Secara idealnya, bila nak pakai duit, especially untuk
tukarkan kepada harta yang real juga macam beli rumah ataupun hartanah yang
lain. Kalau sekadar nak simpan dalam ASB, Tabung Haji, atau Akaun Simpanan,
bagi saya, lebih baik simpan emas. Emas naik 20% setahun, ASB 8.5%, Tabung Haji 5%, Akaun Simpanan ?%! Sedangkan
harga barang keperluan harian naik 10% setahun!. Secara umumnya apabila anda
merasakan harga emas berada pada paras yang tinggi, bolehlah anda jual atau pun
anda boleh terus simpan lagi sehingga harga emas anda mencecah nilai yang anda
inginkan.Simpan emas bukan sahaja dapat nikmati kenaikan harga emas, tapi yang
penting juga ialah selamat dari inflasi - kenaikan harga barang. So,
perbetulkan mindset kita tentang pelaburan emas!
Tips ringkas pelaburan emas :
i. Setiap tahun,
akan berlaku 3-4 kali market correction yang mengakibatkan harga emas menurun
ke paras tertentu. Beli pada harga terendah sebelum harganya naik kembali.
Tipsnya adalah tetapkan penurunan maksimum adalah seperti harga terendah bulan
sebelumnya … Jangan tamak …
ii. Setiap satu
atau 2 bulan, akan berlaku penurunan kecil yang mungkin mencapai sehingga 5%
dari harga biasa. Yang ni anda kena selalu monitor harga. Sila rujuk kitco.com.
iii. Harga pasaran dunia ditutup pada Jumaat malam dan
dibuka kembali pada tengah malam Ahad waktu malaysia. 70% daripada harga
pembukaan pada hari Isnin adalah lebih tinggi dari hari Jumaat.
iv. Jika pasaran saham New York jatuh melebihi 5% dan
diikuti kejatuhan saham utama Asia, kesannya akan memberikan lonjakan pada
harga emas. Begitulah sebaliknya jika pasaran saham meningkat.
v. Secara umumnya,
JANUARI adalah waktu terbaik membeli emas. OKTOBER hingga DISEMBER adalah waktu
terbaik menjual emas dan JUN adalah permulaan terbaik untuk masuk PAJAK....
No comments:
Post a Comment