Dalam artikel kali ini,
segala-galanya tentang emas, logam berharga ciptaan Allah akan dikupas. Baiklah
sebelum cara menjana keuntungan dengan emas dibicarakan, keistimewaan melabur
dengan emas disenaraikan dan dibincangkan satu persatu.
Pertama, emas mempunyai
nilai tinggi di sisi masyarakat kerana warna kuningnya yang cantik dan sifatnya
yang lembut dan mudah dibentuk. Selain itu, emas adalah satu-satunya logam yang
dianggap kekayaan terulung disebabkan sifatnya yang tidak boleh dibinasakan, tidak
boleh dibakar, reput, busuk dan berkarat. Di sinilah emas dikategorikan sebagai
penyimpan kekayaan terulung dunia. Sesuatu yang boleh dibinasakan seperti
manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan bukanlah penyimpan yang baik. Wang kertas pula
boleh dimanipulasikan oleh kerajaan dengan sewenang-wenangnya. Contohnya,
Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang telah bertindak mencetak wang yang
terlalu banyak dan tidak seiring dengan perkembangan dalam pengeluaran
barang-barang dan perkhidmatan, mengakibatkan negara tersebut mengalami
hyperinflation. Kadar inflasi di negara malang tersebut menjangkau sehingga
5,000,000,000,000,000,000,000%! Tetapi emas, penyimpannya akan kekal kaya
selaman-lamanya.
Kedua, emas mengekalkan
kuasa belinya dalam jangka masa yang panjang. Baiklah, sedikit cerita pada
zaman Rasulullah SAW. Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah
yang bermaksud:
“(Pada suatu hari)
Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu
Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi
kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Aku pun pergi
menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar-menawar sehingga aku dapat membeli
dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua-dua ekor
kambing tersebut. Dalam perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli
salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar.
Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu
dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.
”Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada
Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah
perniagaannya.”
Dengan kata lain harga
semasa seekor kambing pada zaman Rasulullah ialah 1 dinar. Agak-agaknya berapa
harga kambing pada tahun 2012? 1 dinar! Tidak percaya? Baiklah, mengikut harga
emas pada masa artikel ini ditulis, harga 1 dinar emas adalah dalam RM719. Bukankah
itu harga jualan kambing yang ideal? Sekiranya anda terlebih rajin, kunjungilah
pembekal daging kambing di Dengkil, ada beberapa di sana dan anda akan dapati
bahawa mereka menggunakan dinar emas sebagai medium jual beli kambing. Itulah
kehebatan emas.
Ketiga, Salah satu daripada
sebab kenapa anda perlu memiliki emas ialah dengan melihat kepada trend peningkatan
harga emas yang semakin menjadi-jadi sejak 10 tahun kebelakangan ini. Harga
emas telah meningkat daripada 271.50 USD/Oz kepada USD1900.30/Oz. Ini merupakan
kenaikan 600% (bersamaan purata 60% setahun!). Untuk pengetahuan semua, emas
adalah komoditi yang didagangkan di pasaran dunia. Jika anda kurang percaya,
sila lihat harga semasa dan rekod harga emas yang lepas di www.kitco.com dengan
pantas.
Keempat, emas mudah
ditukarkan kepada tunai. Dengan kata lain emas merupakan aset yang sangat cair.
Dengan memiliki emas, anda boleh menukarkannya kepada tunai di kedai pajak
gadai Islam Ar-Rahnu. Institusi Ar-Rahnu boleh memberikan pinjaman antara 65%
sehingga 75% daripada nilai emas anda. Nilai pinjaman ini pula dikira
berdasarkan kepada harga emas semasa. Untung, bukan?
Tiada cukai dikenakan kecuali
zakat emas untuk orang Islam, pembelian emas dalam negeri dapat membantu aliran
mata wang dalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda,
Toyota dan Mercedes. Emas ialah aset yang boleh diturunkan kepada waris tanpa
perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga serta banyak
lagi kehebatan melabur dalam emas.
Cukup sampai di situ, kita beralih cara-cara membuat
pelaburan emas di Malaysia.
No comments:
Post a Comment