Faktor-faktor yang
perlu diberi perhatian sebelum membeli emas.
Faktor-1 ialah
"Spread" @ Susut Nilai.
Apa maksud
"Spread" @ Susut Nilai?
"Spread" @
Susut Nilai ialah "Perbezaan antara harga BELIAN dan JUALAN". Susut nilai boleh dikira dalam 2 cara iaitu:
a) Ringgit Malaysia
(RM)
b) Peratusan (%)
Formula pengiraan
ialah:
a) RM = Harga Jualan
- Harga Belian
b) % = {(Harga Jualan
- Harga Belian)/Harga Jualan} X 100%
Kesimpulan:
Untuk memaksimumkan
keuntungan, kita perlu memilih produk yang mempunyai "spread" yang
terendah.
Carilah syarikat yang
menawarkan "spread" yang rendah.
Faktor ke-2: Harga
Emas Per Gram
Harga emas per gram
bermaksud harga keseluruhan modal yang anda perlu bayar bagi mendapatkan 1gram
emas.
Contoh 1:
Jongkong Emas 999.9
10g Wah Chan
Harga per gram: RM165
(ketika artikel ditulis)
Kos upah: RM240.00
JUMLAH: RM1650 RM240 = RM1890
Oleh itu, kos per
gram jongkong emas Wah Chan ialah RM189.00
Contoh 2:
Jongkong Emas 999.9
10g PAMP Suisse Habib Jewel
Harga per gram: RM165
(ketika artikel ditulis)
Kos upah: RM110.00
JUMLAH: RM1650 RM110 = RM1760
Oleh itu, kos per
gram PAMP Suisse Habib Jewel ialah RM176.00
Contoh 3:
Jongkong Emas 999.9
10g Public Gold
Harga untuk 10 gram:
RM1397.00 (ketika artikel ditulis)
Kos upah: Tiada tapi
diganti dengan kos premium sebanyak
RM20.00
JUMLAH:
RM1397.00 RM20.00 = RM1417.00
Oleh itu, kos per
gram jongkong emas Public Gold ialah RM141.70
Daripada analisis
harga tadi, apa yang anda boleh simpulkan? Mana lebih murah? mana lebih menguntungkan?
Sebagai pengguna
bijak anda perlu membuat sendiri tinjauan harga pasaran semasa.
Diharap dengan
sedikit perkongsian ini anda telah mendapat gambaran yang lebih jelas bagaimana
memaksimumkan keuntungan dalam pelaburan emas.
Faktor Ketiga: Kesediaan Stok
Maksud kesediaan stok
ialah kita boleh membeli emas yang diingini mengikut harga semasa pada
bila-bila masa dan dalam masa yang sama penjual mempunyai stok emas yang kita
kehendaki.
Pada saya, faktor ini
memainkan peranan yang tidak kurang penting berbanding faktor yang telah saya
kongsikan sebelum ini. Ini kerana tidak
ada gunanya harga emas turun sebanyak mana sekalipun kalau kita tidak dapat
membeli emas tersebut disebabkan ketiadaan stok oleh penjual.
Jadi nasihat saya,
buatlah sedikit kajian tentang syarikat mana yang mempunyai kilang pengeluaran
emas sendiri agar bekalan stok sentiasa ada.
Paling tidak pun, pelanggan dibenarkan untuk “lock” harga semasa emas terlebih dahulu sebelum
mengambilnya setelah stok sampai.
Faktor Keempat: Kebolehgadaian
Emas Tersebut Di Ar-Rahnu
Menyimpan emas adalah
satu proses yang panjang melangkaui setahun.
Dalam tempoh tersebut besar kemungkinan terdapat saat-saat kritikal yang
kita sangat memerlukan wang tunai. Jika ini berlaku, emas merupakan talian hayat
yang sangat membantu.
Bagaimana? Iaitu
dengan menggadaikan emas tersebut ke Pajak Gadai Ar-Rahnu. Untuk makluman anda terdapat institusi Ar-Rahnu
yang boleh memberikan pinjaman sehingga RM100,000.00 untuk gadaian emas.
Jadi, sekiranya emas
anda diterima oleh Ar-Rahnu maka anda boleh menarik nafas lega kerana sekiranya
berlaku kecemasan anda boleh menggadaikan emas tersebut.
Persolannya, ada tak
emas yang tidak diterima oleh Ar-Rahnu?
Jawapannya, ADA!..emas
yang bagaimana? Emas yang tidak berjenama, emas potong atau emas yang
dikeluarkan oleh syarikat-syarikat kecil yang diragui ketulenannya. Selain itu sebilangan institusi Ar-Rahnu juga
tidak menerima emas yang dibalut dalam plastik yang tidak boleh dibuka.
Walau bagaimanapun,
syarat-syarat ini sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Anda disaran untuk
membuat kajian sendiri.
Sekian dahulu
perkongsian pada kali ini.
Faktor Kelima: Adakah Emas Tersebut Laku Setelah Pembalut Dibuka @ Berlaku
Kecacatan?
Ini faktor yang
terakhir …
Malang tidak berbau.
Itu adalah ungkapan yang sering kita dengar apabila berhadapan dengan sesuatu
musibah. Keadaan yang sama juga tidak
mustahil berlaku kepada emas yang kita simpan. Mungkin semasa kita asyik membelek
tiba-tiba anak kecil kita datang lalu menggunting atau merosakkan pembalut
plastik emas tersebut!..ni memang bikin panas!...
Persoalannya, jika
berlaku musibah seperti di atas adakah emas tersebut masih diterima?
Anda perlu mendapatkan maklumat sahih tentang perkara ini. Maklumat yang diketahui setakat ini ialah nilai belian emas seperti itu akan jatuh.
Sekiranya anda
berminat membeli emas, ini adalah faktor penting untuk ditanya kepada si penjual emas sebelum membeli produk mereka.
No comments:
Post a Comment