Dalam Islam, kaum lelaki
diharamkan memakai apa sahaja barangan yang berunsurkan emas termasuk gigi
emas.
Larangan ini jelas dalam
sebuah hadis sahih dari Abu Musa r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Telah
diharamkan memakai sutera dan emas bagi lelaki dari umatku dan dihalalkan bagi
wanitanya”. (Hadis riwayat At-Tirmidzi. An-Nasai dan Ahmad).
Daripada hadis ini, emas
dalam bentuk apa pun, sama ada emas putih, emas suasa atau apa sahaja logam
pelbagai warna yang mengandungi unsur emas hukumnya adalah haram.
Sementara itu, benda yang
dicat dengan warna emas tidak boleh dikatakan sebagai emas. Ulama sependapat
bahawa hukumnya tidak haram kerana benda itu bukan emas – hanya rupa dan warna
saja kelihatan sama. Yang haram ialah emas dan bukan kemiripannya.
Hikmah di sebalik larangan
itu, umat Islam sebenarnya diajar supaya senantiasa tunduk dan patuh kepada
perintah Allah SWT dan Rasul-Nya. Di samping itu, mengajar kita supaya hidup
secara sederhana dan tidak bermegah-megah dalam berhias.
Perhiasan emas hanya
diberikan kelonggaran kepada wanita untuk memakainya sebagai alat mencantikkan
diri dan menarik perhatian suami. Manakala lelaki pula tidak ada keperluan
untuk menambah hiasan pada diri mereka kerana perhiasan sebegitu tidak sesuai
dengan sifat dan kejantanan seorang lelaki.
Kebelakangan ini, perintah
Allah yang diturunkan melalui Rasul sejak 1,400 tahun dahulu mula tersingkap
hikmah dan kebenarannya terutama dari sudut perubatan.
Bersambung …
No comments:
Post a Comment