KUASA
BELI EMAS KEKAL UNTUK JANGKA MASA PANJANG
Pernyataan di atas
bermaksud, apa-apa yang boleh dibeli oleh emas bukan sahaja ratusan tahun yang
lalu malahan juga ribuan tahun dahulu tetap boleh dibeli dengan berat emas yang
sama pada hari ini.
Perkara tersebut dijelaskan
dalam buku “The Golden Constant – The English
and American Experience 1560 – 2007” oleh Profesor Roy W. Jastram dari
Sekolah Pengurusan Perniagaan, University of California.
Harus diingat bahawa dalam
buku itu Jastram cuba merongkaikan satu persoalan, iaitu “Adakah nilai duit
pada masa lampau lebih tinggi berbanding sekarang?” Duit di sini bermaksud emas. Sehubungan itu,
data indeks harga barangan di England dan Amerika serta harga emas semasa
dikumpul.
Dalam hasil kajiannya
terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi itu, Jastram merumuskan bahawa
kuasa beli emas pada pertengahan abad ke-20 hampir sama dengan kuasa belinya
pada pertengahan abad ke-17.
Tidakkah hasil analisis data
447 tahun itu menunjukkan anda akan mengaut keuntungan sekiranya menyimpan emas
DALAM JANGKA MASA PANJANG ?
Hakikatnya, kuasa membeli
emas sangat stabil. Apa-apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetap boleh
dibeli bukan sahaja beberapa ratus tahun malahan juga ribuan tahun dari
sekarang. Demikianlah kehebatan emas yang tiada tandingannya dengan wang fiat
(wang kertas) yang sentiasa terdedah kepada manipulasi dan inflasi.
No comments:
Post a Comment