EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Monday, July 31, 2017

HARGA EMAS TERUS MENAIK

HARGA EMAS DUNIA MENERUSKAN KENAIKANNYA

Harga penutup pada 27 Julai 2017 ialah USD1258.60/Oz.

Harga penutup pada 28 Julai 2017 ialah USD1269.10/Oz.

Harga penutup pada 30 Julai 2017 ialah USD1269.80/Oz.

Berapakah harga emas per gram di Malaysia hari ini ?

RM174.85.






Saturday, July 29, 2017

BESTNYA LABUR EMAS

KENAIKAN HARGA EMAS YANG MENDADAK

Semalam harganya turun. Hari ini realitinya naik sebanyak RM1.49/Gram.

Sila lihat carta.

APA KESANNYA?

Harga kilang emas 24K naik dari RM189/Gram ke RM191/Gram hari ini.

Ini masa untuk simpan duit banyak-banyak. Tunggu harga turun, baharulah beli semula.

Kalau nak dapat pinjaman lebih, masa ini sesuai sangatlah kalau nak gadai emas anda.

Jika anda beli 10 gram emas 24K yang berharga RM181/Gram hari itu, kini anda dah untung RM10/Gram. Harga emas 24K di tangan anda sudah jadi RM1910.00 kesemuanya sekarang ini !!!

BESTNYA LABUR EMAS ...







Friday, July 28, 2017

BEZA HARGA EMAS HARIAN

HARGA EMAS DUNIA MENUNJUKKAN TREND MENURUN.

Graf di bawah dicatat pada 26 Julai 2017.

Graf di atas ialah catatan untuk semalam, iaitu 27 Julai 2017.

WALAU BAGAIMANAPUN, HARGA KILANG EMAS 24K
HARI INI NAIK KE RM189/GRAM.





Wednesday, July 26, 2017

ANTARA RM DENGAN EMAS


Beza tabungan emas dan RM ialah:

Kita menabung emas bukan untuk kaya, tetapi untuk selamatkan nilai simpanan ...

RM confirm susut tiap-tiap tahun... Pasti susut...

Ya, emas ada turun. Tapi mampu melantun semula...

RM?? Tak mungkin …

Kita beli emas masa harga rendah. Jika ada yang kita beli masa harga tinggi, kita simpan dan beli lagi emas pada harga rendah.

Tujuannya? Bila harga naik, kita boleh jual emas yang kita dah beli tu. Itu cara menyimpan emas.

Emas 50 gram yang kita beli pada harga market tengah tinggi, simpan dulu. Jika nak jual hari ini, maybe tak dapat harga tu. Tapi kita masih dapat jual dengan harga ribuan ringgit kerana EMAS tetap bernilai.

Simpan saja emas ni buat macam hobi. Sikit-sikit pun jadilah. Jangan fikir nak beli sekali banyak atau yang besar-besar. Sama macam orang menabung duit. Mereka tak pernah fikir pun apa nak jadi dengan duit tu. Duit yang tiap-tiap tahun inflasi tak pernah pulak orang ambil kisah !!! Manusia memang pelik …

Antara tujuan tukar sikit duit pada emas adalah untuk mempertahankan nilainya dari terus jatuh. Simpanan aset bernilai ini boleh buat anda jadi kaya tanpa sedar !!! Barulah sebut kaya …

Tuesday, July 25, 2017

INFO HARGA EMAS DUNIA

Untuk 6 bulan terakhir
Untuk 3 bulan terakhir
Untuk hari ini
Walau bagaimanapun, harga kilang untuk emas 24K
untuk hari ini ialah RM189/gram.
Sudah berhari-hari harga emas menunjukkan trend menurun
tetapi lihatlah harga kilangnya naik walaupun harga runcitnya
bertahan di RM220/Gram.









Monday, July 24, 2017

INFO EMAS LAGI

MAKSIMUMKAN KEUNTUNGAN ANDA !!!
Anda boleh berbuat demikian dengan cara membeli emas di tempat yang menawarkan "spread" paling rendah.
Spread ialah margin susut nilai emas. Harus diingat bahawa spread bagi emas berupa barang kemas lebih tinggi daripada
gold bar. Itu sebab lambat dapat untung kalau simpan barang kemas. Gold bar dibuat khas untuk pelaburan emas.
Dah berapa gram gold bar yang anda beli ?
Kalau belum segeralah berbuat demikian. Anda boleh beli 1 Dinar 24K hari ini pada harga RM800/keping walaupun harga runcit emas 24K terkini RM220/gram ...
KIRA SENDIRI KEUNTUNGANNYA !!!
IKUT PROSEDUR INI KALAU NAK BELI:
Prosedur Pembelian:
Sila bank-in duit ke salah SATU akaun di bawah.
Maybank Hana Toyyibah Resources 5648 1050 9624
CIMB Harun Jaafar 760 308 7542
HSBC Harun Jaafar 027 001767 108
SMS nama penuh, alamat lengkap, dan nombor handphone anda ke 019 323 4287 selepas duit dibank-inkan.
SELAMAT MENYIMPAN EMAS UNTUK MASA DEPAN


Saturday, July 22, 2017

INFO EMAS

INFORMATION FROM SPOT GOLD
Harga penutup emas dunia untuk tempoh satu bulan yang lalu
ialah RM172.92/Gram.
Harga penutup emas dunia untuk tempoh enam bulan yang lalu juga berada pada paras RM172.92/Gram.
Harga emas hari ini naik lagi ke RM172.90/Gram.
Oleh sebab itu, harga kilang emas 24K naik ke RM189/Gram.
Harga runcit emas 24K di gedung-gedung emas besar masih lagi RM220/Gram.
Tak perlulah bersedih dengan kenaikan tersebut. Sesiapa yang beli emas 24K pada harga RM189/Gram masih terus mendapat keuntungan.
==================================
RM220 - RM198 = RM31 (Untung Maaaaa)
==================================
TERUSKANLAH MEMBELI EMAS

Friday, July 21, 2017

EMAS UNTUK KEBEBASAN KEWANGAN


Apa yang dimaksudkan dengan kebebasan kewangan? Bila seseorang itu dikategorikan sebagai bebas kewangan?
Ada situasi yang jelas untuk menentukan kedua-dua tahap dalam kehidupan manusia itu. Seseorang akan mencapai kebebasan kewangan apabila pendapatannya melebihi perbelanjaan. Ini bermaksud, selagi perbelanjaan seseorang itu melebihi pendapatannya; dia pasti tidak cukup wang untuk meneruskan hidup. Dia akan dibelit hutang untuk mencukupkan pendapatannya.
Ramai orang sedang menghadapi situasi berkenaan sekarang ini. Ekonomi yang tidak menentu, kenaikan kos sara hidup, dan inflasi menjadi penyebab utamanya. Akibatnya mereka hidup dalam kesengsaraan…
Lupakan saja persoalan takdir yang sering dijadikan alasan. Manusia diberi akal untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Dua hal itu mesti diajar oleh guru-guru
di sekolah bagi mematuhi aspek KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kreatif). Kini dicanggihkan lagi dengan KBAT (Kemahiran Berfikit Aras Tinggi).
Allah menyediakan kita pelbagai alat untuk mencari penghidupan. Gunakanlah alat itu sebaik-baiknya. Dua benda yang sudah teruji dapat mengeluarkan manusia daripada kemiskinan ialah emas dan perak. Logam-logam ini disebut berkali-kali dalam Kitab
Suci Al-Quran.
Emas bebas inflasi. Nilainya tetap utuh selagi dunia belum kiamat. Kenaikan harganya
berlaku setiap tahun. Anda sudah dipasakkan dengan statement sebegini entah untuk
kali yang keberapa.
Terimalah hakikat. Pergilah ke mana-mana pun untuk dapatkan emas anda secara santai.
Jangan paksa diri. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Thursday, July 20, 2017

FASAL EMAS


Untuk simpanan jangka panjang, saya secara peribadi lebih suka simpan emas berbanding membiarkan dalam bentuk tunai di bank, sebab:

Nilai jangka panjang terjamin

Zaman Nabi 1,400 tahun dulu, 1 dinar (emas 4.25 gram) boleh beli seekor kambing. Sekarang ini, harga 1 dinar sekitar RM670 – RM780. Secara relatifnya, 1 dinar masih mampu beli seekor kambing. Emas berbeza dengan duit kertas (wang fiat).

Kalau 30 tahun dulu, budak-budak sekolah boleh bawa duit 50 sen sehari, cukup untuk mereka makan kenyang di sekolah. Tapi hari ni, 50 sen tu hanya mampu untuk beli segelas air sirap sahaja. Maksudnya hari ni, kebulur la anak-anak kalau kita masih berikan duit sekolah 50 sen sehari.

Jadi nampak tak kesan inflasi ke atas emas berbanding duit kertas? Hakikatnya, bukan harga barangan yang naik, tetapi kuasa beli duit kertas itu yang jatuh. Kita memerlukan lebih banyak duit untuk mendapatkan barang yang sama.

Nisbah emas 1 dinar dengan kambing, secara relatifnya tak berubah sampai bila-bila. Nilainya terletak pada berat dan ketulenannya. Tapi di manakah nilai sebenar duit kertas?

Dari satu aspek lagi, emas ialah satu-satunya aset kewangan yang tak akan sekali-kali menjadi kosong! Emas tak ada tarikh luput, tak hangus dek api, bahkan dalam bentuk serbuk sekalipun emas tetap bernilai. Aset lain seperti tanah dan hartanah pun masih ada kebarangkalian menjadi kosong. Lihat sahaja apa jadi kepada kondominium Highland Tower? Apa jadi kepada tanah-tanah di negara yang bergolak? Tak ada siapa lagi yang mahu membelinya…

Wednesday, July 19, 2017

HARGA EMAS NAIK LAGI ...


Data Harga Emas 30 Hari yang Lalu:
Harga Tertinggi: RM173.00/gram
Harga Terendah: RM167.20/gram
Harga Penutup: RM170.01/gram
Data Harga Emas 6 Bulan yang Lalu:
Harga Tertinggi: RM182.96/gram
Harga Terendah: RM167.20/gram
Harga Penutup: RM170.01
HARGA EMAS HARI INI = RM170.23/GRAM
Kenaikan itu melonjakkan harga kilang emas 24K dari
RM184/gram ke RM187/gram hari ini.
Ini bermakna, anda kena bayar lebih sebanyak RM3 untuk memiliki emas 24K pada hari ini.
Ini juga bermakna, keuntungan anda bertambah jika membelinya pada ketika harganya RM184/gram.
Tidak kiralah anda kena bayar lebih ke kena bayar kurang,
emas tetap mendatangkan keuntungan kepada pemiliknya;
berdasarkan kepada harga runcitnya ...
RM220/gram - RM184/gram = RM36/gram (untung)
RM220/gram - RM187/gram = RM33/gram (untung)
Sebenarnya, tak perlu pun ambil kira margin keuntungan
jangka pendek itu. Beli sahaja emas bila-bila masa kerana
dalam jangka masa panjang, keuntungannya berlipat kali ganda.

>>>>> TAMBAHKAN GRAM EMAS ANDA <<<<<

Tuesday, July 18, 2017

EMAS PASTI MENGUNTUNGKAN

Pelaburan Emas PASTI MENGUNTUNGKAN Di dalam Jangka Masa Panjang!

Graf berikut menunjukkan harga emas untuk tempoh 10 tahun, dari 2001 hinggalah 2011:

Graf harga emas untuk 10 tahun diambil daripada laman web www.kitco.com

Graf di bawah diambil daripada laman web Kitco.com iaitu sebuah laman web rujukan utama dunia bagi harga pasaran emas.

Berdasarkan graf di bawah, dapat kita simpulkan bahawa dalam tempoh 10 tahun (2001 hingga 2011) yang lalu harga emas telah meningkat naik daripada USD271.50/Oz kepada USD1900.30/Oz.

Ini merupakan kenaikan 600% , bersamaan dengan purata 60% setahun!
Saya tanya anda, ada ke pelaburan di muka bumi ini yang boleh memberi pulangan keuntungan sebanyak 60% setahun dan dijamin selamat?

Memang tiada.

Tapi emas sangat berpotensi memberi pulangan keuntungan kepada anda sebanyak itu untuk jangka masa panjang.

Berdasarkan hasil kajian & pembacaan saya, untuk menilai sesuatu pelaburan itu, kita perlu melihat ‘track-record’ trend pada tahun-tahun sebelumnya. Dalam dunia pelaburan, trend tidak akan sesekali ‘menipu’ anda. Sejarah berulang.

Untuk pengetahuan anda juga, orang dulu-dulu pun telah mula menghargai nilai emas yang boleh membina dan menjamin kekayaan sebenar mereka.



Monday, July 17, 2017

SPREAD EMAS

CARA MENGIRA SPREAD DAN MENUKAR HARGA EMAS

Cara mengira spread emas dan menukar harga emas dunia us/oz kepada harga emas  Ringgit Malaysia RM/g untuk memilih syarikat dan produk emas terbaik Perkara paling penting dalam pelaburan emas fizikal adalah spread atau susut nilai harga emas. Sebelum melabur dalam pelaburan emas fizikal perkara utama adalah mengira spread harga emas iaitu memilih syarikat emas yang menyediakan spread harga emas yang paling rendah agar pelaburan emas akan mendapat keuntungan yang cepat selain faktor kekukuhan syarikat, harga emas yang telus, kemudahan membeli atau menjual emas dan sebagainya.

Di sini saya ingin kongsikan ilmu pelaburan emas fizikal iaitu bagaimana cara mengira spread harga emas dan cara menukar harga emas dunia dalam Usd/oz kepada RM/gram. Spread bermaksud susut nilai harga emas atau perbezaan diantara harga jualan syarikat emas atau harga emas semasa yang pelabur emas beli (PG Sell) dan harga semasa syarikat membeli daripada pelabur (PG Buy).

Semakin rendah spread maka semakin cepat pelabur atau penyimpan emas mendapat untung. Formula pengiraan peratusan (%) spread harga emas iaitu : Peratus spread harga emas %  = Harga jualan PG sell – Harga belian PG Buy / Harga jualan PG Sell x 100%.
Contohnya, berdasarkan harga semasa emas public gold pada gambarajah di bawah. Peratus spread harga emas bagi emas 10 dinar = RM5712 – RM5426 / RM5712 X 100% = 5% Harga jualan dan harga belian akan sentiasa berubah selari pada kadar 5% bagi syling emas 10 dinar.

Produk emas yang berlainan mempunyai spread harga emas yang berlainan. Begitu juga syarikat emas yang berlainan menetapkan kadar peratus spread harga emas yang berlainan bagi setiap produk emas. Jadi, pelabur yang bijak akan mengira spread harga emas dan membuat perbandingan peratus spread emas bagi syarikat emas yang berbeza dengan memilih syarikat emas yang dapat memberikan spread harga emas terendah.
Anda boleh klik HARGA EMAS DAN PERAK TERKINI PUBLIC GOLD untuk melihat harga emas semasa yang berubah setiap 20 minit atau daftar menjadi customer public gold apabila mula membeli 1 dinar atau 10 dirham. Kebiasaannya, kedai emas hanya memaparkan harga jualan semasa emas sahaja tetapi tidak memaparkan harga belian emas. Jadi harga belian emas di kedai emas adalah mengikut harga tauke emas.

Biasanya susut nilai atau spread harga emas di kedai emas adalah sekitar 20% hingga 25%. Kini sudah banyak syarikat pelaburan jongkong emas dan perak di Malaysia yang memaparkan harga jualan semasa dan juga harga belian balik secara online. Jadi perkara pertama sebelum melabur emas adalah mengira dan membandingkan spread setiap produk emas selain faktor-faktor lain seperti harga emas, ketelusan harga emas mengikut harga emas dunia, perubahan harga emas semasa, kemudahan membeli emas serta menjual emas, kekukuhan serta kesahan syarikat emas dan sebagainya.

Bagi membandingkan suatu syarikat pelaburan emas, pelabur boleh merujuk KELEBIHAN EMAS PUBLIC GOLD sebagai platform rujukan untuk perbandingan. Setelah mengira peratus spread harga semasa emas setiap jenis emas public gold, pelabur emas yang merupakan customer atau pelanggan public gold akan memperolehi spread harga emas seperti di bawah. Cara untuk merendahkan lagi spread harga emas adalah dengan menjadi dealer atau pengedar emas public gold. Pengedar emas public gold atau dealer akan di berikan komisen mengikut pangkat dealer iaitu dari 1% hingga 2% dari setiap belian emas dan juga mendapat komisen 0.5% apabila dealer menjual emas. Klik untuk melihat SYARAT PANGKAT DAN KOMISEN DEALER PUBLIC GOLD untuk mengetahui syarat untuk menjadi dealer public gold, cara menaikkant pangkat dealer dan komisen yang di berikan oleh Public Gold bagi setiap pangkat dealer.



Sunday, July 16, 2017

MENGAPA ?

Mengapa Emas di Campur Dengan Logam Lain?

Emas tulen tidak praktikal dan tidak sesuai untuk dipakai sehari-hari kerana lembut. Oleh sebab itu,emas perlu dicampur dengan logam lain supaya lebih keras dan tahan lasak. Menambahkan logam lain sebagai campuran “metallurgists” membolehkan anda menukar warna emas. Paladium atau nikel boleh ditambah untuk mencipta emas putih. Tembaga ditambah untuk menghasilkan warna mawar atau merah muda.

Emas diguna Sebagai Salutan (Coating)

Pelbagai kaedah mekanikal digunakan untuk menerapkan lapisan emas kepada logam selain emas supaya sesuatu barang kemas itu menjadi jauh lebih murah. Semakin tebal lapisan emas disalutkan, bemakna semakin tahan lama dan sukar logam di dalamnya terdedah disebabkan hakisan.

Kandungan Emas Dalam Barang Kemas

Kebanyakan barang-barang kemas baru telah ditanda yang menunjukkan berapa banyak dan apa jenis emas digunakan untuk salutan. Contoh 22K gold, kandungan emas hanya 91.6% sahaja. 8.4% adalah campuran besi, pasir atau lain-lain logam. Ini berdasarkan kandungan emas sebanyak 91.6%.

Emas diguna Sebagai Saduran (Plating)

Saduran emas ialah proses yang menggunakan kaedah elektrolisis. Lapisan emas pada barang kemas yang menggunakan kaedah saduran biasanya lebih nipis berbanding dengan emas dalam bentuk emas salutan. Mungkin anda pernah terdengar istilah-istilah seperti mencuci emas atau mengilatkan barang kemas secara percuma setahun sekali apabila membeli barangan kemas mereka, ini menggambarkan lapisan emas yang disadurkan sangat tipis dan tidak bermanfaat atau tahan lama dan perlu disadur semula.

Apa yang Harus Dibeli?


Emas tumpat (solid gold) adalah tahan lama. Jenis ini merupakan pilihan yang terbaik untuk perhiasan anda. Jenis salutan atau saduran yang mungkin menyebabkan reaksi alergi atau alahan. Jika anda mempunyai alergi terhadap nikel atau logam lain, pilihlah yang mempunyai kandungan emas seperti emas 18K atau 22K. Emas tumpat senantiasa mempunyai nilai sama ada belian, jualan atau gadaian. Walau bagaimanapun, pemilikan emas tetap bergantung kepada kemampuan kewangan masing-masing.

Saturday, July 15, 2017

HARGA EMAS TERUS MENINGKAT ...


Peningkatan harga emas berlaku sepanjang bulan Julai 2017.

Walau bagaimanapun, perbezaan harga tidak ketara pada data yang tercatat bagi harga tertinggi untuk 1 bulan dan 6 bulan terkebelakang, iaitu masing-masing pada paras RM174.27/gram dan RM182.96/gram.

Harga terendah untuk 1 bulan dan 6 bulan terkebelakang berada pada paras yang sama, iaitu RM167.20/gram.

Yang berbeza cuma harga penutup bagi 1 bulan dan 6 bulan terkebelakang. Harganya meningkat dari RM168.34/gram ke RM169.35/gram.

Hal ini mendorong kenaikan harga emas untuk hari ini dari RM168.10/gram ke RM169.44/gram.
Kenaikan yang sedikit sahaja telah mengubah harga kilang emas 24K dari RM184/gram ke RM185/gram.

Namun demikian, mereka yang membeli emas 24K pada harga RM185/gram masih untung sebanyak RM35/gram kerana harga runcit emas 24K hari ini terus berada di takok RM220/gram.

>>>DENGAN EMAS ANDA TIDAK AKAN RUGI<<<

Thursday, July 13, 2017

HARGA EMAS NAIK SEDIKIT


Harga emas yang dicatatkan oleh Spot Gold terkini naik tinggi sedikit daripada beberapa hari yang lalu.

Itulah kelaziman yang sentiasa berlaku dalam dunia emas.

Harga tertinggi untuk 6 bulan terakhir tetap RM182.96/gram.

Harga tertinggi untuk 30 hari terakhir hanya RM174.27/gram.

Harga penutup untuk 6 bulan terakhir dan 30 hari terakhir masing-masing berada pada RM168.34/gram.

Tetapi, harga terendah yang dicatat untuk 30 hari terakhir dan 6 bulan terakhir berada pada paras RM167.20/gram.

Namun demikian, harganya pada hari ini naik sedikit daripada RM167.53 pada 8 Julai lalu; iaitu RM168.10/gram.

Maka harga kilang bagi emas 24K naik semula dari RM182/gram ke RM184/gram.

Kenaikan yang sedikit itu tidak memberi kesan yang nyata kepada harga runcit emas yang dijual di gedung-gedung emas besar di negara kita.

Emas 999 turun dari RM225/gram ke RM220/gram.

Emas 916 turun dari RM215/gram ke RM210/gram.

===========================
TERUSKANLAH MEMILIKI EMAS
===========================

Wednesday, July 12, 2017

WAKTU YANG SESUAI NAK JUAL EMAS


Secara idealnya, bila nak pakai duit, especially untuk tukarkan kepada harta yang real juga macam beli rumah ataupun hartanah yang lain. Kalau sekadar nak simpan dalam ASB, Tabung Haji, atau Akaun Simpanan, bagi saya, lebih baik simpan emas. Emas naik 20% setahun, ASB 8.5%,  Tabung Haji 5%, Akaun Simpanan ?%! Sedangkan harga barang keperluan harian naik 10% setahun!. Secara umumnya apabila anda merasakan harga emas berada pada paras yang tinggi, bolehlah anda jual atau pun anda boleh terus simpan lagi sehingga harga emas anda mencecah nilai yang anda inginkan.Simpan emas bukan sahaja dapat nikmati kenaikan harga emas, tapi yang penting juga ialah selamat dari inflasi - kenaikan harga barang. So, perbetulkan mindset kita tentang pelaburan emas!

Tips ringkas pelaburan emas :

i.   Setiap tahun, akan berlaku 3-4 kali market correction yang mengakibatkan harga emas menurun ke paras tertentu. Beli pada harga terendah sebelum harganya naik kembali. Tipsnya adalah tetapkan penurunan maksimum adalah seperti harga terendah bulan sebelumnya … Jangan tamak …

ii.  Setiap satu atau 2 bulan, akan berlaku penurunan kecil yang mungkin mencapai sehingga 5% dari harga biasa. Yang ni anda kena selalu monitor harga. Sila rujuk kitco.com.

iii. Harga pasaran dunia ditutup pada Jumaat malam dan dibuka kembali pada tengah malam Ahad waktu malaysia. 70% daripada harga pembukaan pada hari Isnin adalah lebih tinggi dari hari Jumaat.

iv. Jika pasaran saham New York jatuh melebihi 5% dan diikuti kejatuhan saham utama Asia, kesannya akan memberikan lonjakan pada harga emas. Begitulah sebaliknya jika pasaran saham meningkat.

v.  Secara umumnya, JANUARI adalah waktu terbaik membeli emas. OKTOBER hingga DISEMBER adalah waktu terbaik menjual emas dan JUN adalah permulaan terbaik untuk masuk PAJAK....


Tuesday, July 11, 2017

Monday, July 10, 2017

MASA YANG SESUAI UNTUK BELI EMAS


Lepas setahun perhatikan naik jatuh harga emas, saya tak berani buat andaian bila harga naik, bila harga turun. Nasihat saya, kalau ada duit yang tak pakai dalam masa setahun, belilah emas. Daripada simpan duit, lebih baik simpan emas. Jadikan emas sebagai sandaran kepada duit sebagaimana yang dibuat oleh negara-negara di dunia sebelum tahun 1971 dulu. Setiap duit kertas yang nak dicetak, mereka akan sandarkan kepada emas. Bilakah masa yang sesuai untuk membeli emas?

1. Sebaik sahaja anda sedar tentang emas,dan mempunyai wang..anda boleh beli emas.
2.Beli secara konsisten,sebaik sahaja dapat gaji dengan memperuntukkan sebahagian wang yang biasanya anda simpan,tukarkan kepada emas.Contoh,letakkan target 1 bulan 1 dinar atau 1 bulan 5gram,ikut kemampuan kewangan anda
3.Beli emas semasa harga rendah (graf menurun).Sebenarnya harga emas naik dan turun disebabkan banyak faktor. Antaranya perkaitan dengan USD. Jika USD mengukuh,harga emas akan turun sedikit. Biasanya setiap kali USD mencetak wang mereka,harga emas akan turun sekejap …

**tip : jika anda ingin membeli emas pada harga ‘cantik’ anda boleh rujuk dengan orang yang sudah biasa membeli emas, dan ada sedikit pengetahuan tentang TA (teknikal analisis).Saya bukanlah pakar,sikit-sikit bolehlah. Namun ini hanyalah ramalan yang sedikit sebanyak boleh membantu,tidak boleh percaya 100%.

Jika membeli emas semasa harga mahal, jangan risau, semasa murah anda boleh terus membeli. Anda   masih untung apabila dikira dari segi cost averaging (pemurataan kos). Pengalaman saya trend menunjukkan harga emas di awal tahun rendah,tapi masih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Kita ambil contoh harga emas pada Januari 2011.  Harga ini menyamai harga emas pada bulan 10.Namun harganya tidak sama macam harga pada bulan 7 dan 8 yang masih rendah.Penurunan harga bulan Januari  ini disebabkan trend awal tahun dan CNY(Chiness New Year). Harga emas akan mulai naik mulai bulan 2 atau 3. Tahun lepas(2011) harga emas naik mendadak sekitar bulan 8-9.Melepasi 1800USD/oz. Selepas penurunan semasa perayaan Deepavali,harga emas tak banyak naik atau turun.1-2 minggu sebelum Krismas harga emas akan mulai menurun sedikit … tetapi masih mahal berbanding bulan sebelumnya. Ketika menghampiri penghujung tahun,harga emas akan mulai naik dan hanya mulai turun sedikit ketika menghampiri pertengahan Januari @ menjelang Chinese New Year.

Kini, dalam bulan Julai 2017; harga emas dunia yang dicatat oleh Spot Gold kelihatan sedang menurun.  Pada masa inilah orang yang “gila” menyimpan emas membelinya sebanyak mungkin. Anda boleh menyertai mereka dengan satu matlamat, iaitu memelihara wang fiat anda daripada terus dimamah inflasi. Kadar inflasi di Malaysia sentiasa berada dalam situasi yang tidak terarah kepada penguncupan. Oleh sebab itu, harga barangan dan sebagainya terus saja naik !!! So, protect your fiat money …


Harus diingat bahawa untuk jangka masa panjang,menyimpan emas memang menguntungkan.Kenaikan 10 tahun lepas,2000-2009 adalah melebihi 4 kali ganda. Anda boleh rujuk chart di http://www.kitco.com

Saturday, July 8, 2017

HARGA EMAS TURUN LAGI


Untuk kesekian kalinya, harga emas yang dicatatkan oleh Spot Gold terkini semakin rendah.

Harga tertinggi untuk 6 bulan terakhir ialah RM182.96/gram.

Harga penutup untuk 6 bulan terakhir dan 30 hari terakhir masing-masing berada pada RM167.20/gram.

Oleh sebab itu, harganya pada hari tinggi sedikit daripada RM167.20; iaitu RM167.53/gram.

Maka harga kilang bagi emas 24K turun dari RM184/gram kepada RM182/gram.

Ramai orang berebut-rebut membeli emas yang berharga murah sekarang ini.

Anda tak boleh dapat harga RM182/gram itu kerana tidakmenyertai saya.

Kalau nak turut serta, dipersilakan ...








Friday, July 7, 2017

CATATAN UNTUK ANDA


Andai kata anda membeli 10 gram emas 24K pada 6 Mei 2015 yang lalu, anda pasti menarik nafas lega dengan tindakan itu hari ini.

Kenapa?

Hari itu, emas 24K dijual pada harga RM150/gram. Anda membayar RM1500 untuk pembelian itu. Hari ini semua orang memerlukan wang lebih untuk menyambut hari raya. Nak buat pinjaman bank atau syarikat kewangan kena ada penjamin. Ramai yang enggan jadi penjamin sekarang ini kerana mereka tak sanggup tanggung risikonya.

Dengan 10 gram emas 24K anda boleh dapat wang segera tanpa penjamin di ar-rahnu. Ikut pengalaman saya, paling busuk pun ar-rahnu bagi anda nilai marhumnya RM254/gram. Berdasarkan nilai marhum itu, ar-rahnu bagi pinjam 60% (kalau anda dah jadi regular customer macam saya boleh dapat sampai 75%). Kiraannya (60 X 254 / 100 = RM152.40). Untuk 10 gram anda dapat pinjaman sebanyak RM1524. Kiralah sendiri jika anda ada lebih daripada 10 gram. Cukup lumayan.

UNTUK PENGETAHUAN ANDA

Anda beli emas tu pada harga RM150/gram kira-kira dua tahun lepas (tidaklah lama sangat). Hari ini, harga gadaiannya RM152.40. Dah pun melebihi harga belian anda. Untung ke tidak ?

Anda beli emas tu pada harga RM150/gram kira-kira dua tahun lepas (tidaklah lama sangat). Hari ini harga jualannya ialah RM225/gram. Nilai emas anda itu sudah jadi RM2250. Dalam masa hanya 2 tahun anda dah untung RM750. Untuk tahun-tahun akan datang, nilainya pasti naik lagi. Cukup lumayan …

Anda tidak akan merasai kenikmatan itu jika tidak ada secubit pun keinginan untuk menyimpan emas. Anda akan terus menjadi orang yang ke hulu ke hilir menagih belas kasihan penjamin untuk membuat pinjaman. Tidak ramai pun orang yang suka jadi penjamin sekarang ini. Hentikanlah perbuatan itu. Jadilah insan yang yang mampu berdikari. Milikilah emas sebanyak mungkin. Tidak ada sesiapa pun yang akan tahu jumlah gram emas yang anda ada. Anda tak perlu ganggu sesiapa pun apabila ada emas yang cukup untuk mendapatkan kebebasan kewangan. Kebebasan kewangan bermaksud anda ada duit melebihi keperluan. Anda akan tercekik apabila wang yang ada tak cukup untuk menampung keperluan.

>>> BELI DAN SIMPAN EMAS DENGAN SEGERA <<<

Harga kilang emas 24K hari ini cuma RM184/gram.
Kami pakat-pakat pulun beli, anda nak tengok saja ?

Thursday, July 6, 2017

EMAS TAK SUSUT NILAI

Kalau dulu RM1 boleh beli 1 kilo kacang. Hari ini RM1 boleh beli 500g kacang sahaja.

Itulah INFLASI kerana orang yang bergaji RM3000 hari ini rasa dia ada RM1500 sahaja.

Orang yang bergaji RM2000 hari ini rasa dia ada RM1000 sahaja.

Orang yang bergaji RM1000 hari ini rasa dia ada RM500 sahaja.

Orang yang bergaji RM500 hari ini rasa dia ada RM250 sahaja.

Nampak tak?

Kalau tak nampak kaitkan balik dengan kacang tadi.

Boleh tak kongsi pengalaman anda semasa kecil berbanding sekarang?
Contoh : Dulu nasi lemak di kantin saya harganya 30sen sahaja sepinggan tetapi sekarang RM3.00.

Adakah hal itu berlaku pada EMAS ?


Belanja komen ye. Bolehlah kita berkongsi pengetahuan .

Wednesday, July 5, 2017

RM VS EMAS


Beza tabungan emas dan RM ialah:

Kita menabung emas bukan untuk kaya, tetapi untuk selamatkan nilai simpanan ...

RM confirm susut tiap-tiap tahun... Pasti susut...

Ya, emas ada turun. Tapi mampu melantun semula...

RM?? Tak mungkin …

Kita beli emas masa harga rendah. Jika ada yang kita beli masa harga tinggi, kita simpan dan beli lagi emas pada harga rendah.
Tujuannya? Bila harga naik, kita boleh jual emas yang kita dah beli tu. Itu cara menyimpan emas.

Emas 50 gram yang kita beli pada harga market tengah tinggi, simpan dulu. Jika nak jual hari ini, maybe tak dapat harga tu. Tapi kita masih dapat jual dengan harga ribuan ringgit kerana EMAS tetap bernilai.

Simpan saja emas ni buat macam hobi. Sikit-sikit pun jadilah. Jangan fikir nak beli sekali banyak atau yang besar-besar. Sama macam orang menabung duit. Mereka tak pernah fikir pun apa nak jadi dengan duit tu. Duit yang tiap tahun inflasi tak pernah pulak orang ambil kisah !!! Manusia memang pelik …


Antara tujuan tukar sikit duit pada emas adalah untuk mempertahankan nilainya dari terus jatuh. Simpanan aset bernilai ini boleh buat anda jadi kaya tanpa sedar !!! Barulah sebut kaya …

Tuesday, July 4, 2017

SEBAB APA MEREKA TAK BELI EMAS ?


Jawapan kepada alasan-alasan mereka,

1 Mereka asyik fikirkan harganya, kaji sana sini...last-last tak beli pun...

Biasa terjadi... 24 jam layan prospek seorang yang banyak pulak tanya, last-last diam.. MASA KAN EMAS

2 Duk kaji pasal spread... tapi tak nak timba ilmu emas yang lain.

Kalau hanya bertanya, tiada kajian mendalam tentang emas, tak rajin nak study tentang kebaikan simpan emas.... Minda pun takkan positif terima.

3 Duk teragak-agak macam mana nak jual balik emas.

Emas bukan macam barang lain dek non oi...emas laku di mana-mana. Sebaiknya jual semula kat dealer/company...dapat harga tinggi..itu gunanya ilmu dalam nombor 2 tu..

4 Macam mana nak buat untung dengan emas?

Banyak cara nak untung, asalkan emas tu ada kat tangan, bukan atas kertas atau alam maya  ...

5 Takut pulak Bank Negara Malaysia serbu company yang mereka joint ...

Kita bukan skim cepat kaya. Kita punya plan simpan emas fizikal dan bertindak sebagai kedai emas online.... selagi mana namanya kedai emas, BNM tak keluarkan arahan tutup kedai emas..dan selagi ada emas di tangan, apa nak runsing...

6 Takut rugi sebab harga emas jatuh...

Beli emas bukan untuk dijual esok lusa. Kita simpan untuk jangka masa yang panjang..rugi je kalau jual kan..oleh itu, simpanlah. Andai terdesak sangat, barulah pajak. Itulah fungsi Ar-Rahnu, bukan untuk memanipulasi skill.

7 Pelik, kenapa orang kata emas tu duit ?

Kena tau apa maksud wang sebenar, kena kaji sejarah. Dulu-dulu orang guna apa sebagai emas, dan wang kertas yang kita duk guna sekarang ni cuma ciptaan Yahudi untuk menindas dan berkuasa di dunia ini.

8 Tak faham kenapa perlu simpan emas...

Kajilah dulu, selidiklah dulu, cuba simpan satu!

9 Tak nak membazir....

Satu masa dulu, harga emas RM30+/gram, sekarang dah hampir RM200/gram.. errr kat mana yang membazir tu ye...?
Takut nak simpan emas, takut kena rompak, hilang dan sebagainya....

Kalau kena curi, hilang, bukan emas je. Apa-apa pun boleh dicuri … pandai-pandailah nak elakkan. Pandai-pandailah sorokkan. Bak kata orang...bini ke-2 lagikan boleh sorok dari bini pertama. Inikan makhluk tak bertangan dan tak berkaki!!!

TAKKAN SEBAB TAKUT KENA CURI, MAKA KITA TAK BELI EMAS???
Habis, wang kertas yang kena rompak hari-hari (susut nilai sebab inflasi) tu tak takut ke?

Wang kertas susut nilai hampir 16% setahun.

Simpan RM1k tahun ni, tahun depan jadi RM840. Kalau 10 tahun lagi?

Simpan emas berharga RM1k tahun ni, tahun depan jadi RM1.2+k.
Mana yang anda nak????

10 Tak dapat pulangan bulanan, dividen dan hibah.

Yang macam ni lebih suka join skim cepat miskin. Baik niat dari awal, sedekah duit modal tu... Jangan sudah terhantuk, baru nak terngadah.
Ubahlah mindset kita, untuk kesenangan anak-anak dan keluarga dunia akhirat kita, insyaALLAH.


Monday, July 3, 2017

BILA HARGA EMAS TURUN !!!!

Harga emas Spot Gold terkini dalam Ringgit Malaysia per gram ialah RM171.29.
Harga ini menunjukkan kenaikan sebanyak RM0.01 daripada minggu lalu.
Namun demikian, harga tersebut lebih tinggi jika dibandingkan dengan harga penutup bagi tempoh tiga bulan dan enam bulan kebelakangan, iaitu sebanyak RM171.19.
Hal itu ternyata mendorong penurunan harga kilang emas 24K kepada RM186/gram hari ini.
Melalui data ini anda tentu dapat menyaksikan permainan bisnes yang dipengaruhi oleh musim perayaan. Hari raya dah pun berlalu. Harga emas pun turun dengan sendirinya.
Walaupun situasi ini tidak luar biasa, tetapi dinanti-nantikan oleh pengumpul dan peniaga emas seperti saya. Masa inilah nak beli emas dan simpan untuk jangka masa panjang yang pasti mendatangkan keuntungan apabila harganya naik.
Ingat, harga emas naik setiap tahun. Jika anda beli 20 gram emas 24K hari ini, anda perlu bayar RM3720. Tiga tahun akan datang jika harganya naik ke RM250/gram, anda akan dapat RM5000.00.
RM5000 - RM3720 = RM1280.00 (UNTUNG MA !!!)
Dengan perkiraan itu, pemilik emas sudah boleh menarik nafas lega kerana jika mereka terdesak atau memerlukan wang dengan segera, ar-Rahnu boleh memberi mereka pinjaman yang hampir menyamai harga belian itu.
Kesemuanya boleh dilakukan hanya dengan membeli dan menyimpan emas serta tidak perlu menagih belas ehsan orang lain untuk menjadi penjamin bagi pinjaman yang dikehendaki. Inilah rahmat yang sentiasa dinikmati oleh pengumpul emas yang tegar.
Tidakkah anda tergerak untuk menjadi sebahagian daripada mereka? Anda dialu-alukan menyertai saya bagi mendapatkan harga emas yang rendah setiap hari melalui
pembelian emas pada harga kilang.
ANDA DIPERSILAKAN ....

Sunday, July 2, 2017

TEKNIK MANIPULASI EMAS


Perniagaan Emas Menggunakan Konsep Ar-Rahnu.

Anda sebenarnya boleh menjalanjan pernaigaan Emas secara berseorangan tanpa mencari pelanggan, namun ianya tetap menguntungkan.Di sini saya akan tunjukkan anda cara bagaimana dengan menggunakan konsep gadaian ar-rahnu (agrobank) boleh menambahkan keuntungan anda.

Andai kata anda membeli 1 Dinar Emas sebanyak 10 keping dengan nilai semasa (RM640 bagi setiap keping @ RM6400)

Maklumat tentang pajakan ar-rahnu AgroBank

- Nilai pajakan = maksimum 70%
- Kadar upah simpan = 75 sen bagi setiap nilai simpanan
- Tempoh masa = 6 bulan + 6 bulan

Langkah 1

Gadai 10 Dinar Emas @ Gadaian 1
Nilai Emas semasa = RM6400
Pinjaman maksimum @ 70% = 6400 X 70/100 = RM4480 (dapat duit dari ar-rahnu)

Langkah 2

Dengan jumlah wang yang diperolehi RM4480 boleh beli 7 Dinar lagi dengan harga RM640 1 Dinar maka anda beli lagi 7 Dinar
Gadai 7 Dimar Emas @ Gadaian 2
Nilai Emas Semasa = RM4480
Pinjaman maksimum @ 70% = 4480 X 70/100 = RM3136 (dapat duit dari ar-rahnu)

Langkah 3

Dengan jumlah wang yang diperolehi RM3136 (anda tambah RM64)  boleh beli 5 Dinar lagi dengan harga RM640  maka anda beli lagi 5 Dinar.

p/s : Jangan gadai 5 Dinar ini ( simpan sendiri)
Jumlah Dinar yang telah dibeli = 22 Dinar

Kiraan kadar upah simpan

Gadaian 1

Nilai gadaian pertama ialah RM6400, kadar upah simpan ialah RM6400 X 0.75/100 = RM48 sebulan @ RM288 – 6 bulan

Gadaian 2

Nilai gadaian kedua ialah RM4480, kadar upah simpan ialah RM4480 X 0.75/100 = RM33.60 sebulan @ RM201.60 – 6 bulan
Jumlah upah simpan selama 1 tahun bagi kedua-dua gadaian = (RM48 X 12) + (RM33.60 X 12) = RM576 @ RM979.20* Bayaran upah simpan perlu dibayar setiap 6 bulanProses Penebusan Semula Dinar Setelah 1 Tahun PajakanSebagaimana yang kita ketahui nilai kenaikkan emas setiap tahun  minimum =  28%
Maka, harga emas bagi 1 Dinar setelah 1 tahun – RM640 X 28% = RM819.20- Jual kesemua 5 Dinar ditangan anda – 5 x RM819.20 @ RM4096

- Gunakan wang hasil jualan 5 dinar untuk bayaran penebusan gadaian anda, dengan nilai di atas anda dapat menebus sebanyak 6 dinar.

Baki hutang pinjaman anda ialah RM7616 – RM4096 = RM3520
- Bagi menyelesaikan baki pinjaman RM3520 anda  jual lagi 5 dinar daripada 6 yang telah ditebus.
- 5 x RM819.20 @ RM4096 – RM3520 =  RM576 ( baki ditangan anda setelah bayar kepada ar-rahnu)

Sekarang anda telah membayar kesemua nilai pinjaman anda cuba kita kira nilai  Dinar Emas yang ada ditangan anda;
Jumlah Dinar Emas yang tinggal = 11 Dinar x RM819.20 @  RM9011
Berapa untung anda ?Nilai Dinar semasa – Modal anda ( modal beli 10 dinar + upah simpan + topup RM56 semasa beli 5 dinar terakhir)
RM9011 – RM6400 -RM979.20 – RM64 = RM1567.80 + ( RM576 - baki dari jualan 5 dinar yang ke 2)
Untung Bersih = RM2143.80

Perbandingan dengan ASB

Dengan jumlah wang yang sama RM6400 sekiranya anda simpan di ASB (dividen dan bonus ) 8% setahun

RM6400 X 8/100 = RM512

CUBALAH KALAU TAK PERCAYA !!!