Alternatif: Ekonomi Islam?
Akhir tinta, saya percaya
ramai yang ingin mengetahui apakah jawapan di sebalik kekalutan dan kekusutan
yang ditimbulkan oleh sistem ekonomi konvensional ini. Jika ditanya pada saya,
saya sentiasa optimis bahawa jawapannya adalah dengan kembali kepada Islam.
Jika kita renungi semula
sejarah peradaban manusia, kita akan mendapati kerosakan sistem ekonomi pada
hari ini adalah berpunca daripada tangan-tangan manusia yang melepaskan diri
daripada kerangka wahyu. Sebagai contoh, kita lihat pada sistem kewangan itu
sendiri. Bermula daripada peperangan sesama sendiri yang memaksa negara-negara
mencetak lebih banyak wang sehingga terpaksa meleraikan ikatan nilai mata
wangnya dengan emas. Seterusnya, pengamalan sistem penghasilan wang (Fractional
Reserve System) yang berasaskan kepada riba dan sifat mata wang tanpa sokongan
sebarang komoditi, telah membawa kita ke dunia yang tidak henti dengan sindrom
inflasi. Semua ini terjadi kerana kita membelakangi panduan yang digariskan
oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Walau bagaimanapun, kita
perlu menerima hakikat bahawa kita sudah berada dalam krisis ini. Sebaiknya bagi kita yang
mendokong penerapan nafas Islam dalam segenap kehidupan termasuklah dalam
urusan kenegaraan dan urus tadbir ekonomi hendaklah memikirkan jalan keluar dan
alternatif kepada permasalahan yang dihadapi sekarang.
Adakah kita perlu
memperjuangkan Sistem Full-reserve seperti yang diperjuangkan oleh ahli ekonomi
daripada sekolah aliran Austria? Adakah kita perlu mengikat kembali wang kertas
dengan komoditi yang bernilai? Bagaimana pula caranya untuk mengembangkan
kredit dan apakah regulasi yang kita akan guna pakai?
Ingin saya tinggalkan kepada
kalian banyak lagi persoalan, tetapi cukuplah sekadar yang di atas dahulu
sebagai permulaan.
No comments:
Post a Comment