EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Sunday, July 16, 2017

MENGAPA ?

Mengapa Emas di Campur Dengan Logam Lain?

Emas tulen tidak praktikal dan tidak sesuai untuk dipakai sehari-hari kerana lembut. Oleh sebab itu,emas perlu dicampur dengan logam lain supaya lebih keras dan tahan lasak. Menambahkan logam lain sebagai campuran “metallurgists” membolehkan anda menukar warna emas. Paladium atau nikel boleh ditambah untuk mencipta emas putih. Tembaga ditambah untuk menghasilkan warna mawar atau merah muda.

Emas diguna Sebagai Salutan (Coating)

Pelbagai kaedah mekanikal digunakan untuk menerapkan lapisan emas kepada logam selain emas supaya sesuatu barang kemas itu menjadi jauh lebih murah. Semakin tebal lapisan emas disalutkan, bemakna semakin tahan lama dan sukar logam di dalamnya terdedah disebabkan hakisan.

Kandungan Emas Dalam Barang Kemas

Kebanyakan barang-barang kemas baru telah ditanda yang menunjukkan berapa banyak dan apa jenis emas digunakan untuk salutan. Contoh 22K gold, kandungan emas hanya 91.6% sahaja. 8.4% adalah campuran besi, pasir atau lain-lain logam. Ini berdasarkan kandungan emas sebanyak 91.6%.

Emas diguna Sebagai Saduran (Plating)

Saduran emas ialah proses yang menggunakan kaedah elektrolisis. Lapisan emas pada barang kemas yang menggunakan kaedah saduran biasanya lebih nipis berbanding dengan emas dalam bentuk emas salutan. Mungkin anda pernah terdengar istilah-istilah seperti mencuci emas atau mengilatkan barang kemas secara percuma setahun sekali apabila membeli barangan kemas mereka, ini menggambarkan lapisan emas yang disadurkan sangat tipis dan tidak bermanfaat atau tahan lama dan perlu disadur semula.

Apa yang Harus Dibeli?


Emas tumpat (solid gold) adalah tahan lama. Jenis ini merupakan pilihan yang terbaik untuk perhiasan anda. Jenis salutan atau saduran yang mungkin menyebabkan reaksi alergi atau alahan. Jika anda mempunyai alergi terhadap nikel atau logam lain, pilihlah yang mempunyai kandungan emas seperti emas 18K atau 22K. Emas tumpat senantiasa mempunyai nilai sama ada belian, jualan atau gadaian. Walau bagaimanapun, pemilikan emas tetap bergantung kepada kemampuan kewangan masing-masing.

No comments:

Post a Comment