ada gunanya harga emas turun sebanyak mana sekalipun kalau kita tidak dapat membeli emas tersebut disebabkan ketiadaan stok oleh penjual.

Jadi nasihat saya, buatlah sedikit kajian tentang syarikat mana yang mempunyai kilang pengeluaran emas sendiri agar bekalan stok sentiasa ada.  Paling tidak pun, pelanggan dibenarkan untuk “lock”  harga semasa emas terlebih dahulu sebelum mengambilnya setelah stok sampai.

Faktor Keempat: Kebolehgadaian Emas Tersebut Di Ar-Rahnu

Menyimpan emas adalah satu proses yang panjang melangkaui setahun.  Dalam tempoh tersebut besar kemungkinan terdapat saat-saat kritikal yang kita sangat memerlukan wang tunai. Jika ini berlaku, emas merupakan talian hayat yang sangat membantu.

Bagaiamana? Iaitu dengan menggadaikan emas tersebut ke Pajak Gadai Ar-Rahnu.  Untuk makluman anda terdapat institusi Ar-Rahnu yang boleh memberikan pinjaman sehingga RM100,000.00 untuk gadaian emas.

Jadi, sekiranya emas anda diterima oleh Ar-Rahnu maka anda boleh menarik nafas lega kerana sekiranya berlaku kecemasan anda boleh menggadaikan emas tersebut.

Persolannya, ada tak emas yang tidak diterima oleh Ar-Rahnu?

Jawapannya, ADA!..emas yang bagaimana? Emas yang tidak berjenama, emas potong atau emas yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat kecil yang diragui ketulenannya.  Selain itu sebilangan institusi Ar-Rahnu juga tidak menerima emas yang dibalut dalam plastik yang tidak boleh dibuka.

Walau bagaimanapun, syarat-syarat ini sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Anda disaran untuk membuat kajian sendiri.

Faktor Kelima:  Adakah Emas Tersebut  Laku Setelah Pembalut Dibuka @ Berlaku Kecacatan?

Malang tidak berbau. Itu adalah ungkapan yang sering kita dengar apabila berhadapan dengan sesuatu musibah.  Keadaan yang sama juga tidak mustahil berlaku pada emas yang kita simpan. Mungkin semasa kita asyik membelek tiba-tiba anak kecil kita datang lalu menggunting atau merosakkan pembalut plastik emas tersebut!..ni memang bikin panas!...

Persoalannya, jika berlaku musibah seperti di atas adakah emas tersebut masih diterima?
Untuk produk lain saya takkan komen tapi untuk Public Gold, semua produknya akan diterima mengikut harga semasa walaupun berlaku kerosakan atau kecacatan asalkan beratnya masih sama.

Sekiranya anda berminat membeli emas, ini adalah faktor penting untuk ditanya kepada si  penjual emas sebelum membeli produk mereka.

Sekian dahulu perkongsian pada kali ini.

Sila pertimbangkan kelima-lima faktor itu sebelum anda membeli emas.


No comments:

Post a Comment