EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Wednesday, October 19, 2016

KISAH ASAL USUL

ASAL RUMAH DARI TANAH, ASAL TANAH DARI EMAS

Ini ialah kiasan orang tua dulu-dulu.

Apa maksudnya?

Orang dulu-dulu kerja kampong. Pada masa tersebut mana ada EPF atau KWSP. Tidak macam sekarang boleh mohon pinjaman kemudian boleh bayar downpayment guna KWSP Akaun 1.

Jadi apabila merancang untuk buat rumah, yang pertama kenalah ada tanah dulu namun nak beli tanah selepuk, mana nak cekau duit.

Jadi, kerja sungguh-sungguh, dapat je duit, terus beli emas dan simpan sikit-sikit, apabila dah cukup boleh pajak emas untuk beli tanah. Dah dapat tanah baru buat rumah.
Sebab tu orang tua kita kiaskan ASAL TANAH DARI EMAS...

Kalau hartanah boleh dibeli dalam nilai kecil seperti 1 KAKI PERSEGI, dah lama kita boleh menyimpan dan melabur sedikit demi sedikit. Tapi perkara tersebut amat mustahil!

Dalam post sebelum ini saya ada kongsikan sedikit info berkenaan pentingnya golongan muda yang baru sahaja bekerja untuk membelanjakan gaji kepada aset hartanah terlebih dahulu sebelum membeli kenderaan. Apa yang anda perlukan hanya tambahan tempoh 6-10 bulan sekurang-kurangnya untuk menahan nafsu dari membeli kenderaan.
Belajar 4 tahun hingga 6 tahun di kolej atau universiti, takkan tak boleh tahan tempoh 6-10 bulan?

Post saya sebelum ini adalah berkenaan bagaimana dengan rumah anda mampu membeli kenderaan namun pada 1 komitmen sahaja. Boleh scroll balik post saya di wall sebelum ini.
Namun ada 1 masalah iaitu untuk membeli rumah: Sebenarnya ini bukan masalah, dari sudut lain perkara ini akan membantu anda untuk berfikir dan menjadi seorang yang tidak boros serta mempunyai perancangan masa hadapan.

Anda perlukan 'downpayment'. Dari mana nak mengumpul atau mencari 'downpayment'? Secara umumnya apabila anda ingin membeli rumah, anda perlu menyediakan +-10% pendahuluan dan +-3%-5% untuk kos-kos dokumentasi.
Jadi sekiranya rumah tersebut bernilai RM100k, anda perlukan wang tunai dalam anggaran (15% x 100k = RM15k).

Jadi apa penyelesaiannya?

Sudah tentulah emas. Syiling emas boleh dibeli sekeping-sekeping dengan berat 0.5gram atau 1 gram. Anda boleh pilih mengikut kemampuan dan keinginan simpanan anda.
Simpanan emas ini membantu anda mengelakkan boros dalam berbelanja berbanding wang kertas.

Saya yakin sesiapa yang menyimpan dalam bentuk wang kertas, nafsu untuk berbelanja amatlah tinggi. Kalau wang dalam akaun bank, semudah berjalan kaki ke mesin ATM dan keluarkan.

Kalau yang jenis berbelanja online, semudah "one click away" untuk pindahkan transaksi pembayaran. Pendek kata kita amat mudah terpengaruh untuk menggunakan simpanan wang kita untuk berbelanja.

Berlainan pula dengan emas. Emas ini terdapat satu AURA yang amat kuat. Apabila sudah beli, sampai di tangan, rasa sayang tu amatlah tinggi kerana benda tu  emas. Rasai dulu. Cubalah simpan sikit dahulu sekurang-kurangnya 1gram baru anda akan rasa perasaan sayang untuk lepaskan yang susah digambarkan. Jadi anda akan simpan dan emas tersebut akan jadi simpanan yang mungkin anda lupakan kerana dalam bentuk fizikal. Cuba dulu 1gram dan rasai aura simpanan emas.

Emas membantu mencegah anda boros, menambah simpanan dalam bentuk aset dan menjadikan anda penyimpan yang berdisplin. Emas ni satu benda yang bernilai yang disebut juga dalam Al-Qur’an.

Berbeza dengan wang kertas, apabila anda menyimpan, kebarangkalian untuk anda menggunakan simpanan wang kertas tersebut amatlah tinggi berbanding dalam bentuk simpanan emas.

Dalam kes di atas, anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM15k dalam tempoh 6 bulan. Tetapkan matlamat anda dengan tukar simpanan wang kertas tersebut kepada syiling emas.

Anda boleh tetapkan untuk membeli sekurang-kurangnya 7g ke 10g sebulan. Jadikan amalan itu sebagai habit atau hobi. Cukup sahaja 10 bulan, anda sudah mempunyai emas antara 70g ke 100g. Satu nilai yang besar untuk anda memulakan langkah kedua anda ke arah memiliki hartanah dan kenderaan.

Apa pun, langkah pertama anda sudah pun memiliki aset emas. Tahukan anda kadar kenaikan emas 10 tahun yang lepas ialah 500% ? Dan nilai ini akan terus meningkat selagi kita masih menggunakan kertas sebagai mata wang, satu benda yang tidak kalis inflasi dan sangat mudah dimanipulasi.

Jadi, dengan emas 70g-100g di tangan, apa yang perlu anda lakukan?

 1. Adakah jual?

 2. Adakah ar-rahnu (pajak)?

Kedua-dua pilihan tersebut ada baik dan buruknya bergantung kepada masa dan harga. Jika ada masa terluang kita akan bincangkan.


p/s : Ini adalah salah satu contoh pilihan dari beribu-ribu cara yang boleh diguna pakai. Yang penting kena cekalkan hati untuk berdisplin dalam menyimpan dan menguruskan kewangan anda.





No comments:

Post a Comment