Berbalik kepada cerita emas
dan perak di awal artikel, salah satu daripada keuntungan menyimpan emas (perak
tidak boleh lagi setakat ini) ialah boleh digadaikan di Ar-Rahnu. Di Malaysia,
perkhidmatan Ar-Rahnu biasanya disediakan oleh bank-bank tertentu seperti
Agrobank, Bank Rakyat dan Bank Islam. Ada juga institusi lain seperti YAPEIM
dan Permodalan Kelantan Berhad.
Skim ini beroperasi dengan
memberi pinjaman ihsan sementara kepada yang memerlukan, dengan cagaran atau
barang sandaran yang dinamakan marhun. Dalam konsep ini, sesuatu barang yang
berharga dijadikan sebagai cagaran yang terikat dengan hutang. Pendek kata,
sekiranya hutang tersebut tidak dijelaskan, maka marhun itu tadi boleh
digunakan untuk menjelaskan baki hutang tersebut. Tujuan marhun ini adalah
untuk meyakinkan tuan punya hutang/pemiutang bahawa risiko pembayaran semula
hutang tadi dapat dikurangkan. Sementara di pihak penghutang, mereka ini tidak
perlu menanggung beban pembayaran semula yang tinggi.
Ar-Rahnu beroperasi berdasarkan
dua konsep iaitu:
Ar-Rahnu yang merujuk kepada
mekanisme, iaitu suatu barang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan
hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya hutang tersebut tidak
dapat dijelaskan.
Al Wadiah Yad Dhamanah yang
merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan akan
dikenakan upah simpan.
No comments:
Post a Comment