EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Tuesday, October 10, 2017

EMAS OH EMAS !!!

EMAS IALAH KEKAYAAN YANG SEBENAR
Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama Firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana: i. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya. ii. Emas tidak boleh dibinasakan. iii. Tahan lasak. iv. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya. v. Sukar diperoleh.
Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka dia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini, kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu kereta, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul. Emas sifatnya berbeza dengan benda lain. Logam ini tidak boleh dibinasakan. Emas akan tetap bernilai walaupun patah, penyek, calar dan bengkok. Pendek kata, emas tetap bernilai selagi namanya emas…


No comments:

Post a Comment