EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Sunday, January 1, 2017

MENGHADAPI 2017

Kenapakah dikatakan kedudukan ekonomi pada tahun 2017 lebih getir? Sebenarnya, kita tidak perlu bersusah-susah  memikirkannya kerana situasi tersebut adalah lanjutan kepada fenomena yang berlaku pada masa sekarang. Sudah pasti kita telah mendengar:

Ringgit jatuh,
cukai gst,
harga barang naik,
banyak syarikat ditutup,
pelajar universiti tidak dapat kerja,
pemberhentian pekerja beramai – ramai, dan
pelbagai lagi masalah ekonomi.

Sebagai rakyat Malaysia kita kena bijak untuk menangani masalah ekonomi ini. Salah satu strateginya adalah  menyertai perniagaan online. Kita jadikan tahun 2017 sebagai tahun ekonomi internet.

Medium ini berkali-kali ditegaskan sebagai lubuk duit bagi peniaga yang cekal dan berilmu.  Kecekalan diperlukan kerana ada banyak saingan di alam maya. Tanpa ilmu tiada sesiapa pun mampu pergi jauh. 

Ilmu boleh ditimba melalui pembacaan, menghadiri seminar, dan berguru taupun ketiga-tiganya sekali gus.  Pendek kata, apa-apa sahaja boleh dijayakan jika kita ada kemahuan.  Kita akan berada di takuk lama jika asyik menimang alasan!!!


Bagi yang sudah  bermula, teruskan perjuangan anda. Anda yang masih berada di awang-awangan, hentikan angan-angan, keluarlah dari zon selesa, dan berazam untuk merealisasikan impian anda.   














No comments:

Post a Comment