Bagaimana pula dengan
wanita? Adakah pemakaian emas juga berbahaya kepada golongan ini?
Wanita tidak menderita
masalah tersebut kerana mereka memiliki keistimewaan yang tidak ada pada lelaki
iaitu hormon estrogen. Dari segi kesihatan, hormon ini membantu hal-hal
mobiliti dalam peredaran darah. Apabila kepekatan estrogen tinggi terutamanya
semasa haid, saluran darah akan mengembang dan membesar untuk keselesaan
perjalanan serta pengeluaran darah.
Walaupun lelaki juga memiliki
hormon estrogen, tetapi jumlahnya sangat
sedikit dan tidak diketahui fungsinya. Malah,
estrogen lelaki cuma berkeadaan statik dan saluran darah mereka tidak mengalami
pengembangan seperti wanita.
Jadi, jika sekiranya ada
partikel emas memasuki badan lelaki, partikel berbahaya itu akan menyumbat
saluran darah dan sebab itulah kenapa lelaki cenderung mengalami masalah
kesihatan seperti kardiovaskular.
Dan inilah sebabnya kenapa
Islam melarang lelaki daripada memakai emas.
No comments:
Post a Comment