EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Saturday, January 14, 2017

SISTEM PAJAK GADAI ISLAM 4

Menjawab persoalan yang disebut di awal artikel, ya sistem ‘buat duit’ ini adalah halal kerana memenuhi ciri-ciri berikut:

Bebas dari unsur-unsur riba, selari dengan kehendak dan hukum Islam.
Ianya berkonsepkan fardu kifayah; iaitu membantu sesama umat yang memerlukan pertolongan.
Meletakkan tanggungjawab sosial ke atas peminjam dan pemberi
pinjaman yang mana ianya hanya menggunakan konsep upah perniagaan yang dibenarkan oleh Syarak.
Paduan yang syumul antara sifat-sifat komersil dan amal jariah; adil dan tidak membebankan peminjam.
Meningkatkan sikap amanah kepada pengusaha; menyimpan
barang gadaian tersebut dengan baik.
Transaksi perniagaan yang lebih telus; bersandarkan kepada harga
semasa barang gadaian (kebiasaannya barang gadaian ialah emas).


Dari segi rukun, Ar-Rahnu terbahagi kepada:

Penggadai: orang yang menggadai/orang yang berhutang.
Penerima Gadaian: pemegang gadaian/pemberi pinjaman.
Barang Gadaian : barang yang berharga yang terletak di bawah
simpanan penerima gadaian.
Tanggungan Gadaian: jumlah yang terhutang.
Sighah/Perjanjian: perjanjian berkaitan pinjaman yang diberikan atau hutang dan gadaian.


Selain daripada itu, ada beberapa terma yang perlu anda ketahui, antaranya ialah:

Margin Pinjaman adalah 50 peratus nilai semasa di pasaran ke atas cagaran. Biasanya margin ini boleh mencecah sampai 70% (Agro Bank).
Kadar Upah Simpan ialah sebanyak RM0.60 sebulan setiap RM100 nilai marhun (nilai marhun yang kurang daripada RM1000). RM0.70 sebulan setiap RM100 nilai marhun (nilai marhun yang lebih daripada RM1000). Ini sebenarnya adalah cara Ar-Rahnu membuat keuntungan memandangkan sistem pajak gadai Islam tidak mengenakan faedah ke atas pinjaman yang diberikan seperti mana kedai pajak gadai dan bank konvensional.
Tempoh Pinjaman pula ialah enam bulan untuk maksimum. Jika penggadai gagal menebus dalam tempoh tersebut, pihak Pajak Gadai Islam boleh memberi tempoh kelonggaran penebusan untuk 2 bulan lagi tanpa permohonan daripada peminjam. Di peringkat ini, peminjam tidak semestinya membayar upah simpan.
Jika penggadai masih tidak menebus dalam tempoh kelonggaran, tempoh gadaian boleh dilanjutkan untuk tempoh maksimum 2 bulan lagi dengan syarat penggadai membuat permohonan melanjutkan tempoh dan menjelaskan upah simpan pada tempoh gadaian yang asal dan tempoh kelonggaran selama 8 bulan.
Cagaran ialah emas tulen (bergantung kepada keadaan fizikal dan jenisnya).
Hasil Lelongan yakni barang gadaian yang tidak ditebus selepas tamat tempoh pinjaman akan dilelong mengikut harga pasaran semasa. Hasil lelongan akan ditolak pinjaman yang tidak berbayar, upah simpan dan kos-kos lain yang terbabit. Bakinya akan dipulangkan kepada penggadai. Pastikan anda jangan sampai ke tahap ini!


Thursday, January 12, 2017

EMAS: BELI 1 PERCUMA 1

SISTEM PAJAK GADAI ISLAM 3

Berbalik kepada cerita emas dan perak di awal artikel, salah satu daripada keuntungan menyimpan emas (perak tidak boleh lagi setakat ini) ialah  boleh digadaikan di Ar-Rahnu. Di Malaysia, perkhidmatan Ar-Rahnu biasanya disediakan oleh bank-bank tertentu seperti Agrobank, Bank Rakyat dan Bank Islam. Ada juga institusi lain seperti YAPEIM dan Permodalan Kelantan Berhad.

Skim ini beroperasi dengan memberi pinjaman ihsan sementara kepada yang memerlukan, dengan cagaran atau barang sandaran yang dinamakan marhun. Dalam konsep ini, sesuatu barang yang berharga dijadikan sebagai cagaran yang terikat dengan hutang. Pendek kata, sekiranya hutang tersebut tidak dijelaskan, maka marhun itu tadi boleh digunakan untuk menjelaskan baki hutang tersebut. Tujuan marhun ini adalah untuk meyakinkan tuan punya hutang/pemiutang bahawa risiko pembayaran semula hutang tadi dapat dikurangkan. Sementara di pihak penghutang, mereka ini tidak perlu menanggung beban pembayaran semula yang tinggi.

Ar-Rahnu beroperasi berdasarkan dua konsep iaitu:

Ar-Rahnu yang merujuk kepada mekanisme, iaitu suatu barang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.

Al Wadiah Yad Dhamanah yang merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.


Wednesday, January 11, 2017

SISTEM PAJAK GADAI ISLAM 2

Atas kesedaran itu, sistem Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ditubuhkan atas dasar Fardu Kifayah dan bukan atas dasar keuntungan semata-mata oleh pelaksanaannya. Sistem yang dinamakan Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ini sebenarnya dilahirkan sehubungan dengan Akta 81–Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 di bawah Seksyen 46. Ia juga merupakan rentetan daripada perlaksanaan Syariah dalam sistem perbankan pada awal 1983. Ianya telah dilaksanakan buat pertama kalinya oleh Majlis Agama Islam Terengganu pada 23 Januari 1993 dengan dikenali sebagai Muassasah Gadaian Islam Terengganu. Memandangkan skim ini berdaya maju dan memenuhi kehendak dan hukum Syariah, beberapa badan pergerakan koperasi dan kerajaan negeri telah mula menceburkan diri. Kerajaan Perlis, sebagai contoh, telah menubuhkan Pajak Gadai Islam pada Januari 1997. Antara badan pergerakan koperasi yang terawal dalam perlaksanaan skim ini ialah Koperasi Pengguna Pahang Berhad, Koperasi Gabungan Pekebun Kecil Perak Berhad dan Koperasi Kakitangan Kerajaan Dan Badan-Badan Berkanun Terengganu (KOKANUN).

Antara tujuan utamanya ialah untuk menghapuskan riba atau hasil bunga (faedah) dan gharar yang dikenakan oleh pengusaha kedai pajak gadai secara konvensional. Skim ini memberikan kemudahan alternatif kepada kemudahan pinjaman yang sedia ada di samping memberi pilihan kepada peminjam untuk menuruti kehendak dan hukum Syariah.


Bersambung ...




Tuesday, January 10, 2017

SISTEM PAJAK GADAI ISLAM



Akhir-akhir ini, dek kerana kejatuhan wang fiat di sebelah Barat, orang ramai berpusu-pusu menukarkan sebahagian harta mereka ke dalam bentuk emas dan perak kerana kedua logam berharga ini kalis inflasi. Keghairahan fenomena ini turut menyumbang kepada keadaan di mana peti simpanan deposit di bank-bank sekitar Kuala Lumpur dan Selangor penuh!
Cerdik pandai terutamanya pelabur muda yang agak agresif daripada datuk nenek kita yang menyimpan emas secara pasif sejak berzaman dahulu, golongan ini menggunakan sistem pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) sebagai alat manipulasi demi mendapat keuntungan yang berlipat-lipat kali ganda daripada cara yang dipraktikkan ibu, bapa, datuk dan nenek mereka. Tetapi, persoalannya di sini, halal kah cara itu? Dan yang paling penting, bagaimana?
Sebelum berbicara tentang itu, mari kita kaji asal usul sistem pajak gadai Islam.
Antara senario masa kini yang wujud di dalam pinjaman mikro kredit di negara ini ialah terdapat banyak perkhidmatan yang tidak selaras dengan undang-undang dan bercanggah dengan akhlak Islam sedang memenuhi jurang penawaran perkhidmatan kewangan kepada masyarakat dalam kelompok berpendapatan rendah.
Terdapat dua hadis yang berkaitan dengan sistem ini:
Dalam Riwayat Al-Bukhari dan Muslim: “Bahawasanya Nabi saw menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abu Syahmi atas pinjamannya sebanyak 30 sha gandum untuk keluarganya.”
Dalam Riwayat Al-Bukhari dan Muslim: “Dari Aisyah r.a yang bermaksud Nabi s.a.w pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang dihutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya”.
Bersambung ...




Monday, January 9, 2017

PELABURAN EMAS

Secara am, terdapat dua cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu pelaburan secara emas fizikal dan pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas Pelaburan emas secara fizikal pula dibahagikan kepada tiga iaitu syiling emas, jongkong emas dan barang kemas. Syiling dan jongkong emas adalah pelaburan emas yang baik tetapi bukan barang kemas kerana terdapat kos upah untuk membuat barang kemas tersebut dan apabila ingin dijual kembali akan dikenakan susut nilai antara 25% sehingga 40%. Di Malaysia, disenaraikan institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan antaranya:

Maybank: syiling Kijang Emas
UOB Bank: syiling emas dan jongkong emas
Public Gold Marketing Sdn. Bhd: syiling emas dan jongkong emas
Public Dinar: dinar emas
Dinar Emas Kelantan: dinar emas Kelantan
Kedai emas: Poh Kong, Habib Jewel, Tomei dan banyak lagi.


Bagi pelaburan emas menggunakan buku akaun simpanan emas pula, biasanya ditawarkan oleh institusi perbankan. Pelabur akan membeli emas mengikut harga emas semasa dan kuantiti emas yang dibeli akan direkodkan dalam buku akaun. Ada bank yang menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal dan ada juga yang tidak, antaranya ialah:

Kuwait Finance House Malaysia Gold Account-i: satu-satunya pelaburan emas yang patuh Syariah, menawarkan emas fizikal kepada pelabur, serta menawarkan pengeluaran emas fizikal dengan serta-merta setelah membuat pembelian ataupun menyimpan emas tersebut ke Kuwait Finance House.
Maybank gold Investment Account (GIA): Pelabur tidak mendapat emas fizikal sewaktu membeli emas MGIA sebaliknya jumlah pembelian emas akan dicatatkan dalam buku. Maybank juga tidak menawarkan kemudahan pengeluaran emas fizikal.
Akaun Deposit Emas CIMB Bank: Pelabur tidak mendapat emas fizikal sebaliknya nilai emas yang dibeli akan dicatatkan dalam buku akaun deposit emas anda. Walau bagaimanapun CIMB menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal kepada pelabur akaun deposit emas mereka.
Akaun Pelaburan Emas UOB Bank. Terdapat 2 jenis akaun pelaburan emas yang ditawarkan iaitu Akaun Simpanan Emas dan Akaun Emas Premier. Akaun Simpanan Emas ini adalah bagi mereka yang ingin membuat pelaburan kecil manakala Akaun Emas Premier dikhususkan kepada mereka yang mempunyai lebih banyak wang.
Al Rajhi Bank Gold-i: Emas yang ditawarkan ialah emas PAMP Suisse. Al Rajhi gold-i cuma ditawarkan kepada pelanggan yang banyak duit (mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dalam akaun Al Rajhi) sahaja.


Adakah anda sudah yakin untuk melabur dalam emas? Tunggu dulu, ada beberapa perkara yang perlu diketahui apabila berbicara tentang emas. Pertama ialah spread yakni perbezaan antara harga belian dan jualan (dalam %) atau dalam perkataan yang lebih mudah ialah susut nilai emas. Anda akan untung cepat jika membeli emas yang berharga lebih mahal tetapi mempunyai spread yang kecil berbanding daripada membeli emas pada harga yang murah tetapi mempunyai spread yang lebih besar. Kedua ialah ketulenan emas. Kebanyakan emas pelaburan di Malaysia mempunyai ketulenan 999.9. Ini kerana emas 999.9 ialah emas yang tulen mutunya. Bagi barang kemas pula, gred emas yang biasa digunakan ialah emas 916 kerana  keras dan tahan lasak.

Ketiga ialah kesediaan stok. Selalunya, produk pelaburan emas yang baik berhadapan dengan masalah stok terutamanya apabila masa harga emas jatuh. Contohnya, Kijang Emas 1 Oz dan syiling emas UOB bank 1 Oz. Ini kerana syiling-syiling emas ini digemari berikutan spreadnya yang rendah. Seterusnya, ada faktor-faktor lain yang perlu dititikberatkan. Contohnya, ada bank yang tidak membenarkan plastik salut emas dibuka atau emas tidak boleh calar atau sumbing. Ini boleh menimbulkan masalah kepada anda yang berazam untuk menjadi pelabur emas agresif. Bagi pembeli emas keluaran Public Gold, mereka lebih selamat kerana plastik cover jongkong emas tersebut boleh dibuka. Public Gold akan menerima balik emas mereka walau calar, bengkok, resit pembelian hilang atau sijil emas tersebut hilang. Ini kerana Public Gold mempunyai kilang emas sendiri dan mereka boleh melebur dan membuat semula emas tersebut.

Sekarang, anda pasti runsing, yang mana satukah pelaburan paling baik? Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Pakar-pakar emas menyarankan orang ramai supaya membeli emas fizikal. Sebab pertama, emas fizikal boleh digadaikan sekiranya anda memerlukan wang kecemasan. Tetapi jika anda menyimpan dalam akaun simpanan emas, anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian (terutama apabila anda terdesak untuk mendapatkan tunai untuk tujuan kecemasan). Kedua, emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan. Ketiga, jika anda ingin menggunakan teknik manipulasi Ar-Rahnu, anda memerlukan emas fizikal.

Walau apa sekalipun, yang paling penting adalah untuk terjebak dalam skim pelaburan emas! Sejak akhir-akhir ini, banyak syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas, ada yang menawarkan pulangan setiap bulan sehingga 2% – 3% setiap bulan, harga emas mereka adalah jauh lebih tinggi daripada harga emas semasa dan moto penjualan mereka ialah duduk diam-diam pun boleh dapat duit. Sekiranya anda terjumpa dengan syarikat yang menawarkan pulangan lumayan, minta nombor pendaftaran syarikat tersebut terlebih dahulu. Sekiranya business plannya memerlukan anda mencari pelabur lain untuk dapat komisen, itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa itu ialah skim pelaburan emas sampah!


Saturday, January 7, 2017

EMAS 999.9 GOLD BAR 1 GRAM