Seperti yang telah saya
ceritakan dalam post-post sebelum ini, harga emas hampir 10 tahun yang lalu
jauh lebih rendah dari sekarang (lebih dari 50% perbezaan harga),tak mungkin
boleh berpatah balik untuk mendapat semula harga tersebut. Apa yang perlu
dilakukan ialah bermula dari sekarang pada yang belum bermula. Hatta, dari sekecil
1 gram pun tidak mengapa. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 10 tahun kemudian
anda akan bersyukur kerana memulakan simpanan emas dari sekarang. Tekadkan
azam, simpanan tersebut untuk anak-anak atau yang bujang, sebagai insurans wang
anda di kala tua.
Jika anda mampu menghisap
rokok sekotak sehari, make-up kereta tiap-tiap bulan, minum di starbuck setiap
hari, selalu melancong tetapi tiada simpanan atau pelaburan untuk masa hadapan,
sangatlah rugi. Lebih rugi kalau melabur pada skim cepat kaya yang tak tahu
hujung pangkalnya. Jika mahu melabur kepada emas, pastikan dapat emas. Bukannya
mendapat hibah setiap bulan seperti yang dijanjikan. Bunyinya Islamik memang
sedap didengar, bila dah tersontot nak meraung pun dah tak berguna.
No comments:
Post a Comment