Wang kertas (fiat money) ialah duit yang tiada nilai pada asalnya. Kos membuatnya hanya RM0.10/keping … Tetapi yang membuatkannya bernilai adalah kerana ia dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, nilai wang kertas itu dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Tanpa jaminan itu tiadalah nilai, melainkan hanyalah kertas semata-mata. Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang kerana dikikis oleh kadar inflasi yang berlaku pada setiap tahun. Sebagai contoh, 18 tahun dahulu, duit 20 sen boleh membeli sepinggan nasi lemak. 10 sen boleh membeli segelas air sirap, tetapi sekarang nasi lemak paling kurang berharga RM 1.50 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 700% selama 18 tahun.
Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar 22K pada hari ini 11 Oktober 2017 ialah RM 730 sekeping).
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete