EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Sunday, November 6, 2016

HUBUNGAN KACANG CAROB DENGAN EMAS

EMAS:  APA MAKSUD 22K ATAU 24K

K bermaksud Karat. Perkataan karat diambil dari perkataan Latin iaitu kerátion  atau dari perkataan  Itali carato, yang bermaksud Biji Kacang Carob, Pada waktu dulu sebelum timbangan gram, oz atau mana-mana berat standard digunakan, orang-orang tua kita menggunakan biji kacang carob (dikhabarkan setiap bijinya adalah sama walau di mana pun pokok ini tumbuh) sebagai timbangan berat. Mengikut persamaan , 1 karat adalah bersamaan dengan 24 (berat emas)/(berat total item).

Jika mengikut pengiraan standard, emas 24K adalah emas paling tulen dengan peratus ketulenan emas 99.99%, iaitu logam emas tanpa campuran logam lain. Oleh sebab sifat emas  lembut dan mudah ditempa, biasanya logam ini dicampurkan dengan logam lain seperti silver (perak) untuk menjadikannya lebih keras dan dapat dibentuk menjadi cincin, rantai dan gelang dengan corak yang menarik.

Selain emas 24 karat, kualiti emas lain yang biasa digunakan ialah 22K, 18K dan 14K. 

Berikut ialah jadual kualiti emas mengikut ketulenannya:

24 carat (99.9% ketulenan atau lebih tinggi) (emas sepuluh)
22 carat (emas 916, 91.6%)
21 carat (87.5%)
20 carat (83.3%)
18 carat ( 75.0% emas)  emas yang mempunyai batu. (cincin tuning/cincin perkahwinan)
14 carat ( 58.5%) emas campur , biasa digunakan orang-orang tua kita dulu kala
10 carat ( 41.7%)
9 carat (37.5%) emas suasa, biasanya dijadikan cincin lelaki.

Setiap kualiti emas mempunyai sedikit perbezaan warna, kekerasan dan sifat fizikalnya. Emas campur nampak lebih merah berbanding warna emas biasa dan begitulah untuk kualiti-kualiti emas yang lain bergantung kepada logam kedua yang dicampurkan bersama emas untuk menghasilkan barang perhiasan tersebut.

Tahukah anda, warna emas bukannya kuning semata-mata.  Emas boleh juga dihasilkan menjadi merah, kuning, hijau bergantung kepada logam kedua yang ditambah (Argentum, Manganese, Copper, dan sebagainya).

Lihat gambar Kacang Carob di bawah. Kacang ini tidak tumbuh di Malaysia.

Wednesday, November 2, 2016

ANDA PERLU SIMPAN EMAS

EMAS IALAH MAGNET KEKAYAAN

Menyimpan emas umpama menarik kekayaan datang kepada kita.

Nak kaya tak? Ini rahsia pertama kekayaan:

"Spend less than you earn" atau dalam bahasa Melayunya,
perbelanjaan mesti kurang daripada pendapatan.

Senang saja kan formula tu? Boleh buat ke?

Jika pendapatan anda lebih besar daripada perbelanjaan, itu bermakna anda semakin kaya.

Jika perbelanjaan lebih besar daripada pendapatan, itu bermakna anda semakin miskin.

Mengapa seseorang berbelanja lebih?

Situasi ini berkaitan dengan kebocoran wang.

Untuk kaya, pastikan duit anda tidak bocor. Anda akan cepat miskin jika duit mudah bocor.

Kenapa duit mudah bocor?

Terdapat sekurang-kurangnya 3 (tiga) punca utama kebocoran wang, iaitu:

1. Seronok berbelanja.
2. Tersalah melabur (masuk skim cepat kaya).
3. Orang pinjam duit tapi tak bayar.

Kesemuanya boleh diatasi melalui tabiat menyimpan.

Kebiasaannya, kalau ada lebih barulah nak simpan. Itulah satu tabiat buruk kerana langsung tidak membantu anda membina kekayaan.

Kalau anda nak bina kekayaan, simpan duit dulu, lebih baru belanja.
Ke mana patut didahulukan berbelanja tu? Belilah magnet kekayaan, iaitu EMAS !!!

Tuesday, November 1, 2016

SATU KEAJAIBAN EMAS

BOLEHKAH KUANTITI EMAS DIMANIPULASIKAN ?

Tiada manusia di dunia ini yang boleh memanipulasikan emas. Logam ini bukan sahaja perlu dicari malahan juga perlu dilombong, ditulenkan, dan dibentuk. Kesemua itu ialah proses yang sukar.

Hal ini berbeza dengan wang fiat. Wang fiat boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan yang tidak bertanggungjawab. Perlu diingat bahawa duit kertas akan merudum nilainya apabila dicetak terlalu banyak. Kemerosotan nilai duit kertas yang terlalu banyak mendorong kepada hyperinflasi. Apabila hyperinflasi berlaku, wang tersebut akan ditolak oleh rakyat.

Dari sudut yang lain, penggunaan wang kertas membolehkan kerajaan menguasai kekayaan negara dan memanipulasi kekayaan negara. Kerajaan boleh menggunakan pelbagai akta untuk mengiktiraf apa-apa juga bentuk wang fiat sebagai duit yang sah. Pada masa yang sama, kerajaan juga berhak menarik balik pengiktirafan yang diberikan sehingga menyebabkan wang itu tidak laku. Sebagai contoh, kerajaan Malaysia pernah menarik balik pengiktirafan terhadap nilai syiling RM1.00 di pasaran. Oleh sebab itu, syiling tersebut tidak lagi sah digunakan.

Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas dalam sejarah tamadun manusia. Sebab utamanya ialah kerajaan negara berkenaan mencetak duit terlalu banyak hingga menjadikannya tidak bernilai. Kegagalan wang fiat yang pernah berlaku dalam sejarah adalah seperti berikut:

1. Perancis (1715)
2. Republik Weimer Jerman (1922 - 1923)
3. Hungary (1945 - 1946)
4. Chile (1971 - 1981)
5. Peru (1988 - 1991)
6. Angola (1991 - 1999)
7. Yugoslavia (1992 - 1995)
8. Belarus (1994 - 2000)
9. Mexico (1994)
10. Argentina (2001)
11. Zimbabwe (2000 hingga sekarang)

Pemaparan fakta di atas sepatutnya menginsafkan anda tentang bahaya wang fiat dan kesannya terhadap ekonomi anda. Rakyat Malaysia masa kini pun mungkin berhadapan dengan penurunan nilai Ringgit yang lebih besar akibat hutang negara yang semakin membesar jika dibandingkan dengan PGNK. Namun demikian, malapetaka itu boleh dielakkan dengan memulakan penyimpanan emas. Itu sahaja usaha mapan yang ada sehingga dunia ini kiamat!!!

GOLD BAR 5 GRAM EMAS 999.9 (24K)

Monday, October 31, 2016

MASA UNTUK SIMPAN EMAS

SIMPAN EMAS DARI SEKARANG !!!

Ramai yang saya jumpa ragu-ragu nak simpan emas. Bagi mereka, beli emas tu mahal - sama macam beli motor, kereta, ipad, iphone atau apa-apa sahaja. Padahal, bila  kita beli emas, duit itu tak terusik dan berubah nilainya, malah akan naik berganda pada masa hadapan. Yang sebenarnya kita hanya menukarkan nilai semasa duit dan mengikatnya kepada nilaian emas.

Beli sekarang jika anda ada simpanan tunai. Tentu ramai pernah dengar atau baca, pada tahun 2000, M.Nasir berkahwin dengan Marlia Musa dengan hantaran 13 Dinar yang bernilai RM 2,000. Bermakna 1 dinar nilainya ialah RM154. Jika kita melihat di website Public Gold hari ini, harga semasa 1 dinar ialah RM876 !!! Jadi, nilai 13 dinar itu sekarang telah menjadi RM11,388 jika Marlia Musa hanya menyimpan dinar tu bawah bantal.

Katakanlah, M Nasir kasi cash RM2,000 bukannya dinar kepada Marlia Musa. Marlia Musa pula simpan dalam ASB tanpa apa-apa penambahan. Setelah 15 tahun, dengan kuasa compounded interest sebanyak 7.5% setahun, simpanan ASB Marlia Musa hanyalah RM5,917. Perbezaan sebanyak RM5,471. Wow! Banyak tu . Nasib baik Marlia Musa simpan dalam ASB. Dapatlah duit tu beranak sedikit. Kalau simpan je bawah bantal,lagi haru.

Duit kertas nilainya akan berkurang mengikut tahun. RM2 ribu tahun ini tak sama dengan RM2 ribu pada 10 tahun akan datang. Nilai duit kertas sentiasa menurun. Anda sangka duit anda meningkat bila simpan dalam bank. Ya, betul jumlah dia meningkat tetapi nilai sebenarnya semakin menurun.

Anda akan terpegun apabila suatu hari nanti,harga emas yang anda miliki hari ini telah berubah harganya menjadi lebih tinggi. Masa itu kalau nak jual emas pun akan terbit rasa sayang anda untuk menjual emas tersebut memandangkan harganya boleh meningkat lagi.

Dengan modal serendah RM100 sahaja anda boleh memulakan pelaburan emas. Tak perlu ada modal berpuluh ribu atau beratus ribu. Katakanlah anda ada RM1 ribu dalam tangan. Cukupkah nak beli tanah atau property? Mestilah tidak kan. Jadi,emas ialah pilihan yang tepat bagi kita yang tidak mampu untuk menceburi pelaburan hartanah kerana dengan modal yang kecil,anda mampu memiliki emas.

Sesungguhnya,kita tidak akan dapat mengundurkan masa. Beli sahaja apabila ada wang lebihan. Ingat, simpanan dalam bentuk RM hanya merugikan walaupun nilaiannya sama kerana kuasa membeli wang akan terus merudum jatuh dan merosot, manakala emas pula tidak. Tukarkan pelaburan anda dalam bentuk emas. Anda boleh melakukannya.

Sunday, October 30, 2016

GOLD PREMIUM

Saya kerap menyebut tentang "premium" dalam beberapa posting yang lalu.

Adakah anda faham dengan maksud istilah itu?

Maksudnya ialah kos yang dikenakan oleh syarikat emas untuk memesan emas dari sumbernya (negara pengeluar) dan urusan mengedarkannya ke cawangan-cawangan syarikat emas itu. Kos ini perlu dibayar oleh pelanggan.

Jika penjual emas mengatakan anda tidak dikenakan apa-apa premium untuk emas yang anda beli, itu bermakna anda harga yang anda bayar itu lebih murah. Harganya akan menjadi lebih murah sekiranya upah dan kos posting turut di RM0.00 oleh penjual. Carilah penjual yang RM0.00kan premium, upah, dan postage.

Sila lihat carta premium yang dikeluarkan oleh Public Gold di bawah.

DINAR EMAS MURAH-MURAH