EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Monday, October 30, 2017

HARGA EMAS AKAN TERUS NAIK

SEJARAH HARGA EMAS YANG TIDAK PERNAH MURAH
RM38 segram ( tahun 1999 ) dikata mahal…
RM44 segram ( tahun 2005) pun mahal...
RM104 segram ( tahun 2009) mahal jugak...
RM145 segram ( tahun 2013 ) mahalnya...
RM129 segram (tahun 2014) mahal lagi tu...boleh turun lagi kut…
RM161 segram ( 2015 ) naik balik pulak dah...
RM180 segram (Feb 2016) apa citer ?
RM200+ + segram ( sejak awal 2017 ) !!!
RM 500 segram dijangka pada tahun 2020 nanti...
SUDAHKAH ANDA ADA MENYIMPAN EMAS?
Renungan pagi ini...
• Mulakanlah menyimpan *EMAS* walau harganya *MAHAL* sekalipun, kerana pada masa depan, EMAS akan lagi MAHAL dan EMAS kekal relevan walaupun tidak diterima lagi sebagai *WANG* pada masa sekarang.....
• Sekiranya anda tidak nampak fungsinya buat anda, setidak-tidaknya *generasi* yang bakal mewarisi *EMAS* anda kelak mempunyai peluang untuk keluar dari belenggu ~HUTANG BANK~ dan menggunakan *Ar-Rahnu* bagi mendapatkan kemudahan kewangan yang mereka perlukan.
• Wariskan EMAS* kepada generasi kita yang akan datang...untuk *Masa Depan* mereka…
Celik dan pandanglah dari sudut yang lebih *positif*...
Tambah ilmu, tambah kefahaman
1gram 1 bulan 1 keluarga
>>>GERENTI LUMAYAN UNTUK JANGKA PANJANG>>>

Saturday, October 28, 2017

TAMBAH ILMU EMAS

MARI TAMBAH ILMU TENTANG WANG DAN EMAS
Ada orang tanya....wang fiat tu apa ?
Wang fiat ialah duit kertas atau syiling. Duit yang kita pakai sekarang ni dipanggil wang fiat. Oleh sebab sekarang ni duit yang dicetak tak disandarkan pada emas berlakulah floating dan mudah dimanipulasi. Itu sebab duit kita ni ada inflasi.
Cer tengok tiap-tiap tahun nak raya jer macam-macam color duit baru keluar..hijau la oren la..

Tau tak berapa kos cetak duit...
Kos sekeping tu maybe 20 sen jer… tapi bila dicatat RM100 tengok berapa besar margin keuntungannya.
Siapa yang keluarkan duit ni ? Tentu anda dah tau kan …
Itu sebab bila duit dah melambak kat pasaran, sampai masanya kita akan alami inflasi statik.
• Malaysia nie selalu kata tahap inflasinya dalam 4%.. tapi hakikatnya dah dekat 10%.
• Itu sebab simpanan kita dalam bentuk wang tu kena tolak inflasi sekitar 10%.
• Itu sebenarnya nilai duit kita. Itu sebab bila kita simpan GOLD..kita dah selamatkan kekayaan kita.
• Kita sebenarnya di tahap inflasi yang tinggi...barang akan sentiasa melambung naik.
• Selamatlah siapa yang ada simpanan emas.
Buat masa ni … GOLD is the real money…

• Kita selalu baca surah Alkahfi pada hari Jumaat. Pemuda yang Allah tidurkan dalam gua selama 309 tahun tu… Apabila terjaga ada dirham dalam poket. Boleh guna untuk beli makanan. Dirham masih laku walau dah berusia beratus tahun usianya.
• RM ni fiat money … bukan mata wang sebenar...dari zaman nabi lagi dinar dan dirham yang digunakan.
• Tengok betapa berharganya dinar dan dirham.. cuba simpan RM10 dalam poket selama itu … dah tentu hancur lebur dah…
• Tengok orang zaman dulu … kumpul duit baru beli tanah ... lepas tu buat rumah kecik dulu … ada duit baharulah diperbesarkan.
Apa tu inflasi statik ?
Inflasi statik tu tak boleh nak repair … tak boleh nak dibetulkan lagi …

Friday, October 27, 2017

SIMPANLAH EMAS


Jika anda menyimpan duit sebanyak RM2000 pada tahun 2000 adakah nilainya akan meningkat pada tahun 2017? Tidak mungkin. Kenapa? Kena tolak inflasi 4% ++ Nilai RM pun terus menurun. Namun, masih belum terlambat untuk memulakan langkah menyimpan emas. Jom anak muda pakat-pakat simpan emas..

"Kenapa orang tak mau simpan EMAS? Tak rasa rugi ke ? Tak mau cuba ?

Tahun 80'an harga emas RM30 segram orang masa itu kata mahal. Tapi hari ini kita kata murah.

Tahun 90'an harga emas RM50 segram orang masa itu kata mahal. Tapi hari ini kita kata murah.

Tahun 2000 harga emas RM100 segram orang masa itu kata mahal. Tapi hari ini kita kata murah.

Tahun 2010 harga emas RM150 segram orang masa itu kata mahal. Tapi hari ini kita kata murah.

Tahun ini harga emas RM200++ segram orang masih kata mahal .

Bayangkan 2020 harga emas RM500 segram. Agak-agak kan apa yang kita kata harga emas pada tahun tu ?

Persoalannya bukan murah atau mahal. Tapi bila kita nak mulakan..

Apa yang kita perlu faham tentang emas adalah:

• ‪aset‬ - sama seperti hartanah, property.. Sentiasa ada permintaan atau‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬
• ‪‎high demand‬, sebab itu harganya dari masa ke semasa semakin mahal.‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬‬


Jangan bandingkan dengan kereta atau iphone, hari ini beli nanti nak jual balik harga confirm drop...

Thursday, October 26, 2017

APA EMAS BOLEH BUAT ?

INI DIA ...

•        emas boleh cover insurance
•        emas boleh ganti kad kredit
•        emas boleh ganti pinjaman peribadi
•        emas boleh cover bayar rumah dan kereta
·                    emas boleh buat cover bila gaji lambat masuk
•        emas boleh buat beli motor cash
•        emas boleh buat beli kereta cash
•        emas boleh buat bayar deposit rumah 10%
•        emas boleh buat untuk renovate rumah
•        emas boleh buat untuk join bisnes-bisnes lain
•        emas boleh buat modal jual goreng pisang chesse coklat
•        emas boleh buat modal untuk masuk projek kecil-kecilan
•        emas boleh buat hantaran kawin lagi ....

BAGAIMANA CARANYA ?

Beli emas 1 gm 1 bln atau ikut kemampuan anda. Letakkan target berapa lama nak simpan contohnya 3 tahun. Selepas 3 tahun, emas yang dah terkumpul tu pajak dekat Ar- Rahnu atau jual. Duitnya boleh digunakan untuk semua perkara di atas. Lagi lama emas dalam simpanan lagi tinggi nilainya.  Tidak sama dengan nilai dividen simpan duit di Tabung Haji,  ASB dan sebagainya. Ini yang dikatakan kumpul aset (emas) jual semula dan beli aset lain seperti rumah atau tanah. Emas kita boleh beli sedikit demi sedikit tetapi rumah dan tanah tak boleh beli sikit-sikit.

Beli emas anda di sini:   http://tinyurl.com/zflwd7y


Wednesday, October 25, 2017

SIFU SAYA KATA

10 Cara Untuk Menggunakan Masa dengan Baik

Allah berfirman;

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran” (Surah Al-Asr,Ayat 1-3)

Kita sering merasa terburu-buru mengejar masa kerana perlukan masa yang banyak bagi melakukan aktiviti harian. Ini akan menyebabkan kerja yang kita lakukan menjadi kelam kabut. Tahukah anda, kekayaan masa iaitu mempunyai masa yang cukup untuk melakukan apa yang kita suka adalah satu nikmat yang tak terhingga?

Kami bantu anda dengan memberikan 10 tips pengurusan masa dengan baik.

1. Rancang jadual harian

Rancang jadual aktiviti harian adalah penting kerana kehidupan kita menuntut kita meluangkan masa untuk bersama diri sendiri, keluarga dan juga untuk Allah Swt. Pengurusan masa adalah pengurusan kehidupan harian kita. Berjaya mengurus masa bermakna kita berjaya menguruskan hidup kita.
Anda boleh mulakan hari anda dengan melakukan kerja-kerja yang paling penting di awal pagi. Anda juga boleh rancang jadual anda pada hari atau minggu sebelumnya.

2. Tetapkan had masa untuk setiap tugas

Jangan lakukan sesuatu tugas lain sebelum menyelesaikan tugas yang kita sedang lakukan. Sentiasa periksa jadual sebelum memulakan tugas yang baru. Sentiasa tanya diri sendiri, bilakah tugas yang sedang dilakukan itu boleh selesai? Bilakah ianya perlu diselesaikan.  Adalah lebih bagus untuk menyiapkan tugasan lebih awal supaya anda ada lebih masa untuk memeriksa tugasan anda.  Ini akan memastikan tugas yang sedang dibuat akan mencapai matlamat yang berkualiti. Ini juga akan membantu kita untuk lebih fokus dalam menyiapkan tugasan yang kita perlu lakukan.

3. Tahu deadline anda

Bukan mudah bagi kita untuk merancang kerja yang perlu dilakukan. Set tarikh akhir (deadline) untuk menyelesaikan kerja kerana ini akan mengurangkan rasa risau kerana merasa tidak mencukupi masa.  Melakukan tugasan tanpa tahu tarikh akhirnya seperti anda tidak tahu arah tuju atau kesudahan tugasan tersebut.  Ini menyebabkan anda akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.

4. Belajar untuk berkata “TIDAK”

Daripada semua tips penggunaan masa dengan baik, barangkali yang paling efektif ialah selalu menggunakan perkataan tidak. Belajarlah menolak dengan menggunakan kebijaksanaan tetapi tegas terhadap setiap permintaan yang tidak menunjang pencapaian sasaran anda.  Kadang-kadang, bila kita berani mengatakan tidak kepada ajakkan kawan-kawan, atau kepada perkara-perkara yang tidak memberikan kesan besar kepada kita, kita boleh gunakan masa tersebut untuk perkara yang lebih memberikan kebaikan kepada kita.

5. Teknik 15 minit lebih awal

Dalam zaman sekarang, sangat mudah untuk kita mengawal masa.  Kita boleh gunakan telefon bimbit sebagai penjaga masa kita.  Dalam telefon bimbit, kita boleh setkan ‘reminder’ untuk memberi peringatan kepada kita tentang jadual dan waktu yang tepat.  Ada orang menggunakan kaedah menetapkan waktu jam 15 minit lebih awal dari waktu sebenarnya supaya kita lebih berdisiplin dan mengelakkan dari terlambat.

6. Fokus

Kita akan memberi lebih tumpuan dalam melakukan kerja sekiranya kita fokus kepada sesuatu kerja. Buat sesuatu kerja dengan memastikan kerja tersebut merupakan perkara yang utama perlu diselesaikan. Untuk membantu anda fokus, anda boleh kurangkan gangguan di sekitar anda.  Anda boleh ‘silent’ kan telefon bimbit, matikan notifikasi media sosial anda, jauhkan diri dari televisyen, YouTube dan lain-lain yang boleh mengalih perhatian anda dari terus fokus.

7. Jejaki masa yang dihabiskan

Lihat kembali pencapaian masa yang telah kita gunakan dalam sesuatu kerja.  Gunakan teknik ini dengan memperkembangkan lagi fokus dalam matlamat yang perlu kita capai.  Ramai antara kita tak pernah “keep track” berapa banyak masa yang kita gunakan untuk selesaikan sesuatu perkara. Sebagai contoh, cuba jejaki berapa banyak masa untuk anda siapkan satu tugasan yang biasa anda lakukan dan cuba lakukannya lebih cepat keesokkan hari.  Anda akan mula perasan anda ada lebihan masa nanti.

8. Tidak kecoh dengan perkara-perkara tidak penting

Ramai antara kita selalu menyalahgunakan masa dengan kecoh dengan perkara-perkara yang tak ada kena mengena dengan kita.  Contoh jelas, jika berlaku kemalangan di lebuh raya, ramai pemandu akan berhenti semata-mata untuk tengok.  Ini akan menyebabkan anda lambat sampai ke lokasi dan juga melambatkan orang lain.  Jangan  kecoh dan kepoh dengan perkara-perakara yang tidak membawa kebaikan.

9. Jangan lupa untuk berehat

Bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat bukanlah penggunaan waktu yang efektif. Tenaga makin menurun, kebosanan makin mempengaruhi serta ketegangan fizikal dan mental makin terkumpul. Oleh itu, anda memerlukan masa rehat yang secukupnya kerana hanya berehat sahaja merupakan cara yang paling baik.  Tidur sebentar juga boleh membantu kita menjadi lebih efektif, Rasulullah juga mengamalkannya.  Tapi jangan jadikan ini sebagai alasan untuk lari dari tugasan!

10. Jangan mudah terpedaya

Masa bergerak sangat pantas.  Kadang-kadang tanpa kita sedar, hari dah menjelang petang sedangkan banyak lagi perkara yang kita tak lakukan.  Ramai orang mudah terpedaya dengan masa dan mula menggunakan masa sebagai alasan.  “Releks la, baru pukul 9 pagi.”  “Kenapa nak cepat-cepat, ini kan waktu rehat”. Dengan asyik melengah-lengahkan masa dan membiarkan diri terpedaya dengan masa yang ada, kita akan kehilangan masa tersebut.
Orang berjaya dalam hidup sangat menghargai masa.  Tujuan mereka kaya dan berjaya ialah supaya mereka ada lebih banyak masa untuk diluangkan dengan Allah swt, dengan diri sendiri dan keluarga. Anda bagaimana?

Salam Kejayaan,


DARI Team Richworks.

Monday, October 23, 2017

DARI MANA DATANGNYA EMAS ?


KENAPA KITA NI SEJAK LAHIR LAGI RASA EMAS BERNILAI?

Soalan 1 : Bagaimana beberapa utas rantai emas ini boleh membeli sebuah rumah? Kalau satu utas ini 999 beratnya 100g, kesemuanya bernilai RM170,800. Beberapa utas ini boleh muat dalam poket sebelah seluar jeans sahaja!!

Pelik bukan? Logam kuning ini, yang tidak berbuah, tidak berbunga, tidak bercambah, bau pun takde, rasa pun tawar tapi harganya MasyaALLAH...mahal banget sih....!!

Jawapan kepada soalan di atas boleh dijawab dengan menggunakan alasan bahawa emas ialah mata wang sejak beribu tahun dahulu. Emas dijadikan pemberian kepada dewa-dewa dan raja-raja, walaupun sukar didapati..Mesti masih ramai yang tertanya-tanya..

"Kenapa emas dipilih menjadi aset berharga?"
"Kenapa tidak pilih aluminium ke, batu kerikil ke, iPhone ke, getah sekerap ke?"
"Kenapa? Kenapa emas? Kenapa?

Setelah dikaji dan sekian lama mencari jawapannya, tanyalah kepada pakar-pakar ekonomi, pakar-pakar pelaburan, bankers, doktor, profesor..tiada siapa yang boleh menjawab persoalan:

"Kenapa emas DIPILIH menjadi aset berharga?"

Bagaimana kita hendak jelaskan kewujudan aset emas ini sebagai logam berharga?

Adakah kerana dengan kepercayaan nenek moyang kita merupakan alasan yang kukuh?

Adakah kerana emas sukar didapati?Tidak mungkin kerana ada banyak lagi logam dalam "periodic table" yang lebih rare seperti Iridium.

Jawapan yang kami jumpa berada di depan mata kita sendiri. Telah diletakkan hijab di depan kita. Kita hanya melihat dengan sebelah mata, mata fizikal tetapi tidak dengan mata hati.

Jawapannya ada dalam jiwa setiap manusia. Kesemuanya telah diprogram dalam akal fikiran manusia sejak Nabi Adam lagi. Seperti mana seorang lelaki yang telah diprogram untuk tertarik pada kaum wanita.

Kata-kata di bawah dipetik daripada arwah bekas timbalan gabenor bank pusat, National Bank of Hungary;

"Terdapat lebih kurang 300 pakar ekonomi dunia tidak menyebelahi emas, dan mereka fikir emas hanya satu simbol pemujaan primitif. Tetapi malangnya, terdapat 3 billion penduduk dunia yang mempercayai emas"- Janos Fekete (1918-2009).

Jadi jika itu telah diprogram dalam diri kita, bermakna  kewujudannya semula jadi. Semuanya datang dari Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Mengetahui, Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Tak percaya? Anda tanyalah Sheikh Google apa fungsi emas  dalam dunia ini?

Anda akan temui hampir 90% emas yang pernah dilombong masih lagi duduk dalam peti-peti besi bank, simpanan peribadi dan barang kemas.
Kalau anda seseorang yang curiga, sudah pasti akan bertanya,

"Kalau duduk simpan aja, buat apa penat-penat pergi melombong & mendulang?"

Sudahkah anda nampak apa yang kami cuba sampaikan? Apa fungsi Allah Subhanahu Wa Ta’ala cipta emas di dunia ini? Dok sesajer dalam peti besi? Rujuklah dalam Al-Quran.

Apabila disebut emas,  pasti bersangkut-paut dengan ganjaran Allah Subhanahu Wa Ta’ala atau hukuman kerana tidak beramal dengan harta. atau sebagai perbandingan kejahilan manusia. Dalam Injil dan Taurat ada menyebut perihal yang sama. Kita lihat dalam Al-Quran itu sendiri. Sebahagiannya:

Surah Al-Hajj ayat 23

Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka di situ dari sutera.

Surah Ali Imran ayat 91

Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka:emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan(emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun.

Surah Ali Imran ayat 14

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia:kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak;harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak;kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu kesenangan hidup di dunia. Dan(ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Ini adalah firman Allah SWT..Bukankah Allah SWT telah berfirman bahawa Al-Quran akan menjelaskan tiap-tiap sesuatu ?

Surah Al Nahl ayat 89

Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri;dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini(umatmu) dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.

Nampak penjelasannya sekarang? Perlukah dihurai dengan lebih panjang? Bermakna dalam kehidupan manusia, emas ini adalah antara elemen ukuran ibadat mereka. Di situ letaknya standard emas.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. 

Saturday, October 21, 2017

NAK BUKA PINTU REZEKI ?

6 PERKARA INI YANG MEMBUKA PINTU REZEKI SELUAS-LUASNYA

Rezeki ataupun nikmat dikurniakan Allah kepada manusia sesuai dengan sifat Al-Rahman-Nya. Sebab itu jika kita lihat orang bukan Islam pun mempunyai harta yang melimpah ruah. Itulah sifat Al-Rahman Allah. Dia akan berikan kepada sesiapa saja baik muslim ataupun tidak yang berusaha mencari rezeki. Namun untuk kita umat Islam, kita dilimpahi dengan sifat Al-Rahim Allah. Pemberian Allah kepada orang muslim berbeza dengan yang bukan muslim. Rezeki yang muslim dapat akan menjadi berkat. Dan rezeki yang Allah kurniakan itu akan disyukuri dan digunakan sebaik-baiknya ke arah keredhaan Allah. Untuk kita sebagai umat Islam, ada amalan-amalan yang amat Allah sukai untuk kita amalkan untuk menjadi penyebab murah rezeki.

Antara tips untuk dimudahkan rezeki tersebut ialah:

1. Meluangkan masa untuk beribadah

Ini terbukti apabila Allah sendiri berfirman dalam sebuah hadith Qudsi yang bermaksud:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyakkan istighfar

Istighfar ialah perbuatan berbentuk penyesalan, pengakuan dosa dan rintihan hamba kepada Allah. Justeru Allah amat suka dan kasihan kepada orang yang selalu bertaubat dan akan menghapuskan duka, menyelesaikan masalah dan memberi rezeki kepada hamba yang suka beristighfar seperti janji-Nya dalam sebuah hadith:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Sentiasa mengingati Allah

Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Kategori rezeki ini hanya diberikan oleh Allah kepada orang-orang yang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)

4. Berbakti (berbuat baik) dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.Baginda s.a.w. juga bersabda lagi: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab murah rezeki. Ini bersandarkan kepada sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

5. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah dalam kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

6. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

Sumber: sohoque.com


Friday, October 20, 2017

KUASA EMAS


Selalulah ingatkan diri sendiri agar memegang sekurang-kurangnya 10 % - 15 % pelaburan dalam bentuk emas fizikal, sama ada dalam bentuk Jongkong (Gold Bar), Syiling, atau barang kemas. Kemerosotan nilai wang kertas (inflasi) yang berlaku di serata dunia pada hari ini seharusnya menjadi iktibar dan pedoman untuk menyimpan dan menambah simpanan emas kita. Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan. Peningkatan nilai yang berlaku setiap tahun itu menjadikan emas pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit Trust (ASB n the geng).

Sebagai contoh:

- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco
>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!
>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!

Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!

Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!


Berbaloi kan???

Thursday, October 19, 2017

25 CIRI LELAKI BIJAK KEWANGAN


Edisi Pengurusan Kewangan

Kaum lelaki merupakan ketua keluarga. Ketua mestilah bijak memimpin ahli-ahlinya. Ibarat seperti nakhoda yang mengemudi sebuah bahtera. Tanpa nakhoda, bahtera yang dikemudi pasti tidak punya arah tuju.
Jadi, kau kena la belajar jadi lelaki yang bijak. Jom semak apa ciri-ciri lelaki yang bijak:

1. Buat simpanan untuk kahwin. Bukan minta makwe / tunang kau buat pembiayaan peribadi.

2. Tak perlu modified kereta sangat lah kalau setiap bulan gaji kau tinggal RM200 je untuk hidup. Jurutera automatif tahu la kerja dia. Ini ubah kedudukan tayar bagi cacat terkeluar pehal. Kau dah la beli kereta Myvi zero-downpayment.

3. Perlindungan takaful jangan abaikan. Takaful untuk perlindungan diri sendiri. Wajib ada. Lebih-lebih lagi kalau kau yang bawa motor pergi kerja.

4. Tambahkan ilmu pengurusan kewangan. Kalau kau boros, hancur terus kewangan keluarga kau nanti. Belajar bagaimana nak uruskan kewangan dengan baik.

5. Tambahkan kemahiran asas. Jangan semua benda nak upah orang, semua benda nak beli. Do It Yourself (DIY) lebih menjimatkan.

6. Jika rasa duit gaji tak cukup, hidup di bawah kemampuan. Rendahkan taraf hidup kau. Ada kereta import mewah tukar kepada kereta tempatan saja. Ansuran bulanan lebih murah.

7. Berhenti beli majalah sukan, bola sepak, hak ehwal kereta, akhbar. Baca je online. Melabur dalam ilmu punya lah berkira. Tetapi majalah sukan kemain kemas tersusun.

8. Kalau tak mampu menyimpan setiap bulan, potong bajet mana yang tak perlu. Keahlian gym, golf, spa misalnya. Kau pergi je lah bersenam dekat taman rekreasi. Tak payah bayar apa-apa.

9. Tak perlu nak rewards yourself sangat lah, jika dapat gaji terus rewards yourself sampai habis RM500-RM600. Bila masanya nak menyimpan? Suruh masuk RM5 dalam tabung masjid pun terketar-ketar tangan.

10. Setiap hari lepak mamak. Kau kasi mamak kaya, kau sendiri terkapai-kapai dalam kewangan. Belajar memasak. Lagi jimat.

11. Ada iPhone setakat nak main Candy Crush, main WhatsApp, main Facebook je tak guna. Download lah aplikasi untuk mengesan aliran kewangan kau. Barulah kau tahu ke mana wang kau menghilang. Boleh muat turun aplikasi “Money Manager Expense & Budget”, ataupun “My Tabung BNM”.

12. Pakai sampai habis, guna sampai rosak. Tak perlu beli stok banyak-banyak. Ini tidak, beli kasut kemain banyak. Kasut sampai 20 pasang. Kau ni lipan ke orang?

13. Masa bujang, beli je barang terpakai. Bundle pun ada yang baru juga. Tak payah nak pakai yang berjenama je. Tak perlu up to date sangat. Pakaian nak yang dekat butik saja. Baju yang tak berjenama tak semestinya tak berkualiti.

14. Jangan beli kereta tidak sepadan dengan gaji. Beli je motor dulu, Honda EX5 misalnya. Boleh jimat minyak. Sebulan dalam RM20 je. Kalau makwe tanya kau pergi kerja naik apa, dengan bangganya kau boleh jawab “pakai Honda je.

15. Tak menggelupur nak beli kereta import mewah, pakai iPhone, travel luar negara pasal nak ikut trend terkini.

16. Jangan malu bawa bekal ke pejabat. Kau bijak dan berjimat-cermat. Kau tahu kau bukan orang berada.

17. Waktu muda-muda ni dah ada rumah sendiri. Dah jadi tuan rumah. Kumpul aset untuk masa depan. Bukan kumpul hutang keliling pinggang.

18. Berhenti merokok dan isap vape. Nak kaya ke tak? Orang kaya tak bakar duit. Dorang melabur duit.

19. Jangan tunggu gaji tinggi baru nak melabur. Melaburlah ikut kemampuan dalam instrumen pelaburan yang diyakini. Jauhi Skim Cepat Kaya.

20. Kad kredit tak perlu sampai 3-4 keping. Nanti kau terbeban nak bayar balik. Pegawai AKPK pun kirim salam.

21. Jangan asyik nak tukar kereta baru je. Kereta lama selagi boleh guna, guna lah. Setiap 5 tahun tukar kereta tetapi masih menyewa tak guna jugak.

22. Lupakan travel ke luar negara jika ada hutang keliling pinggang. Tak payah nak luaskan pemandangan sangatlah. Kau berhutang yang tak perlu tu pun dah menunjukkan kau dah tak bijak dah.

23. Beli sesuatu untuk kita nak guna sekarang, bukan untuk kita simpan guna tahun depan. Gegadis tak suka lelaki bergaya tetapi sebenarnya papa kedana.

24. Bijak merancang kewangan. Membeli kena ada bajet. Buat senarai barang yang hendak dibeli. Ada makwe promosi Vitagen beli lah satu. Apa salahnya. Untuk kesihatan jugak.


25. Tak payah nak berlumba-lumba dengan kawan kau tu. Dia tukar iPhone kau pun nak tukar iPhone. Dia tukar kereta baru kau pun tukar kereta baru. Pesen tak nak mengalah.

Tuesday, October 17, 2017

UNTUK RENUNGAN ANDA

6 KENYATAAN YANG MANUSIA SERING NAFIKAN

1.  Saya tak tahu nak bermula dari mana?

Ramai orang kata, mereka nak buat itu, buat ini, capai itu capai ini tapi tak tahu nak bermula dari mana. Alasan ini buatkan mereka rasa lega. Konon-kononnya sebagai sesuatu yang beri kepastian kepada mereka bahawa mereka sebenarnya nak berjaya tapi mereka tak tahu nak bermula dari mana.
Mulakan sahaja dari mana-mana. Yang penting anda bermula. Kemudian, setelah bertindak secara konsisten, anda akan mula nampak di mana yang perlu diperbaiki dan mula faham tentang prosesnya. Ramai orang nak berjaya tapi gagal memulakan usaha untuk berjaya. Contoh, jika anda nak mula berniaga, anda tak perlu tunggu nak sewa kedai, tunggu produk jenama sendiri siap dikeluarkan, mulakan sahaja dengan apa yang ada di tangan.

2.  Saya akan mula bertindak esok!

Satu kenyataan yang sering digunakan dan dijadikan alasan. Ramai orang tak berjaya nak capai impian sebab mereka rasa esok masih ada. Mereka tertipu dengan cita-cita yang ada dalam diri mereka dan kepercayaan bahawa esok masih ada untuk mereka mulakan tindakan atau esok ialah hari terbaik untuk mereka bertindak.

Hakikatnya, kita tak pasti langsung jika kita ada esok. Jika ada, adakah kita pasti kita akan mula berusaha esok atau kita akan ada perkara lain yang lebih penting dari kejayaan kita sehingga kita tangguhkannya ke hari esok lagi?
Mulakan dengan buat senarai 3 perkara yang anda ingin lakukan hari ini, perkara yang boleh bantu anda berada lebih dekat dengan kejayaan yang anda mahukan. Jika anda mahu mulakan perniagaan, anda mungkin boleh mulakan dengan kenal pasti perniagaan apa yang anda mahu lakukan, kenal pasti pelanggan dan juga mungkin boleh sediakan FB Page dan lain-lain.

3.  Saya tak bersedia untuk berjaya

Apa yang kita fikir, itulah yang akan terjadi kepada kita. Sebenarnya, tiada sesiapa pun di dunia ini bersedia untuk berjaya. Kadang-kadang, kita rasa kita tak bersedia untuk berjaya tapi hakikatnya kita tak bersedia nak hadapi cabaran yang boleh membawa kita kepada kejayaan.

Bila kita NAK berjaya, kita kena ubah cara kita bertindak, kita perlu korbankan beberapa perkara, dan termasuk perlu korbankan keselesaan kita. Dan, inilah antara sebab yang kita tak sanggup lakukan dan akibatnya kita menggunakan alasan kita tak bersedia untuk berjaya.

4.  Dah terlambat, saya dah terlepas peluang

Tiada satu manusia pun tahu bila mereka akan berjaya dan bila mereka patut mulakan proses untuk berjaya. Tak pernah tercatat di mana-mana pun, satu tarikh, satu tahap umur atau satu masa bila seseorang sepatutnya mulakan proses untuk berjaya dan bila kejayaan itu akan kita capai.

Manusia selalu beri alasan kepada diri sendiri bahawa dah terlalu tua, dah terlambat, dah ramai orang berjaya di luar sana, dan ini semua akan meletakkan satu had parameter kepada kejayaan kita.

Yang penting ialah kita betul-betul NAK berjaya dan kita sanggup berusaha untuk capai apa kejayaan yang kita mahu. Manusia tak pernah terlambat nak capai kejayaan selagi kita masih bernyawa. Kita hanya terlambat bila kita dah meninggal dunia, tak ada apa yang boleh kita lakukan lagi.

5.  Saya tak ada masa

Ini adalah penafian yang paling kerap kita gunakan dalam hidup. Semua orang diberikan 24 jam tetapi bagaimana mereka yang ternama berjaya menggunakan 24 jam yang mereka ada untuk mencipta kejayaan dan kenapa kita menggunakan 24 jam yang kita ada untuk cipta alasan? Itu sahaja persoalannya.

Masalahnya, ramai orang tak tahu nak menyusun masa mengikut keutamaan. Mereka tak tahu apa perkara penting yang perlu mereka lakukan dan dahulukan dan mereka juga selalu terjebak dengan perangkap media sosial yang selalunya mengambil sebahagian besar dari masa yang kita ada.

Cuba kenal pasti dan dahulukan perkara-perkara yang bantu anda untuk capai apa yang anda mahukan. Lakukan dan siapkannya terlebih dahulu. Tukar sikap anda dalam menguruskan masa. Jangan mudah diperdayakan dengan media sosial dan hiburan kosong. Sungguhpun aktiviti itu menyeronokkan tapi menelan masa yang sepatutnya kita gunakan untuk buat tindakan ke arah kejayaan.

6.  Kawan-kawan bukan faktor penghalang kejayaan saya

Selalunya kita tak sedar bahawa orang di sekeliling kita banyak mempengaruhi hidup kita. Cuba anda lihat kepada orang di sekeliling anda? Mereka sebenarnya penentu tahap kejayaan anda. Menurut pakar-pakar psikologi di Barat, kejayaan hidup manusia dipengaruhi oleh 5 hingga 10 orang yang rapat di keliling anda.

Selalunya manusia akan berasa selesa hidup dikelilingi  orang yang sama dengan mereka dari segi tahap kehidupan. Ada juga yang selesa hidup dikelilingi oleh mereka yang kurang berjaya dari diri mereka. Keadaan itu membuatkan mereka rasa diri mereka lebih hebat dari orang di sekeliling.
Jika anda betul-betul mahu berjaya, anda akan pastikan diri anda di- kelilingi oleh orang yang lebih berjaya dari diri sendiri. Ini akan membuatkan anda akan berusaha lebih supaya anda sama berjaya dengan mereka.

Anda akan terdorong untuk berjaya sama seperti mereka bahkan mahu belajar dari mereka bagaimana mereka mencapai kejayaan. Anda mahu bermentor dengan mereka. Dan jadikan mereka sebagai ‘role model’.

Monday, October 16, 2017

EMAS TIDAK BOLEH DIMANIPULASI


Keistimewaan emas yang seterusnya adalah sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu emas tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Hal itu menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas yang boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun.
Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Situasi tersebut dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas dalam sejarah tamadun manusia.
Antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715 
2. Republik Weimer Jerman – 1922-1923 
3. Hungary 1945-1946 
4. Chile 1971-1981 
5. Peru 1988-1991 
6. Angola 1991 – 1999 
7. Yugoslavia 1992-1995 
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994 
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001 
11. Zimbabwe 2000-2009 
12. Greece 2015-sekarang

Jadi berdasarkan kepada fakta di atas jelaslah bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang sangat menguntungkan namun hendaklah emas fizikal. Emas yang dibeli dan dapat di tangan. Terpulanglah kepada kita untuk meneroka khazanah alam yang sangat bernilai ini untuk kebaikan kita bersama.

Friday, October 13, 2017

ASET YANG TERUNGGUL


Salah satu keistimewaan emas adalah dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia dan merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Logam itu bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia malahan juga boleh dicairkan di seluruh dunia.
Orang Kemboja datang ke Malaysia dengan membawa emas. Emas itu sangat senang untuk dicairkan berbanding dengan mata wangnya sendiri. Sekarang ni kita tengok orang Kemboja ramai yang dah kaya-kaya padahal masa datang dulu tiada duit pun. Sebabnya emas yang dibawa tu boleh dicairkan di seluruh dunia. Boleh dapat duit balik untuk buat modal bisnes.

Thursday, October 12, 2017

NILAI WANG KERTAS SEMAKIN MENURUN


Wang kertas (fiat money) ialah duit yang tiada nilai pada asalnya. Kos membuatnya hanya RM0.10/keping … Tetapi yang membuatkannya bernilai adalah kerana ia dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, nilai wang kertas itu dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Tanpa jaminan itu tiadalah nilai, melainkan hanyalah kertas semata-mata. Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang kerana dikikis oleh kadar inflasi yang berlaku pada setiap tahun. Sebagai contoh, 18 tahun dahulu, duit 20 sen boleh membeli sepinggan nasi lemak. 10 sen boleh membeli segelas air sirap, tetapi sekarang nasi lemak paling kurang berharga RM 1.50 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 700% selama 18 tahun.
Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar 22K pada hari ini 11 Oktober 2017 ialah RM 730 sekeping).

Wednesday, October 11, 2017

HARGA EMAS SEMAKIN MENINGKAT




Harga emas akan meningkat dalam jangka masa panjang. Cuba kita ingat kembali pernahkah datuk nenek ataupun emak kita sendiri yang pesan bahawa belilah emas sebab kalau beli emas kamu takkan rugi. Kita buat tak endah pun sebab kita berjiwa muda. Kita lebih gemarkan membeli barangan untuk bergaya. Beli pakaian yang berjenama, kereta yang sporty, joli belanja awek dan sebagainya. Sebenarnya kita telah silap.
Kita membuat pelaburan yang silap. Itu tidak akan menjadi aset kepada kita. Kita perlu membezakan antara aset dan liabiliti. Pengetahuan yang mendalam mengenai aset dan liabiliti, insyaAllah kita akan melalui financial freedom yang diidam-idamkan selama ini. Perbezaan antara aset dan liabiliti akan saya buat pada posting yang lain, panjang lebar jugak penerangannya. Di sini saya sertakan graf kenaikan harga emas (spot gold) sejak 10 tahun yang lepas atau boleh rujuk di http://goldprice.org/spot-gold.html
Jadi jelaskan bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Beli emas simpan, bila terdesak nak pakai duit baru jual atau boleh dipajakkan. Nanti kita akan terkejut bila nak jual balik sebab nilainya dah jauh lebih tinggi berbanding masa kita beli dulu.