Zakat dari sudut bahasa
ialah bersih, suci, bertambah dan berkembang. Zakat juga boleh diertikan
sebagai suatu rahmat, kebaikan, penyucian dan peningkatan. Perkataan zakat
telah diulangi dalam kitab suci Al-Quran sebanyak 30 kali. 27 kali daripadanya
digandingkan dengan perintah menunaikan sembahyang dalam satu ayat:
“Dan dirikanlah oleh kamu
akan sembahyang dan tunaikanlah zakat; dan apa jua yang kamu dahulukan dari
kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi
Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.”
[Al-Baqarah (2): 110]
“Dan mereka yang menyimpan
emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat)
maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan
perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk
mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang
kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan
dahulu”.At- Taubah; ayat 34-35
Nisab ialah kadar minima
yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat.
Nisab Emas & Perak
Emas = 85 gram.
Perak = 200 dirham / 595 gram.
Zakat emas dikira dalam dua
keadaan.
1. Emas Yang Tidak Dipakai
Emas yang tidak digunakan atau dipakai
walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau
melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi
nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat
= RM 150
2. Emas Yang Dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun
sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya.
Tetapi jika jumlah emas itu melebihi
‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka diwajibkan
zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf.
Nilai yang diambil kira
adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Zakat emas perhiasan wanita
akan dikenakan berdasarkan kadar uruf.
Uruf bererti cara dan corak
pemakaian wanita tempatan. Zakat emas perhiasan ini tertakluk pada lembaga
zakat negeri masing-masing.
URUF EMAS MENGIKUT NEGERI
Wilayah Persekutuan – 150 gram emas
Selangor – 800 gram emas
Kelantan – Tiada uruf
Kedah – 150 gram
Perlis – 170 gram
Pulau Pinang – 165 gram
Melaka – RM5000
Johor – 850 gram
Negeri Sembilan – 200 gram
Terengganu – 850 gram
Pahang – 200 gram
Perak – 500 gram
Sabah – RM5000
Sarawak – 775 gram
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150 gram
Berat Emas yang layak
dizakat = 250g – 150g = 100 gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x
harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9
Untuk pengiraan zakat secara
elektronik, bolehlah gunakan pautan inI KIRA ZAKAT EMAS
PERAK
Bagi logam perak, sama ada
dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di
rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab
bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
Contoh:
600 gram perak x RM2.45(segram pada 30 April
2014) x 2.5% = RM36.75
Apa kelebihan bagi orang yang menunaikan zakat?
1. Mereka akan dibersihkan Allah.
خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ
بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
“Ambillah zakat dari
sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu (wahai Muhammad) membersihkan dan
mensucikan mereka, dan mendo`alah untuk mereka. Sesungguhnya do`a kamu itu
(menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui”. (at-Taubah: 103)
Menurut ulama’; maksud (تُطَهِّرُهُمْ)
ialah dengan zakat mereka itu kamu (yakni Muhammad s.a.w.) dapat membersihkan
hati-hati mereka dari kesan syirik, sifat bakhil dan kedekut serta membersihkan
tubuh-badan mereka dari penyakit dan bala bencana. Maksud (وَتُزَكِّيهِم) pula
ialah dengan zakat itu juga kamu dapat mensucikan mereka di hadapan Allah yakni
kamu menjadi saksi di hadapan Allah bahawa mereka benar-benar menunaikan perintah
dan beriman dan kamu memberi syafaat kepada mereka dengan izin Tuhan kamu serta
kamu mendoakan bagi mereka kebaikan, keberkatan dan seumpamanya. (Lihat
al-Fiqhul Wadhih, Dr. Muhammad Bakr Ismail, jil. 1, hlm. 463)
2. Dijauhkan dari neraka
وَسَيُجَنَّبُهَا الْأَتْقَى،
الَّذِي يُؤْتِي مَالَهُ يَتَزَكَّى، وَمَا لِأَحَدٍ عِنْدَهُ مِنْ نِعْمَةٍ تُجْزَى،
إِلَّا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِ الْأَعْلَى، وَلَسَوْفَ يَرْضَى
“Dan kelak akan dijauhkan
orang yang paling takwa dari neraka itu, yang menafkahkan hartanya (di jalan
Allah) untuk membersihkannya, padahal tidak ada seorangpun memberikan suatu
nikmat kepadanya yang harus dibalasnya, tetapi (dia memberikan itu semata-mata)
karena mencari keridhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. Dan kelak dia benar-benar
mendapat kepuasan”. (al-Lail: 17-21)
Orang yang menginfakkan
hartanya di jalan Allah (sama dengan memberi zakat atau bersedekah) dengan
penuh ikhlas dianggap oleh Allah sebagai manusia paling bertakwa. Dia diakhirat
kelak ia akan dijauhkan dari neraka dan akan mendapat kepuasan dengan limpahan
nikmat Allah kepadanya.
3. Diberi nikmat syurga
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ،
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ، وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ،
وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ، وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ،
إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ،
فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ، وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ
وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ، وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ، أُولَئِكَ
هُمُ الْوَارِثُونَ، الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُو
“Sesungguhnya beruntunglah
orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam shalatnya, dan
orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada
berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga
kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka
miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa
mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya,
dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang
akan mewarisi, (ya`ni) yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di
dalamnya”. (al-Mukminun: 1-11)
Allah menghitung dalam ayat
di atas orang-orang yang bakal dikurniakan nikmat syurga Firdaus di akhirat
kelak. Salah seorang dari mereka ialah orang yang menunaikan kewajipan
zakatnya.
4. Akan bertambah rezeki dan
terpelihara harta
حصنوا أموالكم بالزكاة، وداووا
مرضاكم بالصدقة، واستعينوا على حمل البلاء بالدعاء والتضرع
“Bentengkanlah harta kamu
dengan zakat, ubatilah saudara-saudara kamu yang sakit dengan bersedekah dan
pohonlah pertolongan (dari Allah) ke atas bala yang menimpa dengan berdoa dan
merendah diri (kepada Allah)”. (Riwayat Imam Abu Daud dari al-Hasan. Lihat
hadis ini dalam al-Jami’ as-Saghir, Imam Suyuti, no. 3728, dhaif).
5. Akan terselamat dari
akibat buruk harta
Imam Thabrani meriwayatkan
dari Jabir r.a. menceritakan; “Seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w.; ‘Ya
Rasulullah, apa yang akan diperolehi jika seorang itu menunaikan zakat
hartanya?’. Jawab Rasulullah s.a.w.;من أدى زكاة ماله فقد ذهب عنه شره“Sesiapa
yang menunaikan zakat hartanya nescaya ia akan selamat dari akibat buruk harta
(atau akan hilang sifat jahat dari dirinya)”. (lihat hadis ini dalam kitab
al-Fiqhul Wadhih, jil. 1, hlm. 466).
Maksud hadis ialah; orang
yang menunaikan zakat ke atas hartanya ia akan selamat dari akibat buruk harta
kerana harta ada kebaikan dan ada keburukannya. Adakalanya harta memberi
manfaat kepada manusia dan adakalanya mendatangkan kecelakaan. Atau yang
dimaksudkan ialah akan hilang sifat jahat pada diri iaitu bakhil, kedekut dan
sebagainya. (al-Fiqhul Wadhih, hlm. 466).
No comments:
Post a Comment