SALAM TAHUN 2017 DARI KOTA
SEOUL, KOREA : KENAPA LAH MALAYSIA TAK MAJU-MAJU
Tahun 1957, Korea Selatan
adalah negara kelima termiskin di dunia. Sepuluh kali lebih miskin dari
Malaysia. Hari ini, Korea Selatan adalah Ekonomi KESEPULUH terbesar dunia.
Orang Korea bezanya bukan
mata, kulit dan fesyen rambut tetapi jati diri dan karakter ekonomi mereka.
Mereka gila teknologi, gila internet, gila mencipta, gila fesyen, gila
kosmetik, gila ginseng dan gila plastik surgery.
Selepas 60 tahun. Lihat apa
yg berlaku Malaysia dan Korea hari ini.
Ekonomi Per Kapita Korea
Selatan – USD 33,000
Ekonomi Per Kapita Malaysia
– USD 11,000
Maknanya ekonomi kita SEMBAB
200% berbanding Korea.
Hari ini ekonomi Korea
taklah besar sangat. Cuma 3 kali ganda ekonomi kita jer.
Saya ingat tahun 1997. Korea
pinjam berbillion dari IMF. Sedangkan Malaysia hebat. Kita tidak pinjam satu
sen pun dari IMF.
Lihat apa berlaku hari ini.
1997 1 RM = 400 Won
2016 1 RM = 269 Won
Maknanya duit kita SEMBAB
33% sejak tahun 1997 berbanding duit Korea. Hebat.
Korea ada lima puluh brand
dunia. Korea ada Samsung, LG, Kia, Hyundai, Park Ji Sung, K-Pop, Running Man
dan Gangnam.
Tengok Hyundai & Kia.
Terjual 1 juta unit di Amerika dan 5 juta di seluruh dunia. Maaf, saya tak
nampak sebijik pun Proton di Korea.
Yang saya tahu Proton masih
mencari tapak di negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat Malaysia
kadang-kadang pun tak percaya Proton.
Korea tak ada minyak, tak
ada getah, tak ada kelapa sawit, tak ada balak, tak ada emas, tak ada BRIM dan
tak ada UMNO.
Tapi Korea ada komputer laju
dan internet. Internet Korea terpantas di dunia (30 MB/s) dan internet Malaysia
antara sepuluh perlahan di dunia (4 MB/s).
Korea ada banyak gempa bumi
dan paling teruk terpaksa berperang dgn kuasa nuklear, Korea Utara yang sadis
& brutal.
Korea tak buat bangunan
hebat, tak buat istana berbillion, tak buat projek mega dan tak buat highway
tol mahal-mahal. Tapi mereka buat jalan raya kos murah yg berkualiti, kilang
elektrik yang tak pernah ‘black out’ dan empangan yang sentiasa ada air. Mereka
bina universiti kelas atasan, cipta teknologi bertaraf dunia, dan mereka bagi
belanjawan sukan hiburan yang tinggi utk rakyat mereka.
Itu pasal Malaysia gila
betul artis Korea walhal Korea tak kisah pun artis Malaysia.
Bangsa maju ialah bangsa
yang menakluki ilmu, bekerja keras, kuat melabur dan gila. Gila segala benda.
Ok dah cukup…. Bangun
Malaysia Bangun. Selamat Tahun Baru 2017.
Sumber asal : Datuk Dr Nazri
Khan, Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank.
No comments:
Post a Comment