6
KENYATAAN YANG MANUSIA SERING NAFIKAN
1. Saya tak tahu nak bermula dari mana?
Ramai orang kata, mereka nak
buat itu, buat ini, capai itu capai ini tapi tak tahu nak bermula dari mana.
Alasan ini buatkan mereka rasa lega. Konon-kononnya sebagai sesuatu yang beri
kepastian kepada mereka bahawa mereka sebenarnya nak berjaya tapi mereka tak
tahu nak bermula dari mana.
Mulakan sahaja dari
mana-mana. Yang penting anda bermula. Kemudian, setelah bertindak secara
konsisten, anda akan mula nampak di mana yang perlu diperbaiki dan mula faham
tentang prosesnya. Ramai orang nak berjaya tapi gagal memulakan usaha untuk
berjaya. Contoh, jika anda nak mula berniaga, anda tak perlu tunggu nak sewa
kedai, tunggu produk jenama sendiri siap dikeluarkan, mulakan sahaja dengan apa
yang ada di tangan.
2. Saya akan mula bertindak esok!
Satu kenyataan yang sering
digunakan dan dijadikan alasan. Ramai orang tak berjaya nak capai impian sebab
mereka rasa esok masih ada. Mereka tertipu dengan cita-cita yang ada dalam diri
mereka dan kepercayaan bahawa esok masih ada untuk mereka mulakan tindakan atau
esok ialah hari terbaik untuk mereka bertindak.
Hakikatnya, kita tak pasti
langsung jika kita ada esok. Jika ada, adakah kita pasti kita akan mula
berusaha esok atau kita akan ada perkara lain yang lebih penting dari kejayaan
kita sehingga kita tangguhkannya ke hari esok lagi?
Mulakan dengan buat senarai
3 perkara yang anda ingin lakukan hari ini, perkara yang boleh bantu anda
berada lebih dekat dengan kejayaan yang anda mahukan. Jika anda mahu mulakan
perniagaan, anda mungkin boleh mulakan dengan kenal pasti perniagaan apa yang
anda mahu lakukan, kenal pasti pelanggan dan juga mungkin boleh sediakan FB
Page dan lain-lain.
3. Saya tak bersedia untuk berjaya
Apa yang kita fikir, itulah yang
akan terjadi kepada kita. Sebenarnya, tiada sesiapa pun di dunia ini bersedia
untuk berjaya. Kadang-kadang, kita rasa kita tak bersedia untuk berjaya tapi
hakikatnya kita tak bersedia nak hadapi cabaran yang boleh membawa kita kepada
kejayaan.
Bila kita NAK berjaya, kita
kena ubah cara kita bertindak, kita perlu korbankan beberapa perkara, dan
termasuk perlu korbankan keselesaan kita. Dan, inilah antara sebab yang kita
tak sanggup lakukan dan akibatnya kita menggunakan alasan kita tak bersedia
untuk berjaya.
4. Dah terlambat, saya dah terlepas peluang
Tiada satu manusia pun tahu
bila mereka akan berjaya dan bila mereka patut mulakan proses untuk berjaya.
Tak pernah tercatat di mana-mana pun, satu tarikh, satu tahap umur atau satu
masa bila seseorang sepatutnya mulakan proses untuk berjaya dan bila kejayaan
itu akan kita capai.
Manusia selalu beri alasan
kepada diri sendiri bahawa dah terlalu tua, dah terlambat, dah ramai orang
berjaya di luar sana, dan ini semua akan meletakkan satu had parameter kepada
kejayaan kita.
Yang penting ialah kita
betul-betul NAK berjaya dan kita sanggup berusaha untuk capai apa kejayaan yang
kita mahu. Manusia tak pernah terlambat nak capai kejayaan selagi kita masih
bernyawa. Kita hanya terlambat bila kita dah meninggal dunia, tak ada apa yang
boleh kita lakukan lagi.
5. Saya tak ada masa
Ini adalah penafian yang
paling kerap kita gunakan dalam hidup. Semua orang diberikan 24 jam tetapi
bagaimana mereka yang ternama berjaya menggunakan 24 jam yang mereka ada untuk
mencipta kejayaan dan kenapa kita menggunakan 24 jam yang kita ada untuk cipta
alasan? Itu sahaja persoalannya.
Masalahnya, ramai orang tak
tahu nak menyusun masa mengikut keutamaan. Mereka tak tahu apa perkara penting
yang perlu mereka lakukan dan dahulukan dan mereka juga selalu terjebak dengan
perangkap media sosial yang selalunya mengambil sebahagian besar dari masa yang
kita ada.
Cuba kenal pasti dan
dahulukan perkara-perkara yang bantu anda untuk capai apa yang anda mahukan.
Lakukan dan siapkannya terlebih dahulu. Tukar sikap anda dalam menguruskan
masa. Jangan mudah diperdayakan dengan media sosial dan hiburan kosong.
Sungguhpun aktiviti itu menyeronokkan tapi menelan masa yang sepatutnya kita
gunakan untuk buat tindakan ke arah kejayaan.
6. Kawan-kawan bukan faktor penghalang kejayaan
saya
Selalunya kita tak sedar
bahawa orang di sekeliling kita banyak mempengaruhi hidup kita. Cuba anda lihat
kepada orang di sekeliling anda? Mereka sebenarnya penentu tahap kejayaan anda.
Menurut pakar-pakar psikologi di Barat, kejayaan hidup manusia dipengaruhi oleh
5 hingga 10 orang yang rapat di keliling anda.
Selalunya manusia akan
berasa selesa hidup dikelilingi orang
yang sama dengan mereka dari segi tahap kehidupan. Ada juga yang selesa hidup
dikelilingi oleh mereka yang kurang berjaya dari diri mereka. Keadaan itu
membuatkan mereka rasa diri mereka lebih hebat dari orang di sekeliling.
Jika anda betul-betul mahu
berjaya, anda akan pastikan diri anda di- kelilingi oleh orang yang lebih
berjaya dari diri sendiri. Ini akan membuatkan anda akan berusaha lebih supaya
anda sama berjaya dengan mereka.
Anda akan terdorong untuk
berjaya sama seperti mereka bahkan mahu belajar dari mereka bagaimana mereka
mencapai kejayaan. Anda mahu bermentor dengan mereka. Dan jadikan mereka sebagai
‘role model’.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete