SIMPAN
EMAS DARI SEKARANG !!!
Ramai yang saya jumpa
ragu-ragu nak simpan emas. Bagi mereka, beli emas tu mahal - sama macam beli
motor, kereta, ipad, iphone atau apa-apa sahaja. Padahal, bila kita beli emas, duit itu tak terusik dan
berubah nilainya, malah akan naik berganda pada masa hadapan. Yang sebenarnya
kita hanya menukarkan nilai semasa duit dan mengikatnya kepada nilaian emas.
Beli sekarang jika anda ada
simpanan tunai. Tentu ramai pernah dengar atau baca, pada tahun 2000, M.Nasir
berkahwin dengan Marlia Musa dengan hantaran 13 Dinar yang bernilai RM 2,000.
Bermakna 1 dinar nilainya ialah RM154. Jika kita melihat di website Public Gold
hari ini, harga semasa 1 dinar ialah RM876 !!! Jadi, nilai 13 dinar itu
sekarang telah menjadi RM11,388 jika Marlia Musa hanya menyimpan dinar tu bawah
bantal.
Katakanlah, M Nasir kasi
cash RM2,000 bukannya dinar kepada Marlia Musa. Marlia Musa pula simpan dalam
ASB tanpa apa-apa penambahan. Setelah 15 tahun, dengan kuasa compounded interest
sebanyak 7.5% setahun, simpanan ASB Marlia Musa hanyalah RM5,917. Perbezaan
sebanyak RM5,471. Wow! Banyak tu . Nasib baik Marlia Musa simpan dalam ASB.
Dapatlah duit tu beranak sedikit. Kalau simpan je bawah bantal,lagi haru.
Duit kertas nilainya akan
berkurang mengikut tahun. RM2 ribu tahun ini tak sama dengan RM2 ribu pada 10
tahun akan datang. Nilai duit kertas sentiasa menurun. Anda sangka duit anda
meningkat bila simpan dalam bank. Ya, betul jumlah dia meningkat tetapi nilai
sebenarnya semakin menurun.
Anda akan terpegun apabila
suatu hari nanti,harga emas yang anda miliki hari ini telah berubah harganya
menjadi lebih tinggi. Masa itu kalau nak jual emas pun akan terbit rasa sayang
anda untuk menjual emas tersebut memandangkan harganya boleh meningkat lagi.
Dengan modal serendah RM100 sahaja anda boleh memulakan pelaburan emas. Tak perlu ada modal berpuluh ribu atau beratus ribu. Katakanlah anda ada RM1 ribu dalam tangan. Cukupkah nak beli tanah atau property? Mestilah tidak kan. Jadi,emas ialah pilihan yang tepat bagi kita yang tidak mampu untuk menceburi pelaburan hartanah kerana dengan modal yang kecil,anda mampu memiliki emas.
Sesungguhnya,kita tidak akan
dapat mengundurkan masa. Beli sahaja apabila ada wang lebihan. Ingat, simpanan
dalam bentuk RM hanya merugikan walaupun nilaiannya sama kerana kuasa membeli
wang akan terus merudum jatuh dan merosot, manakala emas pula tidak. Tukarkan pelaburan
anda dalam bentuk emas. Anda boleh melakukannya.
No comments:
Post a Comment