EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Thursday, December 15, 2016

10 FAKTA EMAS YANG KEDUA

1. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol sama ada Islam, Hindu ataupun Aties.

2. Dianggarkan sebanyak 161juta kilogram emas digali dari muka bumi.

3. Industri moden menjadikan emas  konduktor mesin elektronik, penebat luar satelit, dan mesin pergigian.

4. Emas tidak berkarat dan menjadi konduktor elektrik terbaik.

5. Emas ialah logam peralihan.

6. Emas ialah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.

7. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut di dalam Asid Nitrik.

8. Asid Nitrik ialah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
9. Pada tahun 2008, China memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas di dunia.

10. Dalam sejarah manusia, emas seberat 161 juta kilogram yang tergali hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.




Wednesday, December 14, 2016

10 FAKTA EMAS YANG PERTAMA


1. Emas ialah wang, duit dan harta dari zaman Manusia mula menemui emas.

2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum).

3. Nombor atom untuk emas adalah 79.

4. Emas dijadikan sebagai syiling, barang kemas, dan hiasan sejak manusia pandai merekod.

5. Emas diperoleh dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan alluvial.

6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.

7. Emas ialah logam paling lembut di Muka Bumi.

8. Emas ialah logam yang paling mudah ditempa di dunia.

9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun di dalam air (tidak berkarat).

10. Emas digunakan sebagai mata wang, simbol kemewahan, dan simpanan kekayaan individu.


Tuesday, December 13, 2016

PELABURAN EMAS PASTI MENGUNTUNGKAN

Pelaburan Emas PASTI MENGUNTUNGKAN Di dalam Jangka Masa Panjang!

Graf berikut menunjukkan harga emas sejak 10 tahun yang lalu, bermula dari 2001 hinggalah 2011:


Graf harga emas untuk 10 tahun diambil daripada laman web www.kitco.com

Graf di atas diambil daripada laman web Kitco.com iaitu sebuah laman web rujukan utama dunia bagi harga pasaran emas.

Berdasarkan graf di atas, dapat kita simpulkan bahawa sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah meningkat naik daripada USD271.50/Oz kepada USD1900.30/Oz.

Ini merupakan kenaikan 600% bersamaan dengan purata 60% setahun!

Saya tanya anda, ada ke pelaburan di muka bumi ini yang boleh memberi pulangan keuntungan sebanyak 60% setahun dan dijamin selamat?

Memang tiada.

Tapi emas sangat berpotensi memberi pulangan keuntungan kepada anda sebanyak itu untuk jangka masa panjang.

Berdasarkan hasil kajian dan pembacaan saya, untuk menilai sesuatu pelaburan itu, kita perlu melihat ‘track-record’ trend pada tahun-tahun sebelumnya. Dalam dunia pelaburan, trend tidak akan sesekali ‘menipu’ anda. Kewujudannya akan berulang.

Untuk pengetahuan anda juga, orang dulu-dulu pun telah mula menghargai nilai emas yang boleh membina dan menjamin kekayaan sebenar mereka.

Berikut saya kongsikan bersama anda 1 Kajian kes yang telah membuktikan hal ini …

Kajian Kes: Emas Mampu Membantu Manusia Membina Kehidupan Baru .


Gambar di atas menunjukkan pelarian Vietnam yang melarikan diri menaiki bot ketika Perang Vietnam 1955-1975


Imej di atas menunjukkan Emas Kim-Thanh yang dibawa oleh pelarian Vietnam tersebut sebagai harta mereka untuk membina hidup baru di negara-negara lain serata dunia.

OK, kisahnya begini …

Ketika perang Vietnam sekitar tahun 1970an, beribu-ribu rakyat Vietnam telah melarikan diri akibat daripada peperangan yang melanda negara mereka.

Mereka telah meninggalkan kampung halaman mereka dengan menjual seluruh harta benda mereka seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka. Kesemuanya telah ditukarkan kepada bentuk emas (Contohnya Emas Kim-Thanh (seperti dalam gambar di atas)).

Mereka sedar emas diterima di seluruh dunia sebagai benda berharga. Tidak seperti wang kertas  Vietnam. Sudah tentunya wang kertas Vietnam tidak diterima di luar negara Vietnam.

Dengan menyimpan emas, pelarian Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka dengan mudah di negara-negara persinggahan mereka. Mereka boleh menukar emas ini kepada mata wang tempatan dan makanan.

Anda nampak tak? Betapa bijaknya pelarian Vietnam ini.

Tiada sebab mengapa anda pun tidak berfikiran seperti mereka ini.

Ok, selesai tentang kajian kes ini.

Monday, December 12, 2016

JAWAPAN KEPADA PERSOALAN ANDA

Berbaloi tak buat pinjaman untuk beli emas ?

Saya tak galakkan beli emas dengan duit pinjaman sebab harga emas ada turun naik. Emas lebih sesuai dibeli dengan duit simpanan. Kalau masih ada hutang negatif seperti kad kredit, fokus langsaikan hutang dulu. Tak berbaloi beli emas sebab caj kad kredit (interest 18% setahun) lebih mahal dari potensi keuntungan kenaikan harga emas.

Sesuai tak beli barang kemas untuk pelaburan?

Barang kemas kurang ngam untuk menjadi medium pelaburan kerana direka bentuk supaya sesuai untuk perhiasan. Kalau untuk pelaburan, paling baik ialah gold bar atau syiling dinar sahaja.Barang kemas rugi bila nak jual balik sebab pekedai emas akan tolak susut nilainya sekitar 25% hingga 30% daripada harga semasa. Harganya juga lebih mahal sekitar RM15 hingga RM20 per gram berbanding gold bar dan dinar. Itu belum kira kos upah yang boleh dimanipulasi pekedai emas.




Sunday, December 11, 2016

NAK JANA KEUNTUNGAN DENGAN EMAS?


 Beli dan Simpan

Jadikan emas sebagai salah satu bentuk simpanan jangka panjang. Sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 hingga 3 tahun. Kalau ada duit simpanan jangka panjang, tukar kepada bentuk emas. Jual hanya bila nak pakai duit. Harga emas sentiasa naik dalam jangka panjang sebab duit kertas sentiasa susut dari tahun ke tahun dimakan inflasi.

Beli, Jual, Beli, Jual

Jadikan emas sebagai alat untuk “trading” macam saham. Prinsipnya, “beli harga rendah, jual harga tinggi”. Ulang proses ni secara kerap. Untuk kenal pasti bila harga emas dianggap rendah, dan bila dianggap tinggi, kena tahu sedikit sebanyak tentang Analisis Teknikal Harga Emas. Saya syorkan hadir seminar Analisis Teknikal dianjurkan oleh En. Shufaad http://www.shufaad.com. Secara jujurnya, teknik ni tak semudah teori. Cabarannya lebih kurang sama dengan mereka yang buy & sell di pasaran saham.

Berniaga Sambil Simpan Emas


Cara paling cepat untung dengan emas ialah berniaga emas sambil menyimpan emas. Pelabur emas untung hanya bila harga naik, tapi peniaga emas untung lebih besar juga apabila harga emas turun. Dengan platform Public Gold, penyimpan emas boleh jana keuntungan besar walaupun secara sambilan sebab dealer mempunyai 6 sumber keuntungan. Sila rujuk artikel di www.bit.ly/kelebihandealerpg.





Saturday, December 10, 2016

APA KELEBIHAN SIMPAN EMAS ?


(1)          Elak kebocoran wang.

Duit simpanan lebih bertahan lama jika disimpan dalam bentuk emas.

(2)          Nilainya bertahan dari ketidaktentuan ekonomi & politik.

Nilainya kekal walaupun berlaku krisis ekonomi, duit ringgit (RM) jatuh, ataupun berlaku peperangan. Emas adalah DUIT SEBENAR dan terbukti sebagai alat penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia.

(3)          Selamat dari inflasi.


Simpan emas, tak perlu risau kenaikan harga barang (inflasi) dalam jangka panjang sebab KUASA BELINYA KEKAL. Sedangkan duit kertas, kuasa belinya confirm susut dari tahun ke tahun. Zaman RasuluLlah, seekor kambing boleh dibeli dengan syiling emas 1 dinar (berat 4.25 gram). Hari ni, nilai 1 dinar sekitar RM800, juga cukup untuk beli seekor kambing. Emas mengekalkan kuasa belinya selama 1,400 tahun. Berbeza dengan duit kertas; tahun 1980-an dulu, duit 50 sen cukup untuk budak sekolah makan kenyang pada waktu rehat. Kini RM2.00 sehari pun belum tentu cukup! Ini bukti duit kertas sentiasa susut kuasa belinya. Orang simpan emas, akan selamat daripada kesan inflasi.





Thursday, December 8, 2016

KEUTUHAN KUASA BELI EMAS

KUASA BELI EMAS KEKAL UNTUK JANGKA MASA PANJANG
Pernyataan di atas bermaksud, apa-apa yang boleh dibeli oleh emas bukan sahaja ratusan tahun yang lalu malahan juga ribuan tahun dahulu tetap boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada hari ini.
Perkara tersebut dijelaskan dalam buku “The Golden Constant – The English and American Experience 1560 – 2007” oleh Profesor Roy W. Jastram dari Sekolah Pengurusan Perniagaan, University of California.
Harus diingat bahawa dalam buku itu Jastram cuba merongkaikan satu persoalan, iaitu “Adakah nilai duit pada masa lampau lebih tinggi berbanding sekarang?” Duit di sini bermaksud emas. Sehubungan itu, data indeks harga barangan di England dan Amerika serta harga emas semasa dikumpul.
Dalam hasil kajiannya terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi itu, Jastram merumuskan bahawa kuasa beli emas pada pertengahan abad ke-20 hampir sama dengan kuasa belinya pada pertengahan abad ke-17.
Tidakkah hasil analisis data 447 tahun itu menunjukkan anda akan mengaut keuntungan sekiranya menyimpan emas DALAM JANGKA MASA PANJANG ?
Hakikatnya, kuasa membeli emas sangat stabil. Apa-apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetap boleh dibeli bukan sahaja beberapa ratus tahun malahan juga ribuan tahun dari sekarang. Demikianlah kehebatan emas yang tiada tandingannya dengan wang fiat (wang kertas) yang sentiasa terdedah kepada manipulasi dan inflasi.
SIMPANLAH EMAS DENGAN SEGERA KERANA SIFATNYA ANTI-INFLASI