EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Wednesday, November 29, 2017

JOM JADI KAYAAAAA

CARA MEMILIKI EMAS MELALUI WANG GAJI

Katakan anda telah membuka akaun Gold Accumulation Program (GAP) dengan Public gold dan telah membeli 1 gram emas 24K. Apabila sudah ada akaun itu, anda boleh menambah dan mengeluarkan emas anda pada bila-bila masa dengan syarat meninggalkan baki dalam akaun itu sebanyak 1 gram emas.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MENAMBAH PEMILIKAN EMAS 24K DENGAN WANG GAJI ANDA SIAP LANGSAIKAN SEMUA HUTANG DAN TANGGUNGAN ?

Anda bergaji RM3000.00 sebulan. RM270.00 telah dipotong untuk KWSP. Bakinya ada RM2730.00 sahaja.

Andaikan senarai di bawah ialah tanggungan anda:

Ansuran kereta                      RM  400.00
Ansuran rumah                      RM  500.00
Perbelanjaan harian             RM1200.00
Lain-lain                                 RM  630.00
JUMLAH BESAR                  RM2730.00

Harga emas 24K Public Gold pada hari ini ialah RM188.00/gram.

Anda ambil sebanyak RM940.00 untuk beli 5 gram emas 24K.

Di tangan anda ada RM2730.00 -  RM940.00  =  RM1790.00

Anda pergi ke Kedai Public Gold terdekat untuk keluarkan 5 gram emas 24K itu dan gadaikan di Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang (dalam kedai itu juga).

Kiraannya ialah:  5 gram emas 24K  x RM253.00 =  RM1265.00 (Nilai Marhun)

Anda dapat 60% daripada RM1265.00 =  RM759.00

Di tangan anda sekarang ada RM1790.00 +  RM759.00 =  RM2549.00

Selesaikan semua tanggungan anda:

RM500.00 + RM400.00 + RM1200.00  =  RM2100.00

Sesudah selesaikan semua itu, di tangan anda ada:

RM2549.00 – RM2100.00 =  RM449.00

INGAT !!!

Di tangan anda ada RM449.00 lagi. Di pajak gadai anda ada 5 gram emas 24K. Semua tanggungan anda selesai. Nak apa lagi ?  Ulang saja proses ini bersilih ganti dengan tebus balik gadaian tu…

TIDAKKAH INI CARA YANG TERBAIK UNTUK SELESAIKAN SEMUA TANGGUNGAN DAN SEKALI GUS MEMILIKI EMAS 24K DENGAN WANG GAJI ANDA ?


Sememangnya berbaloi-baloi … Jom jadi kayaaaaaa …

Tuesday, November 28, 2017

ANDA MAMPU MEMILIKI EMAS

Emas (dan perak) ialah aset fizikal mampu milik. Kalau tanah dan hartanah, kita perlukan modal yang besar untuk beli. Tanah tak boleh dibeli mengikut kaki persegi. Berbeza dengan emas, kita boleh beli dengan bajet serendah 1 gram, bahkan item 0.5 gram pun sudah ada sekarang. Ada duit lebih sahaja boleh terus beli dan kumpul sedikit demi sedikit. Bahkan golongan pelajar pun sudah boleh menyimpan emas.

Dengan adanya kaedah pembelian seperti Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) yang ditawarkan oleh Public Gold, kini setiap orang boleh membeli dan menyimpan emas dengan mudah dan murah.

Now, everyone can buy gold! InsyaAllah.

Wallahu a’lam.





Monday, November 27, 2017

LAMA DAN BAHARU

UNIT BERAT LAMA KEPADA UNIT DALAM GRAM

Emas Se Amas = 2.551 gram
Emas Se Rial =2.70 gram
Emas Se Kupang = 0.64 gram
Emas 2 Kupang = 1.28 gram
Emas 6 Suku (1½ mayam) = 5.06 gram
Emas 5 Busak (½ Mayam ) = 1.69 gram
Emas 1 Mayam = 3.37 gram

Friday, November 24, 2017

BANDING BEZA HARGA EMAS

MENGAPA HARGA EMAS & PERAK BERBEZA ANTARA JENAMA/PENGELUAR ?

Sebenarnya harga emas dan perak fizikal tidak mempunyai harga siling, tiada penetapan harga maksimum, tetapi mempunyai harga lantai atau harga minimum. Kebiasaannya, harga minimum ini boleh dirujuk kepada Spot Price ataupun Indeks harga yang sentiasa berubah-rubah. Laman web yang menjadi kebiasaan untuk rujukan harga spot ialah laman web “kitco.com”. Harga ini hanyalah angka/indeks yang didagangkan sebagai penanda aras kepada kenaikan dan penurunan harga emas di pasaran dunia sahaja.

Dalam penentuan harga emas dan perak fizikal beberapa faktor diambil kira oleh syarikat pengeluaran emas. Antara faktor yang perlu diambil kira adalah beberapa kos tambahan yang terlibat seperti kos Minting, Kos Buruh, Kos untuk memastikan keselamatan dan lain-lain kos yang terlibat dalam proses pengeluaran emas/perak fizikal tersebut di samping % kadar keuntungan. Bagi syarikat pengeluar yang mempunyai kepakaran dan modal yang besar, mereka akan mengenakan kos tambahan yang amat rendah untuk meminimumkan kos bagi memastikan emas fizikal keluaran mereka dapat dijual pada harga yang kompetitif.


Manakala bagi pengeluar yang tidak mempunyai kepakaran tersebut dan terpaksa mengupah pihak ketiga yang berkepakaran akan menanggung kos tambahan yang lebih tinggi dan menjadikan harga emas fizikal keluaran mereka juga dijual pada harga yang lebih tinggi. Faktor-faktor inilah yang akan menentukan harga emas di pasaran.

Thursday, November 23, 2017

TEKNIK MANIPULASI EMAS


Perniagaan Emas Menggunakan Konsep Ar-Rahnu.

Anda sebenarnya boleh menjalankan perniagaan Emas secara berseorangan tanpa mencari pelanggan tetapi tetap menguntungkan.Di sini saya akan tunjukkan anda cara bagaimana dengan menggunakan konsep gadaian ar-rahnu (agrobank) boleh menambahkan keuntungan anda.

Andai kata anda membeli 1 Dinar Emas sebanyak 10 keping dengan nilai semasa (RM640 bagi setiap keping @ RM6400)

Maklumat tentang pajakan ar-rahnu AgroBank

- Nilai pajakan = maksimum 70%
- Kadar upah simpan = 75 sen bagi setiap nilai simpanan
- Tempoh masa = 6 bulan + 6 bulan

Langkah 1

Gadai 10 Dinar Emas @ Gadaian 1
Nilai Emas semasa = RM6400
Pinjaman maksimum @ 70% = 6400 X 70/100 = RM4480 (dapat duit dari ar-rahnu)

Langkah 2

Dengan jumlah wang yang diperolehi RM4480 boleh beli 7 Dinar lagi dengan harga RM640 1 Dinar maka anda beli lagi 7 Dinar
Gadai 7 Dinar Emas @ Gadaian 2
Nilai Emas Semasa = RM4480
Pinjaman maksimum @ 70% = 4480 X 70/100 = RM3136 (dapat duit dari ar-rahnu)

Langkah 3

Dengan jumlah wang yang diperolehi RM3136 (anda tambah RM64)  boleh beli 5 Dinar lagi dengan harga RM640  maka anda beli lagi 5 Dinar

p/s : Jangan gadai 5 Dinar ini ( simpan sendiri)

Jumlah Dinar yang telah dibeli = 22 Dinar

Kiraan kadar upah simpan

Gadaian 1

Nilai gadaian pertama ialah RM6400, kadar upah simpan ialah RM6400 X 0.75/100 = RM48 sebulan @ RM288 – 6 bulan

Gadaian 2

Nilai gadaian kedua ialah RM4480, kadar upah simpan ialah RM4480 X 0.75/100 = RM33.60 sebulan @ RM201.60 – 6 bulan
Jumlah upah simpan selama 1 tahun bagi kedua-dua gadaian = (RM48 X 12) + (RM33.60 X 12) = RM576 + RM403.20 @ RM979.20* Bayaran upah simpan perlu dibayar setiap 6 bulan proses penebusan semula Dinar setelah 1 tahun pajakan sebagaimana yang kita ketahui nilai kenaikkan emas setiap tahun  minimum =  28%

Maka, harga emas bagi 1 Dinar setelah 1 tahun – RM640 X 28% = RM819.20- Jual kesemua  5 Dinar di tangan anda – 5 x RM819.20 @ RM4096

- Gunakan wang hasil jualan 5 dinar untuk bayaran penebusan gadaian anda, dengan nilai di atas anda dapat menebus sebanyak 6 dinar.

Baki hutang pinjaman anda ialah RM7616 – RM4096 = RM3520
- Bagi menyelesaikan baki pinjaman RM3520 anda  jual lagi 5 dinar daripada 6 yang telah ditebus.

- 5 x RM819.20 @ RM4096 – RM3520 =  RM576 ( baki di tangan anda setelah bayar kepada ar-rahnu)

Sekarang anda telah membayar kesemua nilai pinjaman anda cuba kita kira nilai  Dinar Emas yang ada di tangan anda;

Jumlah Dinar Emas yang tinggal = 11 Dinar x RM819.20 @  RM9011
Berapa untung anda ?Nilai Dinar semasa – Modal anda ( modal beli 10 dinar + upah simpan + topup RM56 semasa beli 5 dinar terakhir).
RM9011 – RM6400 -RM979.20 – RM64 = RM1567.80 + ( RM576 - baki dari jualan 5 dinar yang ke 2)

Untung Bersih = RM2143.80

Perbandingan dengan ASB

Dengan jumlah wang yang sama RM6400 sekiranya anda simpan di ASB (dividen dan bonus ) 8% setahun.

RM6400 X 8/100 = RM512

Wednesday, November 22, 2017

APA DAN BAGAIMANA ?

SABAN TAHUN HARGA BARANG MENINGKAT, BERMAKNA JATUHNYA NILAI MATA WANG KITA

APA YANG PERLU KITA LAKUKAN?

1. Nilai wang kertas yang US tipu pada tahun 1971 itu sendiri saban tahun nilainya JATUH. Lebih teruk lagi harga barang sentiasa MENINGKAT. Pakar ekonomi bagitahu bahasa mudahnya adalah INFLASI.

2. Idea MENYIMPAN wang kertas di dalam bank mahupun di bawah bantal adalah LAPUK. Idea BARU adalah “HEDGING” atau PELINDUNG NILAI. Dalam jenis apa? Minyak? Emas? Perak? Masih keliru? Google je graph.

● Jika anda sekarang mempunyai duit RM1,000,000 dalam bank, 10 tahun lagi, nilai RM1 juta itu akan turun setaraf dengan nilai RM100,000.

● Lihat sendiri perbelanjaan setiap tahun masa pergi pasar ramadhan. Jika tahun sebelum ini dengan RM20 boleh beli macam-macam tapi sekarang, nilai barang yang dulu RM20, nak dapat kena belanja dalam RM40.

● Mengapa simpan duit tak bijak sekarang, setiap tahun nilai duit kita jatuh dan inflasi meningkat. Inilah masanya orang kaya bertambah kaya sebab orang kaya jual barang meningkat inflasi.

● Contohnya jika seorang tauke station minyak naik harga sebab inflasi, bermakna dia bertambah kaya sebaliknya kita bertambah miskin sebab nak kena bayar tauke minyak beli minyak.

● Cadangan terbaik untuk tidak menyebabkan nilai duit anda tak jatuh ialah JANGAN SIMPAN DUIT sebaliknya BELI EMAS untuk kekalkan nilai duit.

● Contoh paling terbaik ialah beli emas untuk anak. Bayangkan anak yang berumur setahun belikan emas untuk dia 100 gram yang kalau sekarang ni harganya RM18,000. Nanti bila dia dah umur 20 tahun mana tahu dah jadi RM100,000….WalLahualam.

==============================================
BAGAIMANA DAN APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?
==============================================

1. Tarik cepat-cepat wang untuk simpanan emas anda setiap bulan, baki, barulah bayar bil.
● 1gram 1bulan. kalau mampu boleh lebihkan. 1tahun dah ada 12gram. 10 tahun dah ada 120g. pejam celik je.

2. Kongsi maklumat ini kepada orang ramai.


Kami hanya menyampaikan. Selebihnya terpulang kepada diri masing-masing.

Monday, November 20, 2017

UNTUK TATAPAN ANDA


Nabi Sulaiman pernah bertanya seekor semut. "Wahai semut, berapa banyakkah makanan yang kamu perlukan untuk hidup selama setahun?

Maka semut itu menjawab "wahai Nabi Allah Sulaiman, aku hanya perlukan makanan sebesar sebutir gula untuk hidup selama setahun.”

Maka Nabi Sulaiman mengurung semut tersebut  dalam sebiji botol dan diletakkan sebutir gula untuk makanan semut itu.

Selepas setahun Nabi Sulaiman membuka tudung botol itu dan mendapati hanya separuh sahaja gula yang dimakan oleh semut itu.
Lalu Nabi Sulaiman bertanya kepada semut tadi, "Wahai semut, mengapa hanya separuh sahaja gula yang kamu makan dalam setahun?

Maka semut itu menjawab, " Jika di luar botol ini aku yakin Allah akan bagi rezeki yang cukup kepada aku untuk hidup, namun setelah kamu mengurung aku dalam botol ini, aku tidak yakin manusia akan berikan aku rezeki yang cukup..Aku takut kamu terlupa untuk membuka tudung botol ini setelah setahun..Oleh itu aku terpaksa berjimat cermat.”

Begitulah kisah seekor semut yang cukup yakin dengan Rezeki Allah kepadanya..Manusia macam kita kalau tidak yakin dengan rezeki Allah tentulah lebih teruk daripada semut …


Yakinlah rezeki milik Allah, bukan milik Perdana Menteri, bukan milik kerajaan, bukan milik syarikat..bukan time ngundi je digula-gulakan. Rezeki itu milik Allah secara mutlak …

Saturday, November 18, 2017

EMAS UNTUK KEBEBASAN KEWANGAN



Apa yang dimaksudkan dengan kebebasan kewangan?  Bila seseorang itu dikategorikan sebagai bebas kewangan?

Ada situasi yang jelas untuk menentukan kedua-dua tahap dalam kehidupan manusia itu.  Seseorang akan mencapai kebebasan kewangan apabila pendapatannya melebihi perbelanjaan.  Ini bermaksud, selagi perbelanjaan seseorang itu melebihi pendapatannya; dia pasti tidak cukup wang untuk meneruskan hidup. Dia akan dibelit hutang untuk mencukupkan pendapatannya.

Ramai orang sedang menghadapi situasi berkenaan sekarang ini.  Ekonomi yang tidakmenentu, kenaikan kos sara hidup, dan inflasi menjadi penyebab utamanya.  Akibatnya mereka hidup dalam kesengsaraan…

Lupakan saja persoalan takdir yang sering dijadikan alasan. Manusia diberi akal untukmembuat keputusan dan menyelesaikan masalah.  Dua hal itu mesti diajar oleh guru-guru di sekolah bagi mematuhi aspek KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kreatif). Kini dicanggihkan lagi dengan KBAT (Kemahiran Berfikit Aras Tinggi).

Allah menyediakan kita pelbagai alat untuk mencari penghidupan.  Gunakanlah alat itu sebaik-baiknya.  Dua benda yang sudah teruji dapat mengeluarkan manusia daripada kemiskinan ialah emas dan perak.  Logam-logam ini disebut berkali-kali dalam Kitab Suci Al-Quran. 

Emas bebas inflasi.  Nilainya tetap utuh selagi dunia belum kiamat. Kenaikan harganya berlaku setiap tahun.  Anda sudah dipasakkan dengan statement sebegini entah untuk kali yang keberapa.

Terimalah hakikat. Pergilah ke mana-mana pun untuk dapatkan emas anda secara santai. Jangan paksa diri. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.            


Friday, November 17, 2017

EMAS MILIK PERIBADI


Pada hakikatnya, tiada siapa yang tahu sekiranya anda menyimpan emas dan tiada siapa yang tahu berapa banyak emas yang anda ada.

Jika anda menyimpan duit di bank, mereka akan tahu berapa jumlah duit yang anda miliki.

Jika anda membeli saham, mereka akan tahu berapa banyak share yang anda ada.

Bukankah situasi itu memberi maksud simpanan emas anda amat peribadi dan simpanan konvensional terdedah kepada pencerobohan?

Jika ada sesiapa yang mempunyai niat jahat ingin menggunakan maklumat anda senang-senang saja mereka dapat.

Lembaga Hasil Dalam Negeri  sangat suka jika anda mempunyai banyak simpanan wang dan saham dalam bentuk tunai  atau buku... cepat-cepat mereka datang.

Lepas itu, anda disiasat dan dihukum sekiranya tidak membayar cukai.

Sebaliknya jika anda simpan emas hanya anda dan Allah sahaja yang tahu.  Kalau anda tak bayar zakat sesudah sampai haulnya pun hanya anda dan Allah sahaja yang tahu.  Tanggunglah dosa besar tu.

HANYA ALLAH DAN ANDA SAHAJA YANG TAHU BERAPA BANYAK EMAS YANG ANDA ADA.


MOHLAH SIMPAN EMAS BANYAK-BANYAK …

Thursday, November 16, 2017

RM VS EMAS


Beza tabungan emas dan RM ialah:

Kita menabung emas bukan untuk kaya, tetapi untuk selamatkan nilai simpanan ...

RM confirm susut tiap-tiap tahun... Pasti susut...

Ya, emas ada turun. Tapi mampu melantun semula...

RM?? Tak mungkin …

Kita beli emas masa harga rendah. Jika ada yang kita beli masa harga tinggi, kita simpan dan beli lagi emas pada harga rendah.

Tujuannya? Bila harga naik, kita boleh jual emas yang kita dah beli tu. Itu cara menyimpan emas.

Emas 50 gram yang kita beli pada harga market tengah tinggi, simpan dulu. Jika nak jual hari ini, maybe tak dapat harga tu. Tapi kita masih dapat jual dengan harga ribuan ringgit kerana EMAS tetap bernilai.

Simpan saja emas ni buat macam hobi. Sikit-sikit pun jadilah. Jangan fikir nak beli sekali banyak atau yang besar-besar. Sama macam orang menabung duit. Mereka tak pernah fikir pun apa nak jadi dengan duit tu. Duit yang tiap tahun inflasi tak pernah pulak orang ambil kisah !!! Manusia memang pelik …


Antara tujuan tukar sikit duit pada emas adalah untuk mempertahankan nilainya dari terus jatuh. Simpanan aset bernilai ini boleh buat anda jadi kaya tanpa sedar !!! Barulah sebut kaya …

Wednesday, November 15, 2017

EMAS PUNYA HAL


Betapa untungnya siapa yang ada beli dan simpan emas.

Pagi ni nak share satu cerita yang real.

Ada seorang mak cik ni datang ofis nak tolak BARANG KEMAS 999 dia.
Mak cik ni cakap, masa dia beli dulu 1gram emas 24K tu RM31/Gram.

Jom kita kira..

Dulu dia beli RM31 × berat 351.48gram
TOTAL : RM10895.88

Harga hari ni

Harga Emas 999 Terpakai : RM181.25

So RM181.25 × 351.48 gram

TOTAL : RM63705.75

UNTUNG KE TAK??

RM63,705.75  -  RM10,895.88  =  RM52,809.87

Beratus kali ganda dia untung …

So saya memang tak faham kalau masih ada yang duk terfikir-fikir nak beli dan simpan emas sedangkan diri sendiri yang akan untung.

Kalau tak dapat beli yang bergram-gram,

Beli yang 1gram emas 999 pun ok dah.

Asalkan SIMPAN EMAS.

Jangan bagi alasan tak beli emas sedangkan semua itu untuk masa depan sendiri dan keluarga.

Kalau hari-hari DISIPLIN simpan RM5 masuk tabung, confirm hujung bulan dah boleh beli 1gram.


JOM SAVING EMAS

Tuesday, November 14, 2017

GOLONGAN YANG WAJIB SIMPAN EMAS


Kategori orang yang wajib simpan emas seperti di bawah:

1. Tak Boleh Kawal Nafsu Belanja

Orang yang macam ni wajib beli emas supaya nafsu suka belanja dapat dikawal. Apa kata nafsu belanja barang tak berfaedah tukar kepada nafsu beli emas .

2. Untung Niaga Lesap Tanpa Sedar

Untuk elak untung berniaga lesap tak tahu di mana dibelanjakan, selamatkannya dengan beli emas. Emas boleh digunakan semula sebagai pusingan modal perniagaan kelak.

3. Simpanan Di bank Selalu Bocor

Niat asal nak menyimpan, tapi sukar nak lupakan simpanan. Tukar kaedah simpanan dengan simpan emas. Emas elak duit dari bocor. Awal bulan dah asingkan RM200 untuk simpanan. Tak sampai setengah bulan dah tinggal RM20. Sadis kan?

4. Simpanan Jangka Panjang

Simpanan jangka panjang lebih baik simpan emas. Duit dalam jangka panjang menyusut nilai, tapi emas tetap kekal bernilai. Sekurang-kurangnya boleh tambat mata wang kita tu. Ingat Tun Mahathir je boleh tambat mata wang. Kita pun boleh kan. Nak best lagi tambat selama 20 tahun.

5. Tiada Aset Lain

Tak mampu nak beli aset yang besar seperti rumah dan tanah. Simpan emas dulu, kemudian tukar jadi aset yang lebih besar. Emas boleh dibeli serendah 0.5 gram saja tak perlu modal yang besar.



Monday, November 13, 2017

EMAS PASTI MENGUNTUNGKAN

Kalau dulu RM1 boleh beli 1 kilo kacang. Hari ini RM1 boleh beli 500g kacang sahaja.

Itulah INFLASI kerana orang yang bergaji RM3000 hari ini rasa dia ada RM1500 sahaja.

Orang yang bergaji RM2000 hari ini rasa dia ada RM1000 sahaja.

Orang yang bergaji RM1000 hari ini rasa dia ada RM500 sahaja.

Orang yang bergaji RM500 hari ini rasa dia ada RM250 sahaja.

Nampak tak?

Kalau tak nampak kaitkan balik dengan kacang tadi.

Boleh tak kongsi pengalaman anda semasa kecil berbanding sekarang?

Contoh : Dulu nasi lemak di kantin saya harganya 30sen sahaja sepinggan tetapi sekarang RM3.00.

Puan Limah beli 30 gram emas 22K pada tahun 1985. Harga pada masa itu RM30/gram. Dia Cuma bayar RM900.00 sahaja.

Hari ini harganya RM215/gram.  Emas 22K Puan Limah kini berharga RM215 x 30 gram =  RM6450.00.

Kiralah sendiri berapa keuntungan Puan Limah.


Belanja komen ye. Bolehlah kita berkongsi pengetahuan .

Saturday, November 11, 2017

SIMPANLAH EMAS WALAU SEKECIL 1 GRAM ...

KENAPA PERLU ANDA SIMPAN EMAS SEKECIL 1 GRAM NI?

Mesti anda fikir nak buat apa emas yang kecil-kecil untuk simpanan…Ramai antara kita menganggap yang besar tu baru nampak best kalau simpan…Tidak dinafikan pendapat tu betul…Tapi anda juga perlu tahu kenapa kita juga perlu simpan dengan berat yang kecil seperti gambar di bawah tu...

1. Kita tak perlu kumpul duit berbulan-bulan lamanya untuk dapatkan berat yang lebih besar…Ramai antara kita termasuk saya bukan ada duit yang banyak untuk dapatkan emas dalam berat yang besar sekali gus…Mesti nak kena kumpul dulu… Jadi..sekarang kita tak perlu tunggu lagi…Simpanan tetap kita setiap bulan tu boleh kita tukarkan dengan emas serta merta...

2. Kebetulan ada Harga Emas Mampu Dimiliki, rugilah kita kalau nak tunggu duit banyak baru nak beli.. Sebab kita mungkin akan terlepas untuk dapatkan harga rendah untuk setiap gram... Senang cerita, cukuplah kita dapatkan dengan berat emas yang kecil dengan harga murah daripada nak tunggu duit cukup untuk beli berat yang lebih besar..

3. Kekadang kita mesti juga kesuntukan duit cash, kita terpaksa juga nak kena jual emas kita tu... Cuba anda fikir, jika kita hanya perlu duit RM500 je..takkan kita nak jual emas yang berat 20gram?..Rugilah kan...Inilah masa gunanya emas yang kecil tu...Jadi kita selamat dari menggunakan emas kita yang berat-berat tu … he he he …


4. Kita boleh istiqomah setiap bulan menyimpan emas biarpun dengan jumlah berat yang kecil... Sebab kita tidak perlu modal yang banyak…Lama-lama membukit juga kan....



Friday, November 10, 2017

BACA PESANAN NI


Jangan menyesal kalau tak baca..!

Kalau nak beli emas, beli emas fizikal. Jangan beli macam yang bank jual tu. Beli emas dapat kertas (sijil). Atau beli emas dapat buku akaun. Atau beli emas dapat nombor digital.

Nanti bila "panik ekonomi”, semua nak keluarkan emas pada masa sama, bank takde stok. Sebab, kalau beli emas dapat kertas, kalian membeli seketul emas beramai-ramai. Faham tak ni???

Contoh ;

Bank Clorox ada 1kilogram emas. Ali beli sebahagian daripada1kg emas tu dan dapat sijil. Abu pun beli emas di Bank Clorox tu, pun dapat sijil jugak. Ahmad pun macam tu jugak. Mereka beli emas tu sebagai mid and long term investment. Bila tercetus panic economy, duit kertas dan duit digital takde nilai. Jadi 3 mamat ni pun pergi ke Bank Clorox tadi nak ambil emas mereka. Sah-sah akan berusuh sebab emas yang mereka beli tu tak wujud (atau berkongsi dengan nilai penuh).


INGAT! JANGAN BUAT BEGITU !!!

Thursday, November 9, 2017

RUGI TAK SIMPAN EMAS ...

RUGINYA KALAU TAK SIMPAN EMAS

Baca 4 faktor di bawah:

1. HARGA EMAS AKAN NAIK DALAM JANGKA MASA  PANJANG

Harga emas turun dan naik dalam jangka masa pendek itu biasa. Tak logik harga emas naik tak turun. Biasanya turun sedikit dan sekejap tetapi naik dengan banyak.

2. EMAS ADALAH DUIT SEBENAR

Daripada simpan duit kertas, lebih baik simpan emas. Ingat, emas kalis inflasi. Duit kertas sejak dahulu hingga kini sentiasa terdedah kepada inflasi. Itu menyebabkan kuasa belinya semakin hari semakin turun.

3. HARGA BARANG NAIK, HARGA EMAS TURUT SAMA NAIK

Orang yang simpan emas akan selamat dari inflasi sebab emas mengekalkan kuasa belinya. Ini bermakna harga emas akan turut naik sekiranya harga barang naik.  Wang fiat sudah terbukti  gagal berbuat demikian.

4. HARGA EMAS TIDAK AKAN JATUH LINGKUP MACAM SAHAM
Belum pernah ada dalam sejarah orang bankrap sebab menyimpan emas, tetapi terlalu banyak orang yang bankrap sebab menyimpan duit kertas.

Oleh sebab itu,mana yang lebih selamat sebenarnya? Simpanan wang fiat atau simpanan emas?


Mohlah simpan emas !!!

Wednesday, November 8, 2017

GERENTI BEST !!!

"Kenapa orang tak mau simpan EMAS? Tak rasa rugi ke ?  Tak mau cuba ?

Tahun 80'an harga emas RM30 segram. Orang masa itu kata mahal. Tapi hari ini kita kata murah.

Tahun 90'an harga emas RM50 segram. Orang masa itu kata mahal. Tapi hari ini kita kata murah.

Tahun 2000 harga emas RM100 segram. Orang masa itu kata mahal. Tapi hari ini kita kata murah.

Tahun 2010 harga emas RM150 segram. Orang masa itu kata mahal. Tapi hari ini kita kata murah.

Tahun ini harga emas RM200++ segram orang masih kata mahal .

Bayangkan 2020 harga emas RM500 segram. Agak-agak kan apa yang kita kata harga emas pada tahun tu ?

Persoalannya bukan murah atau mahal. Tapi bila kita nak mulakan..

Apa yang kita perlu faham tentang emas ialah:

Emas itu aset  - sama seperti hartanah, property.. Sentiasa ada permintaan atau

Emas itu high demand, sebab itu harganya dari masa ke semasa semakin mahal.

Jangan bandingkan dengan kereta atau iphone, hari ini beli nanti nak jual balik harga confirm drop...


Tuesday, November 7, 2017

BIJAK WANG

25 CIRI-CIRI LELAKI BIJAK KEWANGAN

Edisi Pengurusan Kewangan

Kaum lelaki merupakan ketua keluarga. Ketua mestilah bijak memimpin ahli-ahlinya. Ibarat seperti nakhoda yang mengemudi sebuah bahtera. Tanpa nakhoda, bahtera yang dikemudi pasti tidak punya arah tuju.

Jadi, kau kena la belajar jadi lelaki yang bijak. Jom semak apa ciri-ciri lelaki yang bijak:

1. Buat simpanan untuk kahwin. Bukan minta makwe / tunang kau buat pembiayaan peribadi.

2. Tak perlu modified kereta sangat lah kalau setiap bulan gaji kau tinggal RM200 je untuk hidup. Jurutera automatif tahu la kerja dia. Ini ubah kedudukan tayar bagi cacat terkeluar pehal. Kau dah la beli kereta Myvi zero-downpayment.

3. Perlindungan takaful jangan abaikan. Takaful untuk perlindungan diri sendiri. Wajib ada. Lebih-lebih lagi kalau kau yang bawa motor pergi kerja.

4. Tambahkan ilmu pengurusan kewangan. Kalau kau boros, hancur terus kewangan keluarga kau nanti. Belajar bagaimana nak uruskan kewangan dengan baik.

5. Tambahkan kemahiran asas. Jangan semua benda nak upah orang, semua benda nak beli. Do It Yourself (DIY) lebih menjimatkan.

6. Jika rasa duit gaji tak cukup, hidup di bawah kemampuan. Rendahkan taraf hidup kau. Ada kereta import mewah tukar kepada kereta tempatan saja. Ansuran bulanan lebih murah.

7. Berhenti beli majalah sukan, bola sepak, hak ehwal kereta, akhbar. Baca je online. Melabur dalam ilmu punya lah berkira. Tetapi majalah sukan kemain kemas tersusun.

8. Kalau tak mampu menyimpan setiap bulan, potong bajet mana yang tak perlu. Keahlian gym, golf, spa misalnya. Kau pergi je lah bersenam dekat taman rekreasi. Tak payah bayar apa-apa.

9. Tak perlu nak rewards yourself sangat lah, jika dapat gaji terus rewards yourself sampai habis RM500-RM600. Bila masanya nak menyimpan? Suruh masuk RM5 dalam tabung masjid pun terketar-ketar tangan.

10. Setiap hari lepak mamak. Kau kasi mamak kaya, kau sendiri terkapai-kapai dalam kewangan. Belajar memasak. Lagi jimat.

11. Ada iPhone setakat nak main Candy Crush, main WhatsApp, main Facebook je tak guna. Download lah aplikasi untuk mengesan aliran kewangan kau. Barulah kau tahu ke mana wang kau menghilang. Boleh muat turun aplikasi “Money Manager Expense & Budget”, ataupun “My Tabung BNM”.

12. Pakai sampai habis, guna sampai rosak. Tak perlu beli stok banyak-banyak. Ini tidak, beli kasut kemain banyak. Kasut sampai 20 pasang. Kau ni lipan ke orang?

13. Masa bujang, beli je barang terpakai. Bundle pun ada yang baru juga. Tak payah nak pakai yang berjenama je. Tak perlu up to date sangat. Pakaian nak yang dekat butik saja. Baju yang tak berjenama tak semestinya tak berkualiti.

14. Jangan beli kereta tidak sepadan dengan gaji. Beli je motor dulu, Honda EX5 misalnya. Boleh jimat minyak. Sebulan dalam RM20 je. Kalau makwe tanya kau pergi kerja naik apa, dengan bangganya kau boleh jawab “pakai Honda je.

15. Tak menggelupur nak beli kereta import mewah, pakai iPhone, travel luar negara pasal nak ikut trend terkini.

16. Jangan malu bawa bekal ke pejabat. Kau bijak dan berjimat-cermat. Kau tahu kau bukan orang berada.

17. Waktu muda-muda ni dah ada rumah sendiri. Dah jadi tuan rumah. Kumpul aset untuk masa depan. Bukan kumpul hutang keliling pinggang.

18. Berhenti merokok dan isap vape. Nak kaya ke tak? Orang kaya tak bakar duit. Dorang melabur duit.

19. Jangan tunggu gaji tinggi baru nak melabur. Melaburlah ikut kemampuan dalam instrumen pelaburan yang diyakini. Jauhi Skim Cepat Kaya.

20. Kad kredit tak perlu sampai 3-4 keping. Nanti kau terbeban nak bayar balik. Pegawai AKPK pun kirim salam.

21. Jangan asyik nak tukar kereta baru je. Kereta lama selagi boleh guna, guna lah. Setiap 5 tahun tukar kereta tetapi masih menyewa tak guna jugak.

22. Lupakan travel ke luar negara jika ada hutang keliling pinggang. Tak payah nak luaskan pemandangan sangatlah. Kau berhutang yang tak perlu tu pun dah menunjukkan kau dah tak bijak dah.

23. Beli sesuatu untuk kita nak guna sekarang, bukan untuk kita simpan guna tahun depan. Gegadis tak suka lelaki bergaya tetapi sebenarnya papa kedana.

24. Bijak merancang kewangan. Membeli kena ada bajet. Buat senarai barang yang hendak dibeli. Ada makwe promosi Vitagen beli lah satu. Apa salahnya. Untuk kesihatan jugak.

25. Tak payah nak berlumba-lumba dengan kawan kau tu. Dia tukar iPhone kau pun nak tukar iPhone. Dia tukar kereta baru kau pun tukar kereta baru. Pesen tak nak mengalah.

***
Ruang terbesar dalam hidup kita ialah ruang untuk membaiki diri sendiri. Berubahlah ke arah kebaikan supaya masa depan kau senang.

Tak dapat buat semua, buat separuh jadi la. Sekadar berpesan-pesan. Kah!


AmirSyahir