Wednesday, January 11, 2017

SISTEM PAJAK GADAI ISLAM 2

Atas kesedaran itu, sistem Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ditubuhkan atas dasar Fardu Kifayah dan bukan atas dasar keuntungan semata-mata oleh pelaksanaannya. Sistem yang dinamakan Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ini sebenarnya dilahirkan sehubungan dengan Akta 81–Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 di bawah Seksyen 46. Ia juga merupakan rentetan daripada perlaksanaan Syariah dalam sistem perbankan pada awal 1983. Ianya telah dilaksanakan buat pertama kalinya oleh Majlis Agama Islam Terengganu pada 23 Januari 1993 dengan dikenali sebagai Muassasah Gadaian Islam Terengganu. Memandangkan skim ini berdaya maju dan memenuhi kehendak dan hukum Syariah, beberapa badan pergerakan koperasi dan kerajaan negeri telah mula menceburkan diri. Kerajaan Perlis, sebagai contoh, telah menubuhkan Pajak Gadai Islam pada Januari 1997. Antara badan pergerakan koperasi yang terawal dalam perlaksanaan skim ini ialah Koperasi Pengguna Pahang Berhad, Koperasi Gabungan Pekebun Kecil Perak Berhad dan Koperasi Kakitangan Kerajaan Dan Badan-Badan Berkanun Terengganu (KOKANUN).

Antara tujuan utamanya ialah untuk menghapuskan riba atau hasil bunga (faedah) dan gharar yang dikenakan oleh pengusaha kedai pajak gadai secara konvensional. Skim ini memberikan kemudahan alternatif kepada kemudahan pinjaman yang sedia ada di samping memberi pilihan kepada peminjam untuk menuruti kehendak dan hukum Syariah.


Bersambung ...




1 comment:

  1. Hello, Adakah anda seorang lelaki perniagaan atau perempuan? Adakah anda dalam mana-mana
    tekanan saya membiayai atau memerlukan dana untuk memulakan anda sendiri
    perniagaan? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk menyelesaikan hutang anda atau membayar
    bil-bil anda? Adakah anda mempunyai skor kredit yang rendah dan mempunyai
    kesukaran mendapatkan pinjaman daripada bank-bank tempatan dan lain-lain
    institusi kewangan? Saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa tawaran pinjaman
    pada kadar faedah yang rendah 2%, jika anda berminat untuk mendapatkan
    pinjaman daripada kami, sila hubungi kami melalui e-mel: (AUGSTINEJUNIO@GMAIL.COM)

    ReplyDelete