Baiklah, setelah ilmu penuh
di dada, di sini diterangkan cara manipulasi yang diamalkan golongan pelabur
emas muda yang disebut di awal artikel. Caranya mudah sahaja, sangat common
sense.
Begini, ketika harga emas rendah (harga komoditi emas harian boleh
dilihat di www.kitco.com), mereka memajakkan emas di Ar-Rahnu. Dengan hasil
pajakan yang sampai 65-70%, mereka beli lagi emas, contohnya Syiling Emas UOB,
Kijang Emas atau jongkong emas Public Gold. Kemudian, mereka memajakkan pula
emas-emas yang baru dibeli itu. Hasil pajakan kali kedua digunakan untuk beli
lagi emas fizikal. Proses diulang-ulang sehingga 2-3 kali. Di hujung proses,
emas fizikal dipastikan ada di tangan. Apabila harga emas naik, mereka menjual
emas fizikal di tangan dan hasil jualan digunakan untuk tebus emas di dalam
Ar-Rahnu dan proses diulangi sehingga semua emas habis ditebus. Di akhir
proses, mereka akan dapat semua emas yang pertama. Inilah cara mereka membuat
keuntungan kerana jualan emas pada harga tinggi boleh menampung kos upah simpan
di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan. Hebat?
Jika anda masih tidak yakin,
teruskan membaca…
No comments:
Post a Comment