EBOOK TERBARU IRFAN KHAIRI

Monday, July 3, 2017

BILA HARGA EMAS TURUN !!!!

Harga emas Spot Gold terkini dalam Ringgit Malaysia per gram ialah RM171.29.
Harga ini menunjukkan kenaikan sebanyak RM0.01 daripada minggu lalu.
Namun demikian, harga tersebut lebih tinggi jika dibandingkan dengan harga penutup bagi tempoh tiga bulan dan enam bulan kebelakangan, iaitu sebanyak RM171.19.
Hal itu ternyata mendorong penurunan harga kilang emas 24K kepada RM186/gram hari ini.
Melalui data ini anda tentu dapat menyaksikan permainan bisnes yang dipengaruhi oleh musim perayaan. Hari raya dah pun berlalu. Harga emas pun turun dengan sendirinya.
Walaupun situasi ini tidak luar biasa, tetapi dinanti-nantikan oleh pengumpul dan peniaga emas seperti saya. Masa inilah nak beli emas dan simpan untuk jangka masa panjang yang pasti mendatangkan keuntungan apabila harganya naik.
Ingat, harga emas naik setiap tahun. Jika anda beli 20 gram emas 24K hari ini, anda perlu bayar RM3720. Tiga tahun akan datang jika harganya naik ke RM250/gram, anda akan dapat RM5000.00.
RM5000 - RM3720 = RM1280.00 (UNTUNG MA !!!)
Dengan perkiraan itu, pemilik emas sudah boleh menarik nafas lega kerana jika mereka terdesak atau memerlukan wang dengan segera, ar-Rahnu boleh memberi mereka pinjaman yang hampir menyamai harga belian itu.
Kesemuanya boleh dilakukan hanya dengan membeli dan menyimpan emas serta tidak perlu menagih belas ehsan orang lain untuk menjadi penjamin bagi pinjaman yang dikehendaki. Inilah rahmat yang sentiasa dinikmati oleh pengumpul emas yang tegar.
Tidakkah anda tergerak untuk menjadi sebahagian daripada mereka? Anda dialu-alukan menyertai saya bagi mendapatkan harga emas yang rendah setiap hari melalui
pembelian emas pada harga kilang.
ANDA DIPERSILAKAN ....

No comments:

Post a Comment