EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Tuesday, October 18, 2016

JANGAN ABAIKAN EMAS

EMAS DAN HARTANAH

Bagaimana miliki rumah idaman sebaik sahaja tamat belajar?

Buat muda-mudi yang baru bekerja. Cekalkan hati selama 6 bulan untuk beli hartanah terlebih dahulu. Dari hartanah baru beli kenderaan. Jangan lakukan kesilapan seperti kami yang ada hutang jahat keliling pinggang kemudian baru terfikir nak buat hutang baik seperti aset.

Contoh gaji anda RM2500 sebulan. Simpan gaji tu dan tunggu selama 6 bulan.
Cari rumah, apartment atau flat dalam range harga RM100k-RM150k. Cuba cari yang ada 3 bilik ke 4 bilik. Pastikan lokasinya adalah baik.

Selesai sahaja dapat rumah, tambah sikit kelengkapan rumah. Seterusnya anda pilih 1 bilik. Bilik selebihnya boleh buat sewa. Kalau di Kuala Lumpur/Selangor sewa 1 bilik dalam lingkungan RM250 ke RM350. Kita ambil contoh RM300 x 3 bilik = RM900.

Dah selesai beli rumah barulah berkira-kira beli kenderaan mampu milik berdasarkan baki gaji anda + sewa bilik.

Jadi, di usia muda anda ada rumah. Anda ada kereta. Tak perlu tunggu selepas kahwin baru nak beli rumah. Pada masa tersebut saya yakin anda akan dibebani perkara lain.

Langkah pertama anda ke arah memiliki 10 biji rumah sebelum usia 30 tahun.


Bersambung…





No comments:

Post a Comment