Menjawab persoalan yang
disebut di awal artikel, ya sistem ‘buat duit’ ini adalah halal kerana memenuhi
ciri-ciri berikut:
Bebas dari unsur-unsur riba,
selari dengan kehendak dan hukum Islam.
Ianya berkonsepkan fardu
kifayah; iaitu membantu sesama umat yang memerlukan pertolongan.
Meletakkan tanggungjawab
sosial ke atas peminjam dan pemberi
pinjaman yang mana ianya
hanya menggunakan konsep upah perniagaan yang dibenarkan oleh Syarak.
Paduan yang syumul antara
sifat-sifat komersil dan amal jariah; adil dan tidak membebankan peminjam.
Meningkatkan sikap amanah
kepada pengusaha; menyimpan
barang gadaian tersebut
dengan baik.
Transaksi perniagaan yang lebih
telus; bersandarkan kepada harga
semasa barang gadaian
(kebiasaannya barang gadaian ialah emas).
Dari segi rukun, Ar-Rahnu
terbahagi kepada:
Penggadai: orang yang
menggadai/orang yang berhutang.
Penerima Gadaian: pemegang
gadaian/pemberi pinjaman.
Barang Gadaian : barang yang
berharga yang terletak di bawah
simpanan penerima gadaian.
Tanggungan Gadaian: jumlah
yang terhutang.
Sighah/Perjanjian:
perjanjian berkaitan pinjaman yang diberikan atau hutang dan gadaian.
Selain daripada itu, ada
beberapa terma yang perlu anda ketahui, antaranya ialah:
Margin Pinjaman adalah 50
peratus nilai semasa di pasaran ke atas cagaran. Biasanya margin ini boleh
mencecah sampai 70% (Agro Bank).
Kadar Upah Simpan ialah
sebanyak RM0.60 sebulan setiap RM100 nilai marhun (nilai marhun yang kurang
daripada RM1000). RM0.70 sebulan setiap RM100 nilai marhun (nilai marhun yang
lebih daripada RM1000). Ini sebenarnya adalah cara Ar-Rahnu membuat keuntungan
memandangkan sistem pajak gadai Islam tidak mengenakan faedah ke atas pinjaman
yang diberikan seperti mana kedai pajak gadai dan bank konvensional.
Tempoh Pinjaman pula ialah
enam bulan untuk maksimum. Jika penggadai gagal menebus dalam tempoh tersebut,
pihak Pajak Gadai Islam boleh memberi tempoh kelonggaran penebusan untuk 2
bulan lagi tanpa permohonan daripada peminjam. Di peringkat ini, peminjam tidak
semestinya membayar upah simpan.
Jika penggadai masih tidak
menebus dalam tempoh kelonggaran, tempoh gadaian boleh dilanjutkan untuk tempoh
maksimum 2 bulan lagi dengan syarat penggadai membuat permohonan melanjutkan
tempoh dan menjelaskan upah simpan pada tempoh gadaian yang asal dan tempoh
kelonggaran selama 8 bulan.
Cagaran ialah emas tulen
(bergantung kepada keadaan fizikal dan jenisnya).
Hasil Lelongan yakni barang
gadaian yang tidak ditebus selepas tamat tempoh pinjaman akan dilelong mengikut
harga pasaran semasa. Hasil lelongan akan ditolak pinjaman yang tidak berbayar,
upah simpan dan kos-kos lain yang terbabit. Bakinya akan dipulangkan kepada
penggadai. Pastikan anda jangan sampai ke tahap ini!
No comments:
Post a Comment