Beberapa kelebihan Ar-Rahnu
berbanding sistem pajak gadai konvensional ialah:
Perbezaan utama antara
Ar-Rahnu dan sistem pajak gadai konvensional adalah pada perjanjian pinjaman
yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri.
Dalam perjanjian Ar-Rahnu, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah iaitu
riba di mana riba diharamkan oleh Islam.
Nilai gadaian bagi barang
yang ingin ditebus semula tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan.
Tidak akan timbul keadaan di mana barang kemas yang anda tebus kurang berat
daripada sebelum digadai!
Semua barang kemas yang
disimpan semestinya selamat. Penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan ke
atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Anda juga dapat jimat kos
menyimpan di peti simpanan deposit yang agak mahal?
Wang gadaian yang lebih akan
dipulangkan. Kalau pemberi gadaian tak mampu nak bayar balik hutang yang
ditanggung bila tempoh perjanjian tamat, pemberi gadaian akan dimaklumkan
tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Kalau harga jualan melebihi baki
hutang, lebihan tersebut akan dipulangkan.
Caj perkhidmatan di Ar-Rahnu
jauh lebih murah daripada kedai pajak gadai konvensional. Silap-silap hari
bulan, ada je tauke kedai pajak gadai konvensional yang meminta wang
pendahuluan daripada penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.
Ar-Rahnu adalah sebuah Pajak
Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannya berkaitan tempoh
bayar balik wang pinjaman. Tempoh bayar balik pun munasabah. Tak macam
sesetengah kedai pajak gadai konvensional yang meminta wang tambahan sekiranya
tempoh pinjaman ingin dilanjutkan.
Di Ar-Rahnu, sebarang nilai
timbangan akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian. Maka pemberi gadaian tidak
perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan
dibuat.
Ar-Rahnu dijamin memberi
nilai gadaian yang sepatutnya.
Terdapat unsur penipuan
dalam sistem pajak gadai konvensional kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak
menetapkan nilai tara untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima
gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang
digadai oleh penggadai.
Pihak penerima gadaian akan
memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak
dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini
pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang
diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan
dilelongkan.
Semoga dengan adanya Skim
Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ini, ia dapat memberi pilihan kepada masyarakat
Islam yang memerlukan pinjaman segera agar tidak lagi terbelenggu dengan sistem
pajak gadai konvensional yang lebih bersifat menindas.
No comments:
Post a Comment